alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

Jumaat, 27 Mei 2011

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN ~NUZAMD~ 2011
SEMOGA MENJADI HAMBA ALLAH YANG TAAT & PATUH PADA PERINTAHNYA
MENJADI SRIKANDI ISLAM YANG SEBENAR
MENJADI MUSLIMAH SEJATI
DEMI MENCAPAI KEREDHAAN ALLAH

'WHAT GOES AROUND COMES AROUND'

SYUKRAN ATAS KEPANJANGAN USIA KE UMUR INI
SEMOGA TERUS BERSEMANGAT BERJUANG DIMUKA BUMI ALLAH INI

'CARILAH ILMU SEHINGGA KE NEGERI CHINA'

Isnin, 23 Mei 2011

ASSALAMUALAIKUM WBT ^___^

Bismillahirrahmanirrahim..
alhamdulillah...
cuti semester bermula lagi...untuk kali ini,
inshaallah...dapat berpuasa di rumah...syukran.. :)
semuanya gara2 tindakan kerajaan dalam mengubah jadual asal kemasukan para pelajar ke IPT...PENYELARASAN...!!!
panjang tak panjang, panjanglah juga cutinya...kira-kira 3 bulan setengah...(kalau tak salah hitung) HUHUHU

alhamdulillah...peperiksaan akhir semester juga telah selamat diduduki...TAMAT...tunggu keputusannya yang akan keluar beberapa minggu sahaja lagi...inshaallah :(

alhamdulillah...tanggal 14 Mei tempoh hari...telah selamat mendarat di Kuala Lumpur...tanggal 16 Mei pula selamat sampai ke kampung bertemu dengan abi wa ummi (mae karo pae) in javanese version :)
tanggal- tanggal seterusnya???erm....masih banyak yang ingin dilakukan...berharap semoga cuti kali ini terisi dengan perkara-perkara yang lebih berfaedah...

erm...memang tidak dinafikan...rasa kejauhan ini adalah ujian
ujian yang akan dapat membantu memperkukuhkan sifat-sifat mahmudah yang semakin luntur..
kejauhan yang akan menyebabkan diri begitu hampir dengan Pencipta yang sentiasa mencintai...RABB

bukan senang nak meyakinkan orang tua...ya ALLAH
berikanlah kemudahan kepadaku meyakinkan mereka...
sungguh..hanya mencari restu dan redha mereka...
bukan senang juga untuk meyakinkan diri sendiri...ya ALLAH
berikanlah kemudahan kepada ku kepada kami untuk saling meyakini dan mempercayai
sungguh... hanya mencari keserasian dalam mencari redhaMU...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ini barulah realiti yang sebenarnya...
selalu orang cakap...hidup diluar selepas habis belajar di penjara ilmu UNIVERSITI
adalah kahidupan dan realiti yang sebenar...
ya..benar...tepat...
walaupun jasad ini masih lama lagi untuk menepuhinya...tetapi rohaninya telah merasa sesak dan semputnya untuk bernafas di dunia luar...
mencongak-congak untuk mengatur langkah
menapak ke benua pekerjaan mana entahnya
mengira-ngira lagi kos hidup yang semakin tinggi
YA ALLAH...kau pemilik segala rezeki dan pembawa Rahmat..
maka berikanlah kemudahan kepada kami semua...
semoga ada jalan kejayaan disetiap kesukaran yang dihadapi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

YA ALLAH
berikanlah perlindunganMU kepada kami
zahir dan batin
sungguh...
pertemuan dan perpisahan adalah fitrah dalam kehidupan
tidak percaya??
maka percayalah...
cuba perhatikan setiap pagi kita bangun dari tidur
alhamdulillah, dapat melihat cahaya matahari
sedangkan bila malam mata kembali terpejam...dan entah dapat bertemu dgn mentari keesokan harinya...
fikir-fikirkan...
jangan biarkan hati terus berzina~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

peluang dan ruang masih ada...tapi mengapa mesti menunggu lagi???
mencari apa yang hilang tidak akan menemukan sebuah penemuan
tetapi bersyukur dengan apa yang ada akan melipatgandakan apa yang dimiliki
ya allah...berilah kekuatan hidayah dan 'inayahMU agar hati ini bebas dari segala bentuk penzinaan...
ku pegang segala janji2MU...
senangkan aku dengan ketetapanMU
Redhaiku dalam perjuangan di jalanMU
permudahkan aku dalam menghadapi cinta anugerahMU ini agar ia tidak dicemari dengan PENZINAAN HATI..
WHAT IS PENZINAAN HATI??? lets find it by yourself ^___^ learn it..
semoga kita, kami bersama-sama jauh dari semua keadaan itu...
we're not the best but
we're try to find and be the best
but all of that is the best from YOU, ALLAH

wallahua'lam

ad-du'a

PUISI DOA PADA-MU YA RABB

DENGAN NAMA-MU YANG MAHA PENGASIH, MAHA PENYAYANG

YA ALLAH,
BAHAGIA YANG KAU DATANGKAN INI ADALAH UJIAN PADA KAMI
KAU MEMBERIKAN KAMI BAHAGIA UNTUK MELIHAT BAGAIMANA KAMI MENGHADAPINYA.

YA ALLAH,
SETITIS RASA BAHAGIA INI
PENUH KESYUKURAN KAMI PANJATKAN PADAMU,
INILAH JANJI YANG TELAH KAU BERIKAN PADA KAMI,
KESABARAN DAN KETENANGAN YANG KAU BERIKAN.

YA ALLAH,
SEMOGA HUBUNGAN YANG SEDANG TERJALIN ANTARA KAMI
BUKAN MAINAN PERASAAN DARI SYAITAN
DAN KAMI MENGHARAPKAN RAHMATMU, BERKAHMU SERTA REDHAMU DALAM HUBUNGAN INI.

YA ALLAH,
MUNAJAT KAMI PADAMU
JADIKANLAH HUBUNGAN INI SEBAGAI SALAH SATU CARA UNTUK MENDEKATKAN KAMI DENGAN-MU, YA RABB.
JANGAN BIARKAN KAMI LEKA DAN HANYUT DALAM MELAYAR BAHTERA KASIH TANPA AKAD-MU, YA RABB,
JANGAN BIARKAN KAMI LALAI MENCIPTA ANGAN DI AWAN PUTIH
LANTAS, KAMI MOHON DENGAN KUDRAT DAN IRADAT-MU
MAKBULKANLAH SETIAP APA YANG TELAH KAMI RANCANGKAN
DAN SESUNGGUHNYA, RANCANGAN-MU YANG MAHA SEMPURNA,
TIDAK INGIN KAMI MENJADI PASANGAN YANG KAU MURKAI.

YA ALLAH,
DIDIKLAH HATI DAN JIWA KAMI DENGAN ILMU KALAM-MU
AGAR KELUARGA AKAN DATANG LEBIH MENYINAR DENGAN SAKINAH, MAWADDAH DAN RAHMAH-MU,

YA ALLAH,
KAMI JUGA MEMOHON KAPADA-MU,
LEMBUTKANLAH HATI KEDUA ORANG TUA KAMI, (3x)
AGAR HUBUNGAN INI DAPAT BERSATU DENGAN RESTU MEREKA,
SEMOGA MEREKA MENERIMA KAMI DENGAN LAPANG DADA DAN PENUH KESYUKURAN KEPADA-MU.
YA ALLAH,
TIADA DAYA UPAYA KAMI UNTUK MENJADIKAN SESUATU,
KAU JUALAH HARAPAN KAMI, DUNIA DAN AKHIRAT,
KAU JUALAH TEMPAT KAMI MENGHARAP SEGALA HARAPAN DAN IMPIAN.

YA ALLAH,
SEGALANYA DALAM PENGETAHUAN-MU,
ILMU-MU MAHA LUAS,
SEANDAINYA HUBUNGAN INI TERPUTUS TANPA ADA PENGAKHIRAN AKAD-MU,
MAKA, JAUHKANLAH KAMI DARI MERASA SEDIH, LEMAH, LESU SEHINGGA LALAI DENGAN PERINTAH-MU,
MAKA JADIKANLAH KAMI ANTARA HAMBA-HAMBA-MU YANG SABAR MENERIMA TAKDIR YANG TELAH KAU ATURKAN,
KUATKAN KAMI MELANGKAH MENCARI BAHAGIA DENGAN REDHA-MU,
BAHAGIA, RINDU, KASIH-SAYANG, CINTA
ADALAH MILIK-MU YANG BAQA’
MAKA KAMI SERAHKAN SEGALA URUSAN INI KEPADA-MU, YA RABB.

YA ALLAH,
INILAH PENGHARAPAN SERTA PENYERAHAN KAMI PADA-MU
DENGARKANLAH BAIT-BAIT DOA KAMI INI
SESUNGGUHNYA, KAMI HANYA MENCARI REDHA-MU
AGAR HUBUNGAN INI TIDAK TERPESONG DARI LANDASAN IMAN.

YA ALLAH,
TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ENGKAU DAN NABI MUHAMMAD SAW ADALAH KEKASIH PESURUH-MU,
CUKUPLAH, HANYA ENGKAU YA ALLAH YANG MENJADI WAKIL,
SEBAIK-BAIKNYA WAKIL UNTUK KAMI YA ALLAH,
SELAWAT DAN SALAM BUAT JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW,
MAHA PUJI ENGKAU YA ALLAH.

AMIN YA RABB…
(2011/R/AWAL 1432h)

Ahad, 8 Mei 2011

Memilih Ibu Untuk Si Anak~akukah ummi untuk mereka?~

Mendidik anak bukan bermula selepas anak itu lahir, bahkan lebih awal lagi. Perancangan dalam mendidik anak mesti bermula seawal mencari jodoh. Sebelum seseorang jejaka membuat keputusan tentang pasangan hidupnya, dia perlu ingat bahawa pasangan itu adalah bakal ibu kepada anaknya.

Wanita itu bukan hanya untuk dirinya sebagai seorang isteri, bahkan juga untuk anak-anaknya sebagai seorang ibu. Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab setiap lelaki agar memilih ibu yang tepat untuk anak-anaknya.

Memilih ibu membawa maksud mencari jodoh isteri yang beriman, bertakwa dan mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu solehah. Untuk memenuhi tuntutan ini pemilihan isteri yang tepat perlu sejajar dengan penetapan yang dianjurkan oleh Islam. Ini amat penting bagi mencapai target ibu mithali yang menjadi hadiah kehadiran buat anak-anak yang akan dilahirkan ke dunia.

Pada suatu hari Khalifah Umar bin Al-Khattab r.a didatangi seorang lelaki yang mengadu bahawa anaknya sentiasa menderhaka kepadanya. Maka anak itu dipanggil oleh Umar, seraya diingatkan agar jangan menderhakai ayahnya serta dianjurkan agar ia mentaatinya dan menjaga hak-haknya. Tiba-tiba si anak pun bertanya kepada Umar katanya: Wahai Amirul Mukminin apakah anak tiada mempunyai hak-hak atas ayahnya?

Jawab Umar: Bahkan ada! Berkata si anak "Apa dia, wahai Amirul Mukminin? Berkata Umar: Memilih ibu yang baik, memberikan nama yang baik serta mengajarnya membaca Al-Quran. Berkata si anak:Wahai Amirul Mukminin sesungguhnya bapa saya tiada membuat satu pun dari ketiga-tiga perkara itu. Ibu saya berbangsa Afrika dahulunya isteri seorang majusi. Saya pula diberi nama Khunfusak (bermaksud 'lipas') dan juga tidak pernah mengajar saya satu huruf pun dari Al-Quran. Lalu Umar berkata kepada ayahnya: 'Jika demikian, kamu telah derhaka kepada anakmu sebelum dia derhaka kepada mu.'

Teguran Umar itu bertepatan dengan hadis daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah saw telah bersabda "Seseorang wanita dinikahi kerana empat sebab: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah engkau mengutamakan yang beragama, itulah pilihan yang terbaik."

Baginda saw menegaskan betapa pentingnya wanita yang mempunyai asas agama yang mantap dan amalan-amalan yang kuat yang mampu membentuk dirinya sebagai srikandi mulia dalam sesebuah institusi keluarga. Agama diiktifar sebagai kriteria tertinggi berbanding rupa paras, kekayaan dan darjat. Agama inilah yang dapat menjamin kemampuan si ibu untuk mendidik anak.

Pemilihan ibu yang tepat untuk si anak ini tentunya timbul atas kesedaran untuk menjadikan perkahwinan sebagai saham akhirat. Ini kerana pelayaran sebuah perkahwinan bukanlah seperti melepaskan batuk di tangga atau semudah menyuapkan makanan ke mulut tanpa berfikir himpitan mahupun kekangan yang akan ditempuhi. Perkahwinan yang dianjurkan Islam perlulah berkemudi hingga ke pelabuhan dan hasilnya dapat dinikmati di akhirat kelak.

Perkahwinan beginilah yang mampu membuahkan anak-anak yang soleh dan solehah. Lihat sahaja perkahwinan yang Rasulullah dengan isterinya yang tercinta Ummul Mikminin Saidatina Khadijah. Kebahgiaan yang dibina atas jihad kepada Islam ini mendamaikan dua hati yang diketemukan walaupun bertingkah jurang dari segi umurnya. Hasilnya zuriat yang lahir dididik dengan sempurna, menjadi tokoh ummah yang dikenang sepanjang zaman.

Ibu adalah manusia yang paling dekat dengan si anak. Ibu yang beriman dan bertaqwa akan melahirkan waris-waris yang beriman dan bertaqwa kepada Allah. Contohilah Khunsa', srikandi Islam yang berjaya dan mentarbiyah anaknya seramai tiga orang.

Ketika anak pertamanya mati syahid beliau masih tersenyum kerana masih ada anak yang kedua syahid yang kedua yang diharapkan akan gugur sebagai syuhada. Kejayaan Khunsa' menanam semanagt jihad pada jiwa anak-anaknya merupakan hasil daripada jiwa besar seseorang wanita yang akrab dan intim dengan ilmu-ilmu Islam dan amalannya.

Tidak salah mencari pasangan yang menawan, kaya dan berdarjat. Lagi lengkap pakej kesempurnaan, lagi baik. Asalkan krieteria utama iaitu beragama tidak dicicirkan. Seorang anak tidak boleh dididik dengan wang ringgit atau kekayaan si ibu. Si ibu yang cantik bukan jaminan bahawa dia mampu mendidik anak dengan baik.

Begitu juga darjat dan keturunan bukanlah penyebab yang dapat membentuk personaliti soleh dan solehah anak. Tetapi yang pasti, agama si ibu adalah satu jaminan ke arah kesempurnaan didikan anak. Ibu yang berakhlak, berilmu, taqwa, kuat beribadah secara adatnya mampu membimbing anak ke jalan bahagia.

Sekurang-kurangnya percikan akhlak solehah si ibu mampu mendorong si anak secara lisanul hal. Atau setidak-tidaknya doa si ibu yang luhur peribadi ini mampu menggamit hidayah, rahmat dan keampunan Allah buat si anak.

Malang sekali masyarakat hari ini tidak mengambilkira soal pemilihan ibu untuk si anak. Mereka melihat perkahwinan ini dari sudut kepuasan nafsu semata. Si gadis yang comel, seksi dan bergaya itulah yang diutamakan.

Jika si dia kaya dan berdarjat lagi mahu. Soal akhlak, iman dan alam diketepikan. Semasa memilih pasangan tidak terlintas soal anak. Bila anak sudah lahir, anak menjadi mangsa kejahilan dan kebobrokan akhlak ibu.

Mereka lupa tanggungjawab wanita sebagai isteri dan ibu yang berperanan untuk memelihara dan mendidik anak-anak menjaga kehormatan diri dan menjamin keperluan rumahtangga yang mencukpi.

Bukan lelaki sahaja perlu mencari ibu yang betul untuk si anak, malah para wanita juga perlu memilih bapa yang tepat untuk anaknya. Wanita yang solehah perlu merancang memilih bapa soleh untuk anak-anak mereka. Hadis yang diriwayatkan oleh At-Tirmidzi "Apabila datang kepada kamu peminang (lelaki) yang engkau puas hati dengan agamanya dan kelakuannya, makakahwinilah dia".

Betapa malangnya wanita mukminah yang jatuh ke tangan ketua keluarga yang "thaleh" dan curang akhlaknya serta memandang enteng prinsip-prinsip Islam dan ibadah-ibadah. Apalah gunanya anak-anak yang hidup dalam keluarga yang terajunya tidak mengindahkan hukum dan seruan Allah.

Tegasnya, demi untuk zuriat yang bakal lahir, setiap pemuda dan pemudi wajib merancang dengan baik dalam mencari bakal ibu dan bapa kepada anak-anak. Jika gagal, tidak mustahil anak-anak nanti menjadi rosak dan akhirnya menjadi derhaka kepada ibu dan ayah. Jangan jadi seperti yang dikatakan oleh Sayyidina Umar: 'Kamu telah menderhaka kepada anakmu, sebelum anakmu menderhaka kepada mu...'

article brought to you by ILUVISLAM.COM

Jumaat, 6 Mei 2011

رضيت بالله رباً

وبالإسلام ديناً وبمحمد نبياً ورسولاً

Aku redha Allah sebagai Tuhan, menerima Islam sebagai agama dan mengakui Muhammad sebagai Nabi dan Rasul.