alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

Rabu, 29 Februari 2012

Impian Kasih-kekasih kami

PILIHAN

BISMILLAHHIRRAHMMANNIRRAHIM
setiap dari kita mempunyai pilihan. sama ada memilih untuk perkara kebaikan atau sebaliknya. selagi perkara yang dipilih itu penuh kebaikan, maka hati juga akan terdorong dengan kebaikan. jika memilih sesuatu dengan unsur kejahatan, maka hati juga terdorong dengan sifat-sifat yang negatif.

bukan mudah membuat pilihan. kadang akal menyatakan yang rigid sedang hati sangat kompleks dengan sesuatunya. terkadang ada takut yang datang jika tersalah membuat pilihan. kala ini tidak kekadang terasa hiba, sayu dan sedih. terkadang pula rasa marah menguasai akal dan hati terasuk amarah.

pilihan yang dipilih membuatkan kita kecewa sendiri. pilihan yang diberi juga mendatangkan kekecewaan. kekecewaan yang datang mendekatkan kita lagi kepada ILAHI. lumrah manusia, pergi mencari Penciptanya yang hakiki.

tetapi, itulah hakikatnya hidup. perlu mencari dan membuat pilihan sebaiknya mungkin.


words of todaymembuat pilihan tidak sesukar akibat yang dirasa
walaupun sukar, semoga ada hikmah yang lebih mneyinar di kemudian hari

Isnin, 27 Februari 2012

FOKUS

Bismillahhirrahmannirrahim

cuba fikir, kenapa kadang-kadang kita terlalu memikirkan sesuatu yang tiada dan jauh dari pandangan kita?
dan sedangkan kita mengabaikan apa yang ada dihadapan mata kita, yang sedia ada?
kenapa kadang-kadang, fokus kita terlalu jauh?
adakah kerana titik fokus kita yang kabur? (seperti kanta mata yang mengalami rabun jauh)
adakah kerana kita sendiri kabur dengan apa yang betul-betul ada dihadapan kita? (seperti kanta mata yang mengalami rabun dekat)

FOKUS...
mengapa perlu FOKUS?
bagaimana mencari dan mendapatkan FOKUS?
apakah manfaat FOKUS?
FOKUS...titik FOKUS...perlu FOKUS
apa FOKUS yang kita miliki?
semuakan berFOKUS?

FOKUS...(cuba sebut banyak kali) apa akan jadi?
semakin FOKUS atau hilang FOKUS???

words of todays
Fokus mengundang kejayaan... :) tetapi tiba-tiba hilangnya fokus kerana terlalu memfokuskan pada sesuatu yang tidak perlu difokuskan sangat...kembali kepada ALLAH----

Selasa, 21 Februari 2012

Aku Ingin MenjadiWwanita SOLEHAH

Bismillahhirrahmmannirrahim

Hiba rasanya bila seseorang memuji cara pemakaian hijab kami yang sedikit labuh daripada orang biasa., ALHAMDULILLAH, Subhannallah, MashaALLAH yang memberikan kami kesempatan dan peluang serta nikmat berada dalam keadaan sedemikian. Namun demikian, masih banyak kekurangan serta kelompangan yang perlu diisi di tarbiyah dan diusul dengan mekanisme2 yang boleh membawa jasad dan rohani lebih dekat kepada ILAHI.
‘kakak, doakan kita jadi wanita solehah macam kakak ye.’ Amin, Inshaallah. Semua boleh jadi solehah

ALLAHHUAKHBAR, ALHAMDULILLAH… niat seseorang anak muda wanita yang ingin menjadi seorang wanita yang lebih baik dan solehah dari yang sedia ada. Semoga ALLAH permudahkan urusan dan doanya.
‘kita suka tengok kakak pakai tudung labuh. Kakak berdua memang pakai tudung labuh kan. Kita suka sangat.’
ALHAMDULILLAH, hati seseorang yang lembut untuk menerima perubahan. Semoga ALLAH
permudahkan.

Dua cirri utama untuk wanita solehah iaitu TAAT KEPADA ALLAH & TAAT KEPADA SUAMINYA
Taat kepada ALLAH membolehkan semua perkara dibuat kerana ALLAH. Untuk mendapat redha ALLAH serta maghfirah dari ALLAH. Istiqamah dalam segala amalan kerana ALLAH agar hati senang dengan segala apa yang ALLAH tetapkan. Semuanya kerana ALLAH kerana kepada ALLAH juga tempat kembalinya semua kehidupan. Kita tidak punya HAK.
Taat kepada ALLAH juga bermakna kita amar makruf dan nahi mungkar. Dalam solat misalnya, jaga nilai solat sebaiknya kerana ia adalah hak ALLAH. Istiqamah dalam mendirikan solat, khusyu’ serta sedaya upaya memahami bacaan yang dibaca. Dalam soal kehidupan masyarakat, jagalah adab dan sopan pergaulan. Hubungan dengan ajnabi. Tatarias seadanya jangan melampaui batas dan berpakaianlah dengan pakaian yang elok lagi menutup aurat. Kembali betulkan niat semuanya kerana ALLAH dan takut akan azab ALLAH yang benar.

Kemudian, selawatlah ke atas nabi Muhammad saw pagi petang dan malam, malah setiap ruang dan masa yang ada. Syafaatnay menunggu semua umat tambahan pula untuk wanita yang menjadi penghuni neraka berbanding lelaki. Baginda pernah mengeluh melihat betapa ramainya kaum wanita yang akan mendiami neraka kerana kejahilannya dalam banyak perkara.

Perbanyakkan sedekah. Jangan tunggu kaya baru mula bersedekah. Lakukan secara istiqomah dan konsisten, inshaallah, ALLAH gantikan rezeki untuk menjadi wanita yang solehah. Kaya hati dan lembut jiwanya dengan ajaran islami. Sedekah dalam banyak bentuk, harta benda, rohani, fizikal juga spiritual. Sedekah ikhlas kerana ALLAH.
Ramai wanita menjadi tidak syukur dengan apa yang diperolehinya. Ditambah dengan membuat canangan dan diuar-uarkan. Mengumpzt dan menambah apa yang kurang dan tidak kena. Maka, didikkan hati supaya bersyukur dengan apa yang dikurniakan ALLAh. Baik musibah atau hibah. Duanya punya kebaikan. Supaya hati terdidik dengan kekuasaan ALLAH dalam menentukan segalanya.

Beruntunglah wahai si ayah dan ibu kerana mempunyai anak wanita yang solehah. Bertuahnya seorang suami mempunyai suri, pendamping setia yang solehah. Benar-benar bertuah dan beruntung buat anak-anak yang mempunyai seorang ummi yang solehah rohani dan jasmaninya.

Berbanggalah menjadi wanita solehah. Kesenangan datang setelah kesusahan.
Buat dik Fiq, semoga ALLAH permudahkan kehendak hatimu untuk berubah dan mendekati islam dengan lebih dalam. Amin..

wallahua'lam


Words of today
Wanita, hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah~~~

Rabu, 15 Februari 2012

TERAPI

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM


Alhamdulillah..alam sekeliling memberikan ketenangan yang tidak berbelah bahagi… sedari pagi, dunia telah diceriakan dengan jerit pekik burung yang terbang bebas. Ciap miap kicauannya turut memberikan kita ruang yang bebas. Ada sebaris senyum terukir kala melihat matahari sedang terbit. Sinar UV awal paginya yang mengandungi vitamin E baik untuk kulit wajah. Natural neutrein. Alhadulillah, syukur kepada ALLAH. Semuanya ciptaan DIA yang Maha Perkasa maha Hebat. A Great Creator is ALLAH. Kemudian, diberikan pula waktu Dhuha yang panjang agar mahkluknya ada ruang khas untuk bertemu dengan penciptanya. Mempunyai waktu rehat setelah beberapa jam memulakan tugas di awal pagi. Tidak kiralah suri rumah, pelajar mahupun pekerja, waktu Dhuha terisi dengan solat sunat dan doa yang dipanjatkan kepada ALLAH agar memurahkan lagi rezeki.


Sekilas ikan di air, ada tenang yang mengundang di jiwa. Damai mata melihat ikan-ikan berenang di parit. Sambil memberikan makan… “hei ikan si ikan kaloi, timbullah ikan. Makan, makan. Ini rezeki kamu.” Bukan ikan kaloi pun. Zaman bawang merang bawang putih telah berlalu. Entah ada lagi atau tidak ikan kaloi si putih. Seronok. Sangat tenang damai dan asyik tengok ikan-ikan sepat. Berkeluarga. Berenang bersama-sama. Bermain di dalam air. Dunia ikan. Dunia manusia? Ikan pun sembunyikan diri bila lihat manusia mendekat ke gigi air. Manusia ni kejamkah? Mereka sangat takut kalau manusia menangkap lantas mereka menyembunyikan diri di balik ranting-ranting yang tenggelam. Their playground. Suasana yang redup. Berangin. Hati yang lesu jadi segar. Otak yang kusut jadi ringan. Ya ALLAH… semua nikmat.


Kala petang menjengah, inilah waktunya yang ditunggu. Melihat matahari terbenam diufuk barat. Sanggup berbaring di atas pasir pantai melihat cantiknya langit yang berwarna jingga. Perginya matahari, datangnya bulan dan bintang mengganti tugas pada malam hari. Perlahan-lahan juga membawa manusia yang ralit dengan aktiviti seharian untuk pulang. Beburung juga turut sama. Terbang sekawan pulang ke sarang. Hiruk pikuk suara siang diganti dengan alunan unggas dan katak yang berbunyi menjadi penghibur setia. Cukup merdu. Tenang, damai, aman, makmur. Alhamdulillah. Kitaran hidup yang ALLAH beri menjadi TERAPI buat semua penghuni alam. Tanpa ada tekanan yang menggugat.



Malam merangkak pergi bertemu semula dengan siang yang makmur. inshaALLAH ;)


Isnin, 13 Februari 2012

INTENTION

Bismillahhirrahmannirrahim

Berserah setelah berusaha sebaiknya~~~~
Pernah kan dalam suatu keadaan kita akan meletakkan segalanya pada keadaan tersebut. Kerana kita bermalasan-malasan untuk memikirkannya lagi. Setelah lelah menguasai fikiran untuk memikirkan penyelesaiannya. Yang betul, kita telah mencuba segala tindakan tersebut sebaiknya. Bak kata pepatah lapuk, berserah setelah berusaha sebaiknya. Tapi, bagaimana kita tahu apa yang dilakukan tersebut adalah sebaiknya??? Think thank!! Tapi, sejauh atau sedalam mana pun kita berserah, kita masih lagi berharap.. berharap dan harapan itu membuatkan kita untuk terus kukuh dan kuat. Tidak ampuh dengan rasa lelah mahupun letih. Tapi, bagaimana cara kita berharap? Berharap tanpa usaha atau berharap dengan usaha yang sejentik atau berharap dengan usaha selaut cara? Adakah berharap sekadarnya dengan usaha tanpa doa? Harapan juga suatu doa. Selagi kita berharap, selagi itu kita berdoa. It’s an intension. With intention. Everything with intention. Without intention, semua yang diharap tidak akan tercapai. Tanpa intention juga semuanya hanya angan-angan. Bagaimana pula membentuk sebuah intention? Great.. ia lahir dari dalam ke luar. Intentionkan semuanya kerana ALLAH swt kemudian terkeluar dengan sejuta usaha dan ikhtiar seterusnya doa kembali kepada ALLAH swt. Akhirnya, pasrah dengan apa yang kita perolehi sebaiknya. Bukan sekadar pasrah sepasrahnya. Fikir. Think. Thank. Semua yang berlaku perlu diperbaiki dan menjadi kelemahan jika semuanya dibiarkan begitu sahaja tanpa pembaharuan. Misalnya, setiap produk perlu diinovasikan supaya tetap unggul dan menyerlah. Rebrand. Begitu juga segala tindakan yang kita buat dalam kehidupan seharian. Semuanya perlu ditingkatkan. Usaha ditingkatkan setiap masa supaya hasilnya juga meningkat dan bukan ditakuk yang lama. Tapi, kadag-kadang usaha yang kita lakukan terganggu dek sesuatu yang kita tidak jangkakan. Dan akhirnya, fikiran terus mentafsir ia adalah takdir. Yes, memang takdir, tetapi selagi takdir tersebut tergolong dalam takdir yang boleh diubah, maka usaha yang jitu akan membantu dengan izin ALLAH swt. Semuanya atas izin ALLAH


Situasi silam
Intention untuk ke pesta yang telah diundang tetapi memerlukan pas jemputan. Pas jemputan berada di tangan orang lain dan berjanji untuk bertemu disuatu tempat. Usaha yang dilakukan ialah sedaya upaya pergi ke pesta tersebut walaupun mempunyai peluang yang tinggi untuk tidak dapat masuk. Kalau tak dapat masuk hanya akan berpatah balik. Usaha lain, cuba hubungi orang yang memegang pas tersebut. Talian yang sibuk dengan keadaan liputan yang terhad mengehadkan untuk saling berhubungan. Terputus-putus. Usaha seterusnya, cuba meninjau di tengah-tengah orang ramai. Mencari pintu utama yang menjadi tumpuan jemputan untuk masuk ke pesta. Mencanak-canak cuba mengenalpasti fizikal seseorang. Terlalu ramai dan mustahil untuk melepasi kepadatan manusiawi. Akhirnya terduduk di karidor tapak pesta. Memperkukuh sabar. Mencari idea lain supaya dapat berhubungan. Cuba mencari kawasan yang ‘mungkin’ mendapat liputan baik. Keramaian manusia yang semakin surut membolehkan melihat fizikal yang telah dikhabarkan. Berjalan terus berjalan dan berjalan dan berjalan… dan akhirnya, Alhamdulillah. Jumpa! Hoorey hoorey hoorey… boleh masuk setelah ½ jam berperang dengan keadaan yang hiruk pikuk ditambah dalaman yang semakin mengendur. Putus asa. Kepahitan, kesusahan, kesulitan, ujian dan semuanya yang dirasakan payah ada hikmah tersembunyi dan hasil yang memberangsangkan atas usaha, harapan, doa dan tawakal kepada ALLAH sebulatnya. (kajian kes 29 Nov 2011)

kerana Intentionku kerana ALLAH, semoga berkah

wink wink :)