alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

Ahad, 30 September 2012

Budget diri sendiri


Bismillahhirrahmmanirrahim

Assalamualaikum wbt…
Salam muhibbah..muhibbah lah sangat… lepas budget 2013 diumumkan..huhu…ada yang suka ada yg xsuka…ikut kpd siapa yg dapat manfaat. Huhu…btw..biarlah manfaatnya berkat ya…

Lama tak mengupdate blog n scr tak langsung banyak juga blog lain yg tak dijenguk.banyak citer baru dlm blog lain. Serius. Lucu. Auta. Fakta. Dan lain-lain.
 
Lagi dua hari akan out of contract.hihi…ada masanya rasa sedih. Tapi rasa juga happy. Sebab apa? Sebab konflik kat istu membuatkan saya rasa macam duk dalam akuarium. Luar Nampak cantik ok…aman damai..dalam tu…takda oksigen. Buat baik pun dikata apatah lagi buat tak baik… Alhamdulillah. Allah bagi anugerah perasaan yang sangat positif dalam diri sya. Saya tak pernah ambil pusing apa orang cakap tentang sya sebab saya tahu keadaan dan prestasi diri sendiri.huhu.. Cuma kadang-kadanglah. Ada juga terfikir. Kenapa dan mengapa… perlu ke nak ambil pusing mulut busuk orang cakap pasal kita? Nak ambil pusing ke dgn mulut wangi orang cakap apa-apa… ALLAH…saya benar-benar tidak layak untuk menilai mereka. Takut sangat.. atau saya ni tidak sensitive dengan semua keadaan tersebut? So macam mana nak perbaiki kekurangan kan? Sebenarnya semua tu saya tak kisah sebab saya tak nak berfikiran negative tentang orang-orang… semua yang mereka katakan baik atau buruk saya hanya perlu positif dan terus fikir positif apa yang orang cakap dan sekeliling yang berlaku.

 Ini adalah bidang kerja saya yang ketiga dalam tempoh 2 tahun..hebat hebat. Hahaha… bidang kerja pertama n kedua tu xterasa sangat konfliknya…yang ni terasa betul. Sampai kadang2 rasa give up nak p kerja.huhu… tapi sya fikir balik. Konflik tu berlaku mungkin sebab diri saya sendiri…ok.. before tengok orang lain yg timbulkan konflik, better tengok diri sendiri ya.
Tapi walauapapun, semuanya memberikan pengalaman dan pengajaran yang bagus…saya bersyukur… dan dapat terus senyum sambil bersabar dengan konflik yang secara tidak langsung melibatkan diri yang lemah ini… huhuhu… senyum sabar syukur J

Saya adalah kaunselor terbaik buat diri sendiri J

 Dalam beberapa minggu ini… sangat serius… saya terasa sangat down… saat saya down… saya tersedar… rupanya ada lagi yang lebih down. Orang-orang yang lebih down tu pula memerlukan saya untuk meminta nasihat. ALLAHUAKHBAR… mereka minta nasihat daripada saya..siapakah saya ini? Ilmu yang masih cetek… tapi Alhamdulillah. Saat saya bagi nasihat pada orang yang memerlukan, saya sebenarnya secara tidak langsung memberikan nasihat kepada diri sendiri… ya… secara tidak langsung…bila kami sering memberikan nasihat, kami sering memberikan kekuatan antara satu sama lain…ya… dari situ saya sedar… sejauh mana rasa down saya tu, masih ada lagi yang lebih down daripada saya… apa yang sering saya nasihat pada mereka? Ini teguran dari ALLAH, Allah nak kita kembali kpd Dia setelah kita terlalu jauh terlanjur dengan nafsu, perasaan, kesibukan duniawi dan sebagainya… bersyukur ya sebab kita jadi hamba yang terpilih untuk menerima teguran itu… terima kasih cik nu… thx for being my fren. Ever n ever… thx for being my fren too darl… anytg let me know k… ececece….

 Itulah cabarannya sebagai manusia, hamba dan khalifah. Semuanya menuntun kekuatan, keazaman…

Allahurabbi…

 

Words of today
Konflik mematangkan tindakan!!

Jumaat, 14 September 2012

Mengenal kendiri


Rajinnya mengupdate entry… Alhamdulillah… masa yang Allah berikan ini J
Hujan…let’s du’a 1st… Allahumma Soiyyiban Nafia’- semoga hujan yang diturunkan ini menjadi hujan rahmat yang bermanfaat. Amiin,,,,
Banyak entry dalam ni is about my life. Myself n others…
Entry tentang kehidupan… kehidupan saya, kita dan semuanya yang hanya sementara… di alam fana,,. Fatamorgana… bagaikan bebayang air di padang pasir… hilang bila matahari terbenam,,,
“Sampaikanlah walau satu ayat” saya takut nak menulis. Takut yang membaca salah faham dan takut juga apa yang disampaikan tidak benar malah membawa kepada kebatilan sahaja dan sia2…
Banyak cakap? Nonsense… banyak fikir?? Distinguish
Saya juga masih dalam proses belajar. Belajar mengenal diri sendiri. Belajar tentang kelebihan serta kelemahan. Belajar untuk potensi diri… apa kemahiran yang saya ada? Apa kebolehan yang saya miliki? Apa yang saya ada??

1.    Sabar…
Menahan diri dari banyak perkara.. sabarkah saya? Bagaimana sabar itu dinilai, dibentuk dan dianalisiskan?
ü  Adakah jika saya cuba untuk mencari jalan penyelesaian dianggap kurang sabar?
ü  Adakah terlalu memikirkan masa depan juga dianggap tidak sabar?
ü  Adakah memikirkan jalan serta apa yang dikhuatiri berlaku juga tindakan kurang sabar?
ü  BAGAIMANA ANDA MENILAI SABAR??

2.    Lemah lembut
Setiap tutur kata dan tingkah laku beradab sopan… bagaimana seseorang itu dinilai dari segi kualiti lemah lembut yang dimiliki?
ü  Tegas tu garangkah?
ü  Mempunyai pendirian dalam menegakkan islam itu kasarkah?
ü  Berpakaian rock n roll tu ganas sangatkah?
ü  Pakaian ayu sweet charity tu nilaiannya?
ü  BAGAIMANA ANDA MENILAI ASPEK INI??

3.    Ikhlas
melakukan sesuatu perkara semata-mata kerana,,,,, yes… ALLAH… just because of ALLAH…
ü  Setiap pekerjaan yang dilakukan walau terpaksa menghamba-abdikan diri dengan bos, amacam dengan ALLAH pula?
ü  Bekerja dengan sepenuh tenaga diri sendiri demi melihat kejayaan orang lain tu terpaksa ke ikhlas ke macam mana?
ü  Buat kerja yang terbaik untuk majikan, pelanggan semata2 sahaja atau kerana ALLAH?
ü  BAGAIMANA IA DINILAI??

4.    Komunikasi

Alat perhubungan antara manusia dalam menyampaikan sesuatu perkara atau berita=medium perhubungan yang lebih baik. 

ü  bukan setakat cakap mengeluarkan suara saja, bahkan melalui penulisan, taip (SMS dll) juga banyak mengundang masalah ketidaksampaian maklumat.
ü  Gagalkah saya untuk berkomunikasi?
ü  Bagaimana cara saya berkomunikasi dengan manusia sekitar?
ü  BAGAIMANA SAYA DINILAI DARI SUDUT KEBOLEHAN DALAM KOMUNIKASI??

ALLAH… jum p kaunselingkan diri… with ALLAH…

a.    Cik nu…kenapa senyap je? Meh la join kami gebang ni

b.    Cik nu… jum p makan-makan sambil borak2.

c.    Cik nu… malam ni jum p rumah terbuka… nanti saya ambil. Sekali dengan kak Tan.

d.    Cik nu… weekends ni join kami buat reunion ya… leh kumpul sama2..lama dah tak berkumpul kan kita kawan2 lama.

e.    Cik nu,,, cik nu… cik nu…
Serabut je… bukan sombong bukan angkuh… bukan juga pasivisme… bukan juga tertutup jumud, terbuka bangas,,, bukan juga tunjuk bagus apatah lagi tunjuk pandai… jauh sekali tunjuk solehah… ya… walaupun pahit… inshaallah… inilah yang allah dah janjikan… rasa pahit dulu kalau nak rasa manis… memang payah nak terangkan orang yang tak faham. Apatah lagi yang nak menerangkan juga masih kurang faham. Daripada buat-buat faham, lebih baik tak faham terus sekurang-kurangnya akan berusaha untuk terus memahami dgn sungguh2.
manusia perlu berubah,,, Allah dah nyatakan dalam al-Anfal… Allah tidak akan merubah sesuatu kaum sebelum ia berusaha untuk merubah keadaannya sendiri…that mean USAHA… nak jadi baik usaha yang terbaik * cari orang baik, ^ buat benda baik. * tunjukkan teladan yang baik… dll lagi yang baik2 belaka.
Tapi… tak ramai orang yang suka dengan perubahan kebaikan kita… ALLAHHU… orang duk kata,,, nak rasa malu sebab orang kata or nak rasa panasnya neraka bila ALlAH murka? Inilah satu-satunya cabaran yang dihadapi…
Gaya awak ni macam ustazahlah. Dah cukup ke ilmu agama?
-nak tunggu gaya camna lagi baru nak tuntut ilmu agama?

Awak dulu sekolah Agama?
-budak sekolah agama je ke yang berpeluang besar belajar tentang agama?

Jarang Nampak budak-budak university sekarang yang muslimah. Awak aktif jemaah ke?
-nak tunggu aktif jadi jemaah ke baru nak berubah baik? Kalau jemaah tu sesat camna pula?
Alhamdulillah… usrah, rehlah, taalim dll sangat bermanfaat,


Allah… penilai terbaik hanyalah KAU…
Daku juga takut untuk menilai diri sendiri.
Jauh seklai niat utnuk menilai orang lain.
Takut jika ada riak yang menempel.
Takut kalau ujub tiba-tiba menyinggah
Gusar andai takabur mula merajai jiwa.
Rendahkanlah diriku dihadapan semua hambaMU
Sungguh, tinggi darjat kami disisi MU sehingga Malaikat juga patuh pada perintahMU untuk sujud kepada kami kecuali Syaitan yang angkuh
ALLAH… daku ini bukan siapa-siapa tanpaMU
ALLAH yang memiliki segala zat
Tenangkanlah hatiku damaikanlah jiwaku.
Cukupkanlah aku dengan kecukupan yang tidak melampau batas.
Daku takut ia bakal membinasakan ku seperti Qarun ditelan hartanya sendiri.
Allah…
Berilah juga peringatan ini kepada sahabat-sahabatku
dan hamba-hambaMU..
cukupkanlah bagi kami rezeki dariMU
ALLAH…
Tenangkanlah hatiku, damaikanlah jiwaku…
Subhannallah, Alhamdulillah, Allahhuakhbar…

Wallahua’lam

Words of today

ALLAH… aturanMU yang maha benar. ketetapanMU juga yang maha benar. Damaikan jiwaku, tenangkan hatiku…yakin…Engkau sedang memelihara, menjaga serta mengawasinya agar tumbuh bertunas dengan baik agar hasil tuaiannya juga kelak baik. In Sha ALLAH… andai itu yang tertulis di Luh Mahfuz buatku J putrawali tu pahit tapi boleh menyembuhkan dengan izin ALLAH swt.]

**bertutup litup tu tak semestinya ustazah ya…sebab ALLAH tak mention pun dalam al-quran yang mesti bertutuplitup menutup aurat dengan sempurna tu ustazah… tapi wanita… refer to surah an-nur ayat 31 ya** sapa nak bagi title ustazah? Manusia?? Allah tak pun klasifikasikan yang duk tutup aurat sempurna tu ustazah… tapi yang ALLAH mention ialah wanita yang baik-baik…

[cuba teka nada untuk ayat kat atas ni] (*__^)

Rabu, 12 September 2012

Sekadar Perkongsian II


Bismillahhirrahmannirrahim…

Kita mengimpikan banyak perkara agar terjadi dalam kehidupan kita…
Kita mengimpikan itu ini begitu dan begini.
Kita selalu berusaha untuk mendapatkan apa yang kita impikan tersebut.

Namun, ada juga yang kita tidak perolehi.
Maka apa yang patut dan harus kita lakukan??
Berserah? Pasrah? Jangan difikirkan?
Adakah itu tanda kekalahan??

Kemudian, apakah pula perasaan hati kita tatkala apa yang diimpikan tidak terrealiti seperti yang digambarkan dalam kotak fikiran?

YA!! Allah yang lebih mengetahui sebaiknya buat hamba-hambanya. Ia ternyata ada dalam surah Al-Baqarah ayat 216, “ Boleh jadi kamu benci akan sesuatu tetapi itulah yang terbaik buat kamu, dan boleh jadi kamu suka akan sesuatu padahal ia bukan yang terbaik buat kamu. Allah jualah yang Maha Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”

Apa yang kita impikan memang tidak sepenuhnya terjadi sebutir-butir seperti yang diangankan.
Sebab itu, angan-angan tergolong dalam perkara langa yang tidak patut kita lakukan.

Dalam surah al-Asr pula, Allah berfirman, “sesungguhnya, manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali bagi orang beriman yang mengerjakan kebajikan, saling menasihati tentang kebenaran dan kesabaran”

Dilihat dalam ayat tersebut, konteks kebajikan, kebenaran dan kesabaran sepatutnya perlu ada dalam diri seorang hamba. Walau hebat pun seseorang itu, jangan pernah dilupa asal-usul manusia dari setitis air. Bahkan Adam adalah manusia pertama yang Allah cipta dari segumpal tanah. Siapa kita? Adam juga berharap untuk tinggal di Syurga buat selamanya dengan Hawa teman yang Allah cipta dari tulang rusuk kiri Adam. Ia bukan setakat impian, bahkan perintah Allah supaya Adam dan hawa tinggal di Syurga. Tetapi, dek sikap cemburu  Syaitan dan ketidaksabaran Adam dan Hawa, maka mereka telah tercampak ke dunia. Jodoh untuk Adam telah ditetapkan oleh Allah… maka, walau tercampak ke dunia pun, mereka tetap bersama. Ujian itu bermula untuk Adam dan Hawa sejak di Syurga lagi bahkan berterusan hingga ke dunia. Kerana itu dunia sering dihujahkan sebagai pentas ujian buat semua hambanya…
Lantas apa lagi yang berlaku? Permualaan buat Adam dan Hawa sebagai manusia di bumi terus di uji dengan kelahiran anak-anaknya. Pergaduhan Qabil dan Habil menjadi sejarah pertama manusia mula bergaduh, berbunuhan dan mengamuk. Impian Habil untuk mengambil Iqlima tidak kesampaian ditambah lagi dengan pemberiannya kepada Allah tidak diterima. Mengapa??? Kerana Habil tidak memberi dengan telus pemberiannya kepada Allah. Justeru, Allah tidak menerimanya… di sini boleh diambil iktibar bahawa, Allah itu walaupun tiada didepan mata secara langsung, namun dia Maha Melihat dan Maha Mengetahui. Bahkan, bersungguhlah kepada Allah kerana Allah tidak pernah zalim kepada hambanya. Setiap doa, keinginan, impian, harapan, cita-cita dan segalanya perlu disandarkan kepada dengan doa yang bersungguh. Usaha yang jitu. Lantas tawakal kepada Allah…

Sebaiknya semua perkara itu dilakukan, maka pasrah dan berserah dengan sepenuh hati dan jiwa… Allah.. yang maha Pengasih Maha Penyayang. Adakalanya, apa yang kita mohon dan berharap tidak sepenuhnya berlaku bukan bermakna Allah tidak memperkenankan doa kita. Sungguh, Allah Maha Mengetahui. Boleh jadi, doa yang kita pohonkan itu Allah perkenankan saat itu, ada juga yang Allah tahan hingga hari akhirat, ada juga yang Allah berikan dengan sesuatu yang lain (gantian), tapi tidak sesekali doa yang dipanjatkan kepadaNYA di sia-siakan oleh Allah..

Allahhu rabb Allahhu rabb…

Dia lah yang telah menciptakan syariat sebaik-baik peraturan.
Agar manusia hidup berdisiplin.Ada tujuan yang benar.
Bahagian seluruh kehidupan fiqh, munakahat, sosial, ekonomi, politik semua tersusun baik dalam sebuah kitab al-Quran.

Bahkan, ia menajdi penawar, kekuatan serta ketenangan. Itu surat cinta Allah untuk semua hambanya. Bukan yang terpilih. Tapi, hanya manusia yang memilih untuk membacanya atau tidak.
Allah, syariatnya benar.

Kita sering melakukan sesuatu yang melanggarinya. Bahkan hingga terlalu asyik. Bilamana kita cuba berpatah balik, kita terasa susah dan payahnya kehidupan. Ya… itulah manisnya yang akan dirasa kemudian hari. Janji Allah benar dan benar sekali.

Allah, redhailah dan jadikan kami hamba yang redha dengan aturanMU…
Kurniakan kepada kami semua kesihatan dan kekuatan fizikal serta mental, rohani dan jasmani.
Cekalkan hati dan jiwa kami tatkala merasa ujian itu terlalu payah.
Pujuk dan tarbiah hati serta jiwa kami dengan mentadabbur ayat-ayatMU… Allah…
Kuatkan kami agar tidak berputus asa… Allah…rezeki, ajal, maut, jodoh dan pertemuan itu adalah takdirMU yang tertetap.

Wallahua’lam

 Words of today:

Ya… saya juga seorang hamba yang berharap sesuatu yang baik… permualaan dan pengakhiran yang baik… everything in Allah’s hand… I depends on you ALLAH!! Great Allah… Ujian adalah permualaan kepada sebuah kehidupan dan kejayaan… syukran jiddan Allah J

Selasa, 11 September 2012

sekadar ingatan :)


Hurmm…teringat pula zaman study at university… minggu ni minggu daftar… hari pertama dekat university memang homesick… sangat2… tak pernah demam terus demam berminggu-minggu… dengan takda kawan, feeling lagi down… mengharap pada roommates je. Ada kak ainul, cik tha, cik ya dan sinah. Gerun nak mengimbau kenangan kat university… rindu ker?? Tak juga… actually zaman belajar zaman yang paling best… (baru ni I mengakui kata-kata para cikgu yang pernah said that, “belajo kat university le tempat yang paling seronok…” saya suka belajo kat university”. “kamu kena belajo betoi2 pastu masuk university… ish, cikgu suka betoi kat university. Paling senang belajo kat university… rugi kalau kamu tak rasa”.) bila dah meninggalkan zaman belajar at university, YES.. I admit it… paling seronok…dekat situ lah tempat nak belajar hidup berdikari…semuanya… betul kata para cikgu saya J
Ye ke??? Distinguish …ish ish ish…

3 tahun bertarung nyawa, harta benda, maruah, perasaan dan segalanya…Allah je yang tahu senang atau susah… Alhamdulillah.. tempat itu saya yang pilih dan Allah realisasikan… saya tak pernah menyesal  kenapa di sana kenapa tak kat sini… semua tu sedang dan dah berlaku. I just think positive that it is GOOOOD for mw. Allah dah aturkan yang terbaik. Yang terbaik adalah saya belajar di university itu. Yang terbaik juga saya berjaya menghabiskan pengajian saya… apa yang terjadi di sana saya anggap ia adalah yang terbaik semuanya walaupun ada yang pandang itu hukum karma atau sebagainya. Yes…walaupun ada yang tak baik, actually itu adalah buat pengajaran. Hidup saya sangat tertarbiah dengan keindahan kehidupan di sana. Kehidupan!!! Saya tak pernah menyesal kerana belajar di sana dan saya tak pernah menyesal dengan bidang yang saya ambil walaupun sesetengah pihak memandang sebelah mata dengan bidang yang saya ambil. Yes… ALLAH know better than us… what goes around will comes around. What u give u get back… man jadda wajada… semuanya…

Sekarang, junior-junior sibuk sms saya menyatakan rasa rindu nak together… seriously, I not feel it… benda tu saya dah tinggalkan dan ia sangat jauh… kalau ia dekat mungkin saya dah pergi ke tempat itu.. tapi, Alhamdulillah… I just don’t want to keep missing the past thing. I just want to move on with my future, with what I have now… bukan saya lupa diri atau lupa daratan… tapi banyak agenda yang perlu diteruskan daripada terus mengimbau masa lalu yang ada suka dan duka… yang suka tu ok lah…teringat yang sedih kang buat penyesalan je..kan dah langa… inshaallah… semoga allah bagi kekuatan untuk menghadapi semua kesukaran ujian dan dugaan dariNYA ini… that’s why ada satu pepatah arab or something was said by hukama’ “jangan minta dimudahkan ujian tetapi mintalah kekuatan, ketabahan dan kecekalan tatkala menghadapi ujian tersebut. Kerana ujian itu sentiasa ada sama ada sukar atau senang sedangkan hati dan jiwa serta akal tidak tetap sifatnya”
Alhamdulillah… lepas habis pengajian ni.. banyak agenda.. but still in part timer n contract worker… slowly ye… giving me a lot of experiences… inshaallah…next agenda are …………………and ……………… and …………………………and …………………and …………………………………… J serius lagi banyak benda nak fikir jika dibandingkan zaman belajar. Kalau belajar dulu, masuk je university tup2 dah ada fulus masuk dalam akaun. Dah ada tugasan yang lecture bagi. Dah ada macam-macam depan mata.. tinggal nak gerak je… sekarang… kita yang kena bagi tugasan kat orang lain… ok…we use the concept of what goes around comes around ok… hihihihi…anyway… this is a life… sebagai hamba, khalifah yang allah dah tetapkan… beruntungnya nama kita telah tercalon sejak awal lagi di Luh Mahfuz… sgt beruntung!!! J
Segala perjalanan dan perhentiaannya allah dah atur… but, its not mean that we must berserah begitu je… at least we must try harder with full efforts to be the best caliph on this earth..to get 1st Jannah…

By the way, to my junior that read this entry…ples do the best…the chance just come one time only.. grab it… to my self… to other readers… stand with the fact and create it. We know and know how to start… the past is just a past. A present is just a dream. But now is a fact. Can’t move in or move out… 1 pepatah “ jangan biarkan kesedihan hari semalam memusnahkan hari esok dan jangan biarkan anganan hari esok mematikan hari ini…”

 words of today:
ermmmm...happy selalu :) sooo meaningfull Allah...syukur :)

Sabtu, 1 September 2012

meladeni perasaan sendiri


*upgrade hati via internet… dah macam invisible life pula… find a lot of articles to treat heart, soul & rouh* ni boleh jd masalah dlm kehidupan sbb boleh low kan kemampuan utk berdepan dgn org betul!!!

Tanganne siyes, geregesan… sikel also…

Fikiranne lungo. Endasse soooo abot… sometime I was think what should I do? What else can I do?

ALLAH yang memiliki hati ini… giving strength and full of love to u Allah…. Waaa… dah orak sanggup mikio semua benda ni… bercakap senang nak buat tu susah… azam dah setiap saat… ALLAH izin??
 
Anginne teko lungo… sometime I was hear the ringing from an old phone speaker… mad… crazy… my friend say, gilo tak wajib solat dah* Allahu… give me strength…
 
Siyes… turu pun asyik terganggu… bila jago tak mau turu sebab takut…
Bila turu siyes… xnak jago sebab takut juga…
Turu sekadar menghormati masa turu… hakikatnya… jasad mata turu tapi rouh tak mau pisah… wat gapo la ni??? Kepiyee arek turu lagi?? Sosah2…
 
Madang?? Better I do puasa 6 n qada puasa… my appetite was loss too… how… that’s why le tangan n sikel were geregesan… ALLAH…
 
saya marah kenapa jasad, roh, jasmani, rohani susah sangat nak terima keadaan ini. ,msarah knp tak mampu nak terima ujian ni... marah dan kesal knp tak mampu nak hadapi ni... marah dan kesal knp sy berkeras menurutinya... marah dan sgt geram knp sy meladeni perasaan ini... marahnyaaaa..
 
Allah… semampunya hamba telah cuba sedaya upaya… why it still make me feel weak, weak n weak…

 Must give lessons rite… don’t think it too much… but how to do??? 

The hati sooo sick too… ibarat lah ye… hang p toreh something… mula2 tusuk… then toreh sekuat jiwa… Allah… fedihnyalah ye… ngeri & ngilu bila tulih kat black board with chalk…. Ngreeeeeet ngreeeeeeet ngreeeeeeeet… sory pupils, bukan cikgu malas nak tulis… tp fobia dengo bunyi kapur berlaga dengan papan hitam… taubat den…makin ngilu dalam hati ni…  but… that was I feel rite now… sesah  & sesak… ampus banget… Allah…

Takdo semangat dah nak p school… baik sgt… lembut sgt… pemalu sgt… pasif sgt… mano tah hilang semangat den pun tak tahu… where it go??? Allah… what happen to this heart??? What happen to my iman & taqwa?? What happen to myself??? Apa nak jawab bila ALLAH soal what I’ve done in my young age? What have I did in my life, my harta n my knowledge?? ALLAH… guano ni???

ALLAH… tenangkanlah hati & jiwa ini ya… Innalillahi wa inna ilaihi rajiun… tabahkan hati agar dapat menghadapi ujian Mu ini…. Pemilik hati kepd hati yg sedang sikit punya sakit… waaaaaaaa….

 Mengeluh!!!!! Cun with this ALLAH’s test ye cik Nuzamd…

~Ujian adalah takdir yang telah ditetapkan Allah kpd makhluknya. Takbir dan tadbir adalah usaha setiap makhluk utk menghadapi & cari jln penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi. Suka & duka adalah bentuk ujian yg lumrah. Mohon kpd Allah agar diberi hati, jiwa & akal yg cekal serta tabah utk menghadapinya, bukan kemudahan dalam ujian berkaitan...
~Manusia adalah makhluk @hamba, maka semestinya wajar utk menerima ujian dr Allah.
~Syukurin aja sih krn Allah masih memberikan kamu ujian sbg tanda Dia sayang akn kamu...bahkan sbg kaffarah kali...
Allahumma... amiin~mohon perlindunganMU

ALLAH yg lebih tahu... semoga ada hikmah yg so manis semanis madu saat pahit sepahit hempedu yg sedang dirasa ini kelak... baik di dunia or akhirat... astagfirullah hal adzim...

Redho~ikhlas~sabar~Tawakal

sekian sahaja

Words of today
Hanya kata-kata yg positif boleh memujuk segalanya... cakap positif, fikir positif, hasil positif... in sha allah... bantulah hamba sekalian...
ALLAH, saya sayang diri sendiri Wallahi, Lillahi, Watallahi... keep in touch with me ALLAH :)