alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

Sabtu, 19 November 2016

bila aku mula jatuh cinta ...

bismillahhirrahmanirrahim...

adakah ini pengakhiran kepada penulisan ku di sini?
adakah akan terus bersambung dengan kisah kisah ku yang mendatang?
aku juga tidak tahu.
aku juga tidak tahu mahu menaip apa.
jari jari ku kaku sedangkan lidah ku kelu untuk menuturkan.
tapi hati ingin sekali berbicara. Walaupun bicaranya hanya di hadapan skrin yang entah siapa siapa pembacanya. jadikanlah ibrah dan iktibar. bukan membuka aib atau memburukkan sesiapa. sungguh, dialah kenangan semasa yang paling baik Allah anugerahkan. akan ada masa, ia perlu dipulangkan kepada Allah semula.

bila aku mula jatuh cinta...
keluarga adalah mereka yang paling risau.
ahli keluarga adalah yang paling khuwatir bila si bongsu mula menjalin cinta.
perpisahan yang lepas tiada dalam pengetahuan mereka.
Hanya emak dan abah yang tahu perihal perpisahan itu.
walau perpisahan itu suatu fasa yang paling teruk. yes..itu kali pertama si bongsu serius menjalin hubungan hati, selama 2 tahun meletakkan hati untuk dirapikan, tetapi akhirnya, dengan kecekalan lalu ia meninggalkan dia. jatuh dan bangunnya cinta dalam hati si bongsu hanya ada seorang sahabat yang tahu. dialah adik, dialah kawan, dialah sahabat. Dan fasa fasa kesedihan terus berlaku dalam kehidupan si bongsu. Tiada kata yang mampu memujuk hatinya. tangisnya hanya di atas sejadah. hingga suatu saat, terlintas di fikirannya, kenapa ujian ini yang menimpaku. Allah. kalau kalian pernah jatuh cinta lalu gagal, kalian pasti merasa. hati mula hiba. sehiba hari hari yang mendung. si bongsu mula mengkosongkan hatinya daripada dihuni oleh makhluk yang bernama lelaki. hatinya kecut. hatinya parah. hatinya gusar. hatinya terlalu terluka.

bila aku mula jatuh cinta...
datangnya seorang makhluk bernama lelaki. aku kawal segala mainan hati dan akal. Aku kunci drpd SUKA. aku kunci daripada terpedaya dengan perasaan lagi. aku kunci hati dengan kunci yang entah kukuh atau tidak. Tetapi aku cuba kunci. tidak mahu membukanya lagi. tapi, entah...entah bagaimana segalanya bermula... entah...entah bagaimana segalanya bermula, dan aku mula jatuh cinta dengan nya. tapi aku cuba kawal. kerana aku tidak mahu hati disakiti lagi. tidak mahu. tidak mahu. asbab kebaikan. ya..asbab kebaikan. asbab kebaikan dan kesopanan dan kesantunan. itu yang buat hatiku terbuka luas. Walau ada sahabat yang menyindir, "Kau kahwin dengan silembut tu ke?" "kau dengan mamat jambu tu?" "haha, kau dengan dia...ok la tu. dia kan sopan, lemah lembut." "dia ramai peminat tu, hati hati."

Dan aku hanya pekakkan telinga bila mulut mulut itu memperkata sedemikian. bagi aku, biarlah dia lembut atau sopan atau jambu, dia hanyalah manusia biasa yang mesti ada sejuta kekurangan dan kelebihan.

bila aku mula jatuh cinta ...
bila si bongsu mengkhabarkan hatinya mula berputik cinta, emak yang paling risau. abah yang rungsing. siapa nanti yang akan menyunting diri si bongsu. khabar tentang bibit cinta di hati si bongsu dikukuhkan lagi dengan kesungguhan, kebaikan, kelembutan, kesantunan dia yang menambat hati emak dan abah. bermula dari situ,perbincangan mula banyak di lakukan. Yang pasti si bongsu makan hati. hanya menurut apa yang patut. sedang doa menjadi mahar termahal agar semuanya dilembutkan hati.
Sepurnama, ia hanya berlalu sepi. tanpa ada khabar berita yang indah. setelah yakin, khabar itu mula bertandang lagi. Arh, kali ini akan lebih serius kah? aku juga mendebak.
semakin hari, semakin terserlah kesungguhannya. aku hanya doa dan istikharah. istikharahku aman. damai. tenang. baik. dan aku tawakal. dan berlalulah kehidupan yang dicanang... hingga lah sebuah episod baru bermula, bercinta selepas nikah. adakah? ada. ada bagi mereka yang benar benar mengamalkan cara hidup islam dan sunnah 100%, barulah cinta selepas nikah itu akan termanifestasi.

bila aku mula jatuh cinta...
aku sungguh-sungguh untuk jatuh cinta.
hingga aku tak tahu bagaimana rasanya sedih.
hingga aku tak tahu bagaimana rasa disakiti.
yang aku tahu hanya mahu setia dan mempercayai.
yang aku tahu hanya mahu jujur dan yakin.
bait bait layar kekeluargaan bermula dengan segala bentuk mahabbah dan sakinah.
oh. begini rupanya. bahagia menerkam nerkam.
aku bahagia... dia? mereka?
bahagiakah?

dan sekali lagi... bila aku jatuh cinta...
air mata, jangan lah bercucuran lagi.
Aku meletakkan segalanya dalam genggaman ALLAH.
aku meletakkan seluruh tawakalku hanya pada ALLAH.
kebahagiaan ini tercalar calar.
hampir terobek. tersayat.
angkara insan ketiga. namanya bukanlah lelaki,
tetapi muslimah yang budiman, lemah lembut, hatinya mulia semulia Fatimah R.A, yang redup matanya mampu mengegarkan jantung hati si pujangga hatiku, yang bicara ayunya mampu menggugat pendengaran si jejaka kekasih hatiku, dengan penuh sifat penyayang dan belas.
aku hanya ingin redha dan pasrah dengan ujian ini.
semakin aku minta untuk redha dan pasrah, air mata semakin lebat bercucuran.
semakin aku minta dijauhkan, ia mendekat. semakin aku minta didekatkan, ia menjauh. dugaan apakah ini duhai tuhan. ampun...aku kadang kadang masih mempertikaikan. aku kadang kala masih berteka teki denganMU. mungkin hatiku terlalu hiba... AKu cuba pujuk hatiku...redha..redha..redha..tetapi ia makin payah. aku cuba paksa untuk mengukir sebuah senyuman, agar tiada hati yang terluka. lalu aku sendiri yang terluka di balik senyum itu.

fasa fasa kesedihan aku harung sekali lagi. cumanya kali ini ia lebih pedih dan mendalam. ia lebih rakus memasak di dalam hati. fasa fasa sedih ini lebih mengancam. iya, kerana dulu dalam frasa bercinta. tapi ini dalam frasa perkahwinan.  hampir setahun aku berperang dengan sebuah kehidupan yang dinamakan perasaan. Air mata banyak tertumpah kerananya. dan aku masih mencari titik akhir untuk memulakan kehidupan baharu. fasa fasa ini tidak pernah aku lakarkan dalam hamparan impianku. Tuhan, aku tidak kuat. berilah aku hati yang kuat.

dalam doaku, tiada yang tidak baik untuk kalian. semuanya yang baik baik. dan aku hanya minta satu dua hal dari tuhan... keluarkan aku dari jalan ini. keluarkan aku dari keseorangan. aku tidak minta kecuali untuk aku sendiri. agar semuanya yang akan terjadi nanti adalah pilihan PALING BAIK dari Allah. Allah yang tahu segala usaha aku mendapatkan dirinya semula. tetapi, bila ia berkait soal HATI. aku hanya mampu balikkan ia kepada ALLAH. benar. hati kekasihku telah terpaut pada dia si muslimah yang paling budiman. tiada daya dan upaya aku untuk mendapatkannya lagi. segala jenis booster usaha telah aku lakukan. sekurang-kurangnya, aku menyahut seruan Tuhan, "Allah tidak mengubah nasib sesebuah kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa pada diri mereka. (13:11) usah memberi sejuta alasan untuk meruntuhkan sebuah mahligai suci dinamakan masjid. bahkan, aku sedar, ujian ini boleh jadi, mungkin akan memperkukuhkan lagi tiang tiang masjid yang goyah akibat kurangnya simen keimanan, goyahnya pasak ketaqwaan, atau bahkan akibat kelalaian dalam memakmurkan 'masjid' ini. ARghhh... ini hanya mungkin... sebaliknya dalam aturan ALLAH.

dan sesungguhnya cerai itu dihalalkan walau ia perkara yang ALLAH tidak suka.

poligami pula, dan kamu tidak akan dapat berbuat adil di antara isteri-isterimu, sekalipun bersungguh-sungguh hendak melakukannya, oleh itu janganlah kau cenderung dengan melampau iaitu berat sebelah kepada isteri yang disayangi sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung di awan-awan, dan jika kamu memperbaiki keadaan yang pincang itu, dan memelihara diri daripada perbuatan zalim, maka sesungguhnya allah maha pengampun lagi maha mengasihani. (4:129)

emak, abah, abang, kakak, ampunkanlah adik bongsumu.. andai ujian ini adalah kifarah kepada dosa dosaku terhadap kalian. ya, aku sudah meminta maaf berdepan dengan kalian. aku sudah, tetapi aku rasa tidak cukup.

hingga akhir taipan ini, masa masih menjadi penentu keadaan segalanya. aku mengambil hal perkahwinan dengan keyakinan dan bukan hal yang remeh. andai ada yang meremehkan soal perkahwinan, putus, cerai seperti putusnya cinta sebelum berkahwin, silakan, aku tidak menuding fahaman kalian salah. kerna kita manusia yang punya banyak pendapat, seiring dengan keinginan dan kehendak hati. but make sure, hati tu hidup atau mati. itu je. semua orang boleh bercakap tentang soal hati yang tidak boleh dipuaskan. tapi tak semua orang boleh bercakap tentang hati yang ber'akal'. jangan pisahkan hati dengan akal. jangan juga meletakkan hati mengatasi akal. ALLAHUROBBI.

bila aku mula jatuh cinta...
aku hanya berharap cinta ini berkekalan dan terus berkembang tiba dengan selamat di Syurga Allah.
dan aku harap, tiada lagi air mata yang keluar, kerana aku yakin aku telah memberikan 'perkhidmatan' terbaik sebagai isteri dan pembantu suamiku. dan aku juga harap tiada air mata yang keluar kerana dia juga telah menjadi yang terbaik untukku.


jalan kelisa 3, sg tangkas, kajang. 19 november 2016.

~ALLAH, izinkan aku mencintainya tepat pada waktu yang KAU tetapkan~

Bismillahhirrahmanirrahim

Salam Ramadhon :)

Ramadhon Kareem... Dah 15 hari berpuasa...apa ye rasanya atau kesannya puasa sehingga ke hari ini? ada perubahan? ada pembaikan?

Reverse-reverse-reverse... Puasa kali ni (1434H) di KOTA DAMANSARA...uhhh... sandi dan sadis... selama ni puasa di kg...3 tahun di Sabah ye... kali ni tercampak ke sini pula... Praised be to ALLAH... semuanya meninggalkan memori yang tersendiri... uhhu.. dihambat rindu-rindu bertamu di lubuk hati-jiwa tenang :) :)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tajuk entry dah macam tajuk novel-tapi kalau buat tajuk novel panjang sangat-kena reject.

Jauh-jauh-jauh
jauh disudut hati
sudut yang mana
kurang pasti
tentang apa
semestinya tentang hati.

Jerebu-jerebu-jerebu
Jerebu hati
hati jangan biar mati

sebuah catatan yang tersimpan di kotak draf

izinkan aku meninggalkan coretan kenangan disini. kerana aku ingin ia sentiasa tumbuh segar dalam lipatan kenangan antara kami.

setelah berkahwin bebrapa bulan kemudian, kami dapat tinggal bersama sementara. sementara di rumah sewa bujangku. kebetulan rakan2 serumah bercuti ke kg halaman smpena cuti semester yang panjang.

alhamdulillah. ketika itu bulan ramdhan. ramdhan pertama bersama dia.
seronok. turun naik tangga pergi bazar. naik motor. pergi terawih. indah. sungguh indah allah.
Allah yang maha kuasa menggerakkan hati kami. aku gembira.

sementara dia mencari pekerjaan, aku bertanyakan kepada pengurusan Al-AMin. ya. itulah sekolah pertamanya tempat dia bekerja hingga ke hari ni. bulan 8 2014 kalau aku tidak silap, dia mula berkhidmat. dan aku sering berdoa memohon agar allah menjaga hatinya. mata pandangannya. Allah.

allah yang tahu.

insiden, kainku termasuk dalam rantai motor wave ku. alhamdulillah, aku masih dipanjangkan umur. terima kasih abg.

buka semester setrusnya, kami terpaksa berpindah mencari rumah. maka, rumah puchong menjadi sasarannya. alhamdulillah.

bermulalah kehidupan kami berulang alik puchong-kajang.

allah uji. seawal tahun 2015, aku memutuskan untuk berhenti kerja sementara menyiapkan tesis.

allah uji wanita bila dia tidak berharta, dan allah uji lelaki apabila dia berharta.

dan allah masih memurahkan rezeki.

menghadapi sepanjang tahun 2015 dengan tawakkal kepada allah.

ramai yang bertanya kepada aku, mengapa aku memilih untuk kerja diTadika sedangkan aku punya kelulusan untuk kerja di bahagian pejabat. Jawapan aku mudah, aku mahu menjaga pandanganku, menjaga hubungan aku dgn suami. agar dia aman melihat aku bekerja dalam kelompok rakan sekerja yang wanita-wanita shj. kerana aku tidak mahu bikin dia cemburu jika ak bekerja ditempat yang mempunyai lingkungan staf lelaki dan perempuan. bagi aku, suami adalah segalanya. Ya, benar, wanita ini bila dia dah berkahwin, dia meletakkan dirinya untuk suaminya shaja. berbeza dgn lelaki, apabla telah berkahwin, mereka mempunyai peluang untuk menambah cawangan. aku berkata begini bukan menyesal bekerja di lapangan pekerjanya hanya wanita shaja, bahkan ak bersyukur kerana apabila aku berkahwin, maka ak akan dapat menjaga peribadiku utk suamiku shj. allahu'alam.