Kesibukan sering membuat aku
sering ditinggalkan, meninggalkan dan tertinggal.
Terkadang aku mengadah nasib
mengapa begini. Di mana silapnya aku dalam percaturan masa yang telah diberikan
ini.
Aku cuba buat yang sebaiknya.
Sistem pembahagian masa yang macam nabi ajarkan. 1/3 untuk beribadah, 1/3 untuk
riadah, 1/3 untuk bekerja.
Salah akukah andai ukhuwah itu
terputus tanpa ada cela yang disedari?
Salah akukah yang hanya mempunyai
24jam masa tersepit?
Salah akukah yang terlalu sibuk
memenuhi 24 jam/ 7hari/365 setahun?
Aku juga sedih kehilangan hujung
minggu. Aku renyah kehabisan 8 jam di sana. Aku semput menghabiskan sisa 24 di
akhir malam sehingga aku terus telat dan liat untuk bertahajud.
Atau aku yang masih cetek untuk
membahagikan masa antara hubungan pekerjaan, pelajaran dengan hubungan
persahabatan.
Jangan dicabut nikmat hubungan
persahabatn ini wahai allah. Kerana aku mengharap ia menjadi asbab kepada
langkahnya kaki ini ke syurga kelak inshaallah.
Berikan kekuatan kepada aku, dia
dan mereka membetulkan kembali mana yang pincang dengan tuntunan dari Mu allah.
Moga petunjuk dariMu melembutkan hati aku yang keras, mengentalkan hatinya yang
rapuh, melunakkan hati-hati mereka yang kasar.
Jadikanlah kecintaanku kepada
orang yang mencintaiMu, dan jadikanlah aku dicintai oleh orang yang
mencintaiMu.
Apa langkah terbaik ya allah.
Tunjukkan. Aku kasih kepadanya sebagai seorang sahabat dunia dan akhirat. Hanya
dia yang aku ada hadiah dariMu sebagai ketua persahabatan.
Jangan biarkan hubungan ini
terputus lagi. Kerana aku sememangnya tidak mampu menyambung semula tanpa izin
dariMu. Justeru, dengan izinMu jua, aku mohon perlindungan. Moga ukhuwah ini
kekal hingga ke Jannah. Aku yang banyak khilaf. Salah langkah dalam mendabik
keburukan, nauzubillah.
Andai geli menjilat kembali ludah
yang telah disuih, maka jalan lainnya adalah dengan mengelap. Menyemburnya
tempat itu dengan pewangi. Agar nanti tiada lagi bau-bau yang kurang
menyenangkan. Hingga merobek deria bau manusia lain.
Kesibukan dan kekangan ini
membuatkan aku lebih menghargai masa. Kelak, tugas, bebanan dan tanggunganku
kian bertambah. Isteri, bakal ibu dalam masa terdekat? Pelajar dan dalam masa
yang sama sebagai pekerja? ALLAH. Semoga aku diberikan kekuatan menghadapi
serta menelusuri keadaan-keadaan sedemikian. Aku tidak pernah berangan dengan
semua status yang aku pegang ini. Cukuplah bila aku boleh dan mampu menjadi
hamba kepada penciptaku, ALLAH. Hamba yang muslihah. muslimah yang mukminah.
Ya, perubahan ini berlaku kerana
khilaf aku sendiri. Ia berlaku di luar kawalan aku. Perubahan ini mendorong aku
lebih pasif dengan mereka tetapi aktif dengan yang lain. Salahnya aku disitu.
Setiap dari kita pasti akan
merasai fasa-fasa ini. Kalian juga akan merasa betapa hidup ini kian mencabar.
Mana nak dipertaruhkan masa pada sesuatu yang tidal bermanfaat?
If i/m the next who get the
prank, kuatkan aku duhai ALLAH. All praised be to Allah and to allah I ask for
forgiveness L
im who have a lot of sins and
falses
cik kuindah aka nuzamd