Bismillahhirrahmannirrahim…
Kita mengimpikan banyak perkara agar terjadi dalam
kehidupan kita…
Kita mengimpikan itu ini begitu dan begini.Kita selalu berusaha untuk mendapatkan apa yang kita impikan tersebut.
Namun, ada juga yang kita tidak perolehi.
Maka apa yang patut dan harus kita lakukan??
Berserah? Pasrah? Jangan difikirkan?Adakah itu tanda kekalahan??
Kemudian, apakah pula perasaan hati kita tatkala
apa yang diimpikan tidak terrealiti seperti yang digambarkan dalam kotak
fikiran?
YA!! Allah yang lebih mengetahui sebaiknya buat
hamba-hambanya. Ia ternyata ada dalam surah Al-Baqarah ayat 216, “ Boleh jadi
kamu benci akan sesuatu tetapi itulah yang terbaik buat kamu, dan boleh jadi
kamu suka akan sesuatu padahal ia bukan yang terbaik buat kamu. Allah jualah
yang Maha Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”
Apa yang kita impikan memang tidak sepenuhnya
terjadi sebutir-butir seperti yang diangankan.
Sebab itu, angan-angan tergolong dalam perkara
langa yang tidak patut kita lakukan.
Dalam surah al-Asr pula, Allah berfirman,
“sesungguhnya, manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali bagi orang
beriman yang mengerjakan kebajikan, saling menasihati tentang kebenaran dan
kesabaran”
Dilihat dalam ayat tersebut, konteks kebajikan,
kebenaran dan kesabaran sepatutnya perlu ada dalam diri seorang hamba. Walau
hebat pun seseorang itu, jangan pernah dilupa asal-usul manusia dari setitis
air. Bahkan Adam adalah manusia pertama yang Allah cipta dari segumpal tanah.
Siapa kita? Adam juga berharap untuk tinggal di Syurga buat selamanya dengan
Hawa teman yang Allah cipta dari tulang rusuk kiri Adam. Ia bukan setakat
impian, bahkan perintah Allah supaya Adam dan hawa tinggal di Syurga. Tetapi,
dek sikap cemburu Syaitan dan
ketidaksabaran Adam dan Hawa, maka mereka telah tercampak ke dunia. Jodoh untuk
Adam telah ditetapkan oleh Allah… maka, walau tercampak ke dunia pun, mereka
tetap bersama. Ujian itu bermula untuk Adam dan Hawa sejak di Syurga lagi
bahkan berterusan hingga ke dunia. Kerana itu dunia sering dihujahkan sebagai
pentas ujian buat semua hambanya…
Lantas apa lagi yang berlaku? Permualaan buat Adam
dan Hawa sebagai manusia di bumi terus di uji dengan kelahiran anak-anaknya.
Pergaduhan Qabil dan Habil menjadi sejarah pertama manusia mula bergaduh, berbunuhan
dan mengamuk. Impian Habil untuk mengambil Iqlima tidak kesampaian ditambah
lagi dengan pemberiannya kepada Allah tidak diterima. Mengapa??? Kerana Habil
tidak memberi dengan telus pemberiannya kepada Allah. Justeru, Allah tidak
menerimanya… di sini boleh diambil iktibar bahawa, Allah itu walaupun tiada
didepan mata secara langsung, namun dia Maha Melihat dan Maha Mengetahui.
Bahkan, bersungguhlah kepada Allah kerana Allah tidak pernah zalim kepada
hambanya. Setiap doa, keinginan, impian, harapan, cita-cita dan segalanya perlu
disandarkan kepada dengan doa yang bersungguh. Usaha yang jitu. Lantas tawakal
kepada Allah…
Sebaiknya semua perkara itu dilakukan, maka pasrah dan berserah dengan sepenuh hati dan jiwa… Allah.. yang maha Pengasih Maha Penyayang. Adakalanya, apa yang kita mohon dan berharap tidak sepenuhnya berlaku bukan bermakna Allah tidak memperkenankan doa kita. Sungguh, Allah Maha Mengetahui. Boleh jadi, doa yang kita pohonkan itu Allah perkenankan saat itu, ada juga yang Allah tahan hingga hari akhirat, ada juga yang Allah berikan dengan sesuatu yang lain (gantian), tapi tidak sesekali doa yang dipanjatkan kepadaNYA di sia-siakan oleh Allah..
Allahhu rabb Allahhu rabb…
Dia lah yang telah menciptakan syariat sebaik-baik
peraturan.
Agar manusia hidup berdisiplin.Ada tujuan yang benar.Bahagian seluruh kehidupan fiqh, munakahat, sosial, ekonomi, politik semua tersusun baik dalam sebuah kitab al-Quran.
Bahkan, ia menajdi penawar, kekuatan serta
ketenangan. Itu surat cinta Allah untuk semua hambanya. Bukan yang terpilih.
Tapi, hanya manusia yang memilih untuk membacanya atau tidak.
Allah, syariatnya benar.
Kita sering melakukan sesuatu yang melanggarinya.
Bahkan hingga terlalu asyik. Bilamana kita cuba berpatah balik, kita terasa
susah dan payahnya kehidupan. Ya… itulah manisnya yang akan dirasa kemudian
hari. Janji Allah benar dan benar sekali.
Allah, redhailah dan jadikan kami hamba yang redha
dengan aturanMU…
Kurniakan kepada kami semua kesihatan dan kekuatan
fizikal serta mental, rohani dan jasmani.Cekalkan hati dan jiwa kami tatkala merasa ujian itu terlalu payah.
Pujuk dan tarbiah hati serta jiwa kami dengan mentadabbur ayat-ayatMU… Allah…
Kuatkan kami agar tidak berputus asa… Allah…rezeki, ajal, maut, jodoh dan pertemuan itu adalah takdirMU yang tertetap.
Wallahua’lam
Ya… saya juga seorang hamba yang berharap sesuatu
yang baik… permualaan dan pengakhiran yang baik… everything in Allah’s hand… I
depends on you ALLAH!! Great Allah… Ujian adalah permualaan kepada sebuah
kehidupan dan kejayaan… syukran jiddan Allah J
Tiada ulasan:
Catat Ulasan