alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

Sabtu, 2 November 2013

Di Sebalik Doa Dhuha

 
Bismillahirrahmannirrahim, selawat dan salam buat nabi junjungan saw.
 

“Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu, kecantikan itu ialah kecantikan-Mu , keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu". "Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh.''

Solat Sunat Dhuha, antara salah satu solat sunat yang sangat dianjurkan oleh Nabi Muhammad saw.
 
 
“Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”
 
Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”  
(HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
 
Kebanyakan dari kita telah tahu, Solat sunat Dhuha adalah solat sunat yang dilakukan dalam dua rakaat 'kebiasaannya'. Cuma, apa yang saya ingin kongsikan di sini adalah di sebalik doa yang dibacakan selepas selesai menunaikan solat tersebut..
 
Tiap kali berdoa selepas solat sunat Dhuha ini, dalam hati saya menjentik-jentik dan tersentuh isi tersirat sebalik doa ini. Apa yang sering saya fikir melalui doa ini ialah, Allah tuhan yang Esa, Dia ar-Rahman, Dia ar-Rahim. Dia yang Maha Memiliki. Maha Kaya, Maha Pemurah. Maha Adil. Dia yang maha Tahu semuanya.
 
Saya sering berfikir...
- Kita tidak tahu di mana rezeki untuk kita berada.. Sebab itu kita memohon jika ia berada di atas langit, tidak mampu dicapai oleh kita, maka kita mohon agar allah turunkannya untuk kita. Hujan. Hujan adalah rezeki. Datang dari mana hujan? Yes, langit... Cahaya juga datang dari tempat tinggi... Maka kita memohon agar Allah memberikan kita cahaya, petunjuk, nur, pedoman. Dengan izinNYA. Melalui rezeki itu, yang kadangkala kita pandang sebelah mata sahaja adalah langkah awal untuk kita terus mengorak langkah mencari rezeki-rezeki seterusnya.
 
- Justeru, kita juga meminta jika masih berada di dalam muka bumi ini, maka keluarkanlah. Dalam keadaan ini, saya berfikir... rezeki bukan sahaja dalam bentuk nikmat, tetapi juga ujian.  Bukan sahaja dalam bentuk fizikal, tetapi mental. Tidak juga konkrit, tetapi abstrak. Andai berada dalam ujian yang tidak mampu untuk dihadapi, mudah-mudahan Allah mengeluarkan kita dari ujian/masalah tersebut. Hasilnya itu adalah rezeki. Untuk kita terus maju mencari ketenangan milik ALLAH.
 
- Jika jauh dekatkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram maka sucikanlah... Satu baris doa yang sering buat saya menangis dan berfikir lebih jauh. Benar, dalam hidup ini ada yang Allah tidak izin kita untuk dapat sesuatu itu sekelip mata. Contoh, ada orang yang berkahwin, tetapi perlu tinggal berjauhan. Dalam hal ini, dilihat, hubungan mereka telah sah, tetapi Allah jarakkan atas beberapa asbab yang tidak kita ketahui secara batiniah. Ada pula yang telah bercouple/bertunang/ber'apa-apa' lagi lah kan, tapi Allah belum izin untuk hubungan yang halal, maka bermohonlah agar sesuatu hubungan yang haram itu disucikan melalui pernikahan. Dan sesungguhnya, Allah lah sebaik-baik tempat meminta. Keadaan yang Dia beri tidak pernah terlewat mahupun tercepat. Ada juga kes bilamana ramai orang yang menyukainya atau kita sendiri terlalu suka akan sesuatu perkara/benda, tapi selagi Allah belum izin, dekat macam mana, mampu macam mana pun, Allah tetap tidak akan beri. Boleh sahaja Allah memberikannya dalam suatu bentuk yang berbeza daripada apa yang kita hajati/ingini. Dan kita sahaja yang tidak perasan.
 
- Meminta kepada Allah, Tuhan yang telah memberikan sejuta kebaikan kepada orang-orang soleh yang terdahulu pula adalah menyentuh tentang keyakinan kita kepada kisah-kisah umat nabi terdahulu. Mana umat yang ingkar dengan perintah nabi utusan akan dibinasakan dan kepada yang patuh diberikan kurnia tanpa disangka-sangka. Dan kita umat nabi terakhir, menjadikan kisah-kisah tersebut sebagai tauladan. mengimani bahawa Allah pemilik sekalian alam, Dia yang Mengetahui segala apa yang ada di atas langit dan bumi.
 
- Allahurobbi, Maafi Qalbi Ghairullah, Nur Muhammad saw...
 
wallahua'lam
 
 
Words of today:
Hidupku, matiku, ibadahku adalah kerana ALLAH semata-mata.
Anggap dhuha ini sedekah dan saham kepada anggota badan dan masa yang kita miliki/pinjam ini.
 
Salam 1 November 2013, Tahun baru hijrah bakal menyusul beberapa hari lagi, dan hari ini 27 Z/hijjah telah genap 4 bulan dalam islam. Moga Allah redha dan berpanjangan hingga ke Syurga Firdausi, InshaAllah ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan