Alhamdulillah. Syukur dirafakkan ke hadrat Ilahi atas limpahan rezeki yang tidak terperi. Allah yang maha pemurah, maha Penyayang.
Buku 10 Tokoh Idola Muslimah karangan Sakinah Salleh. MasyaALLAH. Buku yang sangat banyak manfaat. Menghabiskan pembacaan sepanjang pergi dan pulang ke tempat kerja. (macam poyo je baca buku dalam bas) (heh, ada aku kesah). Jenuh juga nak menghabiskan pembacaan.
Mula-mula
beli dengan niat nak baca tentang tokoh wanita Islam. Sampai je dalam kedai
buku. Mata melilau cari rak bacaan umum dan Agama Islam. Oh. Banyaknya pilihan.
Hampir satu jam berada di dalam kedai buku. Ambil buku 10 Tokoh Idola Muslimah
sebab cantik caver pagenya…(miahahaha) kedua sebab penulisnya tu saya dah
pernah baca bukunya yang lain. Ketiga jenis tulisan di dalamnya. Sangat mengujakan
untuk terus di baca. Belek-belek-belek. Inshaallah, semoga buku ini bermanfaat
dan memenuhi citarasa apa yang saya nak cari dalam buku tersebut. Take it n pay
at counter J
~Aminah, Khadijah, Aisyah, Sarah,
Hajar, Asiah, Fatimah, Zulaikhah, Siti Rahmah & Asma’~
Berikutlah
10 tokoh idola muslimah yang ditonjolkan dalam buku tersebut. Sejarah hidupnya,
dugaan dan rintangan kehidupan, kegigihan, kesabaran, kekuatan fizikal &
mental, kesabaran, kekentalan, kebijaksaan, kehebatan. Allah. Sungguh hebat
wanita-wanita tersebut. Tercatat sejarah untuk panduan muslimah hari ini
Buku tersebut,
sungguh. Ia melangkaui apa yang saya ingin cari. Sungguh. Terkena dan terkesan
untuk diadaptasi dalam kehidupan saya. Sendirian atau telah berkeluarga kelak.
(macam tau-tau je yang saya…)
Disebalik
sejarah kehidupan 10 tokoh tersebut, penulis menyelitkan pedoman untuk tatapan
pembacanya yang diadaptasi daripada sejarah hidup tokoh tersebut seterusnya
membolehkan segala idea penulis dicerna dalam kehidupan pembaca yang lain,
including me. J Dan terus teruja segalanya seperti terkena dibatang
hidung sendiri…ngeee…
Alhamdulillah,
buku tersebut menjadi salah-satu bahan nasihat berguna untuk saya. Berhadapan dengan
situasi kehidupan yang ada pasang-surutnya. Alhamdulillah, saya berjaya menghabiskan pembacaan ke atas buku ini. Seterusnya ialah buku lain. Kelak akan saya kongsikan juga di sini, inshaallah. Sungguh menuntun hati ini untuk sayu dengan sejarahnya. Allahumma Solli a'la Saiyidina Muhammad s.a.w.
Wallahua'lam
word of today
*sungguh
awesome dan kagum melihat seorang isteri yang membaca al-quran saat suami
memandu disebelah. Ditengah kesesakan lalulintas-Ada damai dimata hati saya~Ayat ALLAH adalah penawar
segala-galanya. Saya pun kalau boleh nak jadi begitu. Membaca al-quran atau
buku atau apa sahaja tidak kira dimana jua. Doakan.. Allahumma aamiin J
Tiada ulasan:
Catat Ulasan