Sanah Helwah-
ukhti~bidadari~muslimah~wanita~mukminah~calonisteri~CikTunang~Isteri~Menantu~Ipar~Ummi~Nenda~Konyang...
(setiap perjalanan ini diriasi dengan panggilan calon JENAZAH)
(semoga panggilan2 ini menjadi penguat semangat untuk tetap istiqamah di jalan
Deen Allah & Muhammad saw ini)-walau perjalanan masih jauh perlu dilalui
untuk meraih panggilan2 itu. ALLAHURABBI.
Panggilan? Ada apa dengan
panggilan sedemikian? Bermaknakah? Untuk menunjukkah? Tidak… sama sekali tidak.
Tapi rasanya ia adalah hadiah teristimewa buat diri. Hadiah terbaik untuk hati
dan jiwa. Serta jasad yang sedar dari zaman2 kegelapan. Menjadi perhiasan
sendiri. Penghargaan buat diri sendiri. Ya. Sedangkan Nabi pun memanggil nama
panggilan yang manis untuk isterinya A’isyah dengan Humairah/Umairah (pipi yang
merah) kerana pipi A’isyah akan merona merah bila diusik oleh Nabi dalam
senda-gurau rumah-tangga mereka. Nabi tidak pula memanggil dengan panggilan
yang tidak disenangi… Jum contohi akhlak Nabi. J
*Kagum juga dengan contoh baitul
muslim Ustazah Fatimah Syarha yang ternukil dalam Pemilik Cintaku Setelah ALLAH
dan Rasul. Sungguh awesome. Semoga menjadi ikutan walau awalnya tidak
sepertinya. Tapi inshaALLAH. Belum terlewat untuk memulakan. J Ayuh!!
Sanah Helwah~
Terlewat hingga detik saat
Angka usia tambah meningkatTanda mati dan ajal kian dekat
Sedia dalam persediaan yang tidak dapat diungkap
Atau disingkap bilakah ajal menjemput.
Rahsia Tuhan dalam memanjangkan usia
Memberi ruang dan peluang agarKesediaan menerima jemputannya
Terisi.Terapi.
Wahai Tuhan,
Engkau yang Lebih Tahu.Bagaimana aku dahulu, kini dan mendatang.
Sepicis teguranMU membuat aku akur.
Jalan menujuMU bukan mudah.
Mujahadah itu perlu aku pasak.
Wahai Tuhan,
Dengan Kudrat dan IradatMUAku pasrah.
Redha dengan takdirMU.
Setelah tadbir dan takbir
Meriasi tiap saat ketetapanMU
Yang aku sendiri tidak pernah tahu
Yang akhirnya aku mohon kepasrahan.
Penyerahan.Sebulatnya kepadaMU.
Wahai Tuhan,
Masa silam dulu hitam dan kelam.Kini aku merangkak.
Bahkan mengharap dapat bertatih
Menuju Sinar.Nur.Cahaya.
Entah kelak, di masa depan
Bagaimana caranya.
Entah aku tidak tahu.
Wahai Tuhan,
Yang Maha Pengasih,Yang Maha Penyayang,
Dilembaran usia ini,
Aku memohon sejuta
RahmatMU.NikmatMU.MawaddahMU.SakinahMU.
Bukan aku ingin tamak.
Tetapi aku meminta agar dapat
Memberikan,mengongsikan
Bersama yang lain.
Wahai Tuhan,
Hati ini terkadang keras.Terkadang kasar.
Terkadang tersasar.
Terkadang gusar bukan kepalang.
Wahai Tuhan,
Yang memegang hati ini.Eratkan ia dengan
RahmatMU. SakinahMU. MawaddahMU.
Ya. Aku menagih.
Sebagai hadiah.
Syukur.Syukur.Syukur.
Aku yakin akan ada hikmah dan kebaikan
disebalik pertambahan usia ini.
UjianMU juga adalah hadiah.
Termahal. Ekslusif.
~SANAH HELWAH YA UKHTI ~indah, seindah ciptaan
Tuhan~ J
Nota 1: Usia bertambah~koreksi diri~dulu-kini-akan
datang?~
Nota 2: Ulangtahun je nak makan kek. Perlukah? Adat
semata. Mengada. Tak happy bezday pun
boleh je nak
makan kek.~ betulkan yang biasa dan biasakan yang betul~
Nota 3: Sanah Helwah je nak hadiah. Perlukah? Boleh
je bagi hadiah tiap2 hari. Dah namanya pun
hadiah.
Boleh kot nak bagi bila2 pun.
Nota 4: Ucapan? Silalah beri ucapan. Doa yang
baik2. Tak kesah pun ucapannya masa hari lahir atau
hari-hari
biasa.
Nota 5: Saya tak nak biasakan diri atau manjakan
diri untuk mengharap menerima segalanya yang
diimpikan
saat hari lahir sahaja. Sebab… takut nanti terbiasa dan takut tak boleh terima
if tak menerima apa2 peringatan sempena hari lahir saya. Tapi still tahu menghargai ok. Jazakallah Khairan Kathiran J
Nota 6: Cara penghargaan, penerimaan dan pemberian
kita adalah berbeza. Baik. Sungguh baik. Beza pun
satu keindahan, ok. Sungguh indah. J
lalalalala
words of today:
Alhamdulillah. Subhanallah. Allahuakhbar. Debit
angka dan kredit usia. Istiqamah+mujahadah= Janji ALLAH kan
indah+awesome+MasyaALLAH+Great= Janji ALLAH kan indah J
Tiada ulasan:
Catat Ulasan