alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

Rabu, 12 September 2012

Sekadar Perkongsian II


Bismillahhirrahmannirrahim…

Kita mengimpikan banyak perkara agar terjadi dalam kehidupan kita…
Kita mengimpikan itu ini begitu dan begini.
Kita selalu berusaha untuk mendapatkan apa yang kita impikan tersebut.

Namun, ada juga yang kita tidak perolehi.
Maka apa yang patut dan harus kita lakukan??
Berserah? Pasrah? Jangan difikirkan?
Adakah itu tanda kekalahan??

Kemudian, apakah pula perasaan hati kita tatkala apa yang diimpikan tidak terrealiti seperti yang digambarkan dalam kotak fikiran?

YA!! Allah yang lebih mengetahui sebaiknya buat hamba-hambanya. Ia ternyata ada dalam surah Al-Baqarah ayat 216, “ Boleh jadi kamu benci akan sesuatu tetapi itulah yang terbaik buat kamu, dan boleh jadi kamu suka akan sesuatu padahal ia bukan yang terbaik buat kamu. Allah jualah yang Maha Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”

Apa yang kita impikan memang tidak sepenuhnya terjadi sebutir-butir seperti yang diangankan.
Sebab itu, angan-angan tergolong dalam perkara langa yang tidak patut kita lakukan.

Dalam surah al-Asr pula, Allah berfirman, “sesungguhnya, manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali bagi orang beriman yang mengerjakan kebajikan, saling menasihati tentang kebenaran dan kesabaran”

Dilihat dalam ayat tersebut, konteks kebajikan, kebenaran dan kesabaran sepatutnya perlu ada dalam diri seorang hamba. Walau hebat pun seseorang itu, jangan pernah dilupa asal-usul manusia dari setitis air. Bahkan Adam adalah manusia pertama yang Allah cipta dari segumpal tanah. Siapa kita? Adam juga berharap untuk tinggal di Syurga buat selamanya dengan Hawa teman yang Allah cipta dari tulang rusuk kiri Adam. Ia bukan setakat impian, bahkan perintah Allah supaya Adam dan hawa tinggal di Syurga. Tetapi, dek sikap cemburu  Syaitan dan ketidaksabaran Adam dan Hawa, maka mereka telah tercampak ke dunia. Jodoh untuk Adam telah ditetapkan oleh Allah… maka, walau tercampak ke dunia pun, mereka tetap bersama. Ujian itu bermula untuk Adam dan Hawa sejak di Syurga lagi bahkan berterusan hingga ke dunia. Kerana itu dunia sering dihujahkan sebagai pentas ujian buat semua hambanya…
Lantas apa lagi yang berlaku? Permualaan buat Adam dan Hawa sebagai manusia di bumi terus di uji dengan kelahiran anak-anaknya. Pergaduhan Qabil dan Habil menjadi sejarah pertama manusia mula bergaduh, berbunuhan dan mengamuk. Impian Habil untuk mengambil Iqlima tidak kesampaian ditambah lagi dengan pemberiannya kepada Allah tidak diterima. Mengapa??? Kerana Habil tidak memberi dengan telus pemberiannya kepada Allah. Justeru, Allah tidak menerimanya… di sini boleh diambil iktibar bahawa, Allah itu walaupun tiada didepan mata secara langsung, namun dia Maha Melihat dan Maha Mengetahui. Bahkan, bersungguhlah kepada Allah kerana Allah tidak pernah zalim kepada hambanya. Setiap doa, keinginan, impian, harapan, cita-cita dan segalanya perlu disandarkan kepada dengan doa yang bersungguh. Usaha yang jitu. Lantas tawakal kepada Allah…

Sebaiknya semua perkara itu dilakukan, maka pasrah dan berserah dengan sepenuh hati dan jiwa… Allah.. yang maha Pengasih Maha Penyayang. Adakalanya, apa yang kita mohon dan berharap tidak sepenuhnya berlaku bukan bermakna Allah tidak memperkenankan doa kita. Sungguh, Allah Maha Mengetahui. Boleh jadi, doa yang kita pohonkan itu Allah perkenankan saat itu, ada juga yang Allah tahan hingga hari akhirat, ada juga yang Allah berikan dengan sesuatu yang lain (gantian), tapi tidak sesekali doa yang dipanjatkan kepadaNYA di sia-siakan oleh Allah..

Allahhu rabb Allahhu rabb…

Dia lah yang telah menciptakan syariat sebaik-baik peraturan.
Agar manusia hidup berdisiplin.Ada tujuan yang benar.
Bahagian seluruh kehidupan fiqh, munakahat, sosial, ekonomi, politik semua tersusun baik dalam sebuah kitab al-Quran.

Bahkan, ia menajdi penawar, kekuatan serta ketenangan. Itu surat cinta Allah untuk semua hambanya. Bukan yang terpilih. Tapi, hanya manusia yang memilih untuk membacanya atau tidak.
Allah, syariatnya benar.

Kita sering melakukan sesuatu yang melanggarinya. Bahkan hingga terlalu asyik. Bilamana kita cuba berpatah balik, kita terasa susah dan payahnya kehidupan. Ya… itulah manisnya yang akan dirasa kemudian hari. Janji Allah benar dan benar sekali.

Allah, redhailah dan jadikan kami hamba yang redha dengan aturanMU…
Kurniakan kepada kami semua kesihatan dan kekuatan fizikal serta mental, rohani dan jasmani.
Cekalkan hati dan jiwa kami tatkala merasa ujian itu terlalu payah.
Pujuk dan tarbiah hati serta jiwa kami dengan mentadabbur ayat-ayatMU… Allah…
Kuatkan kami agar tidak berputus asa… Allah…rezeki, ajal, maut, jodoh dan pertemuan itu adalah takdirMU yang tertetap.

Wallahua’lam

 Words of today:

Ya… saya juga seorang hamba yang berharap sesuatu yang baik… permualaan dan pengakhiran yang baik… everything in Allah’s hand… I depends on you ALLAH!! Great Allah… Ujian adalah permualaan kepada sebuah kehidupan dan kejayaan… syukran jiddan Allah J

Tiada ulasan:

Catat Ulasan