alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

Selasa, 27 Disember 2011

halwa telinga

Bismillahhirrahmannirrahim
Assalamualaikum wbt

Berehat sebentar di laman blog~~~
sambil telinga memasang earphone mendengar ceramah tentang kehidupan rumah tangga di ikim.fm (ulangan)...

ahha...macam-macam ragam yang macam-macam ragam..asam garam hidup berumah tangga---

1. bila dah kahwin, mak ayah tak nak lepaskan anak, terutama anak perempuan ke pangkuan suaminya.

2. anak, biasanya anak perempuan yang tak sanggup berpisah dengan mak ayah bila sah-sah dah sah bersuami.

3. dengar cakap isteri- tahun ni raya rumah saya, tahun depan rumah saya, tahun-tahun depan pun rumah mak saya juga...soo???

4. isteri/suami akan sangat rapat dengan mak-bersedialah bila salah seorang pasangan sangat rapat dengan keluarga mereka. berusaha untuk turut serta, turut rapat dengan keluarga yang mereka rapati tersebut, supaya si dia akan boleh untuk rapat dengan keluarga kesayangan kamu juga----berkahwin bukan dengan pasangan sahaja, tetapi perlu berkahwin dengan keluarganya sekali.

5. queen or king control

6. suka cari kesalahan atau ketaksempurnaan pasangan

7. masalah poligami---suami kena pandai ambil tindakan, pandai tangan yang mencincang, pantas bahu juga mampu untuk menanngung bebannya.

8. konsep "Qurrata Aini" yang berbeza-beza dalam setiap diri pasangan...baca surah Furqan ayat 74.

9. kalau rasa anak perempuan dah berubah, si ibu ambil air wuduk dan usap di muka anak.

10. sikap berkasih sayang, hormat-menghormati, romantik selalu dengan pasangan.

11. pasangan jangan memburukkan anak-anak. amanah dari ALLAH.

12. belajar rumah tangga sepenuhnya jangan lupa ilmu-ilmu lain juga.

13. sentiasa meningkatkan ilmu untuk meningkatkan kualiti dalam rumah tangga, tetapkan pencapaian, jangan marah-marah, jangan berdangkal. ALLAH tak lihat bagaimana kita memulakan tetapi bagaimana ia berakhir. semoga dalam pengakhiran yang baik.

by ustaz Muhammad Bin Abdullah @ radio ikim.fm



p/s: tak rugi menuntut ilmu walau dari mana cabang sekalipun. ilmu menjadi rujukan mana yang tidak tahu..jangan sombong dalam menuntut ilmu supaya dapat keluar dari kesesatan, kegelapan dan kejahilan... semakin banyak ilmu yang dicari, semakin banyak kelompangan dan kekurangan yang akan terpancar dari dalam diri. semakin sedar bahawa kita ini kurang berpengetahuan. Jadi, buang tabiat yang suka mengatakan 'alah, aku dah tahu semua tu' tapi katakan 'aku tak tahu pun dan aku nak tahu'.. belajar apa yang kita rasa kita tahu akan buat kita belajar sambil lewa berbanding jika kita belajar sebab kita tak tahu dan nak mabil tahu, kita akan belajar bersungguh-sungguh. Beri peluang kepada otak dan akal untuk bertemu ilmu-ilmu baru. jangan biarkan setiap saat dibazirkan tanpa ilmu yang bermanfaat. Jadikan kehidupan penuh keindahan dan warna-warni dengan ilmu pengetahuan...

wallahu a'lam


words of today
Ilmu cahaya akal, memandu akal dan hati untuk memikirkan setiap kebesaran ciptaan ALLAH swt...

Rabu, 21 Disember 2011

mulianya WANITA di dalam ISLAM

Bismillahhirrahmannirrahim
Assalamualaikum wbt...



Syukur kepada ALLAH atas kurniaan_NYA pada hari ini dan saat ini..

wanita sebelum kedatangan agama Islam adalah dipandang hina bahkan bayi-bayi perempuan juga akan dibunuh sejurus dilahirkan. tambahan lagi, wanita hanya dijadikan sebagai alat pemuas nafsu semata-mata dan dalam soal muamalat, wanita langsung tidak mempunyai hak untuk mewarisi harta, suami dengan sewenang-wenangnya menyerahkan isteri kepada sahabat-sahabat seterusnya mencari wanita-wanita lain. (fikiran JAHILIYAH)

Allah S.w.t berfirman yang maksudnya, “Dan apabila seseorang dari mereka diberi khabar dengan kelahiran anak perempuan, hitamlah (merah padamlah) mukanya dan dia sangat marah." Surah An Nahl : Ayat 58

Akan tetapi, setelah kedatangan Islam yang Syumul, taraf dan kedudukan wanita telah dimuliakan di dalam Islam... malahan, wanita menjadi tulang belakang kepada pembangunan ummah, namun ramai yang tidak faham hakikat sebenar seorang wanita bahkan dalam diri wanita itu sendiri. dan Barat dengan bersungguh-sungguh memperdayakan wanita dengan banyak cara seperti fesyen keterlaluan, budaya hedonisme, lesbian, seks bebas dan banyak lagi..penyebaran untuk merosakkan wanita adalah melalui BUDAYA...dan syaitan juga menjadi semakin rakus menyesatkan wanita apabila telah ada jalan dari Barat... syaitan memusuhi umat manusia sejak Adam diciptakan oleh ALLAH dan dalam khutbah terakhir Nabi Muhammad saw,
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

maka syaitan tidak pernah berhenti untuk menyesatkan manusia. ALLAH kurniakan akal fikiran untuk memikirkan dan membezakan mana yang baik dan buruk tetapi, janganlah menjadi hamba kepada akal semata-mata!!!

"wanita, hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah..."

Rasulullah saw pernah bersabda yang maksudnya : "Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah." hari Muslim

"terciptanya wanita dari rusuk lelaki..." bukan menandakan wanita itu lemah, tetapi menjadi tulang belakang kejayaan dari setiap usaha suaminya, bapanya, anak lelakinya, menjadi peneman dikala susah dan senang

tingginya darjat seorang wanita telah ALLAH muliakan dalam firman-firmannya:

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu, maka wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri". an-Nisa', 34.

“Dan barang siapa yang melakukan amal soleh dari kalangan laki-laki dan waanita dalam keadaan dia beriman maka mereka akan masuk ke dalam syurga dan mereka tidak di zalimi sedikit pun.” An Nisa’, 124

"Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah, Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya." Ar Ruum, 21

Wanita sebagai sumber kasih, sayang dan kelembutan. " Dan dijadikan diantaramu rasa kasih dan sayang." Ar Ruum, 21

Wanita berperanan melahirkan zuriat dan memberi pendidikan.
"Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis-jenis kamu sendiri dan menjadikan dari isteri- isteri itu, anak-anak dan cucu-cucu." An Nahl,72



~~maka berbanggalah menjadi seorang wanita dengan mengikuti segala syariat yang telah ditetapkan. Tutuplah aurat kerana nilainya yang sangat tinggi. Jagalah maruah dan keaiban diri sendiri juga orang lain nescaya ALLAH akan menjaga maruah dan menutup keaibanmu. BERBANGGALAH menjadi wanita kerana ALLAH menciptakan serta menceritakan tentang wanita di dalam al-Quran bukti ISLAM memartabatkan wanita...ALHAMDULILLAH born/being as mousleemah (*__^)

"perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki yang keji & lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji pula, sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik pula. mereka itu bersih dari apa yang diperkatakan orang. mereka memperoleh ampunan & rezeki yang mulia (Syurga)." an-Nur, 26

sesungguhnya janji ALLAH yang benar, peganglah janji ALLAH~~tiada apa-apa pada janji manusia yang suka membuat kerosakan dan kehancuran...



wallahua'lam


Berikut merupakan keistimewaan wanita menurut Islam, menunjukkan betapa Islam begitu menghormati dan menghargai para wanita yang sholehah. Berbahagialah engkau wahai bidadari penghuni syurga…… !

1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

2. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

3. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.

4. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah- olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

12. Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W., siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” tanya Aisyah kembali, Jawab Rasulullah S.A.W. “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1000 lelaki yang jahat.

22. Rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

23. Wanita yang memberi minum air susu ibu (asi) kepada anaknya daripada badannya (susu badannya sendiri) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

24. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

28. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo(2½ thn),maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

37. Jika wanita memicit/mijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

38. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

39. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

40. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

http://umar-alfarouk.blogspot.com/2011/03/40-keistimewaan-wanita-menurut-islam.html#ixzz1h9WOqr7D---read continuously (^__*)

words of today:
Selawat ke atas nabi dan selalulah bersyukur dengan segala kurniaan ALLAH.
Allahhumma Solli A'la Muhammad...Alhamdulillah hi rabbil a'lamin
tingkatkan iman dan ilmu, sebaik-baik hamba adalah yang bertaqwa di sisi ALLAH swt.

Sabtu, 17 Disember 2011

Bismillahhirrahmannirrahim
Assalamualaikum wbt

Malam-malam yang tidak bisa melelapkan
ALLAHUAKHBAR...
***dah tu meraba mata la dengan melihat dan memikirkan benda-benda yang tak sepatutnya
"future thinking"
BUT, before that...

quite FAMOUS around my lecturers...
yang tak syok tu asyik kena jawab soalan, pendapat, buat penilaian...
yang syok, boleh la jawab kan...
yang tak syok semula, i'm not really like la sebut memanggil nama saya...
maybe hyper active dalam kelas...nak kata striker, tak juga...
ada lagi dua orang main striker
but...ok la...this sem je pun they will meet me... ahhaa
next2 sem...tak jumpa dah...
But actually...
fall in love with both of them...really kind lecturers...
kindly, caring and LIBERAL...

yang tak boleh dilupakan,
she keep smile, smile, smile and smile with me..
turn left and right, maintain...others tak perasan dan tak juga respone dengan gelagat kami berdua...
while he said "thank you">>>>make me melting :)
they're SPOUSE ok...really a kind SPOUSE
both of u are my lovely lecturers :) :) :) :)
but, please do not push me...not really like le...depress...and sometime can't working under depression... sory!!
~~~INSHAALLAH, i'll make the best for u alls as ALLAH permitted me...again..INSHAALLAH~~~

***come to the story***
meraba mata duk meninjau-tinjau baju-baju muslimah at muslimah website shirt, abuya, hijab and so on...rambang mata saya... rasa nak beli semua...cadang nak order satu in each siteweb, tapi tak dapat...nafsu mengatasi segalanya...NAUZUBILLAH...DUNIA DUNIA DUNIA semua tu... :) dunia-dunia pun untuk keselesaan untuk mendapatkan tempat dalam perhitungan di akhirat...selesa nak beribadat, selesa dalam mematuhi syariah dalam komuniti (dapat jaga batas-batas aurat)...Innamala'malubil niat :)Niat yang baik kerana ALLAH...

**paling syok tengok tudung @ hijab...santik-santik...dari jenis berawning, bawal, plain, bercorak and lain-lain..all soooo beautiful...niceeee(uit chik, nak bertudung sebab santik ke sebab menutup aurat??) answer: menutup aurat yang cantik dengan cantik==ALLAH suka akan kecantikan & kekemasan :) :) :)
duk selekeh-selekeh apa kenanya kan...zuhud semampunya... :) :) duk selekeh dalam kemampuan pun orang duk kata...betul tak???erm...NIAT NIAT...jangan pakai sebab nak menunjuk-nunjuk...dapat azab ALLAH sahaja...NAUZUBILLAH...

**paling syok seterusnya juga bila dapat meraba mata dengan membelek-belek album baju-baju muslimah, blous-blous labuh muslimah, abuya @ jubah...
alhamdulillah...makin banyak baju-baju muslimah dalam pasaran tempatan kita...moga, suatu hari nanti, cik NuzaMd dapat buka sebuah kedai baju@butik muslimah appearances ( male, female, kids, family and etc lah) mudah-mudahan, INSHAALLAH...tak salah merancnag...bukan untuk gagal...start to bubbling ;) ;)memang cantik pakaian-pakaian yang ditinjau tadi...ermmm...inshaALLAH, kalau ada rezeki lebih nanti, adalah bungkusan sampai
ke rumah...hehehe :) :) :) sobarul minal iman :) :) :) ada juga tengok khas for maternity...sweettt...chumelll...+ babies needs...chumel la sangat...

>>selain itu...cik NuzaMd duk tengok-tengok juga peluang kerja kosong dalam website...sebagai persediaan masa hadapan...besides, tengok juga how to write a good resume...to attract employersss also interviewerssssss...tapi kan...entahlah...like takda peluang je...erm...iiieee..bersangka buruk...teruk betul kan... i've plan...cikgu is my last point work field i'll take...as get big chance...nak site office or development field...gred N??takpelah...janji rezeki tu halal..kan...i/ALLAH..skrolllling??? kejap-kejap...jadi ke konvo tahun depan ;) ;)
hahaha...inshaALLAH...mudah-mudahan ALLAH izinkan...ok..buat yang terbaik, seikhlas habis kerana ALLAH...saya dah merancang yang sebaiknya mungkin, BUT, jangan lupa, rancangan dan ketetapan ALLAH yang terbaik...b'coz ALLAH know what is the best for hamba-hamba_NYA... DIA yang lebih mengetahui, ilmu_NYA tidak terbatas :) :) Bersangka baik dengan ALLAH ok :) :) :)

**selain tu...baca juga artikel-artikel politik...erm...banyaknya membaca...follow blog dr.M....tengok malaysiakini...see also harakahdaily...ahhhhaa...apa nak jadi ye dengan dunia poltik tempatan bahkan a/bangsa??? yes...sejarah akan berulang...sebab tu kena belajar dan ambil iktibar daripada sejarah silam...supaya kita ada jalan dan cara untuk selesaikan setiap apa yang berlaku...SEJARAH AKAN BERULANG!!! cuma masa, situasi dan keadaannya yang berbeza...secara teori, soo-soo je... )macam emo lah pula) that's why la saya tak suka politik...but...politik can be a rule.life need a rule, guideline...supaya tak hilang atau hanyut dengan guideline tersebut, jangan pisahkan agama dengan politik...agama is syumul, sarwajagat and available in every inch of life...YES...

**seterusnya, baca juga site religion...for build our akidah and soul...tambah ilmu-ilmu sedia ada...deeply ALLAH always is heart n mind...yang dibaca about; CINTA/MAHABBAH to ALLAH and Rasul, Sirah Rasul, Isthikharah, adab ziarah kubur, Jin dalam badan?(dengarkan ayat2 Ruqyah) and etc...(can't remind all)...ISLAM is the way of life...islam is the way of life...ISLAM agamaku... Redhalah kamu dengan agamamu...bersyukur dengan nikmat iman, islam dan ihsan yang kita perolehi sejak azali...being a muslim yang mukmin...inshaallah...


momento>>
1) still belum dapat mendapatkan cik+encik durian...
2) apa yang telah diperolehi selama 21 hari berada di bulan hijrah, al-muharam ni? lebih baik dan tercapaikah azam??? azam+usaha=hasil yang menakjubkan, inshaallah..jgn hanya berazam tapi tak berusaha ye...
3) entry ni LAGHA tak? (inshaallah, coming soon..will come with new entry about something+knowledge) waiting2 ya

wallahua'lam

words of today
let zikr to ALLAH and selawat to our Prophet, Muhammad S.A.W
"subhanallah, alhamdulillah, allahhuakhbar, lailahaillallah"
"allahhumma solli a'la saiyidina muhammad, adadama fi ilmillah solatan daimatan bi dawami mulkillah"

Jumaat, 16 Disember 2011

akhirnya yang belum akhir

Bismillahhirrahmannirrahim
Assalamualaikum wbt

Akhirnya yang belum akhir punn
siap juga penulisan pra bab 2 L.I cik NuzaMd..
Walau separa fenink dan agak teragak-agak saat mula menaip...
ALHAMDULILLAH, dengan izin_Nya, siap juga...
actually kena push diri sebab kena hantar this week...esok due datenya...hehehe

BTW, still need to added and need more information...
baru bab 2 dah macam lipas kudung membuatnya
belum lagi bab 3 dan seterusnya yang memerlukan kumpulan data dari responden dan data-data arkib Perak + sekolah...
how??
semoga dipermudahkan...dengan Izin_NYA

Ahha...tengah-tengah menaip tiba2 sangat terasa nak balik kampung..
apatah lagi dengan menahan tekak yang sangat teringin nak makan durian HUHUHU
esok, kalau diizinkan ALLAH, nak keluar cari durian... fresh tak resh belakang cerita kot..sebab dah tak tahan sangat... selama ni tahan sebab nak cari yang fresh je...tapi, la ni dah tak boleh...semoga ALLAH permudahkan saya dan teman2 untuk mencari durian tersebut...
alahai cik2 durian, waiting for us ye..

Mak cik NuzaMd kat kampung pun dah siap sedia dengan tempoyak...tak sabar nak buat gulai ikan tempoyak with sambal bilis tempoyak...
(actually bukanlah hantu durian, tapi bila dah duk jauh sikit ni, ngada2 nak makan durian n tempoyak lah pula) (*__^)
dan sebenarnya taklah berapa larat nak mencium bau durian yang over banyak dan over bau..sikit-sikit bolehlah (*__^)
tapi, entah kenapa pulak tekak ni kalau dekat sini teringin yang tak teringin pun sebelum2 ni...

ALHMADULILLAH juga semua tugasan untuk semester ni dah selesai...cuma perlu study untuk menghadapi finale yang akan bertandang tak sampai pun sebulan lagi.
jadi, esok adalah sempena meraikan "saya dah free assigment" (*___^)
ALHAMDULILLAH...tapi..semua tu masih dalam perancangan...kalau diizinkan ALLAH akan adalah hari raian esok..ok chill..

Yakin dengan setiap apa yang berlaku kepada kita adalah terbaik dari ALLAH...i/ALLAH, everything will be OK..set dalam kepala, ALLAH is everything n ALLAH is the best. mintalah bantuan dan perlindungan daripada ALLAH, kerana DIA YANG MAHA PELINDUNG...RAHIMNYA untuk hamba yang terpilih (*__^)

wallahua'lam
wassalam...

words of today
mimpi durian, durian, durian, durian...

Ahad, 11 Disember 2011

Sebuah REHLAH: Dengan izin_MU YA RABB

Rehlah yang entah bagaimana
Yang pasti, ia menuju ke destinasi yang pasti
Yang hakiki
Onak di dalam rehlah membuatkan jasad kadang termengah
Nadi sela-seli semput
Menghela nafas mengejar dan mendapati sebuah pencarian
Dalam rehlah
Semalam yang telah berlalu
Tak kan dapat bertemu lagi
Kalau sejarah akan berulang sekalipun
Suasananya tidak persis
Entah bila dapat lagi bersua dengan peluang emas kelmarin
YA RABB

YA RABB
Sesungguhnya dengan izin_MU
Ia bertunas, ia tumbuh, ia menjalar
Sesungguhnya, dengan izin_MU
Ia bercambah, ia mekar, ia segar
Dan
Sesungguhnya, dengan izin_MU
Kadang ia layu
Hampir mati
Sungguh, dengan izin_MU segalanya
YA RABB

YA RABB
Seandainya dengan izin_MU
Mempertemukan lagi seperti kelmarin-kelmarin
Permudahkanlah
Entah setahun, dua tahun
Lima tahun bahkan sepuluh tahun
Entah bilapun
Seandainya dengan izin_MU
Moga suasananya penuh keberkatan dari_MU
YA RABB

YA RABB
Seandainya dengan izin_MU
Akan pertemukan lagi
Datangkan dengan rasa cinta kepada_MU
Agar Engkau ada untuk menjadi saksi pertemuan itu
meraih bukti janji-janji_MU
YA RABB

YA RABB
Seandainya dengan izin_MU
Akan bertemu lagi
Temukanlah kerana cinta kepada_MU
Tautkan hati dengan tautan cinta kerana_MU
Agar akan lahir lagi cinta-cinta yang mencintai_MU
YA RABB

YA RABB
Seandainya dengan izin_MU
Tidak akan mempertemukan
Jadikanlah kami hamba-hamba yang
Sentiasa menyebarkan cinta kerana_MU
Memberikan cinta kerana_MU
Mendapatkan cinta kerana_MU
Tenangkan dalam
Meraih cinta-cinta_MU
YA RABB

YA RABB
Seandainya dengan izin_MU
Menghilangkan dalam masa rehlah yang
Kami sendiri tidak arif
Buatkan kami Redha dan Rela
Sebagai butir keampunan dari_MU
YA RABB

YA RABB
YA RABB
YA RABB
YA RABB
Tenangkan dalam mencari ketenangan_MU
Kuatkan dalam mencari kekuatan_MU
Bahagiakan dalam mencari kebahagiaan_MU
Damaikan jiwa dalam mencari kedamaian_MU
Sabarkan dengan kesabaran_MU
Tabahkan dalam rehlah ini
Dalam penghujungan yang BERKAH
YA RABB
YA RABB
YA RABB
YA RABB

Solat-solat sunat pilihan kita 15 Muharam 1433h~~

Bismillahhirrahmmannirrahim

SOLAT SUNAT HAJAT

Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Dardak bahawa Nabi saw bersabda: "Barangsiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian bersembahyang dua rakaat dengan sempurna, maka dia diberi Allah apa saja yang diminta baik cepat ataupun lambat.

NIAT SOLAT HAJAT
أصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku sembahyang sunnat hajat dua rakaat kerana Allah Ta'ala


Selepas membaca al-Fatihah, dalam rakaat pertama hendaklah dibaca Ayat Qursi sementara pada rakaat kedua pula dibaca Surah Al-Ikhlas.

Apabila selesai sahaja solat, terus sujud kepada Allah dan membaca tasbih ini...
kemudian bacalah doa @ mintalah apa yang kita hajatkan.

سُبْحَانَ الَّذِي لَبِسَ الْعِزَّ وَقَالَ بِهِ , سُبْحَانَ الَّذِي تَعَطَّفَ بِالْمَجْدِ وَتَكَرَّمَ بِهِ , سُبْحَانَ الَّذِي أَحْصَى كُلَّ شَيْءٍ بِعِلْمِهِ , سُبْحَانَ الَّذِي لَا يَنْبَغِي التَّسْبِيحُ إلَّا لَهُ , سُبْحَانَ ذِي الْمَنِّ وَالْفَضْلِ ,سُبْحَانَ ذِي الْعِزِّ وَالْكَرَمِ , سُبْحَانَ ذِي الطَّوْلِ , أَسْأَلُك بِمَعَاقِدِ الْعِزِّ مِنْ عَرْشِك , وَمُنْتَهَى الرَّحْمَةِ مِنْ كِتَابِك وَبِاسْمِك الْأَعْظَمِ وَجَدِّك الْأَعْلَى , وَكَلِمَاتِك التَّامَّاتِ الْعَامَّاتِ الَّتِي لَا يُجَاوِزُهُنَّ بَرٌّ وَلَا فَاجِرٌ أَنْ تُصَلِّيَ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد

"Maha Suci Allah yang bersifat dengan kemuliaan dan Dia berfirman dengannya. Maha Suci Allah yang mempunyai sifat ketinggian dan menjadi mulia dengannya. Maha Suci Allah yang meliputi ilmuNya segala sesuatu, Maha Suci Allah yang tidak ditasbih melainNya. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan kelebihan. Maha Suci Allah yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan nikmat. Aku memohon RahmatMu dari kitabMu dan dengan namaMu yang mulia dan kehormatanMu yang tinggi dan kalimat-kalimatMu yang sempurna yang tidak dapat diatasi oleh sebarang kebaikan dan kejahatan bahawa Engkau Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW dan segala keluarganya.SOLAT SUNAT ISTIKHARAH
Solat Istikharah dilakukan bagi mengetahui penentuan tentang kebaikan dan pekerjaan yang akan oleh seseorang yang dia sendiri tidak dapat pastikan. Dengan solat ini, mudah-mudahan Allah SWT menunjukkan petandaNya, kalau baik natijahnya, diteruskan dan kalau tidak baik, tidak akan dilaksanakan.

أصَلِّي سُنَّةَ الإِسْتِخَارَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta'ala
Setelah al-Fatihah, bacalah Surah Al-Kafirun pada rakaat pertama, sementara pada
rakaat kedua bacalah Surah al-Ikhlas.

Doa Solat Istikharah

اللَّهُمَّ إنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ ،وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ ،وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلا أَقْدِرُ، وَتَعْلَمُ وَلا أَعْلَمُ ، وَأَنْتَ عَلامُ الْغُيُوبِ ، اللَّهُمَّ إنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ ............ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ : عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ ، فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ ، اللَّهُمَّ وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ ................... شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ : عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ ، فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ ارْضِنِي بِهِ ،

"Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini........ baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu."

SOLAT SUNAT TAHAJJUD
Solat Tahajjud ialah solat apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 @ 4 pagi.

Di antara fadhilatnya :
1. Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.
2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin.
3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.
4. Dimudahkan hisab ke atasnya.
5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.
6. Doanya akan dikabulkan oleh Allah SWT.

عَنْ عُبَادَةُ بْنُ الصَّامِتِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ تَعَارَّ مِنْ اللَّيْلِ فَقَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ ثُمَّ قَالَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي أَوْ دَعَا اسْتُجِيبَ لَهُ فَإِنْ تَوَضَّأَ وَصَلَّى قُبِلَتْ صَلَاتُهُ

Dari Ubadah bin Shamit RA dari Rasulullah SAW : Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengucap "Tiada Tuhan selain Allah. Tidak ada sekutu baginya. Dia Pemilik Kerajaan dan segala puji hanya untukNya. Dia Maha Kuasa. Segala pujian hanya untuk Allah. Segala Keagungan hanya untuk Allah. Tiada tuhan selain Allah. Allah Maha Besar. Tiada daya dan kuasa kecuali dengan izin Allah." Kemudian mengatakan ""Ya Allah Ampunkan Kami" atau berdoa kepada Allah, maka doanya akan dikabulkan dan apabila dia berwudhuk dan mengerjakan solat malam (tahajjud), maka solatnya akan
diterima. Hadis riwayat Bukhari.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الْآخِرُ فَيَقُولُ مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ
يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ

Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : Tuhan Kami, Pemberi Berkat, Yang Maha Kuasa, turun setiap malam hingga ke langit yang paling dekat dengan kita (langit dunia) pada akhir 1/3 malam dan Dia berfirman ; Sesiapa yang berdoa kepadaKu, akan Aku Kabulkan. Sesiapa yang meminta sesuatu dariKu, akan Kuberikan. Sesiapa yang memohon kemapunan kepadaKu, akan Aku ampunkan. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Jumlah rakaat sekurang-kurangnya 2 rakaat.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّه صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَعْقِدُ الشَّيْطَانُ عَلَى قَافِيَةِ رَأْسِ أَحَدِكُمْ إِذَا هُوَ نَامَ ثَلَاثَ عُقَدٍ يَضْرِبُ كُلَّ عُقْدَةٍ عَلَيْكَ لَيْلٌ طَوِيلٌ فَارْقُدْ فَإِنْ اسْتَيْقَظَ فَذَكَرَ اللَّهَ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ فَإِنْ تَوَضَّأَ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ فَإِنْ صَلَّى انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ فَأَصْبَحَ نَشِيطًا طَيِّبَ النَّفْسِ وَإِلَّا أَصْبَحَ خَبِيثَ النَّفْسِ كَسْلَانَ

Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda ; Syaitan akan mengikat kamu dengan 3 simpulan pada belakang kepala ketika kamu tidur, Pada setiap simbpul dia berkata : Malam masih panjang, maka teruskan tidurmu. Apabila seseorang itu bangun dan mengingati Allah, maka terlepaslah satu simpul. Apabila dia berwuduk, terlepas pula simpul kedua, apabila dia mengerjakan solat, maka terlepas pula simpul yang ketiga. Dan pada pagi harinya (Subuh) dia akan bangun dengan penuh semangat dan dalam keadaan hati yang baik; sebaliknya, jika dia tidak melakukan perkara tersebut (mengingati Allah, berwuduk dan solat malam), dia akan bangun pagi dalam keadaan hati yang buruk dan malas. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.


Lafaz Niat Solat Sunnat Tahajjud

أصَلِّي سُنَّةَ التَهَجُّدِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku sembahyang sunnat tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta'ala

عَنْ طَاوُسٍ سَمِعَ ابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا قَامَ مِنْ اللَّيْلِ يَتَهَجَّدُ قَالَ اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ قَيِّمُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ وَلَكَ الْحَمْدُ لَكَ مُلْكُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ نُورُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ مَلِكُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ الْحَقُّ وَوَعْدُكَ الْحَقُّ وَلِقَاؤُكَ حَقٌّ وَقَوْلُكَ حَقٌّ وَالْجَنَّةُ حَقٌّ وَالنَّارُ حَقٌّ وَالنَّبِيُّونَ حَقٌّ وَمُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَقٌّ وَالسَّاعَةُ حَقٌّ اللَّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ وَبِكَ خَاصَمْتُ وَإِلَيْكَ حَاكَمْتُ فَاغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ أَوْ لَا إِلَهَ غَيْرُكَ

Dari Thaus, beliau mendengar Ibnu Abbas RA berkata bahawa setiap kali Rasulullah SAW bangun pada malam hari untuk solat Tahajjud, Rasulullah SAW mengucapkan : Ya Allah, bagiMu segala puji. Engkau penegak langit dan bumi dan segala isinya. BagiMulah segala puji'. Bagimu kerajaan langit dan bumi serta isinya. Dan bagiMulah segala puji cahaya bagi langit dan bumi, Engkaulah yang benar, dan janjiMu adalah benar, dan syurga adalah benar, dan neraka adalah benar, dan nabi-nabi itu adalah benar, dan nabi Muhammad saw, adalah benar, dan saat hari kiamat itu adalah benar, ya Allah, kepadaMulah kami menyerah diri, kepadaMulah kami beriman, kepadaMulah kami bertawakkal, kepadaMulah kami bertaubat, Dengan pertolonganMulah kami membantah (orang kafir), kepadaMulah kami berhukum. Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang belum kami lakukan, baik yang kami sembunyikan mahupun yang kami nyatakan. Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah." Hadis riwayat Bukhari.

SOLAT SUNAT DHUHA
Solat dhuha adalah sembahyang sunat 2 rakaat atau lebih. Maksimanya 12 rakaat.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلَاثٍ بِصِيَامِ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَرْقُدَ
Drp Abu Hurairah, Sabda Nabi saw, "Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur" (riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ صَلَّى الضُّحَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بَنَى اللَّهُ لَهُ قَصْرًا مِنْ ذَهَبٍ فِي الْجَنَّةِ

Drp Anas bin Malik, Sabda Nabi SAW ; "Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istana daripada emas di syurga" (riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah)
Rasulullah bersabda yang bermaksud,

"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."

Rasulullah bersabda lagi,

"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."
Di dalam hadis yang lain pula diterangkan seperti berikut:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ:"إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا، يُقَالُ لَهُ: الضُّحَى، فَإِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ نَادَى مُنَادٍ: أَيْنَ الَّذِينَ كَانُوا يُدِيمُونَ عَلَى صَلاةِ الضُّحَى؟ هَذَا بَابُكُمْ فَادْخُلُوهُ بِرَحْمَةِ اللَّهِ

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW , beliau bersabda : "Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, "Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." Al-Tabrani

Niat Solat Dhuha

أصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Selesai solat, hendaklah baca tasbih ini sebanyak 10 kali

سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيُّ الْعَظِيمِ عَدَدَ خَلَقِ اللَّهِ
وَبِدَوَامِ مُلُكِ اللهِ

"Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Allah yang Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, pujian sebanyak bilangan ciptaan Allah dan selama kekalnya Kekuasaan Allah"

Doa :

اللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ . اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي الْسَمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مَعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا أَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ

"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu, cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu, kekuatannya kekuatanMu, ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya.
Jika cahaya jauh pendekatannya dan jika ada hampir maka permudahkannya dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu, kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Jumaat, 9 Disember 2011



"Tunjukilah kami jalan yang lurus" 1:6

Bismillah Hi Ya ALLAH
Bismillah HI Ya Khaliq
Bismillah Hi Ya Rahman
Bismillah Hi Ya Rahim

berikan kekuatan kala hati dirundung resah
berikan ketenangan saat jiwa merintih pilu

*Istigfarullah Hu Ya ALLAH
astagfirullah hal azim
astagfirullah hal azim
astagfirullah hal azim

"iaitu orang-orang yang apabila ditimpakan musibah, mereka berkata 'Innalillahi wainna ilaihi rajiun'
(sesungguhnya kami milik ALLAH, dan kepada-NYAlah kami kembali) 2:156

Ya Rabb
andai titis airmata ini menjadi penghapus dosa
maka aku rela demi_MU ia menetes
andai sesah hati ini
akan merungkai kemelut duka
maka aku bersedia untuk hiba
andai ini perjalanan untuk merasan nikmat tenang
maka aku mengharap MAGFIRAH_MU untuk segalanya
andai kekalutan ini membuatkan aku semakin dekat dengan_MU
Maka aku ingin sentiasa berharap, berharap dan terus berharap kepada_MU
mengharap untuk mendapat cinta_MU
mengharap untuk mendapat kasih_MU
mengharap agar Engkau YA ALLAH
menerima aku sebagai hamba_MU

YA KHALIQ
tetapkanlah imanku
jangan bolak balikkan ia
tetapkanlah hatiku
berada di jalan ad-din_MU
pasakkan jiwaku dengan janji-janji_MU
agar hati dan jiwa merasa senang
dalam cabang perjuangan yang banyak
untuk menuju ke destinasi yang pasti
bertemu_MU YA RABB

YA ALLAH
lembutkanlah hati yang sekeras batu ini
andai batu boleh terkikis dengan titisan air hujan
maka kikislah kekerasan hati ini dengan air mata-air mata kekesalan
"YA ALLAH, telah Kau perindah dan perelokkan ciptaan_MU, maka perindahkanlah juga akhlak dan tingkahlakuku"
terkikiskanlah sifat-sifat mazmumah jahiliyah
andai ia wujud dalam hati ini
agar sifat-sifat mahmudah meriasi dan memagari hati
matikanlah firasat yang sesat
agar akli segar memikirkan kebesaran_MU ya RABB

YA RAHMAN
aku bukan siapa-siapa
aku hanya hamba yang kerdil
diantara hamba-hamba_MU yang lain
yang sentiasa memohon keampunan dari_MU
atas segala dosa yang tidak pernah kering
setiap saat dosa itu cuba untuk menyinggahiku

ya ALLAH
tetapkanlah hatiku
semoga taqwa akan menjadi pakaianku selamanya
semoga istiqamah dalam ibadah menjadi pekerjaanku
semoga tawaddhuk menjadi perhiasan berhargaku
semoga sifat-sifat mahmudah menjadi darah dalam nadi yang berdenyut
semoga rasa cinta, rindu dan kasih akan sentiasa ada dan bernyawa untuk_MU YA RABB
sentiasa berkembang segar dan tidak henti bertunas malah jauh sekali untuk mati.
mudah-mudahan...
tarbiyahkanlah hati ini ya ALLAH dengan segala bukti-bukti kebesaran dan keesaan_MU
didiklah hati yang kadang-kala merengus keresahan dengan firman-firman_MU
tenangkanlah hati ini kala ada musibah yang datang
jadikanlah aku hamba yang tidak bersabar untuk berubah menjadi yang lebih baik, mendapatkan yang terbaik untuk diri ini sendiri dan memberikan yang terbaik untuk makhluk_MU sebagai sahabat muslimku
YA ALLAH
mudah-mudahan~


Dalam kehidupan, pelbagai dugaan yang datang.
Kadangkala yang indah boleh menjadi dugaan
sedang yang pahit menjadi nikmat.
Bersyukurlah dalam merasa segala keadaan.
Tanpa sedar, ujian dan nikmat datang bersama
malah turut berganti.
Yang payah menguji untuk lebih tegar, kuat dan sabar,
sedang yang mudah meguji kesyukuran dan kerendahan hati untuk tunduk kepada ALLAH.
Berdoalah. Satu senjata tajam untuk hamba ALLAH yang diilhamkan oleh ALLAH untuk hamba-hamba_NYA.
Tidak pernah seseorang merasa rugi ketika dan sesudah berdoa dan alangkah ruginya orang yang tidak pernah memanjatkan doa kepada ALLAH.

"Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!" 40:60

Berdasarkan firman tersebut, sudah jelas lagi nyata bahawa ALLAH sendiri meminta hamba-hamba_NYA untuk berdoa, bermunajat serta meminta-minta dengan_NYA. ALLAH sendiri memberikan jalan kepada hamba-hamba_nya untuk kembali bertemu dengan_NYA. gunakan ruang dan peluang dengan sebaiknya. kerana ALLAH juga tidak kedekut untuk memberikan apa yang diminta oleh hamba-hamba_NYA. Dia Yang maha Kaya lagi Maha Pemurah!

AWAS!!! tapi janganlah sekadar berdoa bulat-bulat dan menyerahkan segalanya dengan ALLAH tanpa USAHA! cantikkan perilaku doa dengan USAHA...sambil berusaha, berdoa, kemudian bertawakallah kepada ALLAH :)sungguh indah...

Dan beryukurlah untuk setiap dugaan, ujian malah nikmat kegembiraan yang dirasai. Yakinlah semuanya adalah anugerah yang tidak ternilai dari ALLAH untuk sekelian hamba-hamba_NYA

YA ALLAH
diri ini juga tidaklah sesempurnanya
kerana Engkau menciptakan setiap makhluk dengan kekurangan
agar setiap kekurangan akan diperbaiki dan ditambah dengan kebaikan
agar menjadi yang lebih baik.
agar kekurangan ini akan ditambal dengan seorang pasangan yang telah KAU tetapkan kepadaku... (Sapakah dia? (*__^) )
agar setiap kelebihan dan kekurangan saling menyeimbangi dan membentuk kesempurnaan.
Berilah kekuatan, kesempatan, ruang dan peluang untuk merubah dan berubah.
tunjukilah jalan yang mudah dan senang untuk daku membawa perubahan dalam diri
juga untuk orang disekelilingku.
Yang ALLAH, agar senang kedua ibubapaku akan daku dengan Redha mereka juga Redha_MU
~azam; menjadi muslimah yang terbaik setiap saat~
semoga daku juga sentiasa sabar serta bersyukur dengan segala ketetapan serta ketentuan yang telah KAU tetapkan sejak di Lauh Mahfuz lagi...
inshaallah, walau payah dan pahit...inshaallah...semoga aku dapat menerima segalanya dengan hati yang terbuka :) inshaallah...inshaallah...inshaallah :)

"Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu." - At-Talaq 65: 3

BERSEDIALAH DUHAI HATI; nuzamd...bersedialah dengan keadaan tersebut...inshaalah...semoga allah permudahkan....semoga allah permudahkan...semoga allah permudahkan...bertanggapan baik dengan segala yang telah ALLAH aturkan...sesuatu terhijab disebalik semua itu, inshaalah~terbaik :)
KUN FAYAKUN~~~

"Allah Ta'ala telah menulis taqdir makhluk sebelum Dia mencipta langit-langit dan bumi dalam jarak 50 ribu tahun dan arasyNya berada di atas air." - sahih Muslim

ameen, Inshaallah ya Rabb :)
ALHAMDULILLAH~ Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W, kelaurga dan para sahabat baginda :)




words of today
"crying doesn't mean u're weak. tears make u better n better. in the same time, u know urself deeply. ALLAH, is everywhere."
*to readers & mine

Khamis, 1 Disember 2011

04 Muharam 1433h

Rasulullah s.a.w bersabda: "Di antara doa Nabi Daud 'alaihissalam ialah: "Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cinta-Mu dan cinta orang-orang yang mencintai-Mu dan aku memohon kepada-Mu perbuatan yang dapat menyampaikanku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin."Dan bila Rasulullah s.a.w mengingat Nabi Daud 'a.s beliau menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah S.W.T."(HR Tirmidzi 3412)

~~YA ALLAH~~YA KHALIQ~~YA RAHMAN~~YA RAHIM~~
Didiklah hati, jiwa & akal ini untuk mencintai_MU