alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

Selasa, 12 November 2013

Penawar jiwa

Bismillah.
Selawat Allahumma solli a'la saiyidina Muhammad saw.
 
Mentadaburkan al-anfal ayat 55 dan 66 dan teringat kepada surah penawar jiwa, ar-rahman juga al-waqiah.
 
(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(al-anfal 55)
 
Sekarang Allah telah meringankan daripada kamu (apa yang telah diwajibkan dahulu) kerana Dia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan; oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang dan jika ada di antara kamu seribu orang, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu orang dengan izin Allah dan (ingatlah) Allah berserta orang-orang yang sabar. (al-anfal 66)
 
Dan manakah nikmat Tuhanmu yang ingin kamu dustakan? ar-Rahman
 
Allah juga yang lebih tahu atas segala keadaan.
Saat terasa lelahnya diuji dan rasa terbeban segalanya dengan ujian
Allah hulurkan sekali penawarnya.
 
Allah banyak memberikan nikmat. Sedar atau tidak sedar sahaja sebagai hamba ini selayaknya menerima ujian. Mohon kekuatan agar Allah sentiasa ada bersama memberikan kekuatan. Sungguh Dia yang maha kuat lagi perkasa.
 
Entah dari ceruk ujian itu dating, tahu-tahu dalam hati ini ada getar. Mata pula mula merembes dingin. Terasa seperti ada bebanan di atas pundak. Allahu robbi. Ujian setiap manusia/hamba itu berbeza-beza.
 
Semoga Allah terus memberikan hidayahNya kepada sekalian umat Muhammad..
 
Ouh... patutlah juga rasa sedih. Tiba-tiba teringat isu murtad dalam kalangan wanita muslim. Sedih dan kasihan. Mengenang nasib di alam akhirat nanti. Allahurobbi. Sungguh kafir itu tempatnya di neraka. Berkaitan berita tersebut. Entah. Betul. Hati ini tiba-tiba hiba. Susah payah ibu bapa membesarkan dengan didikan agama sebaiknya, tapi bila dewasa begitu pula jadinya. Kebebasan perundangan di Malaysia juga membuatkan hati ini kecewa. Benar. Status Quo dan Kontrak Sosial yang telah dimeterai. Entah, dulu dan kini sesungguhnya telah jauh berbeza. Allah, tetapkan kami ini hamba yang sentiasa menerima hidayah dan petunjukMU. Tetap berada di jalan AddinMU... tetapkan hati kami untuk tetap di jalan islam ini, ya Robb. Aamiin...
 
Maka, ada tugas di situ. DAKWAH. Adab dakwah... Perlu berilmu sebelum memberikan ilmu kepada orang lain. Dakwahkan diri sendiri terlebih dahulu. Kuatkan rohani dan mental kemudian dakwahkan kepada semua. Islam agama yang syumul. Indah. Rabbaniyah dan Uluhiyyah perlu disemat kukuh dalam hati agar boleh dikongsi dalam dakwah. Duhai diri, aku juga bukan hebat. Tidak juga bijak, ilmu masih cetek secetek lopak air yang tertadah setelah hujan turun. Jika kemarau, maka keringlah lopak itu. Duhai diri, persiagakan diri dengan ilmu dan istiqamah ya. Banyak lagi rongga perlu dipenuhi. Apatah rongga asing yang juga memerlukan pengisian.
 
Allah telah memberikan kecukupan nikmat yang tidak berbelah bahagi. terinagt-ingat satu ceramah dari youtube tentang nikmat kurniaan Allah, that suatu hari nanti, Allah akan tanya semula apa yang telah kita gunakan, manfaatkan nikmat-nikmat yang Dia berikan? Nikmat mata, tenaga, masa muda, dan sebagainya. Banyak. Sungguh banyak nikmatnya. Duhai diri, apa sumbanganmu kepada nikmat-nikmat yang Allah berikan? Allahurobbi... jawab duhai hati... :(
 
Sabar. Sebaik sabar cuba dilakukan. Bukan payah tapi tidak juga mudah. Allah maha tahu segalanya. Moga segala kesabaran ini akan terbalas suatu hari nanti. Moga apa yang diusahakan kerana Allah ini akan dibalas dengan sakinah. Moga peluang yang Allah berikan sebagai nikmat ini menjadi medan memperkukuh spiritual sebelum masanya tiba. Allahurobbi...
 
Alim Ulama telah Kau jemput. Seorang demi seorang. Kami yang tinggal masih lagi bisu. Buta. Tuli. Allahurobbi. Moga generasi umat, hamba dimilenia ini mampu menjadi hamba yang tawadhuk dan zuhud pada dunia. Ada menghirup bau tingkah pincang dunia lalu diperbetulkan untuk dibawa ke Syurga Firdausi sama. Allahurobbi...
 
Hiba. Dan hiba itu terus terasa hingga hati berdebar kasar. Fikiran berfikir apa khilaf aku hari ini. Lalu tangan pula rancak menaip berkongsi genta yang terasa. Astagfirullah. Ampunkan aku ya Robb.. Hambamu ini hamba yang lemah.
 
Allahumma inni a'uzubika minnal hammi wal hazzan
wa a'uzubika minnal ajzi wal khasal
wa a'uzubika minnal jubn wal buhl
wa a'uzubika min qhalabatid daini wa qohril rijjal.
 
ya Allah, masukkanlah aku melalui jalan yang mulia
keluarkanlah aku dari jalan yang mulia juga
dan berikanlah hujah keterangan serta kekuatan dari sisiMu untuk menolongku.
Kaulah ya Allah sebaik pelindung dan penolong.
 
Tiada terdaya rasanya untuk terus menidakkan nikmat-nikmat yang Allah telah berikan. Dan tidak terdaya rasanya andai nikmat-nikmat ini ditarik dalam kita masih memerlukan. Allah cukup sempurna. Memberikan kecukupan kepada makhluknya. Ya. Allah lah yang hebat. makrifat tentangnya perlu diterjah. Agar menjadi perisai dalam mengenal Allah untuk menangkis pandangan buruk kafir laknatullah.
 
Sungguh, Dia benar-benar tidak memungkiri janji!!
 
Duhai hati, sabar ya.
Ujian ini mehnah
mehnah dalam rehlah kehidupan
rencah tradisi memperkasa peribadi.
 
Duhai kekasih,
Aku mengimpi kau yang soleh
Walau aku bukanlah sesolehah
seperti bayanganmu
Aku ingin dipimpin
bersama kesolehanmu
dalam kehidupan
untuk lebih mengenal Tuhan kita yang satu
mencambah sakinah dalam baitul muslim yang diimpi.
 
Aku bukan solehah,
tapi ingin sekali menjadi yang solehah,
buat ayahku sebelum dirimu
dan untuk dirimu agar nanti
aku tidak memberikan dosa kepadamu untuk memikulnya.
Benar, aku tidak solehah.
tapi mengimpikan engkau yang soleh
membawa aku ke syurga Firdausi.
 
Hormati aku di dalam hatimu
maka engkaulah yang terhormat dihatiku
dan hati kita akan tetap memuliakan Allah
Andai ada rindu dan kasih tercambah dan terluah sebelum ini,
aku harap ia terpadam sedikit demi sedikit dek jarak yang memisahkan
kerana penyatuannya nanti aku harap ia lebih hebat
dengan Rahmat dari Allah.
 
Inilah nikmat yang Allah beri.
Jarak. Masa.
Menghadirkan peluang memperbaiki diri.
Doa kepada rabb al-izzah mempertemukan
kasih dalam keyakinan padaNYA
Terbaik disisiNya,
maka baiklah disisi kita.
 
 
dek hati yang sedang kelam digamit dosa silam
8 muharam 1435h,
Sg Tangkas, Kajang
 
 
 

Sabtu, 2 November 2013

Di Sebalik Doa Dhuha

 
Bismillahirrahmannirrahim, selawat dan salam buat nabi junjungan saw.
 

“Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu, kecantikan itu ialah kecantikan-Mu , keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu". "Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh.''

Solat Sunat Dhuha, antara salah satu solat sunat yang sangat dianjurkan oleh Nabi Muhammad saw.
 
 
“Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”
 
Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”  
(HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
 
Kebanyakan dari kita telah tahu, Solat sunat Dhuha adalah solat sunat yang dilakukan dalam dua rakaat 'kebiasaannya'. Cuma, apa yang saya ingin kongsikan di sini adalah di sebalik doa yang dibacakan selepas selesai menunaikan solat tersebut..
 
Tiap kali berdoa selepas solat sunat Dhuha ini, dalam hati saya menjentik-jentik dan tersentuh isi tersirat sebalik doa ini. Apa yang sering saya fikir melalui doa ini ialah, Allah tuhan yang Esa, Dia ar-Rahman, Dia ar-Rahim. Dia yang Maha Memiliki. Maha Kaya, Maha Pemurah. Maha Adil. Dia yang maha Tahu semuanya.
 
Saya sering berfikir...
- Kita tidak tahu di mana rezeki untuk kita berada.. Sebab itu kita memohon jika ia berada di atas langit, tidak mampu dicapai oleh kita, maka kita mohon agar allah turunkannya untuk kita. Hujan. Hujan adalah rezeki. Datang dari mana hujan? Yes, langit... Cahaya juga datang dari tempat tinggi... Maka kita memohon agar Allah memberikan kita cahaya, petunjuk, nur, pedoman. Dengan izinNYA. Melalui rezeki itu, yang kadangkala kita pandang sebelah mata sahaja adalah langkah awal untuk kita terus mengorak langkah mencari rezeki-rezeki seterusnya.
 
- Justeru, kita juga meminta jika masih berada di dalam muka bumi ini, maka keluarkanlah. Dalam keadaan ini, saya berfikir... rezeki bukan sahaja dalam bentuk nikmat, tetapi juga ujian.  Bukan sahaja dalam bentuk fizikal, tetapi mental. Tidak juga konkrit, tetapi abstrak. Andai berada dalam ujian yang tidak mampu untuk dihadapi, mudah-mudahan Allah mengeluarkan kita dari ujian/masalah tersebut. Hasilnya itu adalah rezeki. Untuk kita terus maju mencari ketenangan milik ALLAH.
 
- Jika jauh dekatkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram maka sucikanlah... Satu baris doa yang sering buat saya menangis dan berfikir lebih jauh. Benar, dalam hidup ini ada yang Allah tidak izin kita untuk dapat sesuatu itu sekelip mata. Contoh, ada orang yang berkahwin, tetapi perlu tinggal berjauhan. Dalam hal ini, dilihat, hubungan mereka telah sah, tetapi Allah jarakkan atas beberapa asbab yang tidak kita ketahui secara batiniah. Ada pula yang telah bercouple/bertunang/ber'apa-apa' lagi lah kan, tapi Allah belum izin untuk hubungan yang halal, maka bermohonlah agar sesuatu hubungan yang haram itu disucikan melalui pernikahan. Dan sesungguhnya, Allah lah sebaik-baik tempat meminta. Keadaan yang Dia beri tidak pernah terlewat mahupun tercepat. Ada juga kes bilamana ramai orang yang menyukainya atau kita sendiri terlalu suka akan sesuatu perkara/benda, tapi selagi Allah belum izin, dekat macam mana, mampu macam mana pun, Allah tetap tidak akan beri. Boleh sahaja Allah memberikannya dalam suatu bentuk yang berbeza daripada apa yang kita hajati/ingini. Dan kita sahaja yang tidak perasan.
 
- Meminta kepada Allah, Tuhan yang telah memberikan sejuta kebaikan kepada orang-orang soleh yang terdahulu pula adalah menyentuh tentang keyakinan kita kepada kisah-kisah umat nabi terdahulu. Mana umat yang ingkar dengan perintah nabi utusan akan dibinasakan dan kepada yang patuh diberikan kurnia tanpa disangka-sangka. Dan kita umat nabi terakhir, menjadikan kisah-kisah tersebut sebagai tauladan. mengimani bahawa Allah pemilik sekalian alam, Dia yang Mengetahui segala apa yang ada di atas langit dan bumi.
 
- Allahurobbi, Maafi Qalbi Ghairullah, Nur Muhammad saw...
 
wallahua'lam
 
 
Words of today:
Hidupku, matiku, ibadahku adalah kerana ALLAH semata-mata.
Anggap dhuha ini sedekah dan saham kepada anggota badan dan masa yang kita miliki/pinjam ini.
 
Salam 1 November 2013, Tahun baru hijrah bakal menyusul beberapa hari lagi, dan hari ini 27 Z/hijjah telah genap 4 bulan dalam islam. Moga Allah redha dan berpanjangan hingga ke Syurga Firdausi, InshaAllah ^_^