alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

Isnin, 30 Januari 2012

HARAPAN

Bismillahhirrahmannirrahim

Harapan
semua ada harapan.
orang yang mengharapkan pun berharapan agar harapannya tercapai.
semua berharap...
tap pada siapa patut kita berharap?
Brharap pada manusia is NOTHING!!!
so??
Yes..just to ALLAH...sandarkan harapan pada ALLAH
Berharap hanya pada ALLAH
ALLAH lah tali harapan kita.
fitrah mencari dan mengabdikan diri semula kepada ALLAH
itulah tujuan manusia dan jin diciptakan~untuk beribadat, berzikir mengingati ALLAH, berharap dan berserah kepada ALLAH...

tapi macamana jika seseorang manusia berharap sesuatu yang terbaik dengan manusia juga???
akhirnya dah temukan jawapan...

1.bila buat sesuatu kerana fikirkan harapan manusia, everything will be ruin...bak kata pepatah yang dikejar tak dapat yang digendong berciciran.
2.bila apa yang dihasilkan tidak begitu memberangsangkan, maka akan kecewa, dicemuh silap-silap boleh terus direjecteddd.
3.dapat murka ALLAH

oleh yang demikian, buat sesuatu kerana ALLAH...betulkan semula niat...
ye memang..demi mak ayah, keluarga, suami, anak-anak...tapi letaklah yang paling pertama dan utama kerana ALLAH dan segalanya akan terbaik kerana ALLAH adalah matlamat utama dan pertama...
kalau yang berhasil itu tidak sebaik yang diharap dan dirancang, sekurang-kurang masih sedar bahawa ia adalah anugerah ALLAH. dan telah berusaha bersungguh-sungguh lantas tawakal kepada ALLAH..tak lah kecewa sangat...sebab..ALLAH tahu yang terbaik buat semua hamba-hambanya...dan harapan kita pula kepada ALLAH maka tidak akan putus rahmat serta kemudahan dari_NYA, Inshaallah..mudah-mudahan...

Stress..memang stress bila seseorang mengharapkan yang terbaik dari diri kita...tapi...refleksi semula...sahutlah harapan tersebut kerana ALLAH.. semoga bila berlaku baik atau sebaliknya, si pengharap dan yang diharap akan menerima dengan hati terbuka, redha dan pasrah..dan faham erti yang terbaik semuanya dari ALLAH.


words of today
harapan menyala nadiku berganda...gemuruh jiwa...semangat membara...dari puncak ingin ke angkasa...betulkan semula niat, kerana ALLAH, baik...

moga dalam rahmat serta pengampunan dari ALLAH

wallahua'lam =)

Ahad, 29 Januari 2012

Datanglah aura positif

Bismillahhirrahmmannirrahim

While thingking harder...the -ve more powerful than +ve
then, make body lomah, losu, lombik, lolah, lotih...

YA RABB... kenapa la pula tetiba terfikir dan memikirkan perkara-perkara yang LAGHA sesangat ni ye...isk..isk..isk... make my tears fall like salji je... make my heart berdetak-detak like thunderbolt*...make my day worst worst and worst.. let istigfar***

*Auzubillahhi Minashaitonnirrajim
mohon perlidungan daripada ALLAH ye.
semoga ALLAH permudahkan segalanya...janji-janji ALLAH yang benar...
semoga ALLAH melembutkan hati-hati mereka, dia juga ana*
doa usaha ikhtiar tawakal=terbaik dari ALLAH + Redha
inshaallah




doa of today and ahead
"Dgn nama ALLAH atas diriku, harta-hartaku dan agamaku, Ya ALLAH, jadikanlah aku ini rela dgn apa-apa yang telah Kau tentukan dan berilah berkat untukku dalam segala yang telah ditakdirkan padaku sehingga aku tidak menginginkan cepat-cepatnya sesuatu yang ALLAH perlambatkan atau terlambat-lambatnya sesuatu yang ALLAH percepatkan..."

Sabtu, 28 Januari 2012

Pesan ABAH~~man ana

1- baca dan hafal surah al-mulk
2- baca dan amalkan surah al-waqiah
3- selalu baca surah yasin

surah-surah di atas seperti jantung, hati dan ruh al-Quran

amalkan baca al-fatihah 21 kali selepas solat-untuk pendinding diri dari segala kejahatan syaitan

MAN ANA~~~

Jumaat, 27 Januari 2012

STRESS kawalan Part II

Bismillahhirrahmannirrahim

samb...


Isu untuk release stress kononnya time study lah kan..
STRESS ke? a little bit... STRESS membuatkan kita berfikir lebih positif to hendle it. Right???

still in married subtopic...
perlukah?? yes.. perlu...selagi belum kahwin...erk??
mulalah masing-masing memasang angan di awan kelabu...

cha story
aku nak kahwin nanti dalam sehari je semua majlis. dari melamar, tunang nikah sampai sanding. lepas tu, aku nak pasang skrin besar kat luar supaya orang kat luar boleh tengok acara yang berlangsung kat dalam rumah. kalau semua nak masuk rumah, aku rasa tak muat. lagi-lagi time akad nikah, kena life tu orang luar tengok. lepas tu, aku nak ada mercun macam raya cina tu...lepas aku akad nikah..kasi meletup pom pom pom... meriahnya...
ciknu pun menyampuk...pastu ko pun pakailah baju kaler merah macam raya tahun baru cina..kan kan kan... just joking :)

stop-stop-stop>>>>
ingat first thing first...lalalala

ce korang ni nikah dalam hari-hari kebesaran Islam such as awal muharam, maulid nabi, israk mikraj, nuzul Quran...raya aidiladha ke. 10 Muharam ke. bulan syawal ke... bukan apa...boleh sambut sama-sama dengan hari kebesaran bulan Islam... ada tu nak buat 14 feb sempena dengan Valentino's dead.. apa nak mati sama kah??? hebat penangan 14 Feb...xpercaya..tengok coming month nanti...nauzubillah...
ye!ye!ye..semua ada hak tersendiri.. Malaysia kan demokrasi...

far from a main topic... :(

tu je kot...
sebona eh, den xdo idea nak menolih memikio dan segalenye...kepalo memikio thesisisisisisisis...


word of today
everything will be happen as ALLAH plan since in Luh Mahfuz and all are the best as ALLAH is a our Great Creator. Rahman and Rahim ALLAH are everywhere.. ALHAMDULILLAH~~~syukriah syuriah syukriah...syukran jazilan kairan kasiran~~~ =)

Sabtu, 14 Januari 2012

***mim ya mim fa ya

someone has told me about her dream...
she was dream my weeding day with someone else that not ~~~...
and in the same time, ~~~ was came to my ceremony.. she told me, ~~~ face look very-very-very-very sad...
while i hear her story, really...have tears end of my eyes
i can feel it, how if it will be true and happen in reality...
then... i also told her that i've dream a same thing...
i'm got married with someone that i do not know him at all...
do not know...the relative of our dreams...
she told, was dream it last week...and same with me too...
conjuctive?junction?
then, i feel my feeling was going out. fly with all spirit~~~
then...Subhannallah...what was i think??? Oh ALLAH, forgive me... Astagfirullah hal azim...

MIMPI~~~
mainan tidur semata...? namun adakalanya ia menjadi petunjuk~~~semoga ia petunjuk yang baik seperti dalam surah yusuf ayat 4 (please refer) later i'll quote it. Inshaallah...
tapi, jangan sampai terpengaruh kepada mimpi...kerana ia akan mempengaruhi keseluruhan hidup dan hari-hari yang dilalui...yakin dengan janji dan ketetapan ALLAH adalah yang terbaik untuk kita.

baliklah semula kepada ALLAH seandainya hati mula terpengaruh kepada mimpi-mimpi tersebut... ALLAH know everything... dont be sad.. La Tahzan :)

wallahua'lam

words of today
dream like a playground in our sleep to our 'Rouh' get rest while 'jasad' separated from it~~~

Selasa, 10 Januari 2012

cuti-cuti sakan

Bismillahhirrahmannirrahim
Assalamualaikum wbt

cuti kembali lagi...wah..macam kanak-kanak riang dapat school holiday pula.. memang cuti la saat yang ditunggu-tunggu. Lagi la dalam keadaan sekarang kini..hurm..Alhamdulillah..cuti pun..
aktiviti cuti..banyak je... yang dah berlaku pun banyak..dalam perancangan masih ada..tesisku jua~~~~~~

minggu first---tempoyak's week...semua bertempoyak..selagi boleh diletakkan tempoyak, everywhere smell tempoyaks...like sambal belacan tempoyak, sambal bilis tempoyak, gulai tempoyak, kari tempoyak...naik fenink bila tiap-tiap hari pekena tempoyak sokmo..huhuhu tapi syok... pekena pula dengan ulaman...uishhh..boleh gemuks kalau sapa duk bercuti bersama cikNu... :) :) :)

in the same week too....went to roadshower... ;) ;)
dari kg halaman ke Kuala Lumpur ke Negori ke Selangor ke Kg semula...lotih-lotih...roadshowerlah katakan...baraan lagi for CNY...hehehe...ye ke???

second week?

Sabtu, 7 Januari 2012

tercapai sudah

nuzamd: nUmErLoG~~~13 Safar 1433h

Bismillahhirrahmmannirrahim
Assalamualaikum

menjelang pertemuan tahun baru...ada beberapa perkara yang telah berjaya dipenuhi

1- dapat makan durian yang sangat diingini sejak beberapa bulan dan hari yang lalu dan bertambah makan hati dengan individu2 yang telah makan durian witout mempelawa atau mengajak cikNU...

2- dapat mencari tomyam yang wallllllah sedapnya @ restaurant Balqish...mengidam banget nak makan setelah beberapa ketika tidak memasaknya..

3- dapat juga makan rambootan...keinginan ini telah dipenuhi oleh kawan cikNu--cik Ida Faeri...thx a lots and syukur..

4...quite good wan tan ho at familiar tempat makan among students..

apapun yang telah berlalu adalah disyukuri...nikmat ALLAH dimana-mana...jangan biarkan nikmat menjadi petaka...syukurinya kerana ALLAH suka dengan hamba yang sentiasa bersyukur...
hari-hari yang mendatang juga...syukurinya...ok be GOODla tu...
tahun baru mulakan dengan hidup baru...maafkan semua orang~~

nUmErLoG~~~13 Safar 1433h

Bismillahhirrahmmannirrahim
Assalamualaikum wbt




sekadar nak berkongsi suatu rasa yang entah apa rasanya...
Ditelan tercekik, di luah terasa sayang..
yang baik jadikan iktibar, yang buruk kita perbaiki..ok..

Ayuwah~~

Tak tahulah ye..kenapa..bila masuk tahun baru yang kali ini yakni kali ke 23 tahun (kelahiran 198???) masing-masing cuba untuk katakan tidak mahu pada umur tersebut... keadaan ini turut juga dihadapi bila berhadapan dengan orang-orang yang dah terlebih dahulu mendapatkan angka tersebut... WHY WHY WHY??? saya pun runsing...bagi cik Nuzamd..i like...rasa tak sabo nak pegang angka tu menjelang May nanti secara rasmi... :)

2 tahun lepas, cik Nuzamd berhadapan dengan seoarng senior yang tua dua tahun dari cik nu...(K.ainul n mek Tha) masa tu dia citer..STRESS...rasa dah tua sangat... jeles dengan kami yang still muda lagi... lagi stress bila keluarga terdekat tanya bila nak kahwin.. (adakah patut) kan masih belajar..kalau dua orang kakak tu duduk same2, mesti mereka pun cerita benda yang sama...bila nak kahwin?
'Nul, ko bila nak kahwin?' 'alah Tha, ko pun bila nak kahwin?' tha jawab: 'prince charming tak muncul lagi la..tolong carikan...'

Dan bila cikNu selidik dengan k.ainul, memang sekarang..(that's tyme)keluarganya asyik bertanya-bertanya dan terus bertanya bila nak kahwin..eventhough masa tu beliau baru je masuk sambung degree...katanya lagi...kalau kamu belum ada calon, mak dengan abah ada je...waaaa..sampai tahap macam tu sekali ye...(tiba-tiba rasa gerunlah pulak)..sambung k.ainul lagi...dan sejak-sejak itu, kalau dia balik cuti sem, ada je yang mak dan abahnya akan perkenalkan padanya...semua tu walau orang yang terdekat seperti anak kawan-kawan mereka, bagi k.ainul..mungkin dia belum bersedia dan mungkin juga dia mempunyai pilihannya yng sendiri..ada kriteria idaman yang dia dah listkan kot..where we know rite...sampai sekarang...cikNu dah tak tanya lagi apa-apa tentang personal dia..sebab dari dulu lagi, bila orang tanya dia pasala tu, dia boleh STRESS..lagilah sekarang umurnya dah menginjak lagi..(ce kira berapa umur dia berdasarkan hint yang telah diberikan...peka peka peka~~cari sampai jumpa ye) :) tapi cikNu rasa dah ada sesuatu mungkin sebab cikNu nampak pada perubahan fizikal K.ainul~~dari segi penampilan...sebab ramai yang kata..seseorang akan berubah penampilan bila hati telah dimiliki 30% oleh seseorang...ye ke? setuju ke? cikNu?? tu lah saya sebelum dan selepas..future...semoga ada perubahan..ahha..inshaallah..just for my beloved hubby dan family...EKSKLUSIF!! InshaALLAH :)

kisah mek Tha pula...kalau dulu memang dia hidup selamba...dan sekarang bila jumpa..wah...excellent pada penampilan fizikal dan mental...dan dengar khabar sedang in love with somebody..(she's non-muslim, so.. cara kita dan jenisnya berbeza). muka pun shining je...good lah tu mek Tha (^__*)

back to the point..
masa cikNu wish happy new year kepada kawan-kawan seangkatan--masing-masing takut dan sedih dengan umur 23 tahun...layan je la luahan mereka...apa yang boleh cikNu komen untuk mereka is..Bersyukur kerana ALLAH masih memberikan lagi kita peluang untuk merasa dan berada ditahap ini...cuba tengok nasib-nasib orang yang meninggal dunia pada usia muda...ye..semuanya adalah ketetentuan ALLAH yang menghidupkan dan mematikan..macam tu juga kita yang masih dapat berada pada tahun ini dengan angka tersebut..ALLAH masih memberikan kita peluang untuk memperbaiki diri, mencari ilmu dan pengalaman, mengenal dan mencintai ALLAH serta rasulnya, untuk berbakti kepada
kedua ibu bapa, keluarga dan masyarakat serta negara...banyak lagi kelebihan yang kita dapat dalam meniti pertambahan usia di tahun baru... kan..betul tak? positifkan pemikiran yang negatif..senang je..BERSYUKUR!!!BE Grateful person!!and everything will be nice and sooooo nice to us... manusia yang tidak bersyukur dengan apa yang sedikit atau apa yang dimiliki tidak akan pernah puas dengan apa yang banyak atau belum dimiliki~~~

Imarahkan bumi ALLAH dengan segala kebaikan dan kebijakan,tetapi AWAS..jangan sampai nafsu merajai diri..sebab melangkah ke umur baru ni..maknanya, bermacam-macam perkara baru juga yang akan dicuba..pilih yang baik..sayangkan diri..jangan mudaratkan diri...sayang korang semua, my readers...hihihi

Lagi hal yang menggelikan hati when others ask u..how old are u? then u answer him/her 23...SHOCK..really??? ur face look like u're 18~or maybe...oh..my...sorry, but ur face look like u're 27 above~

antara 2 jawapan tu, yang mana satu pilihan kamu?? mesti ramai yang pilih jawapan pertama...eleh..look young konon..terima lah hakikat...umur kita tak pernah mengundur, tetapi akan sentiasa kehadapan...tu kalau ada yang jawap macam jawapan pertama, sengaja nak jaga hati..takpun buta mata...(kasarnya bahasa) takpun taktik nak mengurat...lepas tu..korang yangdapat jawapan tu pula tersenyum-senyum kambing gurun padang pasir..bertambah le ayu kononnya ye...ada juga yang jawab, awet muda..(jawapan selamat)..boleh kut terima... apapun, semoga terbaik semuanya..GOODlah tu...

kalau cikNu...suka yang kedua...ahha..why...matured kot...lama lagi dah..
Tapi CikNu akan berkeras juga mengatakan bahawa, yeh, im 23 years old..apa yang kamu kisahkan??(boleh terima)..ok..GOODlah tu...kan..semua yang terbaik..mudah-mudahan

moral semula~~

umur adalah angka--menjadi peringatan kepada kita semua...kalau jasad membawa angka tersebut dilandasan yang baik, maka hasil yang diperolehi setelah habis semua formula diaplikasikan adalah GOOD and very GOOD maka akan dapat hasil yang juga GOOOOODD and very2 GOOOODD..betul..

jangan pening-pening dengan angka...angka hanyalah angka...sebalik angka tu kadang-kadang ada yang tersembunyi...1+1 tak semestinya jadi 2..ok...boleh jadi 2,3, 4 dan seterusnya..

semoga angka akan menjadi sahabat terbaik di dalam hidup kita semua...jangan risau-risau ye dengan angka..takde apa2lah...ok je pun kan korang dengan angka sebelum angka 23 ni..kan...semoga yang terbaik..GOODlah tu...

ok..wassalam :)

words of today
number is just a number. numerlognya...jangan statik dengan angka tersebut...perlbagaikan ia... GOODlah tu...to be GOOD ok...

Khamis, 5 Januari 2012

STRESS untuk kawalan ~part 1

Bimillahhirrahmannirrahim
Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, Syukur kepada ALLAH untuk segala keadaan yang diberikan oleh_NYA,
baik atau buruk dalam pandangan kita tetapi yang sempurna daripada ALLAH untuk setiap makhluk yang dikasihi_NYA~~itu yang sentiasa disalah tafsir oleh kita sebagai hamba_NYA~~bersangka baik dengan ALLAH sentiasa..tingkatkan amal kukuhkan iman~~~

Alhamdulillah, kerana ALLAH telah memberikan ruang dan peluang untuk merasa dan menangani STRESS...STRESS yang tidak pernah lari dari dalam kehidupan manusia dan STRESS bukanlah musibah tetapi hadiah~~dalam menjadikan kita hamba yang sentiasa berfikir untuk menghadapi STRESS serta menanganinya..STRESS sebagai hadiah untuk membolehkan diri mencapai tahap pembaikan yang lebih baik, menuju suatu perubahan yang positif dan meningkatkan tahap kemampuan diri dalam sesuatu perkara.INSHAALLAH :)

~~perbincangan bersama teman study untuk merehatkan otak seketika~~

'nak bertunang perlukan budget yang tinggi ke?'

jawapan mereka:
Terpulang pada pasangan tersebut. Tapi kalau dalam kedudukan macam kita yang masih belajar, bertunang tu sekadarnya pun dah memadai. Tapi kebiasaannya, duit masih menjadi masalah kan. Pihak lelaki yang dah kerja ok lah. Mereka ada sumber pendapatan untuk menyediakan dulang-dulang hantaran. Tapi, kejap, perlukah barang-barang hantaran sampai 15 dulang? aku rasa, bagilah separuh dulu. separuh lagi bagi masa korang kahwin nanti..."KORANG" ;)tapi kita kan takde sumber pendapatan. macam mana nak beli barang-barang tu semua? (jawapan dari responden kedua) kita kan masih berada di bawah tanggungjawab mak ayah, jadi kita boleh minta belanja dari mereka. lagi pun, agak-agaklah kan, takkan nak beli barang yang mahal-mahal. ikut kemampuanlah... lagipun, pihak lelaki yang lebih banyak keluar belanja sebab dia dengan keluarga nak pergi ke rumah perempuan perlukan kos. nak beli cincin lagi...hurmmm...(protes) dah tu kalau ikut kemampuan kita yang tak mampu ni, tak patutlah bertunang kan~~mereka no komen dan saling berpandangan... :) TERPULANG kata salah seorangnya... :)~
pendapat cik nuzamd~~malula--nak bertunang, tapi masih nak pakai duit mak ayah...irresponsible je gayanya = matlamat tidak menghalalkan cara...betul tak?

"apa warna tema korang nak guna?"

jawapan~~
aku nak kaler ungu, coklat...tapi bakal tunang ak tu nak kaler silver
aku lak nak kaler marron. hitam emas...lawa~~~
~~cadangan cik nuzamd, bagilah kaler silver kat bakal tunang, n mintak bakal tunang bagi salah satu kaler yang diingini...warna kedua yang disukai pula tu,buat time lebihan hantaran (masa kahwin kelak)...jawpan cik nuzamd???? kuning diRaja...boleh? :D

'macammana pula dengan wang hantaran?'
jawapan mereka~~
1-mak aku cakap, mak aku letak RM5000 je..tak nak mahal-mahal. susahkan lelaki. Kahwinkan untuk menyenangkan, bukan memudaratkan..
2-RM5000 je...kawan kita yang pre degree tu pun RM12000 tau...mak aku minta kat bakal laki aku tu RM17000... (cik nuzamd n chah yang tercengang)
1- kat sini dah jadi macam adat ye hantaran letak tinggi-tinggi. kat tempat aku, paling tinggi setakat ni pun RM10000 ribu je...pengarah hospital lagi tu mereka... perlukah hantaran tinggi-tinggi?

2- tu la bezanya sana dengan sini. kat sini paling rendah RM8000. tu pun kat kampung aku 4tahun lepas rasanya. sekarang ni paling tinggi RM20000...(sekali lagi tercengang)...tapi bakal tunang aku tu katanya nak bagi RM15000 je. dan mak aku buat dua kata putus... RM15000 tambah kerbau atau lembu untuk kenduri dengan set bilik tidur atau tetap RM17000 sahaja...

bagi cik nuzamd--terpulang...orang menilai nilai duit@material dari banyak perspektif.. bagi ciknuzamd, hantaran sebagai hadiah untuk walimah tetapi jangan sampai memudaratkan. untuk ciknuzamd, entah berapa ye? berapa-berapa je lah...yang penting keberkatannya.. letak tinggi-tinggi nak jual anak/diri ikut pasaran semasa kah? yang penting mahar.. dan yang lagi penting kehidupan lepas kahwin tu... sekali derap letak tinggi berbelas riban, habis la la tu juga..dah kahwin makan pasio duk kat pondok..minta dijauhkan ye...fikir elok-elok eh...tapi sebenarnya, bagi galakan juga kepada si lelaki untuk lebih berkerja keras dan berusaha~~~

"lagi...apa impian wedding day korang ye?"

~~to be continue. INSHAALLAH

words of today
Dari Abdullah bin Zubair, sabda Rasulullah S.A.W: Rahsiakan pertunangan, sebarkan pernikahan. (Hadis Riwayat Ahmad dan Ad-Dailami

Ahad, 1 Januari 2012

01JAN2012~~ Safar 7, 1433h

Bismillahhirrahmannirrahim
Assalamualaikum wbt

Syukur alhamdulillah..bertemu lagi dengan tahun baru masehi, 2012...
azam baru? perlukah azam baru setiap tahun baru masehi muncul??
Bagaimana pula dengan azam tahun-tahun lepas. tercapaikah sudah? semak semula...

words of today
Tingkatkan kualiti hidup bukan kuantiti semata. Kejar harta Akhirat lebih banyak berbanding dengan harta dunia yang fana ini. we will leave it n it will ruined~~~