alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

Jumaat, 31 Ogos 2012

tayangan


Di sebalik tawa yang meletus dibibir, sebenarnya ada duka yang terhijab. Tidak mampu ia dipertontonkan kepada khalayak. Cukuplah sang hati yang tahu segala ceritera.

Rasa tak puas hati? Sebab apa? Adakah kurang rasa bersyukur kepada ALLAH? Bagaimana caranya bersyukur? Cukupkah sekadar melafazkan ALHAMDULILLAH???

Allahu Akhbar… fenomena sejak kebelakangan ini bilamana Barat dengan rakusnya cuba untuk mempengaruhi akal fikiran manusia islam terutamanya… kerana, mereka telah mengkaji akan kebenaran Islam. Dan Barat yang menolak islam sedang cuba memusnahkan Islam…

Perkara paling mudah boleh dilihat bilamana Barat mula mempengaruhi fikiran manusia islam ialah melalui KEPERLUAN… secara am mengikut teori MASLOW, manusia mempunyai keperluan dan kehendak. Keperluan terdiri daripada tempat tinggal, makanan dan pakaian… manakala kehendak ialah perkara yang tidak perlu pun sangat dalam kehidupan manusia. Apabila kehendak terlalu diladeni, maka manusia boleh pincang.

Gaya hidup hari ini… selain makanan yang  sering menjadi sasaran pengusaha Barat untuk memperkenalkan makanan-makanan yang SYUBHAH, maka secara tidak langsung, makanan tersebut telahpun meresap ke dalam tubuh manusia. Sehingga akhirnya membuatkan manusia it uterus akur untuk menurut nafsu. Kerana itu, Islam sangat2 menggalakkan agar manusia mencari makanan dan harta yang halal lagi baik..

Hopefly I’ve enough time to continue this entry… in sha allah J

Rabu, 29 Ogos 2012

yakini mu duhai hati ku

" This feeling is too bad... till ALLAH give me strenght, i hope i can handle it. kekuatan telah ada. cuma perlu dipupuk dan dibangunkan...             

This head is too heavy... till i can't sleep tightly...

This heart is too sick... till i can't manage my mind

This mouth is too bad... till i losser my appetite

This are too much for me... arhgggggg

ALLAH HU AKHBAR!!! "

Mengamiinkan doa murid-murid yang belum mempunyai banyak dosa. semoga kekuatan doa itu menyembuhkan apa yang dirasa...

"kakak, cuba kakak baca dan amalkan ya Syakur..."

she's text...

" kakak, cuba jangan menghukum diri sendiri. kakak kenalah berfikiran positif... saya tahu walaupun itu adalah suatu yang payah. kakak kena kuat. selagi kakak yakin pada ketetapan ALLAH... saya pernah ingat, dulu kakak selalu nasihatkan saya, orang yang lemah semasa menghadapi masalah adalah orang yang tidak punya iman. saya kenal kakak...

" dan saat aku melafazkan ya Syakur, hatiku berdebar-debar. rasa ingin pecah tubir mata menahan gelora ombak air mata yang bertakung. Ingin sahaja aku hamburkan. tapi aku perlu berpijak pada bumi yang nyata. Aku menundukkan muka ke meja. Melihat lantai yang akhirnya ada kesan titisan air mata. Kenapa aku menagis lagi?"

"kakak, awal pagi kena ceria. Barulah murah rezeki. Fokus pada tugas kakak sekarang ni... Depan kakak ada ramai yang perlukan kakak. Jangan biar mereka lihat kesedihan kakak... Saya tahu, kakak hebat untuk bertenang, bersabar dan kuat segalanya."

"saat aku membuka lembaran Quran- hatiku niatkan agar ia menjadi sejuta penawar kepada segala kegundahan hati. Menjadi inspirasi kekuatan kepada jiwa yang rasanya benar benar saat itu. Aku cuba menahan sebak... ALLAH betapa hebatnya dugaan-Mu. Demi mencari Redho mu, adakah aku perlu berada dalam keadaan zahir dan batin yang sedemikian. Mana kekuatan untuk aku? Kenapa aku begitu lemah ya ALLAH?"

" Apapun jua, aku gigihkan... aku atur suara agar tidak bercampur dengan tangis. Membaca isi Quran, surat cinta dari Ilahi. Lantas aku membaca pula tafsirannya. ALLAHU AKHBAR. akulah yang terpilih untuk menerima teguran ini. Tetapi mengapa aku perlu bersedih dengan teguran-MU? "

" Kakak, jangan sedih. Inshaallah... kakak yakinlah... Andai dia jodoh kakak, sejauh mana dia atau kakak pergi, sedalam mana dia atau kakak menyelam, selama mana pun dia atau kakak menghilang, andai tertulis kalian bersama, kakak akan tetap bersama dia... kakak, terimalah teguran ALLAH ini. ALLAH lebih sayangkan kakak dan tak nak kakak terus hanyut dengan mainan perasaan yang belum halal. Mungkin dalam hubungan kakak yang lepas ada yang terlebih sehingga ALLAH memberikan teguran agar kakak dan dia sedar. Terimalah ia sebagai teguran tapi bukan hukuman buat kakak. kakak pun jangan menghukum diri sendiri."

"Aku memang dah tak mampu nak tahan. Otak aku arah supaya tetap positif. Hati aku nasihat supaya tetap cekal. Jiwa aku didik supaya kental. Ya Rabb, semakin aku begitu, aku semakin sedih. adakah aku benar-benar hilang kekuatan?? Dan akhirnya aku cuba pasrah dnegan segala keadaan ini. ALLAH, maafkan aku... Aku beristigfar... Innalillah hi ya ALLAH...

"kakak kan lebih tahu bagaimana dan macam mana... Sudah cukuplah kakak..."

"tak... kakak tak tahu apa-apapun... Ya ALLAH, maafkan aku... sesungguhnya segalanya dalam pengetahuan yang lebih mengetahui dan Maha Bijaksana... "

" Aku pujuk hati yang sedang rawan dengan selawat Shifa'... semoga ia menjadi penyembuh. Kelembutan selawat itu sekali lagi membuatkan aku benar-benar sedih... ALLAH, di manakah kedudukan aku? mengapa aku terus bersedih? aku bersedih kerana apa? ALLAH, berilah jawapan kepada aku... "

*ustazah nor hafizah said: hati yang gementar saat nama-nama ALLAH disebut atau dibacakan adalah hati yang benar-benar takut dengan kekuasaaan ALLAH. Saat ada getaran semasa berdoa, itu tanda ALLAH mengamiinkan serta memperkenankan doa... saat wujud getaran dalam hati pabila dibacakan ayat-ayat ALLAH, maka bersyukurlah kerana hati itu sangat dekat dengan ALLAH... bagaiaman pula orang yang berdoa tidak punya rasa getar... berdoalah sehingga timbulnya rasa getaran itu... sunggunya, getaran yang dirasa itu kerana hati tersebut dekat dengan pemiliknya.* wallahua'lam

" Seharian berpijak pada bumi yang nyata memberi aku ruang yang sangat sempit. Aku mencari ruang untuk bernafas selesa. Aku mencari kekuatan dalam kepayahan ini. Aku paksa akal untuk berfikiran positif agar hati dan jiwa juga turut positif... "

" Kakak, yakinlah pada ketetapan ALLAH. Yakinlah pada rasa cinta yang DIA kurniakan pada kakak. andai kakak kehilangan cinta dan sayang darinya, maka, kakak perlu sedar ada lagi cinta hebat daripada pemilik cinta kakak tersebut. Kakak, tenang ya. Sabar dan yakinlah... andai dia jodoh kakak, kalian akan bersama... sabar ya kakak ku... happy teaching!!! wasalam "

"ALLAH,
>saya perlu yakin pada ketetapanMU
>saya perlu kuat
>saya perlu positif
>saya perlu yakin pada diri sendiri juga dirinya
>saya perlu berjiwa dan berhati kental dan cekal
>saya perlu sihat
>saya perlu hebat
kerana ALLAH... Lillahi... Wallahi
al-Baqarah 216:
" Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia adalah terbaik buat kamu, boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia bukanlah yang terbaik buat kamu. ALLAH jualah yang lebih mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui apapun."
words of today:
saya tak pernah meragui apapun. cuma menjadi lumrah manusia inginkan kepastian dalam segala perkara. tak semestinya kepastian itu disebabkan keraguan, tetapi meminta kepastian boleh memupuk dan menambah tahap kepercayaan yang sedia ada. itu yang saya pegang saat mereka bertanya akan apa-apa perkara kepada saya. saya tidak meragui tetapi saya pasti mereka inginkan kepastian itu lebih jitu. saya yakini kamu dan kepastian yang saya minta adalah untuk mengukuhkan lagi apa yang saya yakini... semoga kita saling memahami... sayang semua...

Ahad, 26 Ogos 2012

syawal 9 1433h


Bismillahirrahmannirrahim

Assalamualaikum wbt to all muslim readers & sejahtera to non muslim readers who visit n stay tuned to this blog…

Kerlas…baru ada masa nak update blog setelah kali terakhir mengupdate kan pada 15 julai kot kalau tak silap (mesti ada yg chek entry dgn pantas kilatnya)

Syawal 9 1433h… Alhamdulillah…selamat berhadapan cabaran & godaan di bulan Ramadhan..dek kesibukan menjadi biscuit maker, feeling & nafsu pd makanan is totally out… mungkin telah tertarbiah dengan kehidupan dkt unibersiti ye…makan apa yang ada..jgn nak melebih2… jangan nak beli yang bukan2..duk jamu mata saja…perut tak teringin pun… InshaALLAH, semoga ALLAH berikan lagi peluang untuk bertemu Ramadhan yang akan datang… syok Ramadhan kali ni kat kg halaman terchinte…

Alhamdulillah..the moment of this syawal is too different from the past… oleh krn tahun ni giliran anak2 perempuan keluarga yang beraya kat istana dwi, mestinya tanggungjawab makin le hebat..apatah lagi bila dua family sampainya lambat sangat… (ngelat)… juadah biasa menyambut syawal…rendang daging ayam, ketupat lemang, lontong, sayur goring dan sambal tahun…LEMANG!!! Budget tak nak buat sebab hero pembikin lemang terunggul istana dwi takda..last2 ada pula request dr mak buyung…ehem…heroin lah take over..asap api dan bara menjadi teman setia…siap melecur-lecur lagi tangan duk tercurah santan panas dari buluh lemang yang panas…got it the best experience… lastly, apa lagi..migrain pun menyeranglah…nyut2 sebelah kepala ye…

Ahha…another one is…belajarlah buat rendang…dah takda sapa yang nak masak..mak buyung??bau bawang je dah buat2 pengsan kat depan…cam tu ke???whatever…apapun telah berlalu hari2 tersebut..alhamdulillah…syawal yg sederhana… syawal kalian?apa improvement dr syawal yg lepas???

Syawal 9 1433h… duk sibuk mengemas lagi..kemas kemas n kemas…mengisi masa yg lapang…sgt lapan ditambah hati yang resah gelisah… ALLAHU AKHBAR…  jumpa banyak surat-surat lama dr penpall n sicret admire…erm…semuanya dah berlalu…barang apa yang dah hilang tak jumpa2??? Barang yang lepas jangan dikenang… (dr Hot Fm) terkemas lah sikit…sambil belek album2 lama, diari2 lama…zaman jahiliah… ya RABB…alhamdulillah dapat waktu ini…

Syawal 9 1433h…semoga ALLAH Redha dan permudahkan serta beri ketenangan pada hati yang sedang rawan….

Syawal 9 1433h… teruskan baca al-quran dan tadabbur maksudnya sekali.fahami ayat2nya agar segalanya jelas dan terang serta menjadi kekuatan kepada setiap kesedihan mahupun kelemahan yang merajai jiwa…

Syawal 9 1433h… teruskan berdoa dengan khusyuk dan yakin… semoga hati yang selalunya was2 akan tetap terpelihara dari terus berwas2…

Syawal 9 1433h… ALLAH tahu apa yang ada di dalam hatiku, hatimu, hati mereka, hati kita semua… bersangka baik dengan ALLAH dan terus melakukan amar makruf… smg ALLAH Redha…

Syawal 9 1433h… jangan berhenti mencari dan mendapat rahmat serta kasih sayangnya yang maha pemurah (Dgn Nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani)

‘amalkan baca ar-rahman dan ar-rahim supaya mendapat kasih sayang dari ALLAH dan manusia’ pesan ustaz zaidy salleh…

Semoga ALLAH Redha…

Andai…NO..bukan andai…but yes…diam itu lebih bermakna andai kata2 tidak membari sebarang makna yang membahagiakan orang lain… baik2 aja ya… A.J.A...

Syawal 9 1433h…jgn give up, jgn move out ya walau apapun yang berlaku…KUN FAYAKUN… but not berserah dengan pasrah tanpa usaha… antara bait skrip yang tiba2 teringat… ‘kita boleh usaha dan berdoa agar ia menjadi milik kita.’

Syawal yang penuh barkah dan kegembiraan…allahu akhbar allahu akhbar…takbir tanda kemenangan umat islam…bergembiralah di hari bahagia ini…

Words of today: saya suka!!!