alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani
Memaparkan catatan dengan label Sanah Helwah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sanah Helwah. Papar semua catatan

Ahad, 26 Mei 2013

Sanah Helwah-happy bezday-Blogger ke-3-

Bismillahhirahmannirrahim.

Sanah Helwah-
ukhti~bidadari~muslimah~wanita~mukminah~calonisteri~CikTunang~Isteri~Menantu~Ipar~Ummi~Nenda~Konyang...
(setiap perjalanan ini diriasi dengan panggilan calon JENAZAH)
(semoga panggilan2 ini menjadi penguat semangat untuk tetap istiqamah di jalan Deen Allah & Muhammad saw ini)-walau perjalanan masih jauh perlu dilalui untuk meraih panggilan2 itu. ALLAHURABBI.
Panggilan? Ada apa dengan panggilan sedemikian? Bermaknakah? Untuk menunjukkah? Tidak… sama sekali tidak. Tapi rasanya ia adalah hadiah teristimewa buat diri. Hadiah terbaik untuk hati dan jiwa. Serta jasad yang sedar dari zaman2 kegelapan. Menjadi perhiasan sendiri. Penghargaan buat diri sendiri. Ya. Sedangkan Nabi pun memanggil nama panggilan yang manis untuk isterinya A’isyah dengan Humairah/Umairah (pipi yang merah) kerana pipi A’isyah akan merona merah bila diusik oleh Nabi dalam senda-gurau rumah-tangga mereka. Nabi tidak pula memanggil dengan panggilan yang tidak disenangi… Jum contohi akhlak Nabi. J
*Kagum juga dengan contoh baitul muslim Ustazah Fatimah Syarha yang ternukil dalam Pemilik Cintaku Setelah ALLAH dan Rasul. Sungguh awesome. Semoga menjadi ikutan walau awalnya tidak sepertinya. Tapi inshaALLAH. Belum terlewat untuk memulakan. J Ayuh!!

Sanah Helwah~
Terlewat hingga detik saat
Angka usia tambah meningkat
Tanda mati dan ajal kian dekat
Sedia dalam persediaan yang tidak dapat diungkap
Atau disingkap bilakah ajal menjemput.

Rahsia Tuhan dalam memanjangkan usia
Memberi ruang dan peluang agar
Kesediaan menerima jemputannya
Terisi.Terapi.

Wahai Tuhan,
Engkau yang Lebih Tahu.
Bagaimana aku dahulu, kini dan mendatang.
Sepicis teguranMU membuat aku akur.
Jalan menujuMU bukan mudah.
Mujahadah itu perlu aku pasak.

Wahai Tuhan,
Dengan Kudrat dan IradatMU
Aku pasrah.
Redha dengan takdirMU.
Setelah tadbir dan takbir
Meriasi tiap saat ketetapanMU
Yang aku sendiri tidak pernah tahu
Yang akhirnya aku mohon kepasrahan.
Penyerahan.Sebulatnya kepadaMU.

Wahai Tuhan,
Masa silam dulu hitam dan kelam.
Kini aku merangkak.
Bahkan mengharap dapat bertatih
Menuju Sinar.Nur.Cahaya.
Entah kelak, di masa depan
Bagaimana caranya.
Entah aku tidak tahu.

Wahai Tuhan,
Yang Maha Pengasih,
Yang Maha Penyayang,
Dilembaran usia ini,
Aku memohon sejuta
RahmatMU.NikmatMU.MawaddahMU.SakinahMU.
Bukan aku ingin tamak.
Tetapi aku meminta agar dapat
Memberikan,mengongsikan
Bersama yang lain.

Wahai Tuhan,
Hati ini terkadang keras.
Terkadang kasar.
Terkadang tersasar.
Terkadang gusar bukan kepalang.

Wahai Tuhan,
Yang memegang hati ini.
Eratkan ia dengan
RahmatMU. SakinahMU. MawaddahMU.
Ya. Aku menagih.
Sebagai hadiah.
Syukur.Syukur.Syukur.
Aku yakin akan ada hikmah dan kebaikan
disebalik pertambahan usia ini.
UjianMU juga adalah hadiah.
Termahal. Ekslusif.

~SANAH HELWAH YA UKHTI ~indah, seindah ciptaan Tuhan~ J

Nota 1: Usia bertambah~koreksi diri~dulu-kini-akan datang?~

Nota 2: Ulangtahun je nak makan kek. Perlukah? Adat semata. Mengada. Tak happy bezday pun
boleh je nak makan kek.~ betulkan yang biasa dan biasakan yang betul~

Nota 3: Sanah Helwah je nak hadiah. Perlukah? Boleh je bagi hadiah tiap2 hari. Dah namanya pun
hadiah. Boleh kot nak bagi bila2 pun.


Nota 4: Ucapan? Silalah beri ucapan. Doa yang baik2. Tak kesah pun ucapannya masa hari lahir atau
hari-hari biasa.


Nota 5: Saya tak nak biasakan diri atau manjakan diri untuk mengharap menerima segalanya yang
diimpikan saat hari lahir sahaja. Sebab… takut nanti terbiasa dan takut tak boleh terima if tak
menerima apa2 peringatan sempena hari lahir saya. Tapi still tahu menghargai ok. Jazakallah Khairan Kathiran J

Nota 6: Cara penghargaan, penerimaan dan pemberian kita adalah berbeza. Baik. Sungguh baik. Beza pun satu keindahan, ok. Sungguh indah. J lalalalala

 
Nota 7: 3 orang muslimah telah mengucapkan Selamat Ulang tahun kelahiran saya awal sehari. OK. bila tiba masanya, ucaplah lagi sekali with doa2 yang best tu ye :) 

words of today:
Alhamdulillah. Subhanallah. Allahuakhbar. Debit angka dan kredit usia. Istiqamah+mujahadah= Janji ALLAH kan indah+awesome+MasyaALLAH+Great= Janji ALLAH kan indah J

Rabu, 1 Mei 2013

Month of May (1434h/2013m)

Bismillahirrahmannirrahim... Salam 'alaik ya Muhammad SAW kekasih ALLAH...
Assalamualaikum wbt
 
20 Syawal 1409/10 H… Jumaat…
 
May is coming… On the track… its coming by…
May, May, May…
1st of May
5th of May
12th of May
16th of May
26th of May
Endless…

Bukan ada apa sangat pun. Saja nak mencari ruang menghantar entry dalam invisible belog…

 Azam bulan May??
 
ü  Solat di awal waktu
ü  Buat solat-solat sunat & keep istiqamah
ü  Puasa sunat Isnin & Khamis + puasa sunat Rejab
ü  Nak hafal memolek Ma’thurat, Surah Waqiah dan Juz Amma
ü  Belajar berjimat cermat amalan mulia
ü  Kurangkan ketawa (gelak bagaikan apa je sejak kebelakangan ni)
ü  Kembali kepada FITRAH
ü  Keep in Zikr & Selawat
ü  Jaga hati dan pandangan
ü  Focus kerja
ü  Niat semua perkara semata-mata kerana ALLAH
ü  Keep in smile and baik hati
ü  Don’t blur-blur
ü  Merancang untuk Baitul-Muslim…(lalala)
 
Allahumma aamiin ya Rabb al Izzah
 
Ni kalau taip ni azamnya menggunung… semoga ALLAH izin dan beri kekuatan untuk melakukannya… Inshaallah… semoga ada juga yang menegur kalau2 azam ni saya buat ke tidak ye…Apalah hasil selama hampir hidup ke usia ini?? ALLAHU RABB...hurm...
Subhnallahhi wabihamdihi Subhanallahil Azim...

 
Wassalam, Alhamdulillah
 
Salam 'alaik Ya Muhammad SAW.
(selawat sama ye...)
 
Words of today
Tak kisah pun bila, sentiasalah berazam untuk mempertingkatkan kualiti sebagai hamba dan khalifah di atas muka bumi ini kerana sesungguhnya ia menjadi bekal dalam perjalanan ke akhirat. Fii Amanallah... Inshaallah :)
 
 
 

Sabtu, 26 Mei 2012

happy birthday gitu~~~

bismillahhirahmmannirrahim...
ya ALLAH, berilah kemudahan kepada kami dalam memulakan sesuatu perkara dan berikanlah kami pelajaran yang baik agar menjadi pengajaran selama kami hidup didunia fatamorgana ini dan semoga kami diberikan hidayah serta petunjuka dari ayat-ayat_MU yang Maha Benar...

ALLAH SELAMATKAN SAYA (3x)
ALLAH SELAMATKAN KITA SEMUA,
ALLAH SELAMATKAN SAYA, KAMU, KITA ,MEREKA dan SEMUA...
(ALLAH penolong kita yang terbaik dan teragung..so..serahkan segalanya kepada ALLAH)

ya ALLAH..syukur dirafakkan kepadamu
atas kepanjangan usia untuk bertemu di ulangtahun kelahiran kali ini.
jadikanlah daku, hambaMU yang setia, patuh dan taat.
pilihlah daku untuk menerima lagi hadiah petunjuk dan hidayah MU diulangtahun ini
ya ALLAH, dekatkan hati dan jiwaku untuk mencintaimu lebih dari segalanya
jadikan daku hamba yang istiqamah dalam melakukan kebaikan dalam pengetahuan_MU
ya ALLAH, ya ALLAH, ya ALLAH...

p/s..thank you very3x much to all sahabat, family members yang mengucapkan dan mendoakan ulangtahun kelahiran ini...sama-sama kita pertingkatkan iman, akhlak dan kualiti hidup bersyariat..ok..chill...(w/pun mrk takde dalam site ni, all of you are in my heart 4ever, i/ALLAH)

macam sedap je kan**
 (gmbr kek 3thn lepas...gambar tak basi,ekekeke)

 
words of today:
hari lahir tau..bukan hari jadi...sebab;tak tahu pun bila kita terjadi=penyatuan sperma+ovum kita tak tahu...tapi kita tahu hari lahir kita berdasarkan kelahiran kita...ingat erk...kita tercipta dari asas yang sama, jadi jangan suka bandingkan orang...

Jumaat, 27 Mei 2011

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN ~NUZAMD~ 2011
SEMOGA MENJADI HAMBA ALLAH YANG TAAT & PATUH PADA PERINTAHNYA
MENJADI SRIKANDI ISLAM YANG SEBENAR
MENJADI MUSLIMAH SEJATI
DEMI MENCAPAI KEREDHAAN ALLAH

'WHAT GOES AROUND COMES AROUND'

SYUKRAN ATAS KEPANJANGAN USIA KE UMUR INI
SEMOGA TERUS BERSEMANGAT BERJUANG DIMUKA BUMI ALLAH INI

'CARILAH ILMU SEHINGGA KE NEGERI CHINA'