alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

Ahad, 27 Februari 2011

IGOLANA~~~analogi 1

"perjalanan jauh tak ku rasa
kerna hatiku melonjak sama
lalalalala..." Izah menyayi kegirangan.
kereta meluncur laju membelah lebuhraya Utara Selatan.
desis bayu dari aircond memaksa mata untuk lena.
"ambil peluang itu untuk matang, ciptalah ruang itu agar ia terisi dan hargainya semua setelah tiba ke destinasi, i/ALLAH, ia sebuah perjalanan yang istimewa," nasihat En. Hanif sebaik Nadirah memaklumkan akan keberangkatannya ke Utara tanah air.
"tapi, bukan senang cikgu. nak hadapi semua tu sebelum sampai ke destinasinya. tu pun belum tentu lagi selamat. kalau
eksiden kat tengah, tepi jalan camna pula?" Soal Nadirah.
"sekurang-kurangnya, awak merancang. daripada awak gagal tanpa merancang. manusia xpernah merancang untuk gagal. percayalah, saya tahu semangat awak untuk ke sana."
'Tapi saya takut dengan peluang dan ruang tu. saya takut."

"boommmm," bunyi letusan memeranjatkan Nadirah.
berbalam-balam wayang itu pergi darinya....








RINDU_HIJJAZ

Rindu itu adalah
Anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan
Orang-orang yang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya
Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri solehah
Keluarga bahagia
Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera
Merindukan tertegaknya
Kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukannya
Keampunan Tuhannya
Dan seluruh umat itu
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu pada Tuhan

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
PERMATA YANG DICARI-D'Hearty

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sabtu, 26 Februari 2011

HIBURAN~~~



PESONA CINTA-HIJJAZ

Kau siramkan wangian mawar putih
Kepada sebuah kenangan yang layu
Bisakah merubah detik-detik yang berlalu
Dari sekadar impian yang kaku

Jiwa terpaut menyaksi
Seribu pengorbanan dihulur
Cinta kasihan bersemi
Mengagung tak disedari
Diimpi tak pasti
Mengharap tak mendakap
Kesetiaan dijunjung
Rupanya tak ke hujung

Lilin yang menyala membakari dirinya
Buat menerangi insan yang memerlukan
Tanpa disedari diri sendiri sirna
Duka nestapa dibiarkan saja

Begini jadinya bila dihamba pesona cinta
Yang buta tak mengenal sebenar sifatnya

Cinta suci bukan untuk dinodai
Kasih jangan dikhianati
Lamarlah belas simpati
Kesucian cinta
Ikhlas tak diundang
Perliharalah...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

HANYA TUHAN YANG TAHU

Ku pendamkan perasaan ini...
Ku rahsiakan rasa hati ini...
Melindungkan kasih yang berputik...
Tersembunyi di dasar hati...

Ku pohonkan petunjuk Illahi...
Hadirkanlah insan yang sejati...
Menemani kesepian ini...
Mendamaikan sekeping hati...

Oh Tuhanku...
Berikanlah ketenangan abadi...
Untukku menghadapi resahnya hati ini...
Mendambakan kasih insan yang ku sayang...

Dihati ini hanya tuhan yang tahu...
Dihati ini aku rindu padamu...
Tulus sanubari menantikan hadirmu...
Hanyalah kau gadis pilihanku...

Kerana batasan...
Adat dan syariah...
Menguji kekuatan...
Keteguhan iman...
Insan yang berkasih...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Peterpan - Mungkin Nanti

Saatnya ku berkata mungkin yang terakhir kalinya
Sudahlah lepaskan semua kuyakin inilah waktunya
Mungkin saja kau bukan yang dulu lagi
Mungkin saja rasa itu telah pergi

Dan mungkin bila nanti kita kan bertemu lagi
Satu pintaku jangan kau coba tanyakan kembali
Rasa yang kutinggal mati
Seperti hari kemarin saat semua disini

Dan bila hatimu termenung bangun dari mimpi2mu
Membuka hatimu yang dulu cerita saat bersamaku
Mungkin saja kau bukan yang dulu lagi
Mungkin saja rasa itu telah pergi

Dan mungkin bila nanti kita kan bertemu lagi
Satu pintaku jangan kau coba tanyakan kembali
Rasa yang kutinggal mati
Seperti hari kemarin saat semua disini

Tak usah kau tanyakan lagi simpan untukmu sendiri
Semua sesal yang kau cari semua rasa yang kau beri

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GERIMIS MENGUNDANG

Kusangkakan panas berpanjangan
ada gerimis, ada gerimis mengundang
Dalam tak sedar ku kebasahan

Pernah juga kau pinta perpisahan
Aku sangkakan itu hanyalah gurauan
Nyata kau serius dalam senyuman

Bukan sekejap denganmu
Bukan mainan hasratku
Engkau pun tahu niatku
Tulus dan suci
Senang benar kau ucapkan
Kau anggap itu suratan
Sikit pun riak wajahmu
Tiada terkilan

Hanya aku separuh nyawa
Menahan sebak di dada
Sedangkan kau bersahaja
Berlalu tanpa kata
Terasa diri amat terhina kau lakukan
Terasa diri amat terhina kau lakukan

Sia-sia kukorban selama ini
Jika kasihku, jika hatiku
Kau guris oh oh oh...
Dalam tak sedar ku menangis

Khamis, 24 Februari 2011

ash-shifa' ul qadirun~~~

ya ALLAH, jika perasaan yang aku rasakan ini baik dalam pengetahuanMU untuk agamaku, kehidupanku dunia dan akhirat, maka kukuhkanlah perasaan ini tanpa ada rasa ragu dan syakwasangka.
dan ya ALLAH, jika perasaan yang aku rasakan ini dalam pengetahuanMU mendatangkan mudarat untuk agamaku, kehidupanku dunia dan akhirat, maka hapuskanlah ia dariku, dan jauhkan ia dariku.
maha luas pengetahuanMU ya ALLAH.


" ... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." - [Surah Ath-Thalaq, 65: 2-3]

jika iman lebih kuat adri nafsu, maka, katakan tidak atas usaha-usaha yang tidak diredhai ALLAH.

berbincang tentang perkahwinan,
suka ana kongsikan tentang perancangan awal bakal-bakal pengantin untuk majlis perkahwinan mereka.kononya nak grand2..ye lah tu...grand2, lepas kahwin duduklah kat pondok kecil.mana taknya, cik abang dah takda duit nak beli/bayar sewa istana kayangan untuk kalian tinggal.
walaupun ana belum berumahtangga lagi, ilmu-ilmu perkawinan sedang ana kumpul.ke arah kehidupan yang berkualiti.bukan berkuantiti. ilmu akan semakin luas...ingat tu.
dalam perbincangan yang ana dengar, pasangan kini hanya merancang untuk majlis perkahwinan yang HANYA berlangsung untuk sehari dua. tapi mereka lalai dan tidak ingat langsung untuk memikirkan serta merancang tentang kehidupan bersama yang bakal dilalui kelak. contohnya; mereka tidak memikirkan tentang tempoh masa pendek dan panjang hidup bersama.semua yang dirancang untuk mengadakan majlis. gerun juga jika ana fikir2kan untuk tempoh masa 5, 10, 30tahun mendatang...YA, semua itu atas aturan ALLAH.tapi, tidak salah jika kita sendiri memikirkan dan merancang sesuatu ke arah perkara tersebut. tambah-tambah keadaan ekonomi dunia kini. jika difikir2kan... ALLAHUAKHBAR...
moga sama2lah kita memikirkannya. kerana, setiap pasangan yang berkahwin pastinya inginkan hidup berkeluarga yang berkualiti, kekal dan harmoni. kita mampu meraihnya tetapi, segala aturan itu adalah yang terbaik dari ALLAH swt.

wallhua'alam
wassalamualaikum wbt :)

Selasa, 22 Februari 2011

بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم


YA ALLAH,
damaikanlah hati-hati kami dalam menghadapi dugaanMU
dugaanMU adalah kesempurnaan hidup kami sebagai seorang hamba di mukabumi ini dan segalanya adalah terbaik atas segala ketetapanMU, tetapkan hati dan iman kami, jangan KAU pesongkan dan matikan hati kami dari menikmati hidayah dariMU...

oh ALLAH
kuatkan kami berlalu dalam ketetapanMU
senangkanlah kami dalam merasai sedih, duka, kepayahan, kesusahan,
redakanlah rasa sesak dan gelisah yang menghimpit kami
sesungguhnya, ia tidak datang kecuali hanya dariMU
dan sabarkanlah kami menghadapi serta merasainya
ALLAH yang MAHA hebat serta berkuasa ke atas sekalian ciptaannya.

Hu YA ALLAH
tiada daya dan upaya kami menyembunyikan segalanya dariMU
dan sesungguhnya, Hu ya ALLAH, segalanya berada dalam pengetahuanMU
dan ilmu-ilmuMU Maha Luas,
YA ALLAH
kami serahkan segalanya hanya padaMU
dan hanya padaMU juga kami meletakkan segala harapan

HU RABB
tenangkanlah, damaikanlah, senangkanlah

YA ALLAH, kuatkan kami menghadapi ketentuanMU dengan tenang
redha dan pasrah pada ketetapanMU ya ALLAH

neutralkan kembali~~~

ALLAHUAKHBAR..
SUBHANALLAH..
ALLAH, ALLAH, ALLAH, ALLAH...ALLAH!!!!

as-Sobarul minal iman~~~

ALLAH...

ALLAH...

ALLAH...
ALLAH...
ALLAH...
ALLAH...
ALLAH...

syukran ya ALLAH ;)

Ahad, 20 Februari 2011


PERGI JUA
Sulaman kasih kian longgar,
benang emas kesetiaan kian luntur,
kaitan tali sayang kian mulur,
simpulan kejujuran kian kendur,
tekad cinta kian lebur.

Kasih ku rela pertaruhkan,
walau kesetiaanku cuma pada khayalan,
Jua sayangku pada bayangan,
jujurnya ku pada igauan,
cintanya ku tidak pada kenyataan.

Aku terus mengejar bayang yang lari,
tidak statik menanti
pada yang pasti.

ku lakar,
ku ukir,
ku catur,
ku atur.
namun ku akur
pada kehendak takdir
yang tidak lagi kabur.

Bukan mengalah,
bukan menyerah,
bukan jua aku lemah,
tapi aku belajar untuk pasrah.

Bila mentari di ufuk barat,
aku meraba mencari kudrat
untuk tegar berdiri di darat.
ku atur langkah,
ku susun arah,
merelakan ia pergi,
doaku jua tidak pernah sepi,
biarkan cintaku abadi di sini,
mengambil tempat di ruang hati,
kalau itu memang penamat yang pasti,
kerna dunia tidak merestui,
moga bersemi di syurga nanti.

Sabtu, 19 Februari 2011

RAGAM, MACAM-macam, ragam

Bismillahhirrahmannirrahim
Dgn nama ALLAH yang Pengasih , Maha Penyayang

terdetik dihati nak menghantar entri terbaru untuk saat ini...
ana baru balik dari rapat umum di kolej ana.

ALLAHUAKHBAR!!!
takbir ana dengan gelagat para penyokong
Pro-A atau Pro-M
pro and kontranya ana sendiri pun sukar nak kenalpasti...

7 kerusi untuk direbut oleh 16 calon
masing-masing membawa manifestasi tersendiri...

dari evolusi hinggalah ke revolusi terus menjadi mahasiswa yang unggul
benarkah kita sebagai mahasiswa perlu berevolusi?
selidiki makna evolusi itu sendiri...jom2 buka kamus dewan bahasa dan pustaka edisi??
revolusi juga???
sebagai mahasiswa, rasanya, kita sendiri telah berevolusi...
REFORMASINYA???
membentuk persona diri untuk apa?
terbelakah kita hanya untuk tempoh berjawatan selama 1 tahun??

apapun ana respect dengan calon-calon dan penyokong-penyokong
kerana masing-masing menonjol dengan manifestasi tersendiri..
sampai hilang suara membuat rapat umum...

TETAPI,
perlukah seorang, dua orang dan beberapa orang juga
muslimah turut terpekik-pekik memberikan sorakan??
ya...sekadarnya...
dan perlukah wujudnya perpecahan antara penyokong menjelang PRU-Universiti??
hingga menjeling, memerli, memekik...
tak kurang juga yang sanggup memutuskan silaturahim hanya kerana kita berbeza aliran pilihan...
tidak kurang juga yang diugut...

bagaimana agaknya menjelang pilihanraya nanti pada
18 R/Awal???

bagi ana pula?
siapa pilihan ana?
SULIT!
RAHSIA!

inshaALLAH
kebenaran akan memihak pada yang benar...
inshaALLAH
pilihan ana adalah yang tepat dan terbaik...
inshaALLAH
semoga pemimpin yang berjaya nanti akan melaksankan tanggungjawab, janji2 dan segala amanah dengan telus, tulus, ikhlas dan menepati.

kejap2...
terkesima juga tadi melihat beberapa calon yang bertanding...
rasa rindu dan terkenang-kenang pada dua orang sahabat ana yang dah lama tak dihubungi...
rasa panas anak mata...
sebab ana ternampak ada antara calon tersebut iras-iras sahabat paling raaaaaaaaapat dengan ana masa di sekolah menengah dan di kampung dulu...

tapi sekarang?
masing2 membawa haluan sendiri...
gayanya, tuturnya, lengguk suaranya...
SUBHANNALLAH...
sama...
terus ana SMS dia
menyatakan rindu padanya...
ya...dia sibuk...
ana sahaja yang suka menyibukkan diri untuk sibuk...
(nada merajukkah?)

berbalik pada PRU-U
Pro-A atau Pro-M???
jeng3x...

semoga ALLAH mempermudahkan tugas dan amanah calon-calon PRU-U kelak...
amin...


mutiara kata~
jangan biarkan kesedihan hari ini,
menghancurkan hari esok,
walaupun esok belum pasti ada,
hilangkan kesedihan tersebut,
dan hargailah hari yang sednag dilalui
dengan rasa syukur, gembira dan senang.

semoga kita semua berada di bawah
Rahmat, cinta dan kasih sayang ALLAH SWT..
ameen...

wallahu'alam

wassalamualaikum wbt~~~

Khamis, 17 Februari 2011

masa kini

Bismillahhirahmannirrahim
dgn nama ALLAH yang Maha Pengasih Maha Penyayang

baca berita2 terkini,
belek2 surat khabar,
tengok2 news at televisyen...

erm...banyaknya kes dera...
suami dera isteri,
isteri dera suami,
parent dera anak-anak,
abang/kakak deran adik-adik,
senior buli junior...
apa nak jadi ya??

sedih juga ana membaca berita2 sedemikian...
cuba bayangkan jika kita yang berada ditempat mereka...
paling2 dekat pun sebagai saudara mara mereka...

YA ALLAH
sadisnya rasa...
bak kata pepatah
berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...
iakah???

perkahwinan.
apa tujuan sebenarnya ya?
mana satu hukum kahwin yang diambil?
wajib, sunat, harus atau makruh???
atau sekadar ingin melampiaskan nafsu dalam konteks 'halal'?

hari ini,
ana berjemaah Maghrib dan Isya' di Masjid
di samping ingin mendengar ceramah agama sempena Maulidur Rasul MUHAMMAD SAW...
sedang leka mendengar tu
mata ana teralih pada seorang anak keeeeecil,
comelllll...kira-kira setahun setengah,
bertudung, berstokin dan berbaju kurung...
lantas terdetik di dalam hati ana
pasti ibu ayahnya dari kalangan orang-orang berilmu agama,
terpancar seri cahaya diwajah anak keeeecil tersebut,
manis...
tiba-tiba,
perasaan ana untuk berkahwin sangat tinggi...
ingin memiliki anak-anak comel yang soleh&solehah...
tapi, ana juga berfikir
siapakah bakal suami dan bapa kepada anak-anak ana kelak?
adakah ana juga akan menerima nasib yang sama seperti mereka yang dikhabarkan di dalam berita2 terkini???
nauzubillah...
ana hanya melihat keletah anak kecil tersebut,
di dalam hati ana
memanjat kesyukuran kerana dia dilahirkan dalam keluarga yang sempurna, inshaALLAH.
ana juga memanjatkan harapan agar dia akan menjadi srikandi solehah yang akan mewarnai bumi ALLAH ini suatu hari kelak...istiqamah dan tawadduk...

semua bermula dari didikan awal...
jika dari kecil dididik dengan sempurna segi(agama, sosial, makanan dll)
inshaALLAH, hasilnya juga akan memberi kesan kepada warisan seterusnya..

tapi itu bertahan untuk usia mereka sehingga 18 tahun..
setelah mula bebas dan mengenali dunia luar,
pilihan ditangan mereka semakin banyak..
membuatkan mereka kembali mencari identiti diri.
terkadang pilihan mereka itu dipengaruhi oleh sosial yang negatif,
akhirnya,
mereka bertukar ke identiti yang tidak baik...
apakah ini telah ditetapkan oleh ALLAH di Lauh Mahfuz??
ya...tapi ketetapan yang boleh diubah...
kerana takdir ALLAH itu terbahagi kepada dua keadaan iaitu
takdir yang tidak boleh diubah dan yang boleh diubah berdasarkan usaha yang dilakukan.
kematian, kehidupan, adalah takdir yang tidak boleh diubah kerana setiap yang hidup pasti akan mati.
tetapi, rezeki, cara hidup, boleh diubah berdasarkan kemampuan kita untuk mencari yang terbaik disisi ALLAH...
jangan biarkan
identiti baru yang negatif tersebut
melenyapkan sikap dan sifat sebagai muslim dan khalifah ALLAH...

"YA ALLAH
jgnlah KAU palingkan hati kami
setelah KAU berikan petunjuk kepada kami
sesungguhnya, kami telah menzalimi diri kami sendiri"

semoga ALLAH merahmati kehidupan kita, keluarga kita dan saudara mara kita...
semoga ALLAH memberikan petunjuk kepada mereka yang menghampiri jalan kehinaan...
semoga ALLAH memberikan lagi peluang kepada mereka untuk mendapat rahmat, cinta dan kasih sayang dari ALLAH...

wallahu'alam

wassalamualaikum wbt

Rabu, 16 Februari 2011

'FIRST THING FIRST'

Bismillahirrahmannirrahim
dgn nama ALLAH yg Maha pengasih maha penyayang

assalamualaikum

alhamdulillah
seronok rasanya membaca ruangan tulisan Pn. Fatimah Syarha di dalam majalah SOLUSI
isu ke-2.

biar ana kongsikan bersama pembaca sekalian
tentang penulisannya yang bertajuk "first thing first"

sekadar penilaian yang ana buat terhadap pembacaan ana sendirilah
sangat tertarik dengan isunya

tentang seseorang gadis/jejaka yang masih belum berpunya.
ana???
remaja tidak pernah lari dari isu dan fenomena ini.kan
ya...kerana ia merupakan fitrah sebagai insani yang sarat dengan kasih sayang anugerah ALLAH
ALLAH yang menganugerahkan perasaan tersebut, justeru,
wajarlah kita sebagai insani memilikinya dan mempraktikkannya...

arghhh...
tapi ada segelintir yang masih belum berpunya...
gusarkah antum sekalian?

bagi ana
tidak ada apa yang perlu digusarkan kerana ana yakin dengan perancangan ALLAH
kita juga merancang untuk begitu-begitu, begini-begini
tapi rancangan ALLAH yang begitu-beginilah terbaik untuk kita.

dalam ceramah-ceramah di kolej ana juga
demi untuk menarik minat pendengar dan pelajar,
tajuk seperti inilah yang selalu diutarakan...
jelas...
penuh dewan forum...(jarang2 sekali)
nampak sangat, remaja, pelajar universiti yang banyak terdedah emosinya tentang kasih sayang dan dunia percintaan..

iyakah???
menurut Pn. Fatimah Syarha
"jgn risau jika masih belum berpunya kerana ALLAH mungkin ingin bagi ketenangan dulu buat kalian untuk terus melangkah menggapai cita-cita. usah pening kepala. DIA menguji anda sedikit masa lagi."

secara jujur, ana juga tidak risau
kerana ana ada (target)sasaran yang ingin dicapai. jadi ana tidak pernah kisah tentang dunia percintaan ini..
tapi, kadang2
muncul juga dibenak fikiran ni
apakah perasaan orang@ pasangan yang bercinta?
runsingkah...atau pening kepala?? apa yang mereka lakukan??
hurmmm sehinggalah ana ada membaca sebuah entri di blog lain yang menyebut tentang 'kahwin gantung'
menarik...
tapi, bagi ana
selagi belum bersedia, segalanya tidak mungkin berlaku
dan ianya hanya akan berlaku jika ALLAH memberikan ketersediaan itu untuk ana
kan senang jawapan ana ini...

apa ya sebenarnya...
bagi ana,
capailah cita-cita sebelum mencapai cinta
dan capailah cinta yang diredhai ALLAH..
setakat bercinta, bersms, bergayut, berchating, berapa2 lagilah...
mungkin untuk seronok2...
tapi, bagi ana, sekali ana suka pada seseorang, inshaALLAH selamanya...
tapi, untuk benar2 ana suka sama suka belum ada.
bak kata orang tu S.S...
ana akan cuba menjauhkan diri daripadanya...
ana hanya mencari Redha ALLAH dalam segala perkara...(diharap pembaca juga begitu)
dan TERKINI ana sebenarnya sedang cuba melawan nafsu yang sembilan ini...
semoga ALLAH memberikan kekuatan menghadapi segalanya walau, jika hati terpaut pd seseorang, dan ana mengharap 'dia' akan memahami matlamat berkasih ana di dalam islam. insahallah.
jurang, jarak dan kejauhan itu bagi ana adalah yang terbaik, walau hati dan jiwa akan rasa sedikit sakit. inshaALLAH.kemanisan ada dalam setiap kesabaran yang ALLAH kurniakan ini.
dan ana ingin dapatkan fisrt thing first terlebih dahulu....
tapi, jika 'diikat' terlebih dahulu, ana akan pastikan juga keempat4 perkara itu ana laksanakan, inshaALLAH...ana hanya merancang~kalian juga~dan perancang serta pelaksana terbaik hanyalah ALLAH HU RABBI.
dan jika kasih sayang, cinta ini benar terzahir, maka ia adalah perasaan dan anugerah dari ALLAH untuk ana yang tidak terhingga, juga buat 'dia' kerana dipertemukan dengan aturan ALLAH yang maha sempurna... :)


fisrt thing first ana...apakah ia??
1-konvokesyen
2-kerjaya
3-keluarga ana sendiri
4-kahwin(inshaALLAH)

hanya satu niat yang tidak pernah hilang dari hati ana ialah
berkahwin untuk mendapat Redha ALLAH dan memenuhi sunnah Nabi Muhammad kerana ana adalah umat baginda yang menyayangi sunnah-sunnahnya.

isu kahwin nampaknya sekarang ini~~~
sebelum terlalu meleret
rasanya setakat ini sahaja entri ana

pengajaran kepada semua;

jangan rasa risau tentang perkara ini
sesungguhnya berpeganglah pada janji ALLAH
bahawa setiap makhluk diciptakan berpasangan
dan yakinlah kalian akan bertemu dengan pasangan kalian di bawah Redha, rahmat dan kasih sayang ALLAH.
alangkah manisnya~~~~

jadi yang terbaik untuk mendapatkan yang terbaik
kerana yang terbaik hanya untuk yang terbaik.
itulah janji ALLAH...

mari ana kongsikan satu doa

YA ALLAH,
KAU JADIKANLAH KECINTAANKU INI PADA HATI ORANG YANG BERIMAN KEPADAMU
DAN AKU JUGA AKAN DICINTAI OLEH ORANG BERIMAN KEPADAMU.
AMINNNN

wallahu'alam

wassalamualaikum wbt

Selasa, 15 Februari 2011

muhasabah diri

ya ALLAH
andai mata ini ingin menitiskan air-air mata kekesalan
maka permudahkanlah ya ALLAH
sungguh,
sarat, pedih, luluh tidak tertanggung rasanya
ya ALLAH

oh ALLAH
permudahkan perkara ini
walau ia terasa beban dipundakku

oh ALLAH
tiada yang Maha Mendengar kala in
selain dariMU
oh ALLAH
terasa sakitnya hati dan jiwa ini menanggung
pedih
beratnya kepala memikir kekesalan
lenguh jari jemari menghitung kekhilafan

oh ALLAH
andai derita ini
Kau anugerah sebagai penghapus dosa silamku
maka janagn tinggalkan aku jauh dari landasan taqwaMU
jangan Kau palingkan hatiku,
tegarkan aku berada di jalan lurus, ad-dinMU

oh ALLAH
jangan KAU sisihkan aku
sungguh, aku ingin berada di bawah pandanganMU
aku ingin berada di bawah rahmat dan petunjukMU
maka,
bukankanlah pintu-pintu hidayah yang banyak kepadaku
jangan KAU biarkan hati ini mati daripada iman
jangan KAU pesongkan hati ini dari beriman kepadaMU
jangan KAU tinggalkan daku ya ALLAH
sungguh, aku takut jika enkau meninggalkan aku...

oh ALLAH
oh ALLAH
oh ALLAH
hidup dan matiku, solatku, amal ibadahku hanyalah keranaMU

dekatkanlah aku dengan orang yang dekat denganMU
sungguh,
andai aku menjauhi mereka
maka aku tahu
aku semakin jauh dariMU
aku semakin jahil kepadaMU

oh ALLAH...
pengharapanku hanya padaMU
hanya padaMU tempat aku bergantung segalanya...

kukuhkan aku dalam pendirian islam iman dan ihsan ku ya ALLAH
asaskan tapak hidupku dengan mencintaiMU
dasari kehidupan ku dengan mencintai kekasih yang Kau kasihi, Muhammad SAW..
kukuhkan kehidupanku dengan berpandukan ilmu al-Quran dan Hadis
isikan mindaku secara teori dan praktikalnya dengan ilmu2 agamaMU yang Maha Luas
mantapkan akhlakku dgn akhlak2 terpuji YA MUHAMMAD
mudahkan perubahan positif berlaku dalam hidupku ya ALLAH
permudahkan~~~

hanya itu harapan ku
juga demi memenuhi harapan seorang ayah terhadap anaknya
hanya engkau ya ALLAH
yang memudahkan dengan segala izinMU

oh ALLAH...

Isnin, 14 Februari 2011

Maulid Nabi Muhammad S.A.W

Bismillahhirrahmannirrahim~

ya Nabi salamun 'alaika...
ya maulid Nabi Muhammad SAW

tentang Maulidur Rasul...
sangat menarik
dalam banyak2 ceramah yang diadakan sempena Maulid Nabi
adalah Sirah Perjuangan Baginda menyebarkan Islam~~

teringat pula semasa zaman-zaman ana berada di kampung,
masih beruniform sekolah...
sambutan Maulid Nabi disambut secara besar-besaran...
ada perarakan sambil berselawat,
akhirnya dengar ceramah dalam surau sekolah.
untuk sesi akhir bergelar pelajar,
ceramah dalam sambutan tersebut disampaikan oleh Ustaz baru...
baru je daftar pagi tu di ofis, terus kena bagi ceramah..
tapi, sebenarnya, jadi seorang ukhti, semestinya tempat kita dibelakang2...
mike n speaker pula x jelas...
dengar orang ketawa, ketawa je lah juga...
bukan ketawa apa, ustaz tu buat lawak dgn slang_nya..
dia duk cakap laba-laba untuk labah-labah...
kaitan peristiwa Nabi bermalam di Gua Thur..
labah-labah sebagai wakil yang diutuskan ALLAH untuk menyelamatkan baginda...
lamanya ana meninggalkan kisah2 sirah Nabi Muhammad SAW...
nauzubillah...
i/allah, ana akan dapatkan koleksi sirah2 baginda...
kalau di kampung pula,
mesti ada juga sambutan Maulid Nabi...
tapi, ana bukanlah orang yang bersemangat nak pergi...
bukan apa,
malu...yelah, dah jadi anak dara kan masa tu...
tapi, mak ayah paksa pergi...
demi maruah mereka,
ana pun pergi...
banyak berubah...
masa ana sekolah rendah dulu, majlis2 sambutan Islam di surau buat waktu malam...
kalau malam ana memang pergi...
siang???
sebenarnya, xjadi isu siang atau malam...
ana je...
sama juga,
temapt untuk mukminah di bahagian bawah,
speaker pula satu je di atas...
naif kan surau kami..
tapi, syukur, sekarang banyak pembaharuan...
dalam majlis tu
mestilah diserikan dengan tilawah al-Quran dahulu...
kemudian Selawat @ Marhaban
ceramah...
dah jadi kebiasaan mungkin...
orang bagi ceramah kat atas,
yang kat bawah bersembang...
alasannya, xdengar...
cuba2 didengar dgn baik pun,
memmag tak dengar...
kalau masa budak2,
ana lah buddak yang tak tahu duduk diam.
lagi2 bila dah jumpa geng2 kecil...hihihi...

ALLAHUAKHBAR...
semua tinggal kenangan...
untuk tahun2 seterusnya, ana sambut Maulid Nabi bukan di kampung...
moga ada lagi peluang, masa dan kesempatan untuk sambut di kampung ana...
i/ALLAH..

As-salawatun Nabi Muhammad SAW
SALAM MAULID YA NABI MUHAMMAD, KEKASIH ALLAH

Ahad, 6 Februari 2011

pelbagai...

Bismillahirrahmannirrahim

Alhamdulillah...
berada di bulan Rabiulawal...bulan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W sanjungan tinggi umat Islam...

azam untuk bulan ini??
mesti...MESTI...dapat mencontohi dan menteladani sifat dan keperibadian Nabi Muhammad S.A.W dlm kehidupan sehari-2an
tdk kira sbg sahabat, teman, kawan seperjuangan, anak dan pelajar
yang paling utama, sifat dan sikap Nabi yang istiqamah dalam amal ibadahnya.
semoga dijauhkan drpd sifat2 mazmumah.
berakhlak mulia, bersopan santun dlm semua perkara.
i/ALLAH
maulid ya Nabi Muhammad S.A.W
Sollolohhua a'la Muhammad
Sollolohhua a'laih wasalam
ya nabi salamun alaik
ya rasul salamun alaik
solawatullah hi alaika.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ya ALLAH
malunya hamba yg bernama NUZAMD ini
rasa malu ini atas kesilapan, keterlanjuran, kesalahan, kekhilafan diri hamba sendiri
kemanakah wajah, hati dan jiwa ini ingin diletakkan lagi?
sejauhmanapun hamba pergi
bayang2 kesilapan akan terus dtg menerpa2..
ya ALLAH
berilah kesembuhan atas rasa malu ini kerana ia melemahkan semangatku sendiri.
YA...MALU sebahagian drpn IMAN
tp malu ini tidak bertempat
meluah kasih sayang pada tempat yang belum pasti...
ya ALLAH, tanduskah perasaan itu dulu??
ya RABB...
kpdMU hamba mengadu sglnya...
sungguh, tiada daya dan upaya aku menyembunyikan segalanya...
kiranya dengan pengaduan ini,
hamba merasa hina, rendah diri dan kesal atas segala tindakan lepas.
berikanlah kekuatan kpd hamba kala bersua dengannya walau untuk menguntum seulas senyuman,
berikanlah kemudahan kepada hamba menerima segala ketetapanMU yang Maha Sempurna ini,
KAU YA ALLAH, tuhan maha Pengampun...
Tuhan Maha Penyembuh...
hati dan jiwa ini milikMU yang Baqa'.
tenangkan hamba dlm pengaduan ini YA RABB
tenangkan tenangkan tenangkan
hamba Redha atas kata2 yang pernah diterbitkan
wlupun ia mengundang sejuta perasaan dan rasa malu yg tersangat2...
kuatkan hamba melangkah dgn penuh keyakinan melakar kejayaan.
dan hamba mohon keredhaanMU YA RABB dlm setiap perkara yang hamba lakukan...

YA ALLAH YA ALLAH YA ALLAH YA ALLAH YA ALLAH YA ALLAH

(mari sama2 kita muhasabah kembali setiap bicara yang pernah diujarkan) =)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LAMARAN LAGI???

lamaran ketiga...
bukan ku xsudi...
bukan ku memilih...
tapi segalanya perlu pertimbangan.

lamaran pertama atas dasar persaudaraan yang erat.
lamaran kedua atas dasar persahabatan yang akrab.
lamaran ketiga atas dasar kekeluargaan yang terikat.

syukur YA ALLAH
KAU memanjangkan jodoh dan pilihan untukku
ttp
apalah dayaku untuk menerima lamaran2 itu..
bukan ku tolak tanpa alasan...

ada masa dan perkara serta perancangan yang membuatkan aku memberikan kata putus sedemikian...
tp YA ALLAH
perancangan MU jua yang MAHA HEBAT MAHA SEMPURNA

setakat ini YA ALLAH,
biarlah...
moga ada hikmah disebalik perkara2 yang berlaku ini...

permudahkan jodoh untukku untuk masa hadapan lagi.
krn aku punya misi dan visi buat masa sekarang yang perlu dicapai terlebih dahulu sblm membentuk sebuah keluarga yang sakinah mawaddah dan rahmah..
itu misi dan visi dlm hidupku ya ALLAH..
pernikahan hanya keranaMU.
i/ALLAH

syukran Hu RABB
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

begitulah kisah untuk penulisan pada hari ini...
sekian
wassalamualaikum wbt
wallahua'lam

Khamis, 3 Februari 2011

kaburnya mata

bismillahhirrahmannirrahim
dgn nama ALLAH yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

sungguh banyak nikmat kurniaan dari ALLAH

Mata salah satu daripadanya

tanpa mata,
bagaimana untuk kita melihat dunia cantik ciptaan ALLAH
bagaimana mungkin kita mahu mensyukuri indah ciptaannya
bagaimana ingin menangisi setiap dosa yang dilakukan
bagaimana ingin melihat wajah kekasih yang diimpikan
bagaimana?

mata anugerah yang tidak terhingga bagi mereka yang pandai mensyukurinya

bukan tidak mensyukurinya.
sungguh,
ALLAH menarik sedikit demi sedikit keupayaan mata ini untuk melihat, menatap dengan jelas.
sungguh,
rindu untuk melihat sesuatu dengan jelas dan terang tanpa perlukan perantaraan lain
sungguh,
cemburu dengan kalian yang masih mempunyai mata yang jelas terang untk melihat

tapi
sesungguhnya, kekaburan ini membawa erti yang banyak.
selagi masih punya penglihatan sebelum dihilangkan terus oleh ALLAH

mata ini juga yang menitiskan butir-butir mutiara penyesalan terhadap YA RABB
kaburnya mata

jagalah mata kerana ia tiada galang gantinya =)

wallahua'lam
wassalam

Rabu, 2 Februari 2011

TAUBAT

bismillahhirrahmannirrahim
dgn nama ALLAH yang Maha pengasih, Maha penyayang

Assalamualaikum WBT

berbicara tentang dosa, kesalahan, kekhilafan, kesilapan dan sekufu erti dgnnya
pasti setiap manusia tdk pernah lepas drpd melakukannya.

tp masih ada cara utk kembali ke jalan yang benar.
kembalilah semula kepada fitrah sebagai insani..

ya... TAUBAT
banyak erti dan definisi yang dibuat tentang sebaris perkataan TAUBAT

1. malu yg memelihara> setelah kita melakukan kesilapan, maka seseorang perlu bertaubat(malu) dgn apa yang telah dilakukan baik sesama manusia dan paling terkesan ialah dgn ya RABB.

2. taubat juga diertikan dgn tangisan yang berterusan yakni dgn menyesali bersungguh2 kesalahan @ maksiat yang telah dilakukan.

3. bahkan juga ia diertikan sbg penyesalan terhadap perkara maksiat yg dilakukan dan bersungguh2 ingin kembali ke pangkal jalan serta memperbaiki diri dimasa hadapan dgn bersungguh2.

4. diertikan juga sebagai menarik diri ke arah kebaikan dgn tali yang digemari. tali yang digemari disini bermaksud rasa kecintaan terhadap Ya RABB.dgn wujudnya perasaan itu, maka, secara fitrahnya, hati akan tertarik untuk melakukan kebaikan serta menolak drps melakukan kejahatan.

5. menyesali perbuatan maksiat yang dilakukan dan berazam tidak akan mengulanginya sepertimana SUSU YANG TIDAK AKAN KEMBALI KE PAYUDARA SEMULA.begitulah diertikan dgn bertaubat.

6. kembali taat kepada perintah ALLAH, berazam tidak melakukan semula, sgt membenci maksiat dan cinta akan kebaikan serta takut akan azab ALLAH dan hanya mengharap pertolongan ALLAH.

justeru, bertaubatlah kita sbg hambanya yang kerdil. setiap saat kita tidak lari drpd melakukan kesilapan...krn itulah sbnrnya diri setiap insani.tidak pernah sempurna dalam segala perkara.

selalulah beristighfar.kembali kepada fitrah sebagai insani yang sentaiasa mengharap keampunan ALLAH

Jangan putus asa dengan rahmat ALLAH
ALLAH Maha Pengampun.
Maha Pengasih
Maha Penyayang

ALLAH suka pada hambanya yang sentiasa bertaubat dan ingin bertaubat dan sesungguhnya ALLAH sentiasa menanti2kan taubat dari hamba2nya.

Jadi, jangan lepaskan peluang utk bertaubat kepada ALLAH
pintu taubat adalah seluas2 milik ya Khaliq

wallahua'lam

wassalam =)