alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani
Memaparkan catatan dengan label SERIUS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SERIUS. Papar semua catatan

Isnin, 2 Mac 2015

cinta syurga kami


nikah


walimah perempuan


majlis bertandang

Selasa, 12 November 2013

Penawar jiwa

Bismillah.
Selawat Allahumma solli a'la saiyidina Muhammad saw.
 
Mentadaburkan al-anfal ayat 55 dan 66 dan teringat kepada surah penawar jiwa, ar-rahman juga al-waqiah.
 
(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(al-anfal 55)
 
Sekarang Allah telah meringankan daripada kamu (apa yang telah diwajibkan dahulu) kerana Dia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan; oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang dan jika ada di antara kamu seribu orang, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu orang dengan izin Allah dan (ingatlah) Allah berserta orang-orang yang sabar. (al-anfal 66)
 
Dan manakah nikmat Tuhanmu yang ingin kamu dustakan? ar-Rahman
 
Allah juga yang lebih tahu atas segala keadaan.
Saat terasa lelahnya diuji dan rasa terbeban segalanya dengan ujian
Allah hulurkan sekali penawarnya.
 
Allah banyak memberikan nikmat. Sedar atau tidak sedar sahaja sebagai hamba ini selayaknya menerima ujian. Mohon kekuatan agar Allah sentiasa ada bersama memberikan kekuatan. Sungguh Dia yang maha kuat lagi perkasa.
 
Entah dari ceruk ujian itu dating, tahu-tahu dalam hati ini ada getar. Mata pula mula merembes dingin. Terasa seperti ada bebanan di atas pundak. Allahu robbi. Ujian setiap manusia/hamba itu berbeza-beza.
 
Semoga Allah terus memberikan hidayahNya kepada sekalian umat Muhammad..
 
Ouh... patutlah juga rasa sedih. Tiba-tiba teringat isu murtad dalam kalangan wanita muslim. Sedih dan kasihan. Mengenang nasib di alam akhirat nanti. Allahurobbi. Sungguh kafir itu tempatnya di neraka. Berkaitan berita tersebut. Entah. Betul. Hati ini tiba-tiba hiba. Susah payah ibu bapa membesarkan dengan didikan agama sebaiknya, tapi bila dewasa begitu pula jadinya. Kebebasan perundangan di Malaysia juga membuatkan hati ini kecewa. Benar. Status Quo dan Kontrak Sosial yang telah dimeterai. Entah, dulu dan kini sesungguhnya telah jauh berbeza. Allah, tetapkan kami ini hamba yang sentiasa menerima hidayah dan petunjukMU. Tetap berada di jalan AddinMU... tetapkan hati kami untuk tetap di jalan islam ini, ya Robb. Aamiin...
 
Maka, ada tugas di situ. DAKWAH. Adab dakwah... Perlu berilmu sebelum memberikan ilmu kepada orang lain. Dakwahkan diri sendiri terlebih dahulu. Kuatkan rohani dan mental kemudian dakwahkan kepada semua. Islam agama yang syumul. Indah. Rabbaniyah dan Uluhiyyah perlu disemat kukuh dalam hati agar boleh dikongsi dalam dakwah. Duhai diri, aku juga bukan hebat. Tidak juga bijak, ilmu masih cetek secetek lopak air yang tertadah setelah hujan turun. Jika kemarau, maka keringlah lopak itu. Duhai diri, persiagakan diri dengan ilmu dan istiqamah ya. Banyak lagi rongga perlu dipenuhi. Apatah rongga asing yang juga memerlukan pengisian.
 
Allah telah memberikan kecukupan nikmat yang tidak berbelah bahagi. terinagt-ingat satu ceramah dari youtube tentang nikmat kurniaan Allah, that suatu hari nanti, Allah akan tanya semula apa yang telah kita gunakan, manfaatkan nikmat-nikmat yang Dia berikan? Nikmat mata, tenaga, masa muda, dan sebagainya. Banyak. Sungguh banyak nikmatnya. Duhai diri, apa sumbanganmu kepada nikmat-nikmat yang Allah berikan? Allahurobbi... jawab duhai hati... :(
 
Sabar. Sebaik sabar cuba dilakukan. Bukan payah tapi tidak juga mudah. Allah maha tahu segalanya. Moga segala kesabaran ini akan terbalas suatu hari nanti. Moga apa yang diusahakan kerana Allah ini akan dibalas dengan sakinah. Moga peluang yang Allah berikan sebagai nikmat ini menjadi medan memperkukuh spiritual sebelum masanya tiba. Allahurobbi...
 
Alim Ulama telah Kau jemput. Seorang demi seorang. Kami yang tinggal masih lagi bisu. Buta. Tuli. Allahurobbi. Moga generasi umat, hamba dimilenia ini mampu menjadi hamba yang tawadhuk dan zuhud pada dunia. Ada menghirup bau tingkah pincang dunia lalu diperbetulkan untuk dibawa ke Syurga Firdausi sama. Allahurobbi...
 
Hiba. Dan hiba itu terus terasa hingga hati berdebar kasar. Fikiran berfikir apa khilaf aku hari ini. Lalu tangan pula rancak menaip berkongsi genta yang terasa. Astagfirullah. Ampunkan aku ya Robb.. Hambamu ini hamba yang lemah.
 
Allahumma inni a'uzubika minnal hammi wal hazzan
wa a'uzubika minnal ajzi wal khasal
wa a'uzubika minnal jubn wal buhl
wa a'uzubika min qhalabatid daini wa qohril rijjal.
 
ya Allah, masukkanlah aku melalui jalan yang mulia
keluarkanlah aku dari jalan yang mulia juga
dan berikanlah hujah keterangan serta kekuatan dari sisiMu untuk menolongku.
Kaulah ya Allah sebaik pelindung dan penolong.
 
Tiada terdaya rasanya untuk terus menidakkan nikmat-nikmat yang Allah telah berikan. Dan tidak terdaya rasanya andai nikmat-nikmat ini ditarik dalam kita masih memerlukan. Allah cukup sempurna. Memberikan kecukupan kepada makhluknya. Ya. Allah lah yang hebat. makrifat tentangnya perlu diterjah. Agar menjadi perisai dalam mengenal Allah untuk menangkis pandangan buruk kafir laknatullah.
 
Sungguh, Dia benar-benar tidak memungkiri janji!!
 
Duhai hati, sabar ya.
Ujian ini mehnah
mehnah dalam rehlah kehidupan
rencah tradisi memperkasa peribadi.
 
Duhai kekasih,
Aku mengimpi kau yang soleh
Walau aku bukanlah sesolehah
seperti bayanganmu
Aku ingin dipimpin
bersama kesolehanmu
dalam kehidupan
untuk lebih mengenal Tuhan kita yang satu
mencambah sakinah dalam baitul muslim yang diimpi.
 
Aku bukan solehah,
tapi ingin sekali menjadi yang solehah,
buat ayahku sebelum dirimu
dan untuk dirimu agar nanti
aku tidak memberikan dosa kepadamu untuk memikulnya.
Benar, aku tidak solehah.
tapi mengimpikan engkau yang soleh
membawa aku ke syurga Firdausi.
 
Hormati aku di dalam hatimu
maka engkaulah yang terhormat dihatiku
dan hati kita akan tetap memuliakan Allah
Andai ada rindu dan kasih tercambah dan terluah sebelum ini,
aku harap ia terpadam sedikit demi sedikit dek jarak yang memisahkan
kerana penyatuannya nanti aku harap ia lebih hebat
dengan Rahmat dari Allah.
 
Inilah nikmat yang Allah beri.
Jarak. Masa.
Menghadirkan peluang memperbaiki diri.
Doa kepada rabb al-izzah mempertemukan
kasih dalam keyakinan padaNYA
Terbaik disisiNya,
maka baiklah disisi kita.
 
 
dek hati yang sedang kelam digamit dosa silam
8 muharam 1435h,
Sg Tangkas, Kajang
 
 
 

Jumaat, 6 September 2013

Wahai Kpli, Wahai Dpli sesi 2014

Bismillahhirrahmannirrahim
~Duhai Allah yang Esa, tetapkan kami untuk bersujud tunduk padaMU~
 
Oh..mengenai tajuk entry...
Haish...sapa la yang tak mengharap permohonan kpli/dpli sesi 2014 tidak dibuka?
Semuanya berharap... Orang yang dah bertahun2 habis degree pun masih berharap apatah lagi yang baru sebulan dua bergelar pengganggur.
 
Mokcik ni pun masih menunggu.. Nun jauh disudut hati masih dan masih dan masih menunggu... Berharap dan masih berharap... Kebiasaannya permohonan akan dibuka pada [ertengahan September hingga awal Oktober... ye kot... Inshaallah :) Tahun ni ada ke lagi ye? Jeng3...
 
Sementara menunggu tu... Moh le kita menyambung Master... master in Malaysian History? Nak ke mana kome lepas habis? Ada ke peluang keje lagi? Haish... Itu juga yang menjadi tanda tanya... Inshaallah... banyak je peluang lepas master... Tu pun kalau serius nak berada dalam zon para "akadimias" Kena la sabar melakukan research dan mengadap student2... Ye ke... Yang penting juga kena tahu peluang apa yang ada. Potensi diri nak ke mana lepas habis master... Dikeliling saya ramai yang lepas master masih tak bekerja... Ouh... melihatkan keadaan itu saya mulai down-down-down-down-down... adakah saya juga akan seperti itu? jika tidak mahu, anjakan paradigm perlu dilakukan... uhu...mampukah?
 
What need to do?
> Tingkatkan silaturahim dan jalinan perhubungan dengan para ilmuan seperti pensyarah, sahabat sekelas, luar kelas, luar bidang, luar unibersiti dan dekati masyarakat = pembentukan Hablumminannas
> Tidak memfokuskan diri dengan bidang yang diambil sahaja sebaliknya tetap mendekati bidang2 lain seperti keagamaan, ekonomi dan politik. DLL.
> Ce cuba cari tajaan mana2 penaja yang sanggup menaja budak2 master ni buat research=intern ke=mampukah saya?
 
Dan adakah saya akan menjadi ini==== full housewife with MA...waaaaaaaaaaaaaaaaa (Nak nanges nak nanges) Dan untuk itu saya temukan sebuah kata-kata "belajar sebab nak kerja ke?" "kalau semua orang niat belajar sebab nak kerja nescaya tak kan cukup bidang kerja yang ada" "belajarlah kerana ALLAH. menambahkan ilmu di dada" *walau sebenarnya kata2 itu tetap tidak mengubat hatiku yang stresssssssssssss**** betul sungguh kata hukama, **jangan fikirkan masa depan kalau ia boleh membunuh masa yang sedang berlalu...** tapi tak boleh juga kalau tak fikir kan...ermmm
 
Inshaallah...berserah kepada tuhan. Memilih dengan pilihan Dia. Mudah2an ada peluang dan pilihan lagi yang dikurniakan sepanjang pengajian dan selepas pengajian. Inshaallah...
Mudah2an juga kpli/dpli masih memberikan peluang kepada kami semua yang menunggu dengan penuh kekhusyukan dan kesabaran ni... Kalau bukan pada saya biarlah untuk yang lain-lain.
 
 
words of today:
Sabar kan indah. Seindah sabar dan iman. Sabar itu sebahagian dari iman kan...
Sabar melihat kejayaan orang lain.
Sabar melihat kesusahan orang lain.
Sabar kala merasa kepayahan dan ujian.
Sabar di atas kesabaran.
Sabar dengan kesabaran, ganjaran sabar walau tak terlihat dek mata kasar akan terasa dengan kehalusan hati.
Penawar duka (sila amalkan semampu boleh)= Senyum, Sabar, Syukur :)
 
 

Rabu, 21 Ogos 2013

SYUKUR KAN INDAH

Alhamdulillah.. inilah yang ditetapkan. Tersurat dan tersirat dengan penuh keindahan.
Refleksi diri...
Sepanjang hari berfikir. Indah. Masyaallah. Indah. Allah memberikan apa yang kita/saya perlu...
Suka nak kongsi satu perkara ni.. Dah lama terpendam. Siapa yang membaca, teruskan. Yang belum jumpa blog ni memang tak terbacalah ye. :)

Suatu ketika dulu, makcik pernah berangan... Nak kerja opis. Bawa fail ke hulur ke hiliaq... Pakai suit. Pakai kemas2. Kiranya teratur lah ye. Nii penangan tengok drama-drama melayu la kot ye. Rupa2nya makcik pernah secara serius nak koje field administration.
*silalah cari entry dalam ni ya...*
Management... Nah... ambik makcik... dapatla koje field ni lepas habis degree... mulanya rasa happy juga... Risau2 juga... Blurr tu toksah bagitahu ye...

1 matlamat je sebenarnya minta field ni... Sebab boleh control cara dan etika berpakaian... Alhamdulillah... Sebenarnya, walau dekat mana pun kita berada, kalau tahu syariat berpakaian a.k.a pakaian patuh syariat, boleh je apply walau dimana tempat duduk kerja kita. Tapi, yela... manusia ni senang terpengaruh dan mempengaruhi. Sales marketing mesti kena make up tebal baju vouge2 ye... Stylo dalam semua cara.

Alhamdulillah. penemuan kerja dalam bidang sekarang (yang bakal berakhir beberapa hari je lagi) ni banyak membuka mata makcik. Kalau orang berkata,
"der, kerja kat opis tu je ke? budak degree kan?"
"der, gaji secoet."
"der, keja bukan dalam bidang belajar degree, ape kenenya ye."
"tu la... dulu belajar amik kos tah hape2 kan."

Biasalah... biasa sangat dah gitu. Lani tak boleh sangat nak keje ikut bidang. Arkitek pun kadang2 kena kerja grafik. Grafik kerja bahagian admin. Admin kerja pembantu jururawat... Tak hairan di mata makcik. Tak tahulah kalau fikiran tertutup jumud, terbuka bangas ye ye makcik ini... Sekarang bukan masa atau musim memilih kerja... mula2 feeling down juga... tapi Alhamdulillah niat awal mengatasi segalanya... "KERJA KERANA ALLAH"

Apa yang saya dapat dengan apa yang saya kerjakan ni?
> Saya dapat jaga cara pemakaian saya. Inshallah yang patuh syariat setakat ini. (Most important thing yang makcik nak sangat keje field ini)
> Company Melayu. Bos dan staf-staf Melayu.
> Kebajikan dari segi waktu rehat dan solat yang awesome
> Stress le sebab ngadap bos 8jam.
> Oleh kerana staf lelaki 2 orang termasuk bos, makanya hubungan antara rakan dua jenis tak keterlaluan. Lagi- lagi deme berdua dah kahwin ye.. Ikhtilat kena la jaga ye even dengan perempuan pun ye.
> Belajar benda baru. sebab makcik bukan belajar bidang ni. Operasi opid pun bukan dalam bidang makcik. Jadi feel free to learn something new :)
> Paling awesome, bila dah start keje adalah pula tyme untuk kena retire/resign/fired ye... :D :D :D
> Jumpa dan kenal ramai orang=menambahkan kemahiran soft skill makcik yang sangat hard skill ye...
**sebenarnya banyak benda yang best and awesome bila bekerja ni** tak kisah apa jua bidangnya.

Tapi kalau ada peluang untuk bekerja dalam bidang yang lebih baik, sipi-sipi dengan bidang pengajian atau relate dengan pengalaman kerja, just go on and grab the chance. Yang penting pandai jaga akhlak. Jaga iman. Jaga ikhtilat. Berusaha lagi gigih-gigih-gigih-gigih...
Gaji sebesar gajah dan setinggi zirafah belum tentu menjamin kehidupan hereafter, cuma jadikanlah kekayaan itu untuk bekalan menuju akhiratnya.

Orang kata bila banyak duit, kaya, baru boleh nak beramal dengan kekayaan itu. Yes ke No.. ?Ikut kata hati dan iman. Kalau dah kaya Tuhan dikebelakangkan, tak kemana juga ye. Teringat kata-kata seorang tabligh, "ana beli kereta ni bukan apa, senang ana nak bergerak untuk tabligh. Kalau jiran ana kesempitan dan emergency nak pinjam, ana bagi pinjam. Semoga apa yang kita ada ni dikongsikan. Semuanya kan milik ALLAH"

-dalam al-quran pun dah mention kan yang harta, anak, isteri, tanaman dan ternakan ni adalah ujian dari ALLAH buat hambanya-

Tengok kita, gaji secoet kita camana dengan bila kita dah gaji besau ye... Tapi makcik yakin, hamba-hamba ALLAH yang punya islam iman & ihsan sekalian adalah hamba yang budiman. Low profile. Tawadhuk. Inshaallah.

**Lari fokus utama nak berkongsi apa ye*

Last but not least, bersyukur ya. ALLAH beri apa yang paling sesuai dengan kita. See, Dia beri apa yang makcik perlu. Sedar tak sedar je sebenarnya ye. Alhamdulillah.


words of today:
Selamat tinggal opisku... PCku, kerusi empukku, mugku,pingganku, apa lagi hak aku ye... Eh eh eh..bila masa pula benda2 alah tu hak aku... tak...semuanya hak opis. Hak bos. Harta bos. So share ye dgn staff lepas ni... Macam tulah juga kita... Kita tak memiliki apa-apa. Semuanya hak ALLAH... kita peminjam. macam kita juga yang meminjam dengan PTPTN.. jadi kenalah bayar ye.. Sebab bukan hak kita... Kekayaan boleh dicari dan diperolehi tapi kita tak boleh memiliki kerana kekayaan hanya milik ALLAH yang esa. ALLAH yang Maha KAYA .Kita Hamba.Peminjam. Musafir. Buatlah yang terbaik. Agar kita dapat memulangkan semula segalanya ini kepada pemiliknya dalam keadaan yang baik... Terbaik!!! Mintalah pada Allah pengakhiran yang baik. Biar mulanya pincang kerana dalamnya masih ada peluang usaha dan cara agar bertemu pengakhiran yang terbaik... Fisabilillah... ngeee.. Inshaallah, semoga ALLAH Redho :)

"bekerjalah dan beramallah kerana ALLAH kerana kita HAMBA"
-jika pekerja boleh menjadi hamba kepada majikan (yang sama-sama hamba)
maka jadilah HAMBA yang lebih baik (daripada 'hamba pekerja kepada hamba majikan') kepada pemilik kita, ALLAH Azza Wajalla-

Semoga ALLAH Redho :)

Rabu, 3 Julai 2013

INDAH- ALLAH ar-Rahman, Allah ar-Rahim

Bismillahirrahmannirrahim

- Alhamdulillah. Julai tiba dengan indah. Syaaban berjalan menemui Ramadhan
- Alhamdulillah untuk segala yang berlaku sepanjang 1/2 tahun ini. Adanya ini adalah yang terbaik ALLAH takdirkan untuk saya. Kita.
- Alhamdulillah. Sebak didada hanya ALLAH yang Tahu. DIA yang AWAL dan DIA yang AKHIR.
- Alhamdulillah. DIA yang Maha LEMBUT. Melembutkan hati-hati ini untuk tunduk dengan apa kurniaanNYA.
- Alhamdulillah. Syukur. Syahadah. Takbir. Sujud.
- Alhamdulillah. Walau ada debar.
- Alhamdulillah.

- Alhamdulillah. Allah sampaikan niat saya. Baik kan ALLAH.
- Alhamdulillah. Allah berikan apa yang saya perlu. Hebat kan ALLAH

- Sabar kan indah-

Words of today
- Khatam Quran before Ramadhan? Alhamdulillah. Teringat pula zaman-zaman belajar mengaji dengan mak & abah.
- Mudah-mudahan al-Quran tidak saya tinggalkan. Menjadi pegangan, petunjuk dan kekuatan kepada saya dan zuriat2.
- Semoga saya tetap dapat membaca, mentadabbur, menghayati dan melakukan apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang dengan sabar dan taat.
- Al- Quran...ooooo...Kalamullah...

Isnin, 10 Jun 2013

Bak kata hati saya & dia- Demi ALLAH ^_^

Bismillahirramannirrahim

- Bahagia hari esok bermula dengan langkah hari ini, mungkin derita, payah, sesah dan gelisah-

Frasa yang sesuai untuk sesuatu pencapaian yang kita idam2kan. Means, Berusaha. Tangga. Kejayaan. Peribahasa lapuk. Tapi tidak selapuk Bujang Lapok. Ia suitabale sepanjang zaman kalau kita pandai mengaplikasikan sepanjang penghidupan ini. 

Macam mana pula dalam soal hati dan perasaan? Jaga ikhtilat, Jaga syariat. Jangan sampai zina hati berlaku. Bukan setakat hati. Tapi akal & fizikal mungkin boleh terkorban sama. Itu tidak cukup. Ya, langkah perlu diorak agar masa depan tidak pincang. 

Yang indah itu sementara kalau kita terlalu taksub. Nak ia indah berpanjangan? YES, langkah awal perlu diambil. Demi membina ummah berkualiti. 

Dalam doa selalu kita minta, berikan daku dari kalangan isteri dan zuriat penyejuk mata dan menjadi imam buat orang bertaqwa.


"Ya Rabb, kurniakanlah kepada kami dan keturunan kami serta isteri-isteri kami penyejuk mata kami. Jadikanlah pula kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertakwa"{QS. Al Furqan : 74}

Why not langkahkan pergerakan kita untuk menjadi imam buat diri kita sendiri terlebih dahlu sebelum kepada apa yang bakal kita hadapi. Kemudian, akan datang, kita dapat merasai betapa anugerah pasangan/zauj/zaujah dan anak-anak sememangnya adalah penyejuk mata kita (Qurratul A'yyun). Kemudian, dari menjadi imam inshaallah akan dapat pula melahirkan lebih ramai imam-imam bertaqwa. Kan. Erk? Inshaallah. Jadi, kita ni la yang kena start awal. Bukan pada lelaki sahaja. Tapi perempuan pun sama. Kata nak jadi ketua bidadari. Nak be togather with zauj & anal-anak di Syurga kelak...kan.... Cumanya, memang ALLAH melebihkan sedikit lelaki berbanding perempuan. BUKTI...? Allah pun ciptakan nabi Adam (lelaki) terlebih dahulu baru la Hawa ( perempuan) diciptakan. Relatenya?? fikir2kan. selamat beramal ^_^

Langkah saya. Langkah dia. Langkah kita. Bermula hari ini. Segalanya perlu disekat. Kerna saya tidak mampu meneruskan dengan keperluan yang didesak. Membawa dia-dia-dia-dia bersama menoda hati. Ya. Hati perlu diajar. Agar lunak dan terbentuk mengikut aturan syariat. Agar yang mendatang lebih berkat. Kan awak-awak-awak.. Saya faham. Awak faham. Sebab kita ada agama dan mengamalkannya. Agar hati-hati yang menyatu akan datang menjadi satu jiwa yang suci.kudus.mulus. Demi REDHA ALLAH. Nak REDHA ALLAH kenalah usaha mendapatkannya. Melaksanakan apa yang DIA anjurkan dan meninggalkan apa yang DIA benci. Kan awak-awak-awak-awak. 

Bak kata dia # Seindah aturan Tuhan#
Bak kata saya # Sabar itu indah#

Kedua-dua frasa ini sungguh sepatutnya membawa kepada pemahaman yang tinggi dalam menjaga soal hati dan perasaan. Tapi, hati ni tak seiring dengan apa yang mulut dan akal tafsirkan. Kalau hati dah start terpengaruh, hitam membusuk nanti payah nak kembalikan jernih... Hati kan kunci kepada segalanya...Ish2.. Itu lah janji syaitan kan. Akan menyesatkan anak Adam sehingga datangnya hari kiamat>>>> dalam banyak bentuk dan cabang. ^_* Jum kita bakar syaitan dengan kekentalan iman dan taqwa kita..

Iman dan Taqwa? Camna nak dapat? Yes. Patuhi perintah ALLAH dan jauhi larangan ALLAH. This is the basic knowledge. Orang tak pandai agama tapi ada agama (ISLAM) tahu about this knowledge. Yang jadi tak tahu is mana satu perintahnya dan mana satu larangannya. So, refer al-Quran. Hadis. Tadabbur isi al-quran baru jumpa apa yang ALLAH suruh dan larang.

Okes.. Itu sahaja perkongsian setakat ini... Perkongsian dari ke hati ^_^ hati saya-hati awak-hati kita-hati mereka ^_^

Kata dia & kata saya # Jaga Iman, jaga hati, jaga mata~Ingat ALLAH sokmo#
Bak kata dia #bertemu & berpisah kerana ALLAH#

words of today:
Ada sesuatu yang berlaku tanpa pengetahuan saya? erm... nak rahsia sangat ye... ^_^ SUPRISE!!!

Jumaat, 31 Mei 2013

Stress-dare to soar-

Saat stress merajai fikiran...wah...stress sungguh mengenangkan nasib wajah anggun sebelah kanan ini ye... Chumel dihias oleh sekumpulan "pendatang tanpa izin." Stress tiba-tiba memikirkannya ya... Dulu kalau stress sebab belajar...sebab nak kahwin...sebab kerja...sebab harta-pusaka (ececece..ingat saya ni mata harta ke...haish... )sebab-sebab lain ya... la ni stress sebab yang ini pula ya... ok... stress sambil mengerut-ngerutkan kening... Memang serius dah ni... Uhhu..(Nanges kejap)

ok...ok...ok...dah dah dah..sudah ye... Kan ujian ALLAH tu semuanya... Ye la... Memangla ujian ALLAH... ALLAH nak menguji sejauh mana kita bersabar dan berusaha... Bila dah berusaha, ALLAH nak uji juga kita ni bertawakal kat ALLAH atau tidak ye...

"wahai sang jerawat, pindahlah dari wajah saya"
"saya rindu dengan pipi saya 1 tahun lalu"
"saya bukan tak nak kawan dengan awak, tapi janganlah membiak banyak sangat. Dah tu degil ye tak nak pindah p mana-mana"
"saya dah cuba nak rawat awak-awak-awak...cuba jangan degil ye"
"awak kan dah pernah pindah dulu... Tapi kenapa datang kat saya semula ye?"
"hopefully awak sudi memindahkan lagi awak-awak-awak semua ye"

Ok...dah malas nak menstresskan diri, akal, hati dan fikiran. Biarlah... ok... 

Dan secara automatiknya bila nak kahwin, kena siap sedia misi-visi-objektif- KAHWIN-Syariat jangan diabai-bukan duk asyik ikut Adat-biar Berkat datang sama- Rahmat ALLAH sekali tertambat-kan INDAH- Islam kan Cantik :) 

1. MISI- ?
2. VISI- ?
3. OBJEKTIF- ?

Jangan duk fikir kahwin sesaja tanpa prinsip yang jelas... jap...prinsip kahwin saya?Misi kahwin saya? Visi kahwin saya? Objektif kahwin saya?

OK... hari stress buat saya is today. Dengan semalam terlupa dah hari khamis...and today is Friday. Awat boleh lupa ye... YE... inilah teguran ALLAH kat saya ye... Asyik memikirkan hal dunia mungkin...ermmm... Subhanallahhi wabihamdihi, Subhanallahil azim :) peace :) :) :)

Finally... keep istiqamah with tawakal to ALLAH... usaha lif kejayaan gitu kan... at least boleh le Dare to Soar la kot ye... peace...

note: Ada sesiapa nak suggest ubat/alternatif/rawatan kepada flek hitam cik/en. jerawat tak?
note: Ada sesiapa nak share dengan saya fasal kahwin tak?
note: Sila suggest dan share di 'komen' ye.

words of today
Duhai hati, bersabarlah hingga boleh terus sabar. 

Selasa, 14 Mei 2013

Kita sama atau berbeza?

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum wbt.. Salam 'alaik buat junjungan Nabi Muhammad saw kekasih ALLAH.

Baiklah.
Tentang hari ini. Juga hari sebelum2 ini... (Meroyan sekejap menaip entry seslumber mungkin) asyik serius entry je kan...luahan rasa derita jiwa sekejap2...ye la..dah belog pun untuk orang2 terdekat yang tahu je..tak kan nak over syok sendiri ye...seteres!

Terperasan. Kita. Setiap manusia. wujud perbandingan. Mungkin perbezaan. Mungkin juga persamaan. Kata Ustazah Fatimah Syarha via Slot Remaja @ ikim.fm setiap hari Selasa jam 10 malam (promote sikit) raikan perbezaan hargai persamaan (lebih kurang kot, takpun terbalik)..ngeee..
Tang mana yang beza? Boleh sahaja dari segi fikiran, buah mulut, tindakan, kata hati dan macam-macam... tang mana pula yang sama? Sama je juga contoh macam kat atas ye... Yang tak pasti juga, setujukah kalau perbezaan memungkinkan timbul salah faham atau perkelahian dan persamaan pula mewujudkan keserasian? Jap..saya pun duk fikir.. lama dah fikir sampai malas nak fikir...

Bila dah lama terperap dalam buah fikiran...persamaan tak semestinya dapat mewujudkan keserasian atau orang kata kalau korang 'kapel' lepas tu dua2 gender which is si lelaki dan si perempuan have a same hobby, same-same-same-same dalam serba serbi konon la kan ada jodoh..konon..saya tak mengiyakan...konon je... ye ke?? Entah.. saya pun tak tahu... bagi saya kalau semua benda nak sama its merimaskan. Tiada kelainan kan.. Pandang sana sama. Sini sama. Situ sama. Semua sama.. Jadi sama la juga pandangannya last2 nanti kot ye. Boleh jadi tak berkembang keadaan tu. Tak wujud pembaharuan. Robot transformer pun nanti takda job..ok...start mengarut... Then, saya terfikir...saya ni mencari persamaankah?

Perbezaan pula? memanglah. Perbezaan yang over action selalunya menimbulkan perkelahian, salah faham, salah tafsir dan memacam masalah negatif.. Itu kalau kita berfikiran negatif terus. Terus saya terfikir lagi dan lagi... Lagi2 setelah membaca ruangan hasil tulisan Ustaz Pahrol Juoi dalam Solusi entah isu keberapa beberapa bulan yang lalu... Katanya (lebih kurang ye, sebab saya tak berapa ingat the direct word), perbezaan sebenarnya mewujudkan keserasian, terutama dalam rumah tangga. Sebab tu setiap pasangan perlu menerima kekurangan dan kelebihan pasangannya. Contoh saya nak bagi ye, kalau isteri masak tak sedap, suami tolong2la isteri kat dapur. Kalau hasilnya pun tak sedap, kan atas usaha sama. wohaaa. Tapi, lelaki ni biasanya more sedap bila memasak... ok.. Melalut.. Hobi yang berbeza, buah fikiran yang berbeza, cara yang berbeza dan segalanya yang berbeza sebenarnya memberikan kita peluang atau erti hidup yang lebih harmonis. heh.. Ye ke?

Dari perbezaan juga sebenarnya berlaku banyak perkembangan dan pembaharuan. Misalnya dalam perselisihan berkaitan kesahihan sesebuah hadis atau apa sahaja, maka para ulama akan duduk berbincang bagi menyelesaikan keadaan tersebut. Sama la juga kot kalau dalam rumah tangga... isteri tak tahu tu. Tapi suami tahu. Anak-anak tahu. Jadi, masalah yang katanya berbeza tu kan dapat diselesaikan.. wee...tak kena sungguh contoh saya ni..

Analogi yang saya fikir untuk perbezaan yang mungkin logik... Tengok pada landasan kereta api, skru atau apa sahaja yang memerlukan pasangan untuk disempurnakan... barulah ia boleh berfungsi kan. Bayangkan kalau landasan kereta api tu sama bentuk dan kedudukan dengan keretapi tu...boleh ke nak dilalukan?? heh... saya pun  dah pening.. tu yang malas nak taip benda seslumber ni..

Apapun. yang saya nak cuba sampaikan kat sini ialah... kehidupan kita sebenarnya diwarnai dengan perbezaan dan persamaan itu wujud kerana adanya perbezaan. Ye ke? Berkait juga dengan ciptaan ALLAH ke atas alam ini. Allah tak ciptakan siang sepanjang tahun atau malam sepanjang tahun. Allah juga tak ciptakan hujan sepanjang tahun dan panas pula sepanjang tahun. Allah ciptakan semuanya penuh perbezaan di setiap aturannya yang sempurna. Sebab apa? Sebab disebaliknya itu Allah dah tetapkan apa yang bermanfaat untuk kita. Memberikan kita peringatan adakah kita bersyukur atau tidak (paling banyak quote dalam surah ar-rahman).

Perbezaan bagi saya lebih mewujudkan kebergantungan dan keserasian.. Nyanyi kejap~serasi bersama~ ngeee..

Apapun, perbezaan itu bukan untuk diasingi tetapi ditangani supaya yang sama terwujud sekali. Beza atau sama ia memberikan impak dalam kehidupan.

ok..sekian...fikir-fikirkanlah ye... lepas tu kalau berminat sila komen. Boleh jadi bahan kajian ni :)

words of today
Fikir sekejap.. saya ni suka persamaan ke perbezaan ye? Boleh ke saya terima perbezaan atau persamaan orang? (hingat saya ni Alien ke) macam pelik pula...inshaallah.. saya akan cuba meraikan perbezaan orang dengan saya dan menghargai apa yang orang sama dengan saya.. ngeee... Bakal suami, bakal keluarga mertua. bakal-bakal-bakal-bakal... terima la saya kalau saya berbeza dengan kalian ye. Kalau sama, set je la ye...


*rasa macam nak sambung lagi entry pasal ni... tunggu je la ye...sampai buah fikiran datang nak menaip bab ni...weeee

Ahad, 21 April 2013

Pegawai Tadbir Diplomatik a.k.a PTD

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum wbt, Salam sejahtera :)

Entry ni actually saya dah berkira-kira nak ngepost a day after i sat for the test...Tapi apa kan daya, masa saya sangat terbatas. Okey...masa kita sama je...24 hours... Tapi tak tahu lah kemana semuanya pergi... YES...kat tidur kot.... weekend-weekand je la dapat nak update belog pun ye... Inshaallah...

Ahha... minggu lepas bersamaan dengan 13 April 2013, peperiksaan awam secara besar-besaran telah diadakan... Ala, exam PTD... PTD... PTD... serentak seluruh Malaysia peperiksaan tu diadakan.. Jumlah calon tahun 2013? Saya tak tahu pula... tak godek Mr. Google... Kat berita pun tak ada kot pasal kami-kami yang p exam PTD ni... and not mistaken... Tahun lepas bersamaan tahun 2012, jumlah calon is around 48 000... Wah... ramai sangat kan... and if tak silap juga yang berjaya diserap lebih kurang 3-4 ribu jer kot... Tahun ni agak2 berapalah ramai calon yang berjaya??? Best of luck la semua yang telah bersama-sama saya dapat p exam tu ye... Saya? Tak berharap sangat...uhhu..ops...bukan sangat... tapi langsung tak berharap... hihihi...kenapa? Examnya tak lah susah sebenarnya... tapi, yang lebih baik itu lebih ramai jika dibandingkan dengan saya... Kan... kan... kan... dan mereka lebih layak untuk menjadi pengerak-pengerak kerajaan. Yang penting pengalaman p exam kan...

Saya dapat exam tu di Presint 5 Putrajaya...SMK Presint 5... Sekolah baru... patutla saya menggoogle tak pernah dapat...Infonya masih kurang... and Alhamdulillah...Jumpa juga sekolah tu... berhampiran sangat dengan PICC... sejalan kot eh...entah... Wah...ermmm... tak ramai pun calon kat tempat exam SMK Presint 5 ni...Cuak?? Serius, tak rasa cuak...neves pun tak..mula2 je la sebab rasa macam alone...lonely...je kan... lepastu hilang semua dah...Buat muka chumel... oupps...bukan eh... Saya telah menyibukkan diri dengan mengSMS kawan-kawan saya... hahaha... terutamanya cik pemilik blog suaralataraku.blogspot.com, cik pemilik blog ciknurulmzab90 , kawan saya yang dapat exam di Ipoh dan ramai lagi... termasuklah pemilik blog yang terpaksa dirahsiakan...ngeee...

                                                 * Setelah selesai menduduki peperiksaan PTD

Cik pemilik blog suaralataraku tu pun dapat exam sama PTD... cuma dia di Presint 1, di Sekolah Alam Syah... So, perkembangan setiap 2 minit adalah sangat bermakna buat kami... Kami hanya stop masa exam berlangsung and setiap gap exam tu kami SMS semula...hohoho...

Exam? Dapat exam? Persediaan exam? Erm... saya tak buat apa-apa persediaan pun... Tapi sangat excited bila dapat panggilan exam tu... Siap-siap bagitahu parent at kampung... Tanya-tanya juga pada sahabat-sahabat lain sama ada mereka dapat panggilan PTD atau tidak... at a moment juga...tetiba saya rasa macam tak nak pergi... sampaikan parent saya memberikan nasihat dan motivasi... Supaya saya pergi exam tu... they know where am i... uhukss... selalu dah saya buat macam ni sebenarnya...

2 hari sebelum exam?? Saya hanya menggunakan khidmat Mr. Google untuk menggoogle maklumat berkaitan... banyak negatif dari positif feedback yang saya dapat...

  • ada yang kata susah sangat
  • ada yang kata calon ramai yang lebih pandai
  • ada yang kata semua isu semasa, kalau tak tahu isu semasa susahlah nak jawab
  • soalan-soalan kenegaraan yang kadang2 saya pun konfius... (kena buang negara ni) ahhha
Perkara-perkara tu buatkan saya tetiba juga rasa seriau nak pergi exam tu... fikir banyak kali + berlipat kali ganda... sekejap nak sekejap tak nak... Apapun saya dah bagitahu my bro minta tolong hantar saya p exam tu... so, how can i cancel it kan...? uhuks....

Alahai... dah sampai pun kat tempat exam kan... so nothing to be worried actually... Bukan pergi berperang dengan pengganas sulu pun... kan..

Exam tu ada 4 tasks...
  1. Pengetahuan Am-pasal hal2 kerajaan dan negara, luar negara, ekonomi, politik dan sosial. (objektif)
  2. Kira-kira @ matematik simple- kat sini banyak pakai nisbah, percentage... itu most question.. ouh lagi satu is med, min, mod... nisbah n med,min,mod ni kelemahan saya... almaklumlah..dah lama tinggalkan dunia matematik tingkatan 5... hihi... ada juga soalan putar-belit yang membuatkan kalian perlu berfikir  dalam memilih jawapan. (objektif)
  3. Esei bahasa melayu... esei ni kalau korang pandai menggoreng it will be easy for you... buatla dalam 2-3 pages... soalannya ada tiga dan pilih satu mana yang berkenan di hati...
  4. Esei bahasa Inggeris... actually masa saya pergi exam hari tu soalan esei bi ni senang... tapi oleh kerana bi bukan bahasaku, hurm... 2 page pun dah rasa macam buat 15 page... berat sungguh... sama juga jawab 1 esei daripada 3 soalan yang diberikan.
Tapi anda semua jangan risau (kot2 ada yang dapat exam PTD lagi next3 year nanti kan) soalannya tak susah. As long as u know about our country and a little bit about negara-negara luar, it may be ok... most important juga korang kenalah tahu tentang SEJARAH (bangga... subjek major saya ambil kat unibersiti) ahhha...

Apa yang saya boleh katakan ialah exam PTD tak sesusah yang orang gembar-gemburkan... or maybe turn saya exam tu memang soalan tak susah... Tapi bagi saya lah kan... soalan tu tak susah dan bukan senang nak dapat atau dipanggil ke stage PTD seterusnya... Sebab tu soalannya tak susah sebab pemilihannya sangat ketat dan rigid. Hanya yang terbaik akan dipanggil... Objektif punya soalan mungkin boleh dapat markah yang sama tapi esei-esi bi and bm lah yang akan menjadi perbandingan besar seseorang tu dapat ke tak dapat untuk ke stage PTD yang seterusnya...

Last but not least, saya bangga dengan pencapaian saya yang telah ke exam PTD... pengalaman merasai dan menduduki peperiksaan awam negara... macam kat negara China tu juga kan... Ada exam untuk rakyatnya yang nak masuk dalam perkhidmatan awam negara mereka...

                                                  * Tempat saya didudukkan untuk exam PTD

Peperiksaan tu berlangsung selama 6 jam... Termasuk waktu rehat dan solat... setiap tasks akan berhenti selama 15 minit macam tu... Rehat paling lama ialah untuk ke task Esei Bi... sebab bertembung dengan waktu tengah hari dan Zohor... Dan waktu tu juga saya tak makan... Just makan bekalan yang dibawa.. kantin ada buka tapi orang ramai sangat yang beratur... Jadi, korang lepas ni kalau nak p mana-mana exam make sure breakfast and bawa air kosong atau sweets... Coklat saya dibawah telah ditaja oleh seorang sahabat... Ahhha..Saya bawa satu dan saya juga pesan kat cik pemilik blog suaralataraku tu bawa coklat mana yang dia suka...

* Untuk alas perut sepanjang exam berlangsung dari jam 9pg-3ptg

Baiklah sahabat... inilah secebis usaha kita... Kita berusaha untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik... Jalannya, isi form kerja yang pelbagai dan bila dapat atau dipanggil untuk diinterview atau berperiksaan... Just go on... Dapat tak dapat bukan urusan kita... Penilainya kan makhluk ALLAH juga... at least kita dah berusaha untuk sesuatu yang lebih baik... Semoga ALLAH redha... 


"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri." (Surah ar-Ra'd 13:11)

Wassalam...

words of today:
Tak salah mencuba sesuatu yang baru-salah satu tanda juga kita adalah hamba yang bersyukur-milik ALLAH jualah apa yang ada di langit dan bumi

Sabtu, 20 April 2013

Kahwin?


Assalamualaikum wbt buat secoet warga pembaca blog ini…even I do not know who are read my blog…semoga ALLAH memberkati kalian…aamiin…

-pencuri masa yang tegar-

Saya mengambil masa yang ada ini untuk menyiapkan entry yang banyak tertangguh…
Syukur… musim cuti sekolah=musim orang kahwin…my turn is coming…inshaallah semoga ALLAH izinkan… paling best sebab mereka juga mendoakan saya cepat kahwin…jangan memilih sangat… kalau saya memilih sangat mesti tak terpilih dah..kan… masa saya belum tiba lagi… bahagia dulu hidup membujang… membahagiakan orang tua dahulu… ecinggg… tapi my parent dah bagi green light if I want to get married

kawan2 saya dah ramai yang kahwin… Alhamdulillah… rezeki mereka dan semoga terus bertambah rezeki buat mereka yang telah bergelar suami-isteri…

Just tunggu orang dikasihi...pemilik tulang rusuk yang diambil…orang yang dititipkan ALLAH untuk saya, sebagai calon suami, imam dunia & akhirat: melamar, meminang dan terima akad saya sebagai zaujahnya… memikul tanggungjawabnya sebagai suami…inshaallah… cukuplah saya berharap dengan ALLAH…kerana saya tidak mahu kecewa bila berharap dengan manusia.. saya yakin ‘dia’ sedang mempersiapkan diri dari banyak segi untuk mengambil saya sebagai zaujahnya… kerana saya juga sedang mempersiapkan diri untuknya agar nanti saya tidak membatasinya sebagai seorang suami…ISTIKHARAHlah bersama wahai pemilik tulang rusukku kerana kita mempunyai cara yang Nabi ajarkan. Mempunyai ALLAH yang Kaya Pengetahuannya~~~Ya ALLAH, murahkan rezeki kami… berilah kami jalan untuk bersatu keranaMU… aamiin…

Merepek bab kahwin~~~lalalala… memang pening la… bila umur dah macam ni (macam dah tua sangat je kan) baru terfikir… patutlah orang dah bekerjaya tak kahwin2 tu kenapa…
Pemerhatian sayalah>>>

1.Sibuk bekerja, tak sempat nak cari pasangan.
      2.Dah bekerjaya, kaya banyak, mesti taste pun tinggi.
      3.Tak suka hidup bertanggungjawab.
      4.Tak cukup makan pakai segala dengan nak tanggung anak isteri lagi.
      5.Calon tak berapa nak ada.
      6.Tak terpilih dan terlalu memilih.
      7.Malas nak fikir pasal kahwin, keluarga.
      8.Takut pisang berbuah berkali2 (bagi yang ada pengalaman bercerai-berai, berputusan cinta)

Tapi… saya rasa alasan pertama tu penyebab paling utama… pengalaman saya yang dah start kerja office time ni pun merasa.. dalam company yang kecil, pilihan sangatlah terhad… balik kerja dah petang… penat, malam dah tidur… esok rutin seperti biasa…memang tak sempat…even nak jeling2 orang pun… kan… macam tu lah…memang tak sempat nak mencari calon isteri/suami… patutla juga kawan2 saya baik perempuan mahupun lelaki yang dah terlebih dulu bekerja keras dari saya dengan pasrah dan berserah soal calon isteri/suami pada mak ayah mereka… Tapi itu semua urusan ALLAH… memang begitu yang ALLAH dah rencanakan buat sipolan dan sipolan di Luh Mahfuz lagi… doa boleh merubah segalanya… kerana kita berdoa kepada DIA yang memberikan takdir tersebut… ALLAH… mintalah apajua denganNYA, nescaya DIA akan kabulkan… cepat atau lambat jangan dipersoalkan kerana segalanya tersimpan hikmah dan kebaikan… sabar naa and keep du’a…

Cakap pasal ni… I keep searching tentang takdir… dari dulu dah belajar… tapi almaklumlah,..daya ingatan yang kurang memberangsangkan… takdir berubah dan tidak boleh berubah… semoga ilmu tentang itu saya perolehi lagi dalam memantapkan akidah saya sebagai seorang Muslim… Ya ALLAH, aku redha ALLAH sebagai tuhanku, islam sebagai agamaku dan Muhammad sebagai rasulku…aamiin….

Wallahua’lam…

p/s: maaf kepada sesiapa yang terasa dengan entry ini baik yang telah berkahwin atau belum berkahwin..
hanya perkongsian fikiran dan pemerhatian..

wassalam
Antara majlis kahwin yang saya dapat attend in year of 2012

words of today…
perkahwinan bukan kerana kepuasan nafsu tetapi perihal membina ummah…besar tanggungjawabnya…


*an autumn entry of year 2012 



Rabu, 10 April 2013

HIDUNG YANG SENSITIF

Bismillahirrahmannirrahim..

ALHAMDULILLAH.. Masih diberi kekuatan serta anugerah yang tidak berbelah bagi dan terkira dari ALLAH.. Subhanallah.. Awesome sangat...

Alhamdulillah, deria rasa yang satu ini bagus berfungsi mengikut fitrah yang ALLAH dah aturkan untuk saya sekian-sekian-sekiannya...

ROKOK? ASAP ROKOK? hewhhh... rasanya hidung saya ni paling sensitif dengan bau-bauan yang terlalu menusuk ke lubang hidung nan dua ni..hurm..seksa..pening lalat dibuatnya... seriously... bau rokok sangat saya peka... sebatu pun rasanya boleh terbau...ok..'TER' ok... Baca kes kat bawah ni ye, saya merasainya sendiri....

Kes 1: Dalam bas, paling dekat pun saya akan duduk di kerusi belakang  pemandu bas...yang smoker?? Allahu... hidung saya terus sebu... kepala pula rasa berat dan tekak rasa loya..hurmm..ok..lain kali xmo duk area situ lagi..

Kes 2: Kali ni situasi masih di tempat yang sama... Dalam bas... Tapi saya duk jauh sikit kebelakang... Allahu...he is smoker too... in 1/2 hour, he can hisap 2-3 batang rokok... Ouh... tension and stress berganda...rasanya saya dah duk jauh ke belakang lepas pintu kedua bas tu...but...the bau still singgah in/on my nose...huhu...

Kes 3: Yang ni kes at rumah sewa pula... jiran sebelah tanggan which my left hand-ed is unlocal neighbour...not silap is Nepal or Bangla... Do know whether they smoking too or tidak...but, my/our bilik that state sebelah tangga sering terbau asap rokok yang sangat/ dah membusuk itu...hurmm...busuknya...and my mind say...' mesti rokok murah, sebab tu bau asapnya kuat...' hurm...tu duk dalam bilik yang dipisahkan oleh dinding setebal batu bata...pun still bau kan...for sure, tingkap and pintu bilik + pintu utama tak buka ok...hurm...sabar je la kan...

Kes 4: Jenjalan di KL? kat mana-mana pun sama... macam nak g ofis lepas lunch, nak g buang sampah r p tempat awam la senang cerita include McD yang ada ruang kat luar tu...arghh...bau asap rokok masih menghantui perjalanan hidup saya di tempat awam... Paling kurang hajaran... dah sedut tu boleh tiup gitu je kat sebelah saya...bluekss... rasa nak muntah... Geli sangat... tension berganda-ganda... istigfar and zikir je le...kang silap2 saya membara leh kalah bara api rokok yang x smart tu pula kan... dalam hati menyumpahseranah juga...' kesiannya, dah batuk-batuk pun still nak merokok...xsedar diri ke? Ya Allah, bagila dia ni peluang untuk stop smoking...' hurm...

Asap rokok buat sekeliling saya hambar... Bau dia tu actually boleh melekat kat kita tau... Baju or tudung kita especially..huhu... saya bukan benci dengan perokok... tapi saya kurang senang... sangat kurang senang...huhu... Walaupun ada family member saya yang merokok, but they still respect to others... contohnya, mereka akan merokok di tempat yang jauh daripada kami yang sensitif-bau ni...

Macam poyo je kan saya ni... Tak boleh bau asap rokok lah...demand... Yes of coz demand... i do have my right ok... actually... mungkin sebab sebelum ni hidup saya bahagia tanpa ada bau-bauan seperti itu.. Duk kat rumah kampung, hirup udara segar... Abah dan abang2 kandung yang bukan smoker... Kejutan hidung pula bila duk bercampur2 macam ni...tension...stress berganda-ganda-ganda... Kawan-kawan? Yes..ada juga yang merokok. Tapi nak hidup kan, pandai-pandailah bawa diri ke tempat yang lebih bagus udaranya...

Hurm.. For those who know me via this blog and maybe meet me at outsite and do look me tutup-tutup hidung dengan pandangan yang menjengkelkan, i do really sory...saya bukan nak kata awak-awak-awak busuk... Tapi saya nak elak dari terus terhidu bau asap rokok yang busuk tu... huhuhu... ok..

' Ko nanti dapat suami perokok taula ye.' kata seseorang
' Kalau boleh saya tak nak dia merokok... Tapi if perokok juga hopefully bukan setegar perokok tegar.'
jawab saya.
' Tapi hopefully dia bukan perokok mahupun merokok apa-apa rokok.' Tambah saya lagi...

Alhamdulillah... inilah kurniaan ALLAH yang tidak terhingga buat saya... seorang yang sensitif dengan bau rokok dan juga bau-bauan yang sungguh menusuk ke lubang hidungku.
Apapun, saya tak pandang rendah pada perokok...sebab apa:

  • Merokok adalah satu cara untuk mereka mengurangi stress
  • Merokok mungkin satu cara untuk elak dari sakit-sakit tertentu
  • Merokok untuk HOBI + HABISKAN DUIT... (wohha...)
  • DLL...
Okay... so dont judge book just by its cover... Perokok tak semestinya jahat okay... tapi kita ada guideline how someone d'tag'kan sebagai tidak jahat...

Ada je perempuan r lelaki yang suka pasangan mereka merokok...
So, conclusion... pendapat kita berbeza...so hargai persamaan dan raikan perbezaan..

Amalkan gaya hidup yang sihat ye semua, inshaallah, bumi ALLAH pun selamat dari mara ancaman asap-asapan... Chill... Alhamdulillah... Allahuakhbar...

wasalam..


words of today:
Zaman Nabi ada tak ye aktiviti hisab-menghisap macam hisap rokok ni ye? Tolong beritahu ye saya nak tahu... TQVM ^_^

Isnin, 8 April 2013

SUATU PENDIRIAN

Bismillahhirrahmannirrahim
dgn nama ALLAH yg Maha Pemurah Maha Penyayang
semoga diberikan kekuatan dalam rasa kelemahan dan kekerdilan diri ini.

saya terduduk di sebuah kerusi mengadap langit dan awan yang terbentang luas tanpa ada tiang yang menyokongnya, lalu saya merasa adanya desir angin yang menyapa wajah, tetapi saya tidak nampak bagaimana rupa angin itu... Subhanallah, ALLAH masih memberikan saya deria rasa yang baik walaupun semalaman saya bersengkang mata tidak dapat tidur.

nyata, saya terfikir, kenapa saya perlu bersedih?
kerana akan ditinggalkan si dia yang belum pasti menjadi hak saya?
atau kerana saya terasa bahawa saya insan terbaik di muka bumi ALLAh yang telah menyakiti saudaranya sendiri?
saya masih tertanya-tanya. saya dalami pertanyaan saya... bila saya pejamkan mata dengan kejap, saya dapat rasa kekuatan. lalu, saya berdoa agar ia dapat mengatasi ketakutan yang difikirkan semalaman. saya cuba tanamkan dalam hati dan jiwa dengan akal yang waras, bahawa saya masih memiliki ALLAH. ALLAH segala-galanya. dengan sebulat hati, saya menyerahkan keadaan itu kepada ALLAH... saya tahu dan merasa bukanlah senang untuk berbuat sedemikian, tetapi, kepala saya yang semakin berat terasa ringan bila saya dengan ikhlas menyerahkannya kepada ALLAH.

saya tahu saya khilaf. mungkin juga kerana kejumudan akli. tetapi yang hakikat tetaplah hakiki. saya tidak mampu menolaknya. akan tetapi, islam itu mudah. saya perlu bersederhana dalam segala hal. cinta itu fitrah. sebagaimana saya tidak mampu mengawalnya, begitu juga dia dan mereka serta kita semua. saya perlu ada pendirian yang jitu. saya perlu pertahankan apa yang perlu dipertahankan. saya tidak menolak cinta. bahkan saya menyanjung cinta. kerana cinta itu fitrah. saya manusia biasa yang dikurniakan hati dan perasaan, akal dan nafsu. cuma cara sahaja yang membezakan bagaimana kita membawa cinta itu supaya tidak dimudaratkan. sejauhmana saya cuba melarikan diri daripada bercinta atau jatuh hati, saya tidak mampu. kerana itu melawan fitrah. lalu membuatkan semua derita.

memang tetap terasa payah untuk menyerahkannya kepada DIA, tanda iman saya sedang diancam. soal iman yang kadang kala bertambah dan kadang kala berkurang. namun saya yakinkan pada hati. tetapkan pada jiwa, jika tanpa izin_NYA saya juga pasti tidak akan pernah merasa cintanya dia. jika tanpa izin dariNYA, saya tidak akan dapat memberikan juga cinta saya kepadanya. justeru, saya letakkan dalam-dalam dan penyerahan saya pada ALLAH.

cuma apa yang saya kecewakan, saya telah mensia-siakan apa yang saya usahakan selama ini untuk mendapatkan cinta_NYA, cinta Dia. saya tahu, dengan rasa cinta itu, cinta saya pada DIA semakin dekat. sedang saya hiba begini dan begitu, saya seperti hilang arah...

ALLAH YA LATIEF...
HUSNU ZHON SELALU..

-Hati sering berkata=mungkinkah??-
-Then, ishhh..no no no...tak mungkin sama sekali-
-No...no if ALLAH say no, Yes it is No-
-Yes...Yes if ALLAH say yes, Yes it is Yes-

Allahurabbi--Redha.Senyum.Syukur ^_^

The summer entry* UMS 2012 + OST 2013

pesanan bersama


4 cara didikan terhadap anak-anak anjuran Rasulullah
1-umur bayi sehingga 6 tahun: layan mereka dengan gurauan mesra
2-umur 7 hingga 14 tahun: berikan arahan kepada mereka
3-umur 15 hingga 21: jadi sahabat mereka, berkongsi cerita, bertukar-tukar pendapat.
4-umur 22 ke atas: berikan kebebasan sepenuhnya kepada anak-anak untuk membuat keputusan tetapi ibu bapa perlu menegur dan menasihati jika mereka melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya.

wallahua'lam

The summer entry*UMS 2012

Selasa, 2 April 2013

pertemuan tidak diduga, perpisahan bukan diatur

Sejak semalam dan hari-hari sebelumnya saya cuba cari lagu ini---->

http://youtu.be/hfzMOxdA-b8

Sangat teruja...nak buka laptop tapi kemalasan sangat2. So duk try ingat apa lagu dia.. Rentak sedap... Lirik pun sedap... Tiba2 teringat..ok...Teringat kat semua... Semua perkara...

Allah jualah yang lebih tahu... saya bukan yang terbaik dalam segala hal. Dan akan ada lagi yang terbaik dalam setiap perkara-perkara itu... Tapi, manakan tahu... tidak...sama sekali tidak... Saya dah redha... Biarlah.. Inshaallah... walaupun payah sesesah-sosah ye... Saya tahu saya tak ada kuasa mahupun kekuatan untuk memutuskan sebarang perkara... keputusan--perutusan---mengutus---diutus---putus--- Yang pasti, setiap pertemuan mesti ada perpisahan...

Rasa sedih, takut, semua menjelma... ALLAH.. semoga ini tidak menjadi suatu kelalaian.. Semuanya hak milikMU yang Baqa'... bertemu keranaMU juga berpisah dalam kasih sayangMU....

Tip menghadapi masalah...(tip ni atas pengalaman sendiri ditambah dengan motivasi dari motivator terkenal..) sila tukar 'masalah' kepada 'cabaran', 'peluang'

1-Redha kepada ALLAH
2-Bertenang dan fikir positif
3- Munajat pada ALLAH, zikir.
4-Solat sunat Taubat, Hajat & Istikharah.
4-Mengaji al-Quran dan tadabur isinya sepenuh hati.
5-Muhasabah diri sebagai hamba.
6-Maafkan orang lain dan meminta maaf.
7- Hadapi masalah tersebut bukan melarikan diri.
8-Sibukkan diri dengan aktiviti / riadah bermanfaat.
9-Jangan berdendam-ingatkan diri bahawa segalanya yang berlaku adalah kehendak ALLAH dan salah diri sendiri bukan orang lain atau sebab lain.
10-Menangis dalam munajat kepada ALLAH
11-Jangan burukkan sesiapa.
12-Yakinkanlah hati dan jiwa bahawa masalah ini adalah kaffarah kepada dosa-dosa kita.
13-Anggap ia adalah cabaran dan peluang untuk kita memperbaiki diri.
14-Jaga hati kedua ibu bapa dan ahli keluarga serta hati-hati saudara seislam.
15- Satu zikir ni yang saya amalkan supaya saya tenang terima ujian aka masalah aka cabaran aka peluang - Allah ya Latif, Allah ya Syafi- Allah maha lembut, Allah maha penyembuh- Alhamdulillah sangat... zikir ini buat hati saya lebih tenang. Jiwa saya tidak memberontak saat dijentik dengan ujian yang maha hebat dari pemberi ujian yakni Allah... Innalillahiwainnailaihirajiun... lafaz ini juga sering saya hadiahkan kepada hati saat ujian-ujian ALLAH datang bertandang dalam hidup ini...lagi satu, saya sering ingatkan diri bahawa saya adalah hamba Allah dan sememangnya layak untuk diuji...
16-Bersangka baik aka Husnu Zhon kepada ALLAH
17- Tenang, aman, damai...
18- Ucapkan syukur dan tahmid kerana ALLAH lah yang lebih tahu kebaikan buat kita.

Perkongsian diatas bukan untuk menunjuk bahawa saya hebat kala diuji... tidak...sedih dan hiba, serabut dan stress, kecewa dan marah, semua perasaan negatif itu berlaga juga dalam diri...dan saya atasi dengan tip-tip di atas sebagai terapi diri... sekurang-kurangnya saya dapat mengurangkan pesakit mental yang ramai di Malaysia @ di dunia mungkin, dapat juga saya mengurangkan jumlah korban kerana bunuh diri atau apa-apa sahaja yang buruk tingkahlakunya dalam pandangan adat budaya serta haram di sisi syariat islami... Inshaallah... selebihnya, berserah diri sebulat-bulatnya pada ALLAH... Takdir Allah tidak pernah telat mahupun cepat dari takbir kita dan kita perlu mentadbir segala ujian itu dengan kebijaksanaan.. kerana kita telah dikurniakan akal oleh Allah...

ALLAHUAKHBAR ALLAHUAKHBAR... diri ini juga banyak khilafnya...

Nah, lagu kat bawah ni untuk korang-korang-korang semua...

Owl City - Shine Your Way ft. Yuna Lyrics
http://youtu.be/LJDdHn1S9eU

Jumaat, 29 Mac 2013

My Skin Care to Point--Allah is Greater

Bismillahhirrahmannirrahim..
Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera.

Dah mula jarang2 nak update blog. Sebab apa? Sebab leka dengan blog orang lain. Sign in je blog terus tengok blog2 orang. Blog sendiri harem nak update. Dalam kepala fikiran macam-macam nak update.... kesian... kiranya perkembangan tentang saya dah semakin berkurang...adakah saya semakin mengecil dan mengecut?? semestinya... Become kurus la kunuk... kurang dah femes kan. and saya tiba2 terperasan. mesti ada yang rindu nak baca update2 blog dari blog saya kan...wiiii wink wink...

Konon nak update tentang my Day of Convocation... entry tu dah siap tapi tak belum sempat nak publish...tunggu naa...
Konon juga nak update tentang Saya Dah Kerja... ahhha...Kerja apa? Kreja kuli2 ja...makan gaji...nak bagi makan gaji kat orang lain belum nak mampu lagi...inshaallah... a day soon...later...rezeki dari ALLAH. banyak cara nak share with all makhluk.

Ok...yang ni nak share sangat kat blog saya kali ni.... my skin care...new care skin... before this menjadi pengguna setia produk2 Safi...sebab apa? sebab pertama halal...sebab kedua senang nak dapat...sebab ketiga semestinya murah...jimat...sekali beli tahan 1/2 tahun (jarang-jarang nak tepek kat muka aka aci ada je) dah sangat lama pakai.Since form 3 if xsilap. Lepas tukar dari Olay yang kaler kuning tu...n start to upply Safi on my face till end of year 2012... lepastu slow2 dah tak pakai langsung (perasan kulit muka dah lawa superb kan) YAKIN!! dan slow2 juga mula pakai pencuci muka Eversoft...sebab apa pakai? sebab sebelum ni pernah pakai dan beri kesan yang sangat ok...

Ok..terus.. my new care skin (suka2 terlabikkan words) pernah dengar atau baca tentang skin care A-Dha x?? saya pun tak tahu macam mana boleh terjumpa satu site tentang produk tu. Yang saya ingat, saya Google cari produk untuk hilangkan jerawat dan naikkan seri muka yang kusam-masam-kecut-mecut ni... Sebab kusam-kecut-mecut? Sebab banyak masalah... sangat banyak masalah... Msalah 'negara dalaman'... phiuhhh... masalahnya ialah sebab duk fikir kenapa muka ni kusam sangat2...tu yang bertambah kusam-sekusam-kusam-kusamnya... ngeeee...Dapat imagine kan... bagaimana kekusamannya yang melanda wajah ku... but...i keep think positif n making a positif action... selalu motivasikan diri bahawa ini adalah sebab tak cukup ikhlas kot dalam buat perkara2...MUNGKINLAH kan... buat nak dapat pujian..buat biar orang pandang. buat sebab tu. buat sebab ni. dan macam2 lagi. Ok...

Mula-mula tanya kat kawan2 nak pakai apa bagi naik seri muka...kebanyakannya suggest ambil Inner Shine pati Prun...memanglah ok n sedap...Sedap juga duitnya...huhu...4 botol dah RM50.00 kalau tak silap ye... Tunggu nak beli masa pomosi entah bila ye...hihihi... Duk Google2 lagi, jumpa info tentang A-Dha ni... baca-baca-baca...Wah...macam ok je... Boleh kasi hilang jerawat sekali. Ye ke? ermmmm musykil juga memula ye... mula la aktiviti godek-menggodek produk tu...sampai ke FB page... tengok macam ok... katanya...boleh hilangkan jerewat, muka berseri-seri, tegang, hilang kedutan, lembab2 gitu dan yang tak boleh tahan tu boleh mencerahkan kulit... so fikir dan mula decide...nak beli ke tak...betul ke tak berkesan...ish2...sungguh meragui... siap join forum pasal produk tu...sebab takut nak pakai. takut nanti muka betul2 jadi macam testimoni tu... Cantik mengalahkan edit gambar kat Camera 360... takut sebab takut t hilang keaslian yang sebenar... takut sangat.

Dan Februari hari tu decide beli satu set... lepas me-makesure-kan ia adalah halal dan ada sah dari KKM...set jerawat. pink kaler.. try je le...Takut tak takut try je le...mahal la juga. tapi since ahli forum kata boleh tahan till 3-4 months, beli jele... ok...first niat sebab nak baikpulihhilangkan jerawat yang menempel kukuh kat pipi kanan. kedua sebab nak bagi naik seri sikit muka. Takla kusam je. Orang pun takut nak pandang since muka memang dah nampak garang & sombong hihihi...serius...muka saya jenis yang garang... buatlah ayu macam mana punya action, orang akan still kata saya garang... Dengan bibir yang tak berapa nak mereh delima, lagilah orang kata garang...ok apa garang, kan..hihi...bak kata pepatah, hanya jauhari mengenal manikam. kan...  (MELALUT SUDAH!!)

ok...pengalaman pakai...Bismillahirrahmannirrahim...first pakai soap and serum. sebab nak bagi kulit biasa dengan new produk... a week later baru apply day and night cream... apa yang kena pantang bila pakai A-Dha ni??? absolutely bedak...powder or compact... sama sekali harem... Jadi bermulalah hidup saya p kerja tak pakai bedak... rasa melekit sangat2..Krim kan...2 minggu lepas tu?? what happen??? huhu...(saja bagi suspen sikit) Takda apalah... produk tu teradun cantik kat muka saya... dan masa ni tindak balas mula berlaku... kulit muka mengelupas dan kering sikit... pedih2 la juga. tapi ok je...since kerja bawah aircond kan...hihi...lepas sebulan... sorang kawan opis kata nampak berseri sikit... saya senyum jele..Dia dah tahu saya pakai apa... Kawan lagi sorang pula katanya pipi macam merah2... Nampak macam sunburn je...jerawat tak kurang... Saya yang minta pendapat dia ok... sebab saya sebagai tuan badan yang pakai ni sebenarnya tak nampak ada perbezaan pun... wohahaa.. saya terima semua pendapat mereka ^^

Saya tak frust pun... sebab apa? sebab mungkin saya perlu ambil masa lama sikit nak dapat kesan yang lebih baik... dan saya tak kisah pun...since sebelum beli dulu saya dah niat...A-Dha ni adalah jalan-usaha saya untuk kulit muka dan jerawat saya... Semuanya kuasa ALLAH... Kalau berkesan ALLAH yang menyembuhkan dan kalau tak sembuh ALLAH belum izin untuk menyembuhkan lagi...  ni la fokus point saya dalam entry ni... panjang kan baru jumpa pointnya...kikikiki... macam ni...senang analogi...kita selalu cakap kan...'ish, kalau xda api/gas mesti tak masak lauk ni,'. be careful with this sentences... look macam kita bergantung kat api tu kan... but, say la, 'Alhamdulillah, ALLAH cipta kuasa api ni untuk lauk ni masak, sungguh ALLAH lah yang berkuasa.' simple...kan...memang susah nak sampai tahap itu kot. sebab fikiran kita sering terdedah dengan apa yang kita guna, pakai. seolah-olah produk tu yang menyembuhkan... Tidak..tapi ALLAH lah yang menyembuhkan... saya tak anggap skin care tu segalanya... berkesan tak berkesan saya jadikan ia sebagai skin care saya sekarang... Inshaallah.. (takut kang kalau cantik sangat jadi Qarun ke jadi Ratu Balqis sebelum sembah ALLAH ke, Nauzubillah)

So, apa ye nak bagi tahu..huhu... macam nilah... cuba kita, (saya pun) kalau beli sesuatu tu...cth produk kecantikan, pakaian, makanan and etc... buat sebab ALLAH je semata-mata... beli produk kecantikan say lah, aku beli sebab nak jaga apa yang ALLAH bagi ni...ni lah usaha aku untuk menjaganya. Sampai satu saat nanti kalau ALLAH tanya macam mana kita jaga kesihatan, kecantikan dan kekuatan pinjaman ALLAH ni, kita ada jawapan yang baik.but jauhkan dari ini, beli sebab nak cantik...nak lawan orang2  tu, orang ni...nak tunjuk2 kat orang...takut aih orang kata... kalau beli pakaian pula, beli yang menutup aurat...sebab apa? sebab kita nak jaga nak tutup aurat yang ALLAH dah tetapkan... Bukan sebab beli tu, 'trend sekarang orang pakai labuh2, nampak macam baik sikit sejuk orang nak orat, nak tunjuk kat orang saya pakai baju/tudung labuh... cantikkan... and kalau beli makanan make sure it HALAL and tahu ia HALAL... Bersih dan baik...sebab makanan akan menjadi darah daging kita...turut serta dalam keputusan-keputusan yang kita buat dalam kehidupan... makan yang halal, baik dan bersih dapatlah buat keputusan yang baik. emosi baik dan terjaga...sebaliknya? Entah... wallahualam...

So pesan saya buat pembaca juga yang terutama kat diri sendiri, semuanya atas kuasa ALLAH... betul..ni bukan ayat desperate tau... Husnu Zhon kat ALLAH deh... Husnu Zhon bukan kongkongan kita untuk duk dalam zon selesa, tapi as long as we know the better are from ALLAH, tu pun kita dah Husnu Zhon dengan Allah... at least kita dah jinakkan hati supaya tak tunduk pada hawa nafsu... makan banyak tak naik berat badan marah kat makanan, marah kat penasihat, marah kat semua, boikot semua... Exercise tapi badan xjuga keluar muscle, xkurus2, marah2 dan tinggalkan exercise...pakai produk kecantikan tak berkesan, marah dealer, marah kat orang yang introduce... marah...marah...marah dan kecewa... ok... Syaitan dah menang...Sebab apa? sebab marah, kecewa, semua yang negatif ni memang makanan Syaitan. They like to look anak Adam kecewa...marah... Jom kasi Syaitan bengang dengan katakan bahawa ALLAH lah segala-galanya... so, mulakan kerana ALLAH... at least setiap ruang masa yang kita lakukan (pakai skin care, makan suplemen, exercise, pakai baju g jenjalan n etc, ALLAH ada dan niat kita kerana ALLAH takkan terpadam sepanjang aktiviti kita dalam menjaga kesihatan, kecantikan, kekuatan dan apa-apa je) Ok...


Ahhha..panjang sangat...mudah-mudahan ia menjadi peringatan... apapun nak bagitahu, cubalah produk A-Dha tu...inshaallah its works to your face as ALLAH izinkan... if tak berkesan jangan marah saya atau marah ALLAH ye...lagi satu..kalau ada jerawat yang banyak tu sukar nak hilang, try juga produk ni Dalacin T... inshaallah...ALLAH jugalah yang menyembuhkan... saya sekadar berkongsi dan pengalaman menggunakannya, Alhamdulillah, Allah dah sembuhkan jerawat saya slow2...owesome sangat...

ok...alhamdulillah...syukur...semoga bermanafaat ye...

words of today.
Sayang ALLAH, sayang Nabi Muhammad, sayang agama Islam, sayang mak ayah keluarga kita, sayang semua umat Muhammad dan sayang mahkluk ALLAH...Sayang semuanya...

Khamis, 7 Mac 2013

Gelisah bercampur gembira :)

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt

Saat ini, sebahagian tanah sabah dikepung. baik oleh tentera + polis Malaysia mahupun penceroboh, dalang, perosak, pendatang (entah tak tahu nak klasifikasikan apa lagi) 'warga sulu' yang entah sulu betul atau tidak sulu... kalau anda sulu yang benar-benar sulu maka pulanglah ke tempat asal. jangan malukan keturunan sulu dengan menjadi pengkhianat. masalah filipino atau tidak mereka ini wallahua'lam... sesungguhnya...inilah yang sering berlaku dalam kehidupan... dunia... perebutan, kekuasaan, penindasan, kehancuran yang tidak hakiki... tunggulah kehancuran sebenar nanti... sungguh kagum dengan kekuatan dua-dua belah pihak. ya...lindung untuk melindungi dan sungguh ALLAH lah yang memberikan keizinan untuk melindungi keseluruhannya. Para sejarawan saat ini perlu hebat bagi membuktikan dan menjelaskan tentang permintaan pemberontak sulu terhadap tanah itu. terhadap tempat yang mereka lontarkan pemberontakan. ok...isu sabah...isu kecil jika dibandingkan isu palestin, Gaza, Iran dan Iraq. sangat kecil...semoga yang kecil ini akan memberikan peringatan dan pengajaran bagaimana rasanya hidup dalam keadaan hampir darurat. Ya...kisah ini bakal menjadi sejarah... kerana sekarang juga ia bagaikan sejarah...SEJARAH KEMBALI BERULANG.... dah macam zaman Jepun masuk Malaya dulu agaknya kan... (maklumle, penulis belum lahir masa tu. harap tengok video je) Jepun masuk Malaya ikut Kelantan, Thailand...belah-belah utara....masuk hantar perisik...susup-susup dalam ladang getah... tak macam sama ke dengan apa yang berlaku sekarang at sebahagian tanah sabah tu?? (a little unsure juga) hihihi... apapun semoga pertahanan kita hebat bersama ALLAH sentiasa merahmati dan melindungi para pejuang kita...solat, zikir, doa mudah-mudahan tak tinggal dalam diri kita sebagai pejuang atau orang biasa as long as hamba ALLAH...biar lebih berkat lagi... inshaallah...semoga tetap ada keamanan di bumi allah ini..walau dimana sahaja... inshaallah... OK...STOP CERITA PASAL NI...sikit-sikit boleh lah...nanti lebih-lebih salah acuan salah info...apapun...jangan jadikan ini sumber rujukan sejarah anda jika anda terbuka blog ini..ok chill... apapun...perasaan yang dirasa ini bukanlah yang boleh dipolitikkan. kalau betul ia sandiwara PRU tet tet tet atau memang2 betul...bukan cobaan...ia tetap ujian...kepada pemerintah juga kepada yang diperintah...demi apa??wallahua'lam...

Ok..nak cerita pasai apa lagi eh...hurm... (cari idea sat) tiba-tiba hilang terbang melayang bagaikan lelayang yang putus talinya...No...i have ALLAH...ever and forever inshaallah... Rodhitubillah hirabba, wabil islamidinna, wabimuhammadi Nabi ya wa Rosulillah... amalkan selalu semoga hati kita tetap redha dilahirkan sebagai islam... ok...

Tiba-tiba rasa risau pula.. delima yang buatkan rasa gundah-gulana, libang-libu, seriau rasanya...this is what i dont really like..ya..not like at total...totalize...sangat tidak suka...hati ni..libang-libu benar...serius...tahap kritikal thiking dah ni...huhuhu...nak fulltime master r partime sahaja? nak buat partime sambil keja yang sekarang or keje cikgu ganti2 je...arg...sungguh ia membuatkan hatiku rawan tak tertawan... istikharah + isthisyarah (mesyuawarah) bersama ahli keluarga sangat penting...huhu...i just have less than 6 months to register as m.a student. uhuksss... tapi bila fikir2 semula..better buat fulltime... xmakan masa yang lama...tapi ongkosnya... gimana sih? actually dah timbul kesedaran dalam diri bahawasanya ini adalah turn saya untuk membalas jasa dan pengorbanan serta wang ringgit kepada dua ibubapa saya... teringin nak bwa mereka p umrah / haji bersama-sama saya...wahhh (skema bahasa diri) teringin nak beli kereta bawa parent naik kereta...kalau ada kenduri kat kg mana2 boleh saya balik dan bawa mereka g kenduri2 r sebarang majlis...kat mana2...sekarang ni, abang2 and abang2 ipar je yang selalu bawa mereka ke kenduri jauh2 yang mereka nak p... tapi sampai bila??? sebab mereka pun ada keluarga sendiri dan faktor umur mereka sekarang mungkin ingin lebih banyak menghabiskan masa bersama keluarga masing2... so saya yang single-mingle and the little one ni sangat lah teruja untuk take action all what they have done to my parent...indirect..ini juga cara saya membalas jasa seluruh adik-beradik saya..additional...my parent are too old... tapi yang epenting pun...inshaallah...saya tetap akan sambung master cuma caranya belum tahu yang mana satu...(masih punya waktu untuk istikharah + istisyarah) hopefully..uhuksss...

haishhh... perancangan hidup....kita merancang ALLAH juga menentukan setiap segalanya... TERBAIK...HUSNU ZHON... HUSNU ZHON... (berprasangka baik) hati selalu positif k... SENYUM :)

ahha... this month of MARCH... got two babies...which is niece and nephew...sukaaaa... lagi excited bila mysis yang born nephew to give me chance to cari nama-nama baby untuk anak dia...waaaa...excited...buku nama-nama anak dah kat tangan...sambil2 pula jejari manisku mengetak2 papan keyboard...aboarding..google...search...ok...done... i have give a list of  boy's name to her...tunggu hari ketujuh nanti adalah baby tu namanya...tak tahulah nama2 yang saya cadangkan tu sangkut or tak...nanti saya share ye pasal nama dia... a niece pula jauh dimata..nun di negeri bawah bayu... teringat pula masa mysis no3 ni dulu birthkan baby no2... saya yang jaga anak dia no1... nasib lah baik...alhamdulillah...dia sehari je dalam wad...so tak lama lah aku menghadap baby dia no1 yang agak2 nakal tu..hahaha..tapi serius..best je jaga baby dia...i kan lovely person...ihihikk.....untuk lahirkan baby ke3 ni, ada juga mysis and her hubby call me...asked either i can ambil cuti seminggu and temankan mysis bersalin kat kk tu... mestilah girang...disponsor ok....haha...tapi apa kan daya...saya baru mula keje..takkan nak mintak cuti a week kan... bos bagi je kot...tapi..tapi dan tapi..huhuhu...sedihlah juga sebenarnya...uhhuhu... tapi ALLAH is the best...greater and greater...

ALLAH bagi saya peluang untuk rasa pengalaman tu semula...cuma tempat dan masa yang berbeza... mysis no2 bersalin awal... so i offerkan diri menjaga anaknya yang sulung...si bucuk airien... alhamdulillah juga. aturan ALLAH terbaik... dia bersalin hari jumaat..so, weekend anaknya tak school...duk rumah memoleklah dengan makciknya ni...ahaks...ayahnya pula mestilah sangat busy... mana nak tengok isteri and new baby kat hospital dengan nak jaga anak dia yang sulung...so...saya harap saya dapat meringankan beban mereka... tapi sebenarnya,,,jauh disudut hati..rasa sayu dan hiba tetap menyelubungi hatiku yang senang tersentuh ni...kak yong bucuk dah 7yrs..so mesti dia dah 'jawa' untuk rasa rindu dekat her mum and dad...tambahan pula...she can't see her mum for 7 days...sebab??? baby kena tahan lama sikit...dahtu..kanak2 dibawah umur 12 tahun dilarang masuk ke wad ibu dan anak... tiap saat ni la henpon i jadi mangsa...sekejap2 nak call sekejap2 nak sms...bukan tak bagi...tpi keadaan tu membuatkan rasa rindu tu terasa lagi la kan...takut juga if kakyong ni cedih ke apa...untuk itu...aku bersama roomate pun membawa dia bersiar2 ke taman mini playground...ok la kan...hihihi...ok..saya gagal dalam psikologi kanak-kanak...do and dont...wa tarak tau...aiyoooo.... and alhamdulillah...everything ok and ok saja bah...and now baby dah selamat pulang ke home sweet home...nampaknya macam every weekend saya akan ke rumah dia..a little caliph...ok...done...inshaallah...tak sabar nak ada baby sendiri... wink wink *_^ SENYUM

ok...setakat ni dulu kisah hidup saya...ahaks...inshaallah..this sharing is for a caring and sacrifice time to make it a moment for me time by time...past by past...ok...will be continue next entry...

wassalam wahai pembaca-pembaca yang budiman...semoga ALLAH redha and berkati kita sekalian ummat Muhammad saw...

words of today:
wordlessssssssssss...sory...

Isnin, 14 Januari 2013

MENCARI BAHAGIA

Bismillahhirrahmannirrahim

Semoga kita terus dimuliakan oleh ALLAH sebagai umat Nabi Akhir Zaman Muhammad SAW.



Sekadar perkongsian bicara dari telinga yang mendengar khabar untuk jiwa yang gersang dari pencerahan sedang iman kadang tunggang-langgang dan hati pula berbolak-balik yang akhirnya tindakan penuh dengan dolak-dalik.



Andai dapat diputarkan kembali masa, aku ingin sekali meminta kekuatan dalam segala tindak-tanduk. Kerna aku aku ini lemah. Lemah tidak berdaya. Terkadang rasa seperti lilin yang membakar dirinya sendiri. ALLAH… inilah yang dinamakan ujian. Sedang leka diulit dengan kebahagian sementara untuk menuju hakiki, inilah yang berlaku. Hati, jiwa, minda sungguh rawan. Lilin itu kuandaikan kerana ia membawa erti yang tersendiri.



Sedang dalam kegelapan, lilin dinyalakan untuk menerangi, memberi kehangatan kala sejuk menggigit tulang. Ah… bahagia sungguh apabila aku dapat membahagiakan mereka yang memerlukan. Asyik sungguh dengan cahaya dan kehangatan api si lilin. Entah sepanjang mahupun sebanyak mana lilin dinyalakan ia tetap habis. Mencair dan terus mencair. Apinya malap dan padam. Sirna. Gelap dan kelam, sejuk dan dingin menguasai kembali. Mencari lagi lilin?



Oh lilin… mengapa engkau rela berkorban untuk kebahagian mereka sedang engkau sendiri tidak bisa kekal untuk terus memberi khidmat? Apakah engkau tidak merasa sesuatu setelah siang menjengah tiba, panas menghilangkan dingin kala matahari mula menampakkan wajah? Tidakkah engkau merasa bahawa engkau hanya digunakan kerana perlu. Jika tidak, maka tidak sama sekali. Andai lilin mampu bertahan begitu…berkhidmat kerana ketetapan…. tapi tidak manusia… hatinya rapuh. Kadang membantu penuh niat keduniaan. Mencari nama semata tiada ikhlas. Apakah nilaian dan ukuran ikhlas? Jika dia merasa engkau diperlukan maka engkau akan dicari jika tidak maka tidak. Apakah keperluanmu? Zahir? Batin? Lahiriah? Rohaniah? Fizikal? Mental? Rasa itu tercetus dari hati. Memang. Sukar untuk memuaskan hati-hati… hati dia juga hati kita sendiri. Apakah itu ketetepan ciptaan manusia?

“allah menciptakan jin dan manusia agar mereka bersujud, bertasbih serta memuji allah siang dan malam”

Kegelapan itu membuatkan manusia sungguh mencari lilin. Yang terperosok di dalam laci dibongkar. Yang habis digagah ke kedai. Yang beralut sawang dibersihkan. Sumbumu mula dinyala. Andai tidak ternyala, engkau dibelai agar terapi dan mudah untuk dinyala. Andai sedemikian hati manusia untuk memiliki bahagia, bahagiakah ia selamanya? Mampukah ia terus memberikan bahagia bila bahagianya dicari tika perlu?



Tetapi aku bukan lilin. Manusia yang punya hati serta jiwa. Naluri yang kadang peka yang kadang tidak. Hati ini lemah. Jiwa ini longlai. Longgar kerana daif dan naif tentang cinta hakiki. Hakikatnya yang hakiki itu telah tercampur-baur tidak teradun sebati. Entah… aku sendiri masih lagi mencari dimana titik kebahagian… Sebarkan bahagia untuk mendapat kebahagian??Kerana cinta perlukah aku berkorban? Atau aku ini buta dalam menilai cinta? Atau cinta itu telah membuatkan aku buta untuk membuat penilaian? Sedalam mana ikhlas aku dalam bercinta? Kalau aku ini si lilin, adakah aku membahagiakan orang tanpa menghirau kebahagian sendiri?bagaimana aku bisa membahagiakan mereka disekililingku andai aku sendiri tidak tahu untuk bahagia, erti bahagia… Bagaimana aku perlu meraih bahagia andai mereka tidak pernah terfikir untuk membahagiakan aku?



Orang kata kita tidak bahagia selagi kita tidak tahu bersyukur… kita tidak bahagia kalau tidak tahu menghargai kebahagian. Apakah rupa bentukmu wahai sang bahagia? Bagaimana bisa aku mendapatkanmu wahai sang bahagia? Adakah membahagiakan yang lain itu erti aku telah beroleh kebahagiaan?

~~oh bahagia…bahagia…~~ Najwa Latiif

Yang aku tahu, aku tak mampu. Tak kuat. Tak hebat. Tak perkasa. Tak boleh. Ntuk terus menjadi lilin. Kerana aku juga memerlukan kebahagian agar bahagia itu tersebar. Agar aku tegar untuk terus memberikan bahagia. Justeru aku takut andai bahagia itu gersang, tandus lantas aku sendiri tersungkur dalam memberikan bahagia kepada orang lain.



“kalau kanda jadi bulan dinda jadi apa?”



“mestila dinda menjadi bintang.”



“kalau kanda menjadi matahari, dinda jadi apa?”



“dinda mahu jadi awan.”

Kata dia…cinta itu membahagiakan. Menenangkan. Menyenangkan.


Itu juga kata aku. Dulu kini dan akan datang bila aku tahu apa itu bahagia. Bagaimana mendapat dan memberikan bahagia pada jalan yang betul dan benar. Lillahi.



Cinta kan ALLAH dan Nabi Muhammad itu sungguh asyik. Tenang dan senang. Mentaati segala perintahNYA dan amalkan sunnahnya. Jiwa sungguh damai dan tenang.



Dia pernah bertanya kepada ku adakah aku bahagia… aku menjawab ya… tapi. Itu sekadar jawapan palsu. Hakikatnya tidak sama sekali. Kerana kahadiran aku sesungguhnya tidak pernah membuatkan engkau bahagia. Bahkan derita dan dosa terus menyapa tanpa dipinta. Kerana itu juga aku tidak merasa bahagia kerana memberikan engkau dosa dan derita. Aku pula tidak pernah bertanya adakah dia bahagia bersamaku bahkan dia sendiri sering berkata sangat bahagia adanya aku... kerana apa aku tidak pernah bertanya? Kerana ada gusar… Gusar andai aku menambahkan dosa-dosa yang ada. Gusar kerana aku yakin tiada bahagia pun yang aku beri. Sungguh!! Jadi apa yang aku beri selama ini???

Ya… disini aku temui jawapan… tidak memberikan engkau bahagia tetapi dosa membuatkan aku juga tidak merasa bahagia… Analoginya, aku memasak masakan kegemaranmu tetapi tidak enak. Engkau makan tapi tiada kenyang. Lantas perutmu terusan lapar… gi mana??? Bagaimana aku dapat menjadikan masakan kegemaranmu itu enak agar engkau suka dan kenyang akannya? Bagaimana aku dapat mengubah ia menjadi sebuah bahagia? Justeru… aku minta pada ALLAH… andai pernikahan itu tidak berlangsung, aku sama sekali tidak mahu bercinta denganmu dengan penuh kelaghaan. Aku yakin akulah manusia yang paling rugi dan bodoh…



Tidak pernah sama sekali manusia menyalahkan lilin yang dicipta untuk menerangi kala kegelapan. Gelap itu menakutkan. Gelap itu kesulitan… kerana itu manusia mencari lilin.



Begitu juga hati… hati yang gelap mudah rapuh. Memberontak minta diterangi. Hanya jalan dan usaha yang membezakan ia. Begitu juga aku… mulanya aku pagar agar hati ini tidak sewenangnya terlepas bebas. Mengenali dia membuatkan aku terus waspada. Dia juga berhati-hati… Entah… Ujian dan dugaan itu datangnya dalam banyak bentuk. Bayangnya bahagia tapi jasadnya derita. Itulah salah satunya. Kerna itu bila aku tidak bahagia aku tidak menyalahkan dia. Bahkan aku menyalahkan diri sendiri. Dia merasa bahagia dengan kehadiranku tapi aku tidak kerana wanita itu dicipta sebagai ujian kepada lelaki. Dan aku adalah wanita itu. Andai dia bahagia, aku yakin itu cuma bahagia yang palsu. Yang tidak hakiki. Tidak wujud sama sekali. Bahagia aku bila dia membahagiakan aku dengan cara yang halal. Bahagia dia jika aku hadir dalam keadaan yang halal. Bahagia aku bila dia mampu menerima aku seadanya tanpa ada cacat-cela dimatanya yang minta aku berubah dan diubah. Bahagia aku bila aku mampu dengan upaya menerima dia seadanya. Perubahan itu bukan dibuat dengan complaint yang menyakitkan. Berpijak di bumi yang nyata duhai mata hati ku…



ALLAH. Aku khilaf. Khilaf dalam mencatur hidup ini. Khilaf dalam memainkan peranan dalam kehidupan orang lain. Aku tidak bahagia kerana aku memberikan derita kepada orang lain. Termasuk kedua ibu bapaku. Mereka yang menanggung segalanya ini. Tuhan……… pantas aku tidak merasa bahagia… ALLAH HU RABB…



Tiba-tiba soal bahagia ini kubongkar dari dalam lubuk hatiku. Ingin benar aku selami sejauhmana aku bahagia dan membahagiakan. Rupanya… ia sungguh hodoh kerana aku cemari dengan kerakusan hidup tanpa syariat yang kukuh. Ya… memang aku memegang syariat, tapi ada yang longgar. Ada yang tidak luhur. Mungkin kerana ketelusan itu aku biarkan tanpa dipancang. Aku menyoal diri aku sendiri sejauhmana aku bahagia dengan keadaan sekarang. Dengan perasaan ini dan dengan segala-galanya. Semakin aku selidiki aku semakin mencurigai. Dan aku tahu aku terlalu leka sehingga bahagia yang datang sekejap-sekejap itulah derita berpanjangan rupanya… derita itu bukan derita fizikal mahupun jasad. Tetapi derita jiwa. Rouh. Hati. Mental. Sungguh… benar… manusia itu sering berada dalam kerugian… dan aku juga… lailahailla anta subhanaka inni kuntumminazholimin~~~ ALLAH… lemahnya…



Aku kembali menyoal… adakah aku akan menerima dan mendapat bahagia pada masa hadapan? Dan soalan ini masih bermain-main dibenak… entah aku layak atau tidak. Entah aku masih menelosori perjalanan untuk mendapat bahagia. Dan ia membingungkan hati bila perasaan turut serta dalam pencarian ini…



“ALLAH yang memegang hati dan jiwa ini, jangan Kau bolak-balikkan ia kala cahayaMU menerobos mudah kedalam sanubariku. Tetapkan aku redha, pasrah dan berserah dengan ketetapanMU. Tetapkan aku untuk yakin dengan ketetapanMU. Damaikan hatiku. Tenangkan jiwaku.



Ya ALLAH Ya Latiif, lembutkan hatiku untuk mencari dan mendapatkan bahagia mu dengan kebahagian yang sebenar walau likunya itu sukar dan sesah. Ya ALLAH Ya Rahim, Ya Rahman… tegarkan aku. Kuatkan aku kalau ada arus yang tertongkah dilaluanku kepadamu. Tetapkan hatiku, jiwa dan ragaku untuk terus yakin berpegang teguh dengan ad-dinMu, tetapkan akidahku di landansan keimanan kepadamu. Mantapkan taqwaku imanku kalau jiwa tiba-tiba tersiat dengan kedukaan. Ya ALLAH, sungguh. Aku lemah dan terlalu lemah. Lemah dengan segalanya. Hanya engkau yang Kuat, yang Hebat, yang Perkasa.



Ya ALLAH ya Ghaffur…ampunkan aku. Ampunkan aku. Ampunkan aku. Ampunkan aku atas segala kekhilafan ku kealpaanku dalam mengingatiMU. Jadikan aku yang terbaik untuk dia, dia jodohku. Agar aku menjadi hamba yang setia di jalan ad-dinmu. Menjadi isteri yang setia dengan dia untuk mendapatkan redha dan magfirahmu. Menjadi anak yang setia kepada bonda dan ayahdaku. Menjadi menantu kesayangannya yang penyantun dan berbudi. Menjadi wanita yang setia dalam tindak-tanduknya. Menjadi bonda, nenda dan seterusnya yang baik hati dan penyanyang kepada keturunanku. Menjadi kecemburuan buat bidadari-bidadari di SyurgaMU kelak. ALLAH yang maha kuasa ke atas segalanya. Itqanku hanya engkau yang tahu. Padaku ia telah cukup baik dan Engkau jua yang tahu ia tidak lagi cukup baik untukku. Dan padaku ia tidak cukup baik untukku justeru Engkau juga yang tahu itulah yang terbaik buatku. Semoga dia juga menjadi yang terbaik untukku sebagai jodohku."

Ya ALLAH, sempurna itu wujud bila menyatu untuk sebuah perkongsian. Memberi untuk menerima. Kongsi untuk sama merasa. Maafkan aku kerana memusnahkan kesucian perasaan, naluri dan hati yang luhur. Pantaskah aku ya ALLAH? Apakah benar perasaan ini terhadapnya? Luhurkah hati ini kepadanya? Duhai hati dan jiwa… bertenang… Ya ALLAH… inikah tanda kafarah ke atas dosa-dosaku… andai iya, aku redha dan sungguh aku mahu redha…”



Mood DIY aku hilang melayang. Entahlah… aku masih berfikir. Berfikir dan berharap pada ALLAH. Yakinkan aku dengan pilihan aku. Agar akal yang satu ini tidak tewas dengan nafsu yang sembilan. Perkahwinan bukan suatu yang boleh dicuba. Ia dilakukan untuk mewujudkan kesefahaman dan perkongsian yang bahagia dan membahagiakan. Menerima dan memberi. Entah… tiba-tiba aku gusar dan resah. Sesak dan sesah usah dikata. Aku bertanya kepada diri sendiri… bahagiakah aku hari ini? Bagaimana pula kemudian? Bagaimana cara untuk aku membahagiakan kedua orang tua ku sedang aku asyik memberi mereka dosa yang tidak terlihat? Benar. Sukar untuk memenuhi kehendak sendiri dan orang lain. Aku ingin cuba. Dan niat itu telah bercampur dengan fikiran yang bercampur. Ada positif dan negatif. Ada pro dan kontra.



Tiba-tiba terluah pertanyaan ku kepada mereka… apa dan mengapa engkau menyukai atau mencintai seseorang? Kenapa dan mengapa menyukai aku? Bagi aku menyukai aku engkau akan memberikan bahagia kepada ku. Dan ukuran bahagia padaku adalah dengan memenuhi keinginan ku yang mana perlu dipenuhi. Iaitu membahagiakan orang tuaku dengan permintaan mereka… walaupun mereka tidak begitu kisah namun aku yang terkisah. Kisah, kerana itu nisbah kebahagiaan aku, engkau dan mereka…

Menyukai ku bagiku engkau akan berusaha keras untuk mendapatkan ku walau semahal mana aku pertaruhkan. Tetapi, aku bukanlah untuk dijual lalu menjadi hamba dalam kehidupanmu. Melepaskan ku dengan lafaz-lafaz yang haram bagiku. Sungguh aku tidak mahu… semahalnya aku hanya kerana engkau yang aku ingin miliki… tetapi engkau tidak tahu dan rela untuk mencaturkannya jika perlu. Sungguh… ia sungguh merobek perasaan dan keyakinan ku… bukan aku tidak tahu wanita yang baik untuk dikahwini ialah yang murah maharnya… ya… itu aku tahu…sangat tahu dan teliti tentangnya… entah. Mungkin silapku memandangnya sehingga aku terasa ia adalah suatu percaturan. Sungguh… itu buat aku kesel dan lelah. Dan keadaan itu seterusnya membuatkan aku terasa menjadi bebanan buatmu kini dan juga akan datang. Sungguh aku tidak mahu menjadi bebananmu…



Dan pertanyaan itu aku ajukan semula kepada diri sendiri. Aku berdialog di atas sejadah. Mencari jawapan yang paling telus. Apa yang membuatkan aku suka akannya? Rupanya? Hartanya? Keturunannya? Agamanya? Jika aku memilih kerana keturunannya nescaya aku merasa sangat tidak layak. Kerana aku ini orang biasa-biasa. Orang kampong yang tak punya apa-apa. Hidup dalam fikiran kekampungan dan identiti kampong itu terserlah. Jika aku memilihnya kerana hartanya nescaya tidak kerana dia bukan orang yang mampu untuk memenuhi segalanya kehendakku jika aku ini kuat nafsu dan materialistik. Sungguh. Dia tidak akan mampu. Jika kerana rupa…ya… ada sedikit rupanya yang membuat aku senang dan tenang. Tapi aku tidak menjadikan ia syarat utama kerana aku tahu suatu saat nanti ALLAH akan menarik rupanya. Wajahnya akan beransur-ansur berubah. Tapi aku memilihnya kerana agamanya. Kerana aku yakin dengan pegangannya. Aku yakin dengan keimanannya. Jika dia bukan seorang yang kasih dan sayang pada masjid dan solat jemaah di masjid, maka aku akan menegurnya kerana aku mahu dia jadi yang terbaik berjalan ke syurga ALLAH memimpin ku bersama anak-anak… tapi segala ciri itu penting demi kelangsungan hidup dalam baitulmuslim. Tiada harta juga tidak boleh jadi. Tiada keturunan juga tidak bisa. Tiada rupa juga tidak boleh. Tapi jika tiada agama memang semua hancur… makanya aku cuba untuk memilih dia… dan pilihan ini aku sandarkan dalam istikharahku… dan aku cuba untuk ikhlas menerima dia seadanya dia. Agar kelak kami saling melengkapi.



Dan pertanyaan itu juga aku alunkan kepadaku sendiri kenapa dan mengapa dia menyukaiku. Mencintaiku. Adakah ikhlas atau terpaksa… sungguh buruk perilakuku kerana mencurigai dan meragui…curiga dan ragu itu wujud kerana aku perlukan kepastian dan keyakinan. Kekukuhan dan kejituan. Agar keputusan yang kami ambil ini bukan untuk memuaskan sebelah pihak sahaja.



“duhai hati-hati yang sedang meronta… sabar dan tabah. Yakin dan pasti. Andai itu yang ALLAH tetapkan, maka tetaplah untuk redha. Bersama dan bergabung untuk mencetus perkongsian yang bahagia dan membahagiakan. Bukan derita yang dicari dalam penyatuan ini tetapi tautan mahabbah suci menjadi destinasi hakiki. Wahai pemilik tulang rusukku, andai benar engkau untukku, redhalah atas apa yang aku miliki, kerana sungguh hati wanita seperti aku ini terlalu lemah dan sering gusar. Sering diancam rasa was-was. Duhai pemilik hati dan jiwa yang kekal abadi, tetapkanlah aku dijalan ad-dinmu bersama dia yang bakal menjadi imam buatku dan zuriatku… hilangkan rasa was-was ini dan yakinkan aku dengan ketetapanmu. Engkau yang tahu betapa sukar untuk aku melontarkan segalanya kerana aku hanya hamba yang lemah lagi naif lagi daif tentang segala perkara. ALLAH yang maha bijaksana dan mengetahui… bimbinglah hati kami. Redhakanlah. Berilah jalan untuk menyatu andai itu yang terbaik untuk kami. Sungguh. Aku, kami ingin berhenti dari segala kedustaan bahagia yang sementara ini. Aamiin ya ALLAH… Aamiin ya Rabbal A’lamin…”

Alhamdulillah tenang itu terasa bila redha ibu bapa bersama-sama redha ALLAH memujuk hati dan jiwa... inshaallah...redha itu manis sebab aku ingin manis bersamamu...duhai bakal zaujku, inilah yang dinamakan ujian. Kita tenang bersama menyahut ujian ini ya...

Words of today:

Perkongsian ini sekadar perkongsian untuk mencerahkan jiwa dan hati sendiri. Mudah-mudahan ia memberi manfaat kepada sesiapa juga yang memerlukan kerana soal hati dan perasaan ini adalah bahagian yang paling sukar untuk dimengertikan. Pencerahan dan muhasabah itu perlu agar hati tidak terikut dengan nafsu dan akal perlu arif untuk menghadapinya. Perkongsian ini juga adalah sekadar pencerahan kepada kekusutan yang melanda sejak kebelakangan ini. Persoalan-persoalan yang dibangkitkan adalah untuk pencerahan dan pemikiran mendalam dalam mengetahuinya. Sungguh ilmu ALLAH yang lebih luas dan kita sebagai manusia biasa tidak berdaya apapun melainkan usaha, itqan, doa dan tawakkal. Inshaallah..semoga ia sama bermanfaat… buat yang terasa saya mohon maaf. Buat yang salah faham apakah saya menyokong couple atau tidak juga mohon maaf. Entri ini juga bukanlah sebuah manifestasi konon cinta versi islamik. Cinta itu fitrah dan saya cuba untuk keluar dari fitnah. Ini sekadar perkongsian sebab dan akibat. Saya mohon agar kita sama-sama keluar dari fitnah ini dengan jalan yang mudah lagi diberkati kerana sesungguhnya syaitan tidak pernah puas dengan godaannya untuk menjauhkan manusia dari ALLAH. Dan semoga khitbah saya dengan dia (jodoh saya) kelak dilimpahkan sakinah mawaddah dan rahmah.