alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

Sabtu, 19 Mac 2011

UJIAN PELENGKAP KEHIDUPAN





ALHAMDULILLAH
syukur masih diberikan kesempatan untuk meghantar entri walaupun sibuk dengan tugasan harian.beginilah ujian yang didatangkan oleh ALLAH.segalanya mengusik hati menjentik jiwa jika tidak kuat untuk menghadapinya. jika tidak bijak menanganinya. jika tidak mahir mengatasinya. segala yang terbaik adalah dari aturan dan ketentuan ALLAH HU RABB.

setiap hamba yang diciptakan tidaklah sempurna sehinggalah ujian yang didatangkan sedikit sebanyak menyempurnakannya sebagai seorang hamba. tidaklah lengkap putaran hidup andai tiadanya ujian yang ALLAH datangkan. senyap dan sunyi serta kosong kehidupan tanpa ujian. lumrah. sedangkan jika tidak diuji, maka ada sesuatu yang tidak sempurna. segala yang ada di hadapan mata adalah ujian. tidak kira ia merupakan kesenangan, kemewahan, kemiskinan mehupun kesusahan. segalanya adalah ujian. menguji sejauhmana hamba2NYA bersyukur atas setiap ujian yang didatangkan dalam banyak bentuk dan rupa.

tapi, kadang2 sebagai manusia. tidak melihat kesenangan dan kemewahan sebagai ujian tetapi sering melihat kesusahan, kesukaran dan kemiskinan sebagai suatu ujian yang berat. ALLAH HU RABB.

terkadang juga sering melihat kelebihan sebagai aset penting untuk tidak mengakui kelemahan. setiapnya berpasangan.
siang dan malam
bulan dan bintang
matahari dan cakerawala
lelaki dan wanita
kumbang dan bunga
begitu juga dengan kelebihan, pasangannya adalah kekurangan yang akan saling melengkapi.

tapi, masih juga sukar untuk menerima kelebihan yang dimiliki sebagai kekurangan dan ujian sedangkan kekurangan pula tidak diukur untuk menjadi kelebihan dan juga ujian.
ujian memantapkan jiwa dan hati
menajamkan akal membentuk peribadi
bukan mudah untuk dapat menghadapi ujian lebih-lebih lagi yang dasyat.
kesabaran menjadi perisai untuk menghadapinya.

NABI MUHAMMAD berjaya setelah menghadapi pelbagai rintangan dan ujian dengan penuh sabar dan berhemah. sungguh, ALLAH tidak pernah mungkir pada janji-janjiNYA.

ujian pada hari ini membentuk kejayaan masa hadapan. terimanya dengan pasrah moga ia diredhai ALLAH HU RABB, sungguh, DIA yang Maha Mengetahui segala yang terbaik adalah untuk setiap hamba-hambanya.kita sahaja yang sering merungut dan terus merungut.

satu sahaja yang menjadi racun dalam kehidupan manusia kini yakni;
"tidak pernah bersyukur dan menghargai dengan apa yang ada di hadapan mata tetapi sering mencari dan meminta dengan sesuatu yang telah hilang dan tiada serta sentiasa berasa tidak cukup dengan sesuatu yang dimiliki."

ALLAH HU RABB, moga ia dijauhkan daripada kehidupan kami semua.
inshaALLAH, hadapi ujian dengan manis dan sabar, sungguh, ALLAH tidak menimpakan ujian selayak yang mampu ditanggung oleh hamba-hambanya.

wallahua'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan