alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

Jumaat, 31 Ogos 2012

tayangan


Di sebalik tawa yang meletus dibibir, sebenarnya ada duka yang terhijab. Tidak mampu ia dipertontonkan kepada khalayak. Cukuplah sang hati yang tahu segala ceritera.

Rasa tak puas hati? Sebab apa? Adakah kurang rasa bersyukur kepada ALLAH? Bagaimana caranya bersyukur? Cukupkah sekadar melafazkan ALHAMDULILLAH???

Allahu Akhbar… fenomena sejak kebelakangan ini bilamana Barat dengan rakusnya cuba untuk mempengaruhi akal fikiran manusia islam terutamanya… kerana, mereka telah mengkaji akan kebenaran Islam. Dan Barat yang menolak islam sedang cuba memusnahkan Islam…

Perkara paling mudah boleh dilihat bilamana Barat mula mempengaruhi fikiran manusia islam ialah melalui KEPERLUAN… secara am mengikut teori MASLOW, manusia mempunyai keperluan dan kehendak. Keperluan terdiri daripada tempat tinggal, makanan dan pakaian… manakala kehendak ialah perkara yang tidak perlu pun sangat dalam kehidupan manusia. Apabila kehendak terlalu diladeni, maka manusia boleh pincang.

Gaya hidup hari ini… selain makanan yang  sering menjadi sasaran pengusaha Barat untuk memperkenalkan makanan-makanan yang SYUBHAH, maka secara tidak langsung, makanan tersebut telahpun meresap ke dalam tubuh manusia. Sehingga akhirnya membuatkan manusia it uterus akur untuk menurut nafsu. Kerana itu, Islam sangat2 menggalakkan agar manusia mencari makanan dan harta yang halal lagi baik..

Hopefly I’ve enough time to continue this entry… in sha allah J

Tiada ulasan:

Catat Ulasan