alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

Rabu, 12 Jun 2013

NOTA & ISU



#nota 1. tetiba teringat kata-kata seorang makcik: dunia sekarang tengok pada fesyen. Orang nak kerja dan pekerja yang ada penampilan. Cantik dan moden.

~Dalam hati sentap terus: Ye la. Anak-anak makcik tu cecantik sesangat-sangat la cantek. Saya tak nafikan. Pandai berfesyen. Pandai bermake up. Pandailah dalam serba-serbi kecantikan. Up-to-date orang kata. (Sekali ajak g solat, cuti katanya=every week) OK... Betullah tu makcik... Lawa...tapi biarlah menutup aurat. Setakat pakai tudung, kucing yang kita bela tu pun boleh kita pakaikan tudung. Janji tutup kepala n rambut.... Dada dan belakang badan tak payah tutup sebab dah ada jilbab/baju gitu ye makcik. Lepas tu, pakaila make-up tebal2, BB,CC,DD cream n etc..time waktu solat, xbawa make-up removal, siaplah... 

Kata-kata saya: Jangan jadi hamba pada dunia fesyen sampai tak nampak dunia akhirat. Inshaallah, semoga mereka-mereka diberi peluang untuk tutup aurat dengan lebih sempurna sepertimana yang allah dah anjurkan seperti dalam surah an-nur dan al-ahzab n keep istiqamah. 

Bak kata motivator: Bina kekuatan dalaman baru yang luar pun terserlah sama.

#nota 2. Sambil duduk menyembang.. Terkenang kisah zaman kanak-kanak. Main masak-masak. Buat kek daripada serbuk-serbuk dalam batang kelapa yang dah reput. Main tuju selipar atau tuju tin. Main kawin-kawin. Main Ting-ting. Main gelang getah, tuju guli kat bawah rumah. Main macam-macam lagi. SERONOK!!

~Dalam hati tergetus pula: Budak-budak la ni tak kenal dah mainan macam yang kita-kita-kita main pertengahan 90-an tu. Sekarang main tuju tin pun entah-entah ada dalam instant game.

#nota 3: KL semakin panaz!! dek pembangunan dan persaingan masa hadapan. Habis semua pokok-pokok besar ditebang. Bukan setakat panaz cuaca, kesesakan pun semakin panaz. Jalan yang semakin sempit. @ lorong menjadi 1, 1 lorong menjadi 1/2 lorong. 

~Dalam hati mengeluh- ALLAH, sikit-sikit nikmatMU hilang. Pokok sepatutnya jadi tempat berteduh dah ditebang dan dicantas habis-habisan. Ni kalau ALLAH nak turunkan bala hujan lebat ke angin ke lepastu jadi banjir lumpur ke runtuh ke bangunan, jangan salahkan faktor semulajadi. Tapi salahkan pembangunan. Berpada-pada membuat pembangunan. KL semakin sempit!!!

Kata-kata saya: Kesian pokok-pokok tu. Kesian burung-burung. Kesian ulat-ulat. Kesian BUMI!!!

Kata-kata mereka: Maaf atas kesulitan. Pembinaan sedang dijalankan untk kemudahan masa hadapan anda...


Words of today:
Taman bunga KEMBOJA yang secoet tu pun jadi mangsa. Dah tak dapat tengok KEMBOJA putih lagi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan