Bismillahirrahmnnirrahim
Selawat dan Salam buat junjungan hebat Nabi Muhammad saw.
Benar, hati ini punya naluri yang unik.
Berubah mengikut keadaan dan situasi.
Terkadang emosinya melebih.
dan terkadang juga rasionalnya meluah-luah.
Allah, hati ini terusik kembali.
Sesaat dua aku pujuk dengan KEYAKINAN.
KEYAKINAN kepadaMU.
KEYAKINAN tentangMU.
KEYAKINAN bersamaMU.
Tapi, terkadang ia tewas.
Mula ada sesah menapak ke segenap jiwa.
Syiling putih.
Dinding putih.
Lantai juga putih.
Aku terperuk dalam kamar yang putih.
Di mana coraknya?
Aku meraba dalam pejam.
Mencari kalau-kalau ada titik yang boleh disambung
Menjadi sebuah corak,
atau hanya garisan lurus.
Ya, ada.. Titik-titik itu wujud.
Wujud terus kalau usahanya menerus.
Tapi sekali lagi aku tewas.
Tewas dengan pujukan syaiton yang mengaburi mata hati.
Allah, hati ini benar-benar terusik.
Aku membayangkan masa depan yang putih.
Aku mengenangkan masa silam yang kelam.
Dan, aku meninggalkan masa kini yang berwarna-warni,
kerna hati ini terusik.
Terusik dengan semua perkara.
Semalam, kelmarin, esok, nanti dan seterusnya.
Percaturan apa yang sedang aku alunkan ini?
Aku hitung semuanya di atas kertas.
Aku canaikan segalanya dalam awangan.
Aku ekspresikan semuanya dalam bayangan.
Semuanya ilusi.
tapi,
ALLAH, pertemuan denganMU benar.
ALLAH,
keluarkanlah aku dari rasa berduka cita,
keluarkanlah aku dari rasa lemah dan malas,
keluarkanlah dari sikap pengecut dan bakhil,
keluarkanlah aku dari cengkaman hutang dan penindasan.
'ihdinashirotol mustaqeem'
Tunjukilah aku jalan yang lurus,
Tunjukilah aku jalan yang benar,
Tunjukilah aku jalan yang sabar,
Tunjukilah aku jalan-jalan itu..
Dan bila hati terdetik lagi,
Aku pejamkan mata.
Bukan kalah dalam kelam,
Tapi aku mencari kekuatan kala hitam menyelubungi dunia maya.
Aku cuba untuk bangkit,
Walau terpaksa meraba.
Hati ini berdetik lagi...
Berdetik untuk terus mengingati ALLAH.
Allah, datangkan ujian dalam banyak perkara. Terkadang kita suka. Adakala kita berduka. Kaya dan miskin bukan jaminan kita bahagia tanpa ujian. Bahagia juga ujian. Semuanya ujian. Memikirkan tentang kehidupan juga ujian. Ujian untuk kita kenal erti YAKIN-IKTIKAD-TAUHID- kepada yang Esa Allah SWT...
Rezeki milik ALLAH. Jodoh, ajal rahsia ALLAH. Rahsia yang menguji kita sejauhmana kita akan tetap YAKIN dengan ALLAH. YAKIN tentang perkara-perkara ghaib. (teringat kisah semut dengan Nabi Sulaiman tentang rezeki-KEYAKINAN semut pada ALLAH & bukan pada Nabi Sulaiman)
Pepatah Melayu sering menyebut, '' jangan nak suka sangat (gelak berlebihan) nanti akhirnya mensti nak menangis.
Dan Nabi Muhammad juga ada berpesan, senyum lah tetapi bersederhanalah dalam ketawa.
Kita tak pernah tahu apapun, manapun, yang terbaik buat kita tanpa pedoman dan petunjuk dari ALLAH,
Dalam Baqarah ayat 216, sesuatu perkara yang bagi kita baik belum tentu baik untuk kita dan perkara yang buruk bagi kita belum tentu benar buruk buat kita ... dan ALLAH yang lebih tahu sedang kamu tidak tahu.
Relate? sesungguhnya kita sering sangat alpa. Alpa bila kesenangan mula menyinggahi kehidupan. Hingga kita rasa ia cukup baik dan sempurna... Tapi hakikatnya, dalam kesenangan itu menjadi akar untuk ujian tumbuh..
Antara kata-kata yang menyinggahi kotak fikiran kala hati terdetik-detik dengan kegundahan:
' jangan fikir apa dunia akan beri pada kita, tapi fikirlah apa yang kita akan beri pada dunia'
' hidup untuk kerja atau kerja untuk hidup?'
' jangan jadi hamba kepada duit '
' jangan terlalu fikir masa depan yang belum pasti ... '
' yakin lah dengan ALLAH, dekatkan diri dengan ALLAH, '
' jemput rezeki ALLAH '
Hati ini benar-benar terusik. Allah, lemahnya rasa. Bersangka setiap masa dengan manusia buat aku terkadang sesah, apatah lagi berburuk sangka, nauzubillah.
Ini tentang KEYAKINAN pada ALLAH...
dan sejenak, aku terfikir dengan post di FB.. seorang makcik yang tersenyum-senyum, dan berkata, 'moga kita berjumpa lagi..... kalau bukan di dunia, kita jumpa di akhirat nanti... ' ALLAHUAKHBAR!!
Dan makcik terus tersenyum sambil mengenggam erat tangan si gadis...
Ini tentang KEYAKINAN pada ALLAH...
Wallahua'lam
words of today:
Sebarkan salam dan bahagia..semoga semuanya dalam pemeliharaan ALLAH~janji ALLAH benar~
Aku bersaksi bahawa TIADA Tuhan yang disembah melainkan ALLAH dan MUHAMMAD SAW adalah pesuruhNYA ~In the name of ALLAH, Most Merciful and Most Compassionate~ Ayuwah..ayuh sebarkan bahagia
Rabu, 23 Oktober 2013
Rabu, 2 Oktober 2013
BERTUNANG 2013.... kahwin? jeng-jeng-jeng (hanya sebuah draf yang tersimpan, kini diterbitkan untuk tatapan)
Bismillahirrahmannirrahim,
Assalamualaikum wbt...
Sebaik-baik manusia merancang tetapi ketetapan ALLAH yang Maha sempurna. Telah tertetap setiap yang berlaku sejak di Luh Mahfuz... dan ketika Rabb mu mengatakan "jadi, maka jadilah ia"
Rancangan bertunang? Budget bertunang? Kenapa bertunang awal sedangkan kamu dan sidia belum memiliki apa-apa kekayaan berbentuk material?
Oh.. please stop saying the nonsense words and phrases...
Rezeki dari ALLAH... Naluri dari ALLAH... Ingat senang-senang nak buat keputusan bertunang tanpa asbab yang kukuh? Bertunang sebab orang lain pun dah bertunang? Bertunang sebab suka-suka?
Jom jawab:
Rancangan bertunang saya dan dia (^_^)
-kami bertunang kerana ALLAH. Persediaan yang sederhana. (nanti tengok gambar, sederhana ke tidak ye)
Budget Bertunang?
-kami tak membudget kos untuk bertunang.
-kami hanya membudget 5 berbalas 7
-barang-barang untuk kedua belah pihak dibeli sendiri oleh setiap pasangan untuk diberikan kepada pasangannya (dalam kes ni, kebanyakan bakal pentunang lebih suka untuk membeli barang mereka sendiri lalu memberikannya kepada pasangannya untuk digubah dan dijadikan barang hantaran. Contoh: si lelaki akan membeli sendiri baju, kasut, barang rias dan lain-lain barang yang digunakannya, lalu akan diberikan kepada si perempuan untuk digubah. Begitu juga perihalnya si perempuan akan membeli barangnya sendiri sebelum diberikan kepada si lelaki. Keadaan ini berlaku ekoran daripada masalah jarak antara dua pasangan yang berjauhan dan sukar untuk membeli barang bersama-sama. Jadi, alternatifnya adalah demikian.) ~akan tetapi, saya dan dia tidak begitu, walaupun kami berjauhan, kami tetap menyediakan barang untuk kegunaan pihak sebelah. Contoh, saya akan menyediakan baju melayu, kain pelikat dan laian-lain barangan untuk si dia. Begitu juga dgn si dia yang akan menyediakan barangan kegunaan saya untuk saya. Kebaikan keadaan ini: 1- mengeratkan hubungan antara dua belah pihak, sebab kalian akan mengambil tahu tentang pasangan kalian. Contoh, tahu saiz baju, saiz kasut, kegemaran dan lain-lain. 2- menjadi diri sendiri. Kerana anda akan membeli mengikut kemampuan anda berdasarkan keperluan pihak sebelah berbanding anda membeli sendiri untuk kepentingan diri anda sendiri. 3- rasa lebih dihargai dan menghargai, sebab apa? sebab yang beli tu kan pasangan anda so, nilai penghargaan kepada sesuatu barangan tersebut lebih tinggi..ini juga berdasarkan konsep use value and exchange value, contoh, jika sidia membelikan baju untuk anda, muat atau tidak muat sebaiknya anda akan memakainya sebaiknya. kan. xkan nak buang r bagi kat orang kan... 4- memupuk semangat kerjasama dan persefahaman. Ye la, kalau kalian membeli barang kalian sendiri, sifat dan sikap bekerjasama dan persefahaman akan sukar dipupuk. Sebab, kalau kita beli sendiri barang untuk kita, maka kita akan membeli mengikut kepala hangin kkita sendiri.. TETAPI, kalau kita membeli untuk orang lain pastinya kita akan membeli yang terbaik hasil perbincangan yang telah diadakan kedua belah pihak. Ok...that all... inshaallah.
-jadi, budget bertunang is, simple tapi bermakna untuk kedua belah pihak... :) nice kan :)
Kenapa bertunang awal sedangkan saya dan sidia belum memiliki kekayaan berbentuk material?
-tolong jangan tanya kat orang yang nak bertunang soalan sebegini. Sama juga jangan bertanya sedemikian kepada orang yang dalam proses untuk berkahwin.. sesungguhnya, hati-hati mereka ini sedang lembut dan mudah terasa. Jadi jangan buatkan soalan2 itu menghantui hati dan pemikiran mereka hingga menggoyah keyakinan mereka terhadap apa yang mereka yakini dalam proses-proses tersebut.
-saya kalau nak tunggu dia kaya, xbertunang xbernikah le kami. Ye dak? Dia kalau tunggu saya jadi datin/dato, xkemana la jang ye...
-kami bertunang kerana ALLAH. Setelah berbincang dan memilih dengan pemilihan dari ALLAH (rindu dengan keadaan tersebut; allahurabbi, astagfirullah ya rabb)
Kenapa bertunang?
-seperti yang telah saya katakana tadi di atas, bertunang kerana ALLAH, cukuplah. Usah diungkit lagi persoalan kenapa saya dan dia bertunang. Cukuplah, ia menjadi dasar atau alat agar hubungan kami lebih diberkati dengan izin para wali dan keluarga.
Bertunang sebab orang lain pun dah bertunang?
-No at all semua readers.. kalau saya bertunang sebab orang lain pun dah bertunang, kenapa saya tak terus kahwin je sebab orang lain pun dah berkahwin kan. Yang penting, kami bertunang kerana ALLAH, kerana keluarga dan kerana kami sendiri. Cukuplah hanya ALLAH yang tahu :)
Bertunang sebab suka-suka?
-ALLAHURABBI, yang ni lagi la jauh langit dari bumi. Kami bertunang bukan sebab suka-suka.. bertunang ni pun dah menjadi dan meningkat satu lagi tanggungjawab dalam diri kami.
-tanggungjawab bertambah menjadi pasangan pentunang, bakal menant kedua belah pihak dan secara tak langsung, semuanya menjadi amanah. Kalau sebelum bertunang, kita lebih bebas dan hanya perlu menjaga maruah serta hak keluarga sendiri, tetapi bila dah bertunang menjadi double-marble tanggungjawab. tanggungjawab sebagai, hamba, anak, bakal menantu, sahabat, pentunang, pelajar, pekerja, sahabat dll...xke berganda? dah tu xkan sedap2 je nak bertunang ye.
-bertunang ni moga jadi alur yang membawa kepada keseriusan dalam pembentukan baitii jannati... masa ni juga akan mula urusan-urusan perbincangan hal perkahwinan dan sebagainya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Inshaallah, itu sahaja cerita tentang tunang, pertunangan dan pentunang.
Jadilah tuning yang setia dan saksama. Penyayang dan bertoleransi.
Mulakan usaha, cambah benih kasih-sayang sesama keluarga, sendiri mahupun bakal mertua.
Mulakan rangka ekonomi, social, akademi dan zahiriah, lahiriah, batiniah dan spiritual demi membangunkan sebuah ummah yang berkualiti Iman, islam dan ihsan.
Jom layan gambar tunang yang sempat tersnap tanggal ......... 2013 :)
hantaran dari perempuan kepada lelaki (lebih daripada 7 sebenarnya)
FYI, my hantaran totally DIY dari saya dan my sis-in-law sendiri ok... xda makna nak tempah2 diluar yang super mahal. in mission: bertunang simple-mimple sokmo k :) last2, en. tunang cakap, simple apa mcm tu. macam kenduri besau je... Bukan kenduri besau, cuma campur dengan majlis tahlil dan kenduri arwah. Jemputan pula ahli Qariah Surau al-khasaniah kan... uhhu...
My first touch and innovation of ring-rang-rong-smelly too cute :)
Yang ni boleh la kalau korang nak tiru. idea ni keluar bila kami merancang main-main ank bertunang..maybe 2-3 bulan sebelum bertunang, senang je... beli kertas origami untuk bintang lipat2 n warna/I, lilin Wangi, bekas kaca, cincin... ekceli, pengganti kepada potpourri... ahha..comel kan idea saya... tapi, some people mesti cakap, membazirlah, apalah...tah, bagi saya yang satu ni je say buat bersebab...uhhu... betul..Nampak cam membazir n lari dari focus asal kami bertunang..macam saya cakap tadi, ada sebab saya buat... uhhu.. fahamilah...ngeee
Gubahan ni hasil idea saya dengan kawan saya. Dia punya design lain dari saya fikir2 dan susah nak susun. Last2 saya buat macam dalam gambar, then she said'' wahh..boleh tahan juga ko punya idea'' uhhu... sepasang baju melayu + kain pelikat, deko sikit dengan bunga ''paper crepe''
Tema:
1-Takde tema khas, my sis in law cakap macam bubur caca, my sweet sis pula komplen macam ABC
Tapi, mula2 saya decide nak buat tema hitam, tapi kusam sangat, tu yang letak bunga biru, extra kusam...letakla pink sikit...konon menyerlah kan.hihi.. tu yang jadi pelangi-pelanga...cute apa kan...
Saya jawab: bubur caca and ABC pun sodap kan, so... ada mau jawab lagi ka? aiyaa... yang penting happy2 kami membuatnya...
2- bunga dari crepe paper-so kalau nak order saya buat bunga paper crepe boleh la hello-hello saya
Ok...setakat itu sahaja entry perkongsian saya berkaitan BERTUNANG 2013... silalah ye hello-hello kalau memerlukan khidmat saya membuat bunga paper crepe/gubahan hantaran... ok...
terima kasih kerana meluangkan masa membaca :) syukran jiddan
words of today:
semoga pertunangan kita semua berakhir dengan sebuah ikatan pernikahan yang diredhai ALLAH dunia wa akhirat dan hingga ke syurga Firdausi, inshaallah, syukur ya ALLAH atas segala aturanMU, seindah aturanMU ya ALLAH :)
Hidup Sebagai Student?
Bismillahhirrahmannirahim
Hampir sebulan sudah cik Nu mendaftar masuk sebagai pelajar MASTER di UKM.
Hampir sebulan juga hidup berkelana di Sg. Tangkas.
Hampir sebulan juga mengenangkan keputusan-keputusan yang telah dibuat.
Allah, kuatkan hambaMU ini.
Kekadang, ada yang membuatkan fikiran cik Nu sangat terganggu.
Kekadang ada juga anasir luar yang membuatkan hati tidak tidak.
Kekadang ada juga firasat yang membuatkan segalanya terhenti.
Allah, kuatkan hambaMU ini.
MASTER?
AFTER MASTER?
IN MASTER?
BEFORE MASTER?
WORK?
FINANCE?
**all of this kena difikirkan semasak-masaknya**
Semoga ALLAH redha dan memberikan kekuatan.
Yang pandai is perlu pandai mencari peluang...
Dalam kajian, hanya 20% yang menggunakan kepandaian dan usaha untuk memantapkan lagi taraf kehidupan mereka manakala 80% lagi hanya survive dengan apa yang dimiliki untuk terus hidup...
Saya di mana? Kita di mana?
Ayuh, fikirkan bersama...
ok...
tu jer...

Selasa, 24 September 2013
A-Dha Skin Care - Pengalaman Berharga saya untuk anda semua-
Assalamualaikum wbt buat semua pembaca belog makcik
@ nuzamd...
Alhamdulillah…semoga semuanya baik2 belaka dibawah
lindungan allah...
I'm feeling free to share something with u guys…
especially to womans…gegirls and adult…
Do you have any skin problemas?
Maksud saya masalah kulit kusam, over berminyak dan liang roma tersumbat… jerawat???
Here…ada satu produk yang saya nak suggest dan sangat berkesan. Inshaallah…
Pernah dengar tentang A-Dha skin care? Set rawatan muka terulung pada masa kini...
A-Dha skin care ni ada dua set which is pink and
hijau… jangan keliru atau teruja pula ye dengan dua set kaler yang A-Dha
sediakan… Pink bukan untuk gegirl under age and hijau pula untuk lebihan umur..
NO NO NO….Ekceli, dua set pink dan hijau tu ada kegunaan dan kekhasiatannya yang tersendiri…
~Set pink is more to keadaan kulit yang tidak mengalami masalah serius.
~Set hijau pula untuk kulit wajah yang over berminyak, berjerawat, parut jerawat yang sukar hilang, kulit kusan dan kemunculan flek2 hitam dek kemeningkatan usia…. So, set hijau ni juga sesuai untuk puan-puan yang berusia 35 tahun ke atas. Kalau tiada masalah dengan fleks hitam pun its still suitable for u puan-puan in age 35+++…
In this 2 set of pink and green A-Dha skin care
included
1- Serum,
Krim Siang, Krim Malam, dan sabun pencuci muka (set pink).
2- Serum,
Krim Siang, Krim Malam (untuk masalah jerawat, flek hitam dan kulit kusam)
sabun pencuci muka. (set hijau)
***boleh juga dipakai tanpa set mean without serum*** but saya advice kat you alls yang first time nak pakai A-Dha Skin Care adalah baik untuk menggunakan Serum Vit C yang disediakan..
Apa kebaikannya?
Saya sebagai pengguna A-Dha skin care sejak
berbulan lamanya juga telah mendapat hasil yang sungguh memberangsangkan…
~ kulit muka nampak flawless semulajadi.
~ kulit muka lembap tanpa berminyak.
~ pipi anda akan secara semulajadi kemerah-merahan
(macam pakai blusher)
~ secara tidak langsung juga, kulit muka anda
lembut macam kulit baby (keadaan ini juga saya tak caya mula-mula tapi beberapa
orang sahabat saya berkali2 tegur lepas
salam berlaga pipi…”lembutnya pipi”)
~ Oleh kerana saya mempunyai sedikit masalah
jerawat yang tidak serius, saya menggunakan set pink sahaja dan Alhamdulillah,
jerawat berkurangan ‘juga’ tapi biasalah ambil masa kan…
~ and many-many more keputusan positif yang
puan-puan akan dapat setelah menggunakan this produk A-Dha skin care.
What I think about this A-Dha skin care?
# ia sangat berbeza dengan produk kecantikan yang
ada dalam pasaran biasa di Malaysia… sebab? Once you all guna A-Dha, you all
tak payah risau nak tepek any budak on your face… sekali pakai krim siang A-Dha
skin care, ia jauh meresap ke dalam kulit. Kita boleh rasa keadaan tu. Saya pun
rasa keadaan itu. Sangat best bila pakai A-Dha skin care ini.# senang dan simple… once you all apply krim A-dha no need to apply bedak compak or bedak tabur anymore. Muka sikit pun tak nampak berkilat tapi still menyinar macam pakai bedak. So don’t worry. Bila nak solat pun senang sebab krim tu mencair bila kiita basuh muka untuk berwuduk…ini membuatkan telekung kita kat area muka tu tak comot…
# serum A-Dha sangat best- once you all apply kat
muka…terus meresap dalam kulit…then apply krim pun senang sebab kulit dah mix
dengan serum…best-best-best…
Kesan awal pemakaian A-Dha skin care?
ü Kulit
mengelupas-bergantung kepada tahap masalah kulit wajah.
ü Kulit
jadi tegang- akan rasa sedikit sakit dan pedih (akibat proses pengelupasan
kulit2 mati luar dan dalam)
ü Kulit
kemerah-merahan (dalam proses berlakunya penumbuhan sel dan kulit baru)
ü Kulit
jadi cerah dan berseri-seri J
J (ini tak tipu punya
kesan…betoiiii)
Pantang semasa pemakaian A-Dha skin care?
~senang je… masa tempoh perawatan awal (means dalam
tempoh seminggu hingga 3 minggu) JANGAN, DON’T apply any bedak, BB cream n
seangkatan dengannya on your face.(celak, eyeliner, lipstic tu possible
la..janji tak menggnggu kawasan muka secara langsung) Ini akan mengganggu
proses pembaikan sel kulit pada muka kerana bahan-bahan semulajadi A-Dha sedang
bertindak balas dengan struktur kulit muka kita… So jangan biarkan ia bercampur
dengan bahan2 kimia dari bedak2 yang kita ada. Macam saya bagitahu di atas
tadi, bila dah pakai A-Dha, no need to apply bedak…jangan risau langsung kalau
takut muka berminyak… no… tak nampak berminyak pun. Jangan risau….Cuma akan
rasa melekit..bila berpeluh pun xkn mengeluarkan kesan comot dll…its just
ok..sgt ok… (bg saya)
~ Ni pantang paling penting juga, please JANGAN
kena direct sun terutamanya matahari terik pada waktu tengah hari… Keadaan
kulit yang pada ketika itu sedang pulih perlu terhindar dari terkena direct
sun. So make sure kalau anda perlu bekerja dibawah cahaya matahari yang
berterusan, sila gunakan pelindung matahari seperti topi.
Selepas beberapa minggu dan bulan?
~Inshaallah…you alls no need to apply any bedak, bb
cream n so on sebab A-Dha skin care ada sebagai set penjagaan wajah yang baik
inshaallah… Bahannya pun dah terbukti dari KKM sebagai bahan semulajadi yang
terdapat di Indonesia… So please do not double-mouble doubt…dan inshaallah ia
juga dijamin Halal… So, please jangan double-mouble ragu-ragu…
Ok…berminat dengan produk yang saya dah explainkan
sedikit demi sedikit di atas ni?
Inshaallah,
mudah sahaja, sila la PM di FB saya https://www.facebook.com/zaqya.nur.3atau emel ke kuindah89@yahoo.com untuk mengetahui tentang harga dan keberkesanannya...Inshaallah… saya hanya cuba berkongsi dan mencadangkan sesuatu yang saya sendiri telah guna dan berkesan untuk saya… Justeru, jika ingin cantik, pastikan anda membuat pilihan yang baik demi mendapat keputusan yang baik… ok… saya cuba memberi yang terbaik buat anda...jadi jangan segan untuk meng'order' dengan saya... details will explain to you alls once you all nak dpatkan produk ini... Harga boleh nego dengan saya :)
Jom layan gambar-gambar di bawah ini pula ya J
Last but not least. Tq kerana sudi membaca entry
ini…. J
A-Dha Set Pink (untuk kulit Normal + masalah jerawat tidak teruk) boleh diambil bersama serum atau tidak...tapi saya advice untuk penggunaan pertama kali biar ber'serum'
A-Dha Set Hijau * Serum Vit C, Sabun pencuci muka, Krim siang dan Krim malam (Kulit berjerawat, kusam dan bernoda hitam jelas, umur 35++)
2 set A-Dha skin care (Pink dan Hijau)
p/s: Boleh baca entry awal semasa saya mula menggunakan A-Dha skin care di sini >>>
Hargai kehidupan kita sebagai hamba dan insan :)
Jumaat, 6 September 2013
Wahai Kpli, Wahai Dpli sesi 2014
Bismillahhirrahmannirrahim
~Duhai Allah yang Esa, tetapkan kami untuk bersujud tunduk padaMU~
Oh..mengenai tajuk entry...
Haish...sapa la yang tak mengharap permohonan kpli/dpli sesi 2014 tidak dibuka?
Semuanya berharap... Orang yang dah bertahun2 habis degree pun masih berharap apatah lagi yang baru sebulan dua bergelar pengganggur.
Mokcik ni pun masih menunggu.. Nun jauh disudut hati masih dan masih dan masih menunggu... Berharap dan masih berharap... Kebiasaannya permohonan akan dibuka pada [ertengahan September hingga awal Oktober... ye kot... Inshaallah :) Tahun ni ada ke lagi ye? Jeng3...
Sementara menunggu tu... Moh le kita menyambung Master... master in Malaysian History? Nak ke mana kome lepas habis? Ada ke peluang keje lagi? Haish... Itu juga yang menjadi tanda tanya... Inshaallah... banyak je peluang lepas master... Tu pun kalau serius nak berada dalam zon para "akadimias" Kena la sabar melakukan research dan mengadap student2... Ye ke... Yang penting juga kena tahu peluang apa yang ada. Potensi diri nak ke mana lepas habis master... Dikeliling saya ramai yang lepas master masih tak bekerja... Ouh... melihatkan keadaan itu saya mulai down-down-down-down-down... adakah saya juga akan seperti itu? jika tidak mahu, anjakan paradigm perlu dilakukan... uhu...mampukah?
What need to do?
> Tingkatkan silaturahim dan jalinan perhubungan dengan para ilmuan seperti pensyarah, sahabat sekelas, luar kelas, luar bidang, luar unibersiti dan dekati masyarakat = pembentukan Hablumminannas
> Tidak memfokuskan diri dengan bidang yang diambil sahaja sebaliknya tetap mendekati bidang2 lain seperti keagamaan, ekonomi dan politik. DLL.
> Ce cuba cari tajaan mana2 penaja yang sanggup menaja budak2 master ni buat research=intern ke=mampukah saya?
Dan adakah saya akan menjadi ini==== full housewife with MA...waaaaaaaaaaaaaaaaa (Nak nanges nak nanges) Dan untuk itu saya temukan sebuah kata-kata "belajar sebab nak kerja ke?" "kalau semua orang niat belajar sebab nak kerja nescaya tak kan cukup bidang kerja yang ada" "belajarlah kerana ALLAH. menambahkan ilmu di dada" *walau sebenarnya kata2 itu tetap tidak mengubat hatiku yang stresssssssssssss**** betul sungguh kata hukama, **jangan fikirkan masa depan kalau ia boleh membunuh masa yang sedang berlalu...** tapi tak boleh juga kalau tak fikir kan...ermmm
Inshaallah...berserah kepada tuhan. Memilih dengan pilihan Dia. Mudah2an ada peluang dan pilihan lagi yang dikurniakan sepanjang pengajian dan selepas pengajian. Inshaallah...
Mudah2an juga kpli/dpli masih memberikan peluang kepada kami semua yang menunggu dengan penuh kekhusyukan dan kesabaran ni... Kalau bukan pada saya biarlah untuk yang lain-lain.
words of today:
Sabar kan indah. Seindah sabar dan iman. Sabar itu sebahagian dari iman kan...
Sabar melihat kejayaan orang lain.
Sabar melihat kesusahan orang lain.
Sabar kala merasa kepayahan dan ujian.
Sabar di atas kesabaran.
Sabar dengan kesabaran, ganjaran sabar walau tak terlihat dek mata kasar akan terasa dengan kehalusan hati.
Penawar duka (sila amalkan semampu boleh)= Senyum, Sabar, Syukur :)
Rabu, 21 Ogos 2013
SYUKUR KAN INDAH
Alhamdulillah.. inilah yang ditetapkan. Tersurat dan tersirat dengan penuh keindahan.
Refleksi diri...
Sepanjang hari berfikir. Indah. Masyaallah. Indah. Allah memberikan apa yang kita/saya perlu...
Suka nak kongsi satu perkara ni.. Dah lama terpendam. Siapa yang membaca, teruskan. Yang belum jumpa blog ni memang tak terbacalah ye. :)
Suatu ketika dulu, makcik pernah berangan... Nak kerja opis. Bawa fail ke hulur ke hiliaq... Pakai suit. Pakai kemas2. Kiranya teratur lah ye. Nii penangan tengok drama-drama melayu la kot ye. Rupa2nya makcik pernah secara serius nak koje field administration.
*silalah cari entry dalam ni ya...*
Management... Nah... ambik makcik... dapatla koje field ni lepas habis degree... mulanya rasa happy juga... Risau2 juga... Blurr tu toksah bagitahu ye...
1 matlamat je sebenarnya minta field ni... Sebab boleh control cara dan etika berpakaian... Alhamdulillah... Sebenarnya, walau dekat mana pun kita berada, kalau tahu syariat berpakaian a.k.a pakaian patuh syariat, boleh je apply walau dimana tempat duduk kerja kita. Tapi, yela... manusia ni senang terpengaruh dan mempengaruhi. Sales marketing mesti kena make up tebal baju vouge2 ye... Stylo dalam semua cara.
Alhamdulillah. penemuan kerja dalam bidang sekarang (yang bakal berakhir beberapa hari je lagi) ni banyak membuka mata makcik. Kalau orang berkata,
"der, kerja kat opis tu je ke? budak degree kan?"
"der, gaji secoet."
"der, keja bukan dalam bidang belajar degree, ape kenenya ye."
"tu la... dulu belajar amik kos tah hape2 kan."
Biasalah... biasa sangat dah gitu. Lani tak boleh sangat nak keje ikut bidang. Arkitek pun kadang2 kena kerja grafik. Grafik kerja bahagian admin. Admin kerja pembantu jururawat... Tak hairan di mata makcik. Tak tahulah kalau fikiran tertutup jumud, terbuka bangas ye ye makcik ini... Sekarang bukan masa atau musim memilih kerja... mula2 feeling down juga... tapi Alhamdulillah niat awal mengatasi segalanya... "KERJA KERANA ALLAH"
Apa yang saya dapat dengan apa yang saya kerjakan ni?
> Saya dapat jaga cara pemakaian saya. Inshallah yang patuh syariat setakat ini. (Most important thing yang makcik nak sangat keje field ini)
> Company Melayu. Bos dan staf-staf Melayu.
> Kebajikan dari segi waktu rehat dan solat yang awesome
> Stress le sebab ngadap bos 8jam.
> Oleh kerana staf lelaki 2 orang termasuk bos, makanya hubungan antara rakan dua jenis tak keterlaluan. Lagi- lagi deme berdua dah kahwin ye.. Ikhtilat kena la jaga ye even dengan perempuan pun ye.
> Belajar benda baru. sebab makcik bukan belajar bidang ni. Operasi opid pun bukan dalam bidang makcik. Jadi feel free to learn something new :)
> Paling awesome, bila dah start keje adalah pula tyme untuk kena retire/resign/fired ye... :D :D :D
> Jumpa dan kenal ramai orang=menambahkan kemahiran soft skill makcik yang sangat hard skill ye...
**sebenarnya banyak benda yang best and awesome bila bekerja ni** tak kisah apa jua bidangnya.
Tapi kalau ada peluang untuk bekerja dalam bidang yang lebih baik, sipi-sipi dengan bidang pengajian atau relate dengan pengalaman kerja, just go on and grab the chance. Yang penting pandai jaga akhlak. Jaga iman. Jaga ikhtilat. Berusaha lagi gigih-gigih-gigih-gigih...
Gaji sebesar gajah dan setinggi zirafah belum tentu menjamin kehidupan hereafter, cuma jadikanlah kekayaan itu untuk bekalan menuju akhiratnya.
Orang kata bila banyak duit, kaya, baru boleh nak beramal dengan kekayaan itu. Yes ke No.. ?Ikut kata hati dan iman. Kalau dah kaya Tuhan dikebelakangkan, tak kemana juga ye. Teringat kata-kata seorang tabligh, "ana beli kereta ni bukan apa, senang ana nak bergerak untuk tabligh. Kalau jiran ana kesempitan dan emergency nak pinjam, ana bagi pinjam. Semoga apa yang kita ada ni dikongsikan. Semuanya kan milik ALLAH"
-dalam al-quran pun dah mention kan yang harta, anak, isteri, tanaman dan ternakan ni adalah ujian dari ALLAH buat hambanya-
Tengok kita, gaji secoet kita camana dengan bila kita dah gaji besau ye... Tapi makcik yakin, hamba-hamba ALLAH yang punya islam iman & ihsan sekalian adalah hamba yang budiman. Low profile. Tawadhuk. Inshaallah.
**Lari fokus utama nak berkongsi apa ye*
Last but not least, bersyukur ya. ALLAH beri apa yang paling sesuai dengan kita. See, Dia beri apa yang makcik perlu. Sedar tak sedar je sebenarnya ye. Alhamdulillah.
words of today:
Selamat tinggal opisku... PCku, kerusi empukku, mugku,pingganku, apa lagi hak aku ye... Eh eh eh..bila masa pula benda2 alah tu hak aku... tak...semuanya hak opis. Hak bos. Harta bos. So share ye dgn staff lepas ni... Macam tulah juga kita... Kita tak memiliki apa-apa. Semuanya hak ALLAH... kita peminjam. macam kita juga yang meminjam dengan PTPTN.. jadi kenalah bayar ye.. Sebab bukan hak kita... Kekayaan boleh dicari dan diperolehi tapi kita tak boleh memiliki kerana kekayaan hanya milik ALLAH yang esa. ALLAH yang Maha KAYA .Kita Hamba.Peminjam. Musafir. Buatlah yang terbaik. Agar kita dapat memulangkan semula segalanya ini kepada pemiliknya dalam keadaan yang baik... Terbaik!!! Mintalah pada Allah pengakhiran yang baik. Biar mulanya pincang kerana dalamnya masih ada peluang usaha dan cara agar bertemu pengakhiran yang terbaik... Fisabilillah... ngeee.. Inshaallah, semoga ALLAH Redho :)
"bekerjalah dan beramallah kerana ALLAH kerana kita HAMBA"
-jika pekerja boleh menjadi hamba kepada majikan (yang sama-sama hamba)
maka jadilah HAMBA yang lebih baik (daripada 'hamba pekerja kepada hamba majikan') kepada pemilik kita, ALLAH Azza Wajalla-
Semoga ALLAH Redho :)

Isnin, 19 Ogos 2013
TAKDIR
Ini takdirnya... bukan andai ini takdirnya.
ALLAH Maha Penyantun. Kuasa dan Berkuasa.
Ini takdirnya... bukan andai ini takdirnya.
Hemahkan jiwa terima berserah padaNYA.
Ini takdirnya... bukan andai ini takdirnya.
Masa yang 5 sebelum 5.
Punya jalan dan lorong.
Punya ruang juga peluang.
Sisipkan pasrah dalam setiap langkah.
Agar benar menyeru Redha dalam hakikat.
Ini takdinya... bukan andai ini takdirnya.
Segalanya milik DIA Rabb al izzah.
Milik kita?
Menunaikan yang hak kepada DIA.
Solat dan Sabar.
Usaha dan Doa.
Dan,

Langgan:
Catatan (Atom)