alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

Selasa, 18 Oktober 2011

tentang hati

Bismillahhirahmannirrahim
Assalamualaikum wbt

YA ALLAH...ALLAHHUAKHBAR
fenomena hari ini, bahkan sejak kebelakangan ini...
orang disekeliling asyik dan terlalu asyik untuk memperkatakan tentang pasangan masing-masing.adat bercouple. malunya diri ini...bukan malu apa ya...malu kerana, mereka bercerita tentang kehebatan bercouple. yang mana sangat bertentangan dengan syariat Islam...
'Hei cik nuzamd, kau couple dengan siapa?'
pertanyaan itu hanya dibalas dengan senyumanku...'rahsia'...bilangku...
mereka mencebikkan bibir.
'ada tu couple dia'...salah seorang kawanku mencelahkan jawapan yang membuatkan diriku juga terpana.ku bulatkan mata.mengerutkan dahi. 'mana ada. pandai-pandai je ya'...menggeleng...
'ada...dalam kelas kita ni.spare dia...yang di tempat dia pun ada juga' sambungnya selamba....sekadar tersenyum mendenagr rekaan-rekaan cerita ke atas diriku...biarlah...selagi jasad ini dihadapan mereka, itu bukan fitnah atau memburukkan ku..kudiam...bukan tanda setuju...ku balas bukan tanda protes...biarlah mereka...memuaskan hati dengan cerita entah apa.tenang mungkin hati mereka...
antara sahabat-sahabat, mungkin jasad ini yang belum dimiliki...ya...mereka juga sebenarnya belum dimiliki secara sohih oleh seoarang adam yang bergelar suami...tetapi, bayangan "bakal suami' menjadi idaman mereka. tanpa segan silu berkongsi cerita berdating dihujung minggu...
ya ALLAH, dimana kekuatanku untuk menegur keterlanjuran mereka??? ya, jasad ini hanya mampu untuk beristigfar di dalam hati..memohon pada-MU ya RABB agar Engkau membuka hati serta jiwa mereka dengan teguran yang sepatutnya..segalanya dalam pengetahuan_MU...lemahnya jasad ini kerana tidak mampu menegur secara berdepan. hanya menjadi pendengar yang tidak setia..
benar, hati ini sedang dimiliki.dimiliki oleh_MU ya RABB...
jasad ini sedang dimiliki oleh ayahdabonda.
sedang roh ini adalah pinjaman dari-MU...maka siapakah jasad ini untuk dimiliki oleh seorang adam yang belum tahu hakikinya dia akan menjadi sang suami.
keyakinanku hanya pada ALLAH...ALLAH menciptakan setiap makhluk berpasang-pasangan. aku YAKIN!!! lambat atau cepat sahaja. sabar atau gelojoh sahaja yang menentukan tindakan kita...semoga hati terus bersabar...INSHAALLAH...aku YAKIN!!! segalanya dalah yang terbaik dari ALLAH.
buat sahabat-sahabat, doaku semoga hubungan kalian berakhir dengan lafaz akad yang sah. semoga dapat membina sebuah mahligai keluarga yang diberkati...
jasad dan hati ini???ingin membina sebuah mahligai yang sakinah, mawaddah dan warahmah...caranya biarlah halal...biarlah bercinta selepas akad...oh...ISLAM itu INDAH dalam segala aspek.
jasad ini single, tetapi hati ini sedang dimiliki. sebagai peminjam tegar, ku perlu menjagai ia sebaiknya, kerana tidak mahu memulangkan apa yang dipinjam dengan keadaan yang tidak elok atau rosak. pasti si pemberi pinjaman akan murka jika sebaliknya berlaku ke atas barang pinjamannya....
oh ALLAH, ku bersyukur dengan segala kurniaan-MU...inshaallah, ku juga redha...
dan ku yakin ini adalah yang terbaik... MAN JADA WAJADDA...
akhir kalam, semoga hati tidak ditipu dengan kemanisan dunia yang sementara...

wallahua'lam
wassalam...

words of todays

cintakah yang buta atau orang yang bercinta itu buta?

Ahad, 16 Oktober 2011

bagaimana kita bersyukur?

Bismillahhirrahmannirrahim
Assalamualaikum wbt...

lihat...alhamdulillah...
kita masih dapat bernafas lagi pada hari ini, saat ini...
syukur kerana mata masih dapat melihat keindahan-keindahan alam ciptaan ALLAH...
telinga masih diberi kesempatan untuk mendengar dengusan nafas, kicauan burung terbang bebas di udara dan menedengar dengepun jantung sendiri...
allahuakhbar...Maha Besar Engkau Ya ALLAH atas kurniaan-MU ini...
semoga kami menjadi hamba-Mu yang sentiasa bersyukur atas segala nikmat-nikmat-Mu...
justeru, bagaimana tanda kesyukuran kita?

Imam Ibnu Rajab berkata, “Syukur itu dengan hati, lisan dan anggota badan”.

Di dalam hati, sepatutnya, kita menyakini bahawa segala nikmat yang kita perolehi adalah daripada ALLAH SWT.usaha kita adalah manhaj.justeru, bersenanglah dengan mikmat yang diperolehi atas daya usaha kita. Jangan takabur dan sombong dengan nikmat-nikmat yang diperolehi, tanpa kekuasaan ALLAH, kita pasti tidak akan dapat memperolehinya...dan jangan pula kita tergolong dalam golongan yang diberikan istidraj~~untuk menyakininya ini pasti semua orang mampu...by say at mouth "
alhamdulillah, syukur ya ALLAH"...dalam hati? yakinilah..."YA ALLAH, in ilah nikmat kurniaan-MU...syukran ya ALLAH...banyakkan mengingat ALLAH, kerana ALLAH tidak sesekali melupakan hambanya, malah sentiasa ingat dan kasih...zikir kepada ALLAH...

Bagaimana dengan anggota badan pula??
ALLAH tidak mensyariatkan solat tanpa sebab...itulah perhubungan kita dengan ALLAH.
siapa kita untuk TIDAK solat???
ALLAH memberikan kita SOLAT supaya dapat berdating dengan-NYA.
gunakanlah semua anggota yang dianugerahkan ALLAH untuk mendirikan solat..
setiap kali solat, segala lafaz dan niat adalah zikir untuk ILAHI.
itulah tanda kita bersyukur dengan nikmat kurniaan_NYA.

~~~semoga ALLAH menjadikan kita(sidang pembaca) orang yang sentiasa istiqamah serta sabar dalam mendirikan solat~~~

wallahua'lam
wassalam



#words of today
Apologizing does not mean that you are wrong and the other person is right...
It simply means that you value the relationship much more than your ego

Sabtu, 15 Oktober 2011

MAAF~~~

allahuakhbar.
sakit kepala pula memikirkan benda ni...apa hukum buat seorang sahabat menangis?
apa hukum buat seoarng sahabat tersinggung?
apa hukum memalukan diri sendiri?
apa hukumnya???
teruknya saya!!!
teruknya saya!!!

MAAF!
cukupkah kata-kata maaf sedang hati yang terluka boleh ditambal dengan perkataan mudah MAAF???adakah semudah itu untuk memaafkan?dan bagaimana keadaan seterusnya?
oh ALLAH...didiklah hati ini untuk bersabar...
oh ALLAH...ringankan kepadaku
tidak sekali-kali aku ingin memutuskan silaturahim dengan dia, sahabiahku...
semoga ENGKAU permudahkan...
dan serikanlah hubungan kami selama satu semester ini, Inshaallah dengan rahmat, belas serta kasih sayangmu..
redhai kami dalam perjuangan ini...dan, iringilah perjalanannya sebagai seorang dai dengan rahmatMU..dan janganlah KAU palingkan hatiku setelah KAU berikan nur hidayah kepadaku.
oh ALLAH.permudahkanlah...

Isnin, 10 Oktober 2011

pembentangan hari ini ALHAMDULILLAH
semua berjalan lancar..
tapi masih banyak kekurangannya...
how to be a good talker?
nak kata tak buat persediaan?sudah..
nak kata nervous tidak juga...
rasa kesian kepada kawan-kawan yang entah mereka faham atau buat-buat faham atau tak faham langsung...
dah lari dari amanah untuk menyampaikan!!! huhuhu :(

rasa seronok dengar kawan-kawan yang membentang yang boleh bercerita itu dan ini....
xpalah...masing-masing ada keistimewaan dan kekurangan yang tersendiri.
bersyukurlah...cuma mana yang boleh diperbaiki dan ditambah, perlulah dilakukan.

semoga ALLAh merahmati apa yang telah terjadi hari ini dan semoga hari esok menjadi hari yang lebih baik berbanding hari ini... InshaALLAH :)

kisah hati

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah...
syukur ke hadrat ALLah yang memberikan kesempatan ruang dan masa akan segala-gala perkara.
SYUKUR!!!

Ya ALLAH....syukran!!!
semoga Engkau sentiasa mengasihiku, kami...

permulaan semester yang sudah menjangkau sebulan usianya...
terlalu banyak perkara yang berlaku. ALLAHUAKHBAR..

assigment dah mula banyak ditambah lagi dengan penulisan latihan ilmiah yang perlu dibereskan...
walaupun semester ni kurang jam kredit, tapi rasa sukar untuk melakukan segalanya...
ya ALLAH...permudahkanlah kepadaku...
manakan tidak...2 hari ada kelas, 5 hari (termasuk sabtu ahad takda kelas)...siang jer tidur...siang memang tak boleh nak menaip atau membaca atau mengulas atau study...malam je yang setakat ni maintain untuk buat segalanya..
dah cuba juga strategi n niat supaya boleh buat kerja dikala siang, tapi, macam susahnya...ya ALLAH...permudahkanlah...
banyak je rancangan yang nak dibuat...semua nak siapkan dalam tempoh yang ditetapkan..tapi nak gerak...ya ALLAH...jangan beri halangan kepadaku..permudahkanlah...

gerak kerja dah keluar..tapi nak bergerak entahlah bila...
azam dah ada...tapi tak kesampai-sampaian...
takdir vs takbir???
semoga ALLAH mempermudahkan kepadaku, kami...

amin...
semoga berjaya NUZAMD

Isnin, 3 Oktober 2011

sediakah kita? by_iluvislam.com

Bagaimana seorang pelajar tahun akhir universiti yang hampir bunuh diri kerana depresi (tekanan) setelah ditinggalkan kekasih mengubah kehidupannya 180 darjah menjadikannya insan yang paling bahagia di muka bumi ini dengan perkahwinan di usia awal. Berikut adalah coretan terus dari hati dan mata pena beliau.



*****

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, "Nak bagi bini makan apa? Pasir?"

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami 'declare', untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar 'cinta rebound', tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani hubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi.

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.

Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening?

Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.

Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.

Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.

Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

"Seganlah. Nanti orang kata apa."

"Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran."

Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.

Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!!

Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.

Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

- Artikel iluvislam.com

Nota : Perkongsian di atas merupakan satu contoh bahawa perkahwinan di usia muda merupakan satu pilihan atau option yang ada bagi masyarakat kita. Walaubagaimanapun, keputusan mendirikan rumah tangga perlu dibuat dengan hikmah bergantung kepada keadaan pasangan masing-masing kerana kehidupan selepas bernikah adalah cabaran sebenar dan pastinya kita inginkan rumah tangga yang berkekalan sehingga akhir hayat.

"Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN." (Surah Ar-Rum, 21)