alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

Selasa, 10 Jun 2014

mencari diri di dalam diri


Kesibukan sering membuat aku sering ditinggalkan, meninggalkan dan tertinggal.
Terkadang aku mengadah nasib mengapa begini. Di mana silapnya aku dalam percaturan masa yang telah diberikan ini.
Aku cuba buat yang sebaiknya. Sistem pembahagian masa yang macam nabi ajarkan. 1/3 untuk beribadah, 1/3 untuk riadah, 1/3 untuk bekerja.
Salah akukah andai ukhuwah itu terputus tanpa ada cela yang disedari?
Salah akukah yang hanya mempunyai 24jam masa tersepit?
Salah akukah yang terlalu sibuk memenuhi 24 jam/ 7hari/365 setahun?
Aku juga sedih kehilangan hujung minggu. Aku renyah kehabisan 8 jam di sana. Aku semput menghabiskan sisa 24 di akhir malam sehingga aku terus telat dan liat untuk bertahajud.
Atau aku yang masih cetek untuk membahagikan masa antara hubungan pekerjaan, pelajaran dengan hubungan persahabatan.
Jangan dicabut nikmat hubungan persahabatn ini wahai allah. Kerana aku mengharap ia menjadi asbab kepada langkahnya kaki ini ke syurga kelak inshaallah.
Berikan kekuatan kepada aku, dia dan mereka membetulkan kembali mana yang pincang dengan tuntunan dari Mu allah. Moga petunjuk dariMu melembutkan hati aku yang keras, mengentalkan hatinya yang rapuh, melunakkan hati-hati mereka yang kasar.
Jadikanlah kecintaanku kepada orang yang mencintaiMu, dan jadikanlah aku dicintai oleh orang yang mencintaiMu.
Apa langkah terbaik ya allah. Tunjukkan. Aku kasih kepadanya sebagai seorang sahabat dunia dan akhirat. Hanya dia yang aku ada hadiah dariMu sebagai ketua persahabatan.
Jangan biarkan hubungan ini terputus lagi. Kerana aku sememangnya tidak mampu menyambung semula tanpa izin dariMu. Justeru, dengan izinMu jua, aku mohon perlindungan. Moga ukhuwah ini kekal hingga ke Jannah. Aku yang banyak khilaf. Salah langkah dalam mendabik keburukan, nauzubillah.
Andai geli menjilat kembali ludah yang telah disuih, maka jalan lainnya adalah dengan mengelap. Menyemburnya tempat itu dengan pewangi. Agar nanti tiada lagi bau-bau yang kurang menyenangkan. Hingga merobek deria bau manusia lain.
Kesibukan dan kekangan ini membuatkan aku lebih menghargai masa. Kelak, tugas, bebanan dan tanggunganku kian bertambah. Isteri, bakal ibu dalam masa terdekat? Pelajar dan dalam masa yang sama sebagai pekerja? ALLAH. Semoga aku diberikan kekuatan menghadapi serta menelusuri keadaan-keadaan sedemikian. Aku tidak pernah berangan dengan semua status yang aku pegang ini. Cukuplah bila aku boleh dan mampu menjadi hamba kepada penciptaku, ALLAH. Hamba yang muslihah. muslimah yang mukminah.
Ya, perubahan ini berlaku kerana khilaf aku sendiri. Ia berlaku di luar kawalan aku. Perubahan ini mendorong aku lebih pasif dengan mereka tetapi aktif dengan yang lain. Salahnya aku disitu.
Setiap dari kita pasti akan merasai fasa-fasa ini. Kalian juga akan merasa betapa hidup ini kian mencabar. Mana nak dipertaruhkan masa pada sesuatu yang tidal bermanfaat?
If i/m the next who get the prank, kuatkan aku duhai ALLAH. All praised be to Allah and to allah I ask for forgiveness L
im who have a lot of sins and falses
cik kuindah aka nuzamd

Rabu, 26 Mac 2014

REDHA ALLAH

Bismillahhirahmannirahim

Allahuakhbar!! Masyaallah!!

Yeay, hujung bulan 3 baru berkesempatan nak menghupdate blog... What happened darling...

Persediaan kembali kepada diri sendiri...
Allahurobbi...

1- saya tidak mahu menjadi boneka yang ditonton.

Redha Allah

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Selasa, 12 November 2013

Penawar jiwa

Bismillah.
Selawat Allahumma solli a'la saiyidina Muhammad saw.
 
Mentadaburkan al-anfal ayat 55 dan 66 dan teringat kepada surah penawar jiwa, ar-rahman juga al-waqiah.
 
(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(al-anfal 55)
 
Sekarang Allah telah meringankan daripada kamu (apa yang telah diwajibkan dahulu) kerana Dia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan; oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang dan jika ada di antara kamu seribu orang, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu orang dengan izin Allah dan (ingatlah) Allah berserta orang-orang yang sabar. (al-anfal 66)
 
Dan manakah nikmat Tuhanmu yang ingin kamu dustakan? ar-Rahman
 
Allah juga yang lebih tahu atas segala keadaan.
Saat terasa lelahnya diuji dan rasa terbeban segalanya dengan ujian
Allah hulurkan sekali penawarnya.
 
Allah banyak memberikan nikmat. Sedar atau tidak sedar sahaja sebagai hamba ini selayaknya menerima ujian. Mohon kekuatan agar Allah sentiasa ada bersama memberikan kekuatan. Sungguh Dia yang maha kuat lagi perkasa.
 
Entah dari ceruk ujian itu dating, tahu-tahu dalam hati ini ada getar. Mata pula mula merembes dingin. Terasa seperti ada bebanan di atas pundak. Allahu robbi. Ujian setiap manusia/hamba itu berbeza-beza.
 
Semoga Allah terus memberikan hidayahNya kepada sekalian umat Muhammad..
 
Ouh... patutlah juga rasa sedih. Tiba-tiba teringat isu murtad dalam kalangan wanita muslim. Sedih dan kasihan. Mengenang nasib di alam akhirat nanti. Allahurobbi. Sungguh kafir itu tempatnya di neraka. Berkaitan berita tersebut. Entah. Betul. Hati ini tiba-tiba hiba. Susah payah ibu bapa membesarkan dengan didikan agama sebaiknya, tapi bila dewasa begitu pula jadinya. Kebebasan perundangan di Malaysia juga membuatkan hati ini kecewa. Benar. Status Quo dan Kontrak Sosial yang telah dimeterai. Entah, dulu dan kini sesungguhnya telah jauh berbeza. Allah, tetapkan kami ini hamba yang sentiasa menerima hidayah dan petunjukMU. Tetap berada di jalan AddinMU... tetapkan hati kami untuk tetap di jalan islam ini, ya Robb. Aamiin...
 
Maka, ada tugas di situ. DAKWAH. Adab dakwah... Perlu berilmu sebelum memberikan ilmu kepada orang lain. Dakwahkan diri sendiri terlebih dahulu. Kuatkan rohani dan mental kemudian dakwahkan kepada semua. Islam agama yang syumul. Indah. Rabbaniyah dan Uluhiyyah perlu disemat kukuh dalam hati agar boleh dikongsi dalam dakwah. Duhai diri, aku juga bukan hebat. Tidak juga bijak, ilmu masih cetek secetek lopak air yang tertadah setelah hujan turun. Jika kemarau, maka keringlah lopak itu. Duhai diri, persiagakan diri dengan ilmu dan istiqamah ya. Banyak lagi rongga perlu dipenuhi. Apatah rongga asing yang juga memerlukan pengisian.
 
Allah telah memberikan kecukupan nikmat yang tidak berbelah bahagi. terinagt-ingat satu ceramah dari youtube tentang nikmat kurniaan Allah, that suatu hari nanti, Allah akan tanya semula apa yang telah kita gunakan, manfaatkan nikmat-nikmat yang Dia berikan? Nikmat mata, tenaga, masa muda, dan sebagainya. Banyak. Sungguh banyak nikmatnya. Duhai diri, apa sumbanganmu kepada nikmat-nikmat yang Allah berikan? Allahurobbi... jawab duhai hati... :(
 
Sabar. Sebaik sabar cuba dilakukan. Bukan payah tapi tidak juga mudah. Allah maha tahu segalanya. Moga segala kesabaran ini akan terbalas suatu hari nanti. Moga apa yang diusahakan kerana Allah ini akan dibalas dengan sakinah. Moga peluang yang Allah berikan sebagai nikmat ini menjadi medan memperkukuh spiritual sebelum masanya tiba. Allahurobbi...
 
Alim Ulama telah Kau jemput. Seorang demi seorang. Kami yang tinggal masih lagi bisu. Buta. Tuli. Allahurobbi. Moga generasi umat, hamba dimilenia ini mampu menjadi hamba yang tawadhuk dan zuhud pada dunia. Ada menghirup bau tingkah pincang dunia lalu diperbetulkan untuk dibawa ke Syurga Firdausi sama. Allahurobbi...
 
Hiba. Dan hiba itu terus terasa hingga hati berdebar kasar. Fikiran berfikir apa khilaf aku hari ini. Lalu tangan pula rancak menaip berkongsi genta yang terasa. Astagfirullah. Ampunkan aku ya Robb.. Hambamu ini hamba yang lemah.
 
Allahumma inni a'uzubika minnal hammi wal hazzan
wa a'uzubika minnal ajzi wal khasal
wa a'uzubika minnal jubn wal buhl
wa a'uzubika min qhalabatid daini wa qohril rijjal.
 
ya Allah, masukkanlah aku melalui jalan yang mulia
keluarkanlah aku dari jalan yang mulia juga
dan berikanlah hujah keterangan serta kekuatan dari sisiMu untuk menolongku.
Kaulah ya Allah sebaik pelindung dan penolong.
 
Tiada terdaya rasanya untuk terus menidakkan nikmat-nikmat yang Allah telah berikan. Dan tidak terdaya rasanya andai nikmat-nikmat ini ditarik dalam kita masih memerlukan. Allah cukup sempurna. Memberikan kecukupan kepada makhluknya. Ya. Allah lah yang hebat. makrifat tentangnya perlu diterjah. Agar menjadi perisai dalam mengenal Allah untuk menangkis pandangan buruk kafir laknatullah.
 
Sungguh, Dia benar-benar tidak memungkiri janji!!
 
Duhai hati, sabar ya.
Ujian ini mehnah
mehnah dalam rehlah kehidupan
rencah tradisi memperkasa peribadi.
 
Duhai kekasih,
Aku mengimpi kau yang soleh
Walau aku bukanlah sesolehah
seperti bayanganmu
Aku ingin dipimpin
bersama kesolehanmu
dalam kehidupan
untuk lebih mengenal Tuhan kita yang satu
mencambah sakinah dalam baitul muslim yang diimpi.
 
Aku bukan solehah,
tapi ingin sekali menjadi yang solehah,
buat ayahku sebelum dirimu
dan untuk dirimu agar nanti
aku tidak memberikan dosa kepadamu untuk memikulnya.
Benar, aku tidak solehah.
tapi mengimpikan engkau yang soleh
membawa aku ke syurga Firdausi.
 
Hormati aku di dalam hatimu
maka engkaulah yang terhormat dihatiku
dan hati kita akan tetap memuliakan Allah
Andai ada rindu dan kasih tercambah dan terluah sebelum ini,
aku harap ia terpadam sedikit demi sedikit dek jarak yang memisahkan
kerana penyatuannya nanti aku harap ia lebih hebat
dengan Rahmat dari Allah.
 
Inilah nikmat yang Allah beri.
Jarak. Masa.
Menghadirkan peluang memperbaiki diri.
Doa kepada rabb al-izzah mempertemukan
kasih dalam keyakinan padaNYA
Terbaik disisiNya,
maka baiklah disisi kita.
 
 
dek hati yang sedang kelam digamit dosa silam
8 muharam 1435h,
Sg Tangkas, Kajang
 
 
 

Sabtu, 2 November 2013

Di Sebalik Doa Dhuha

 
Bismillahirrahmannirrahim, selawat dan salam buat nabi junjungan saw.
 

“Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu, kecantikan itu ialah kecantikan-Mu , keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu". "Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh.''

Solat Sunat Dhuha, antara salah satu solat sunat yang sangat dianjurkan oleh Nabi Muhammad saw.
 
 
“Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”
 
Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”  
(HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
 
Kebanyakan dari kita telah tahu, Solat sunat Dhuha adalah solat sunat yang dilakukan dalam dua rakaat 'kebiasaannya'. Cuma, apa yang saya ingin kongsikan di sini adalah di sebalik doa yang dibacakan selepas selesai menunaikan solat tersebut..
 
Tiap kali berdoa selepas solat sunat Dhuha ini, dalam hati saya menjentik-jentik dan tersentuh isi tersirat sebalik doa ini. Apa yang sering saya fikir melalui doa ini ialah, Allah tuhan yang Esa, Dia ar-Rahman, Dia ar-Rahim. Dia yang Maha Memiliki. Maha Kaya, Maha Pemurah. Maha Adil. Dia yang maha Tahu semuanya.
 
Saya sering berfikir...
- Kita tidak tahu di mana rezeki untuk kita berada.. Sebab itu kita memohon jika ia berada di atas langit, tidak mampu dicapai oleh kita, maka kita mohon agar allah turunkannya untuk kita. Hujan. Hujan adalah rezeki. Datang dari mana hujan? Yes, langit... Cahaya juga datang dari tempat tinggi... Maka kita memohon agar Allah memberikan kita cahaya, petunjuk, nur, pedoman. Dengan izinNYA. Melalui rezeki itu, yang kadangkala kita pandang sebelah mata sahaja adalah langkah awal untuk kita terus mengorak langkah mencari rezeki-rezeki seterusnya.
 
- Justeru, kita juga meminta jika masih berada di dalam muka bumi ini, maka keluarkanlah. Dalam keadaan ini, saya berfikir... rezeki bukan sahaja dalam bentuk nikmat, tetapi juga ujian.  Bukan sahaja dalam bentuk fizikal, tetapi mental. Tidak juga konkrit, tetapi abstrak. Andai berada dalam ujian yang tidak mampu untuk dihadapi, mudah-mudahan Allah mengeluarkan kita dari ujian/masalah tersebut. Hasilnya itu adalah rezeki. Untuk kita terus maju mencari ketenangan milik ALLAH.
 
- Jika jauh dekatkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram maka sucikanlah... Satu baris doa yang sering buat saya menangis dan berfikir lebih jauh. Benar, dalam hidup ini ada yang Allah tidak izin kita untuk dapat sesuatu itu sekelip mata. Contoh, ada orang yang berkahwin, tetapi perlu tinggal berjauhan. Dalam hal ini, dilihat, hubungan mereka telah sah, tetapi Allah jarakkan atas beberapa asbab yang tidak kita ketahui secara batiniah. Ada pula yang telah bercouple/bertunang/ber'apa-apa' lagi lah kan, tapi Allah belum izin untuk hubungan yang halal, maka bermohonlah agar sesuatu hubungan yang haram itu disucikan melalui pernikahan. Dan sesungguhnya, Allah lah sebaik-baik tempat meminta. Keadaan yang Dia beri tidak pernah terlewat mahupun tercepat. Ada juga kes bilamana ramai orang yang menyukainya atau kita sendiri terlalu suka akan sesuatu perkara/benda, tapi selagi Allah belum izin, dekat macam mana, mampu macam mana pun, Allah tetap tidak akan beri. Boleh sahaja Allah memberikannya dalam suatu bentuk yang berbeza daripada apa yang kita hajati/ingini. Dan kita sahaja yang tidak perasan.
 
- Meminta kepada Allah, Tuhan yang telah memberikan sejuta kebaikan kepada orang-orang soleh yang terdahulu pula adalah menyentuh tentang keyakinan kita kepada kisah-kisah umat nabi terdahulu. Mana umat yang ingkar dengan perintah nabi utusan akan dibinasakan dan kepada yang patuh diberikan kurnia tanpa disangka-sangka. Dan kita umat nabi terakhir, menjadikan kisah-kisah tersebut sebagai tauladan. mengimani bahawa Allah pemilik sekalian alam, Dia yang Mengetahui segala apa yang ada di atas langit dan bumi.
 
- Allahurobbi, Maafi Qalbi Ghairullah, Nur Muhammad saw...
 
wallahua'lam
 
 
Words of today:
Hidupku, matiku, ibadahku adalah kerana ALLAH semata-mata.
Anggap dhuha ini sedekah dan saham kepada anggota badan dan masa yang kita miliki/pinjam ini.
 
Salam 1 November 2013, Tahun baru hijrah bakal menyusul beberapa hari lagi, dan hari ini 27 Z/hijjah telah genap 4 bulan dalam islam. Moga Allah redha dan berpanjangan hingga ke Syurga Firdausi, InshaAllah ^_^

Ahad, 27 Oktober 2013

Bicara Mimpi



Lewat subuh hampir menjelang
Aku bermimpi.
Mimpi didatangi seseorang
yang memang dalam pengenalanku
Dia membingkiskan sebuah kadok
Quran Jameela.

Dalam pada itu,
aku menyatakan mengapa quran ini dan bukan itu?
lantas dia mendiamkan diri.
aku terkebil dalam kesedaran akli.

**segalanya dalam pengetahuan ALLAH **

20 Zulhijjah 1434H, Sg. Tangkas, Kajang.

Rabu, 23 Oktober 2013

Ini Tentang KEYAKINAN

Bismillahirrahmnnirrahim
Selawat dan Salam buat junjungan hebat Nabi Muhammad saw.

Benar, hati ini punya naluri yang unik.
Berubah mengikut keadaan dan situasi.
Terkadang emosinya melebih.
dan terkadang juga rasionalnya meluah-luah.
Allah, hati ini terusik kembali.
Sesaat dua aku pujuk dengan KEYAKINAN.
KEYAKINAN kepadaMU.
KEYAKINAN tentangMU.
KEYAKINAN bersamaMU.
Tapi, terkadang ia tewas.
Mula ada sesah menapak ke segenap jiwa.
Syiling putih.
Dinding putih.
Lantai juga putih.
Aku terperuk dalam kamar yang putih.
Di mana coraknya?
Aku meraba dalam pejam.
Mencari kalau-kalau ada titik yang boleh disambung
Menjadi sebuah corak,
atau hanya garisan lurus.
Ya, ada.. Titik-titik itu wujud.
Wujud terus kalau usahanya menerus.
Tapi sekali lagi aku tewas.
Tewas dengan pujukan syaiton yang mengaburi mata hati.
Allah, hati ini benar-benar terusik.
Aku membayangkan masa depan yang putih.
Aku mengenangkan masa silam yang kelam.
Dan, aku meninggalkan masa kini yang berwarna-warni,
kerna hati ini terusik.
Terusik dengan semua perkara.
Semalam, kelmarin, esok, nanti dan seterusnya.
Percaturan apa yang sedang aku alunkan ini?

Aku hitung semuanya di atas kertas.
Aku canaikan segalanya dalam awangan.
Aku ekspresikan semuanya dalam bayangan.
Semuanya ilusi.
tapi,
ALLAH, pertemuan denganMU benar.

ALLAH,
keluarkanlah aku dari rasa berduka cita,
keluarkanlah aku dari rasa lemah dan malas,
keluarkanlah dari sikap pengecut dan bakhil,
keluarkanlah aku dari cengkaman hutang dan penindasan.

'ihdinashirotol mustaqeem'

Tunjukilah aku jalan yang lurus,
Tunjukilah aku jalan yang benar,
Tunjukilah aku jalan yang sabar,
Tunjukilah aku jalan-jalan itu..

Dan bila hati terdetik lagi,
Aku pejamkan mata.
Bukan kalah dalam kelam,
Tapi aku mencari kekuatan kala hitam menyelubungi dunia maya.
Aku cuba untuk bangkit,
Walau terpaksa meraba.

Hati ini berdetik lagi...
Berdetik untuk terus mengingati ALLAH.


Allah, datangkan ujian dalam banyak perkara. Terkadang kita suka. Adakala kita berduka. Kaya dan miskin bukan jaminan kita bahagia tanpa ujian. Bahagia juga ujian. Semuanya ujian. Memikirkan tentang kehidupan juga ujian. Ujian untuk kita kenal erti YAKIN-IKTIKAD-TAUHID- kepada yang Esa Allah SWT...

Rezeki milik ALLAH. Jodoh, ajal rahsia ALLAH. Rahsia yang menguji kita sejauhmana kita akan tetap YAKIN dengan ALLAH. YAKIN tentang perkara-perkara ghaib. (teringat kisah semut dengan Nabi Sulaiman tentang rezeki-KEYAKINAN semut pada ALLAH & bukan pada Nabi Sulaiman)

Pepatah Melayu sering menyebut, '' jangan nak suka sangat (gelak berlebihan) nanti akhirnya mensti nak menangis.

Dan Nabi Muhammad juga ada berpesan, senyum lah tetapi bersederhanalah dalam ketawa.

Kita tak pernah tahu apapun, manapun, yang terbaik buat kita tanpa pedoman dan petunjuk dari ALLAH,

Dalam Baqarah ayat 216, sesuatu perkara yang bagi kita baik belum tentu baik untuk kita dan perkara yang buruk bagi kita belum tentu benar buruk buat kita ... dan ALLAH yang lebih tahu sedang kamu tidak tahu.

Relate? sesungguhnya kita sering sangat alpa. Alpa bila kesenangan mula menyinggahi kehidupan. Hingga kita rasa ia cukup baik dan sempurna... Tapi hakikatnya, dalam kesenangan itu menjadi akar untuk ujian tumbuh..

Antara kata-kata yang menyinggahi kotak fikiran kala hati terdetik-detik dengan kegundahan:

' jangan fikir apa dunia akan beri pada kita, tapi fikirlah apa yang kita akan beri pada dunia'
' hidup untuk kerja atau kerja untuk hidup?'
' jangan jadi hamba kepada duit '
' jangan terlalu fikir masa depan yang belum pasti ... '
' yakin lah dengan ALLAH, dekatkan diri dengan ALLAH, '
' jemput rezeki ALLAH '

Hati ini benar-benar terusik. Allah, lemahnya rasa. Bersangka setiap masa dengan manusia buat aku terkadang sesah, apatah lagi berburuk sangka, nauzubillah.

Ini tentang KEYAKINAN pada ALLAH...

dan sejenak, aku terfikir dengan post di FB.. seorang makcik yang tersenyum-senyum, dan berkata, 'moga kita berjumpa lagi..... kalau bukan di dunia, kita jumpa di akhirat nanti... ' ALLAHUAKHBAR!!
Dan makcik terus tersenyum sambil mengenggam erat tangan si gadis...

Ini tentang KEYAKINAN pada ALLAH...

Wallahua'lam

words of today:
Sebarkan salam dan bahagia..semoga semuanya dalam pemeliharaan ALLAH~janji ALLAH benar~




Rabu, 2 Oktober 2013

BERTUNANG 2013.... kahwin? jeng-jeng-jeng (hanya sebuah draf yang tersimpan, kini diterbitkan untuk tatapan)

Bismillahirrahmannirrahim,
Assalamualaikum wbt...
Sebaik-baik manusia merancang tetapi ketetapan ALLAH yang Maha sempurna. Telah tertetap setiap yang berlaku sejak di Luh Mahfuz... dan ketika Rabb mu mengatakan "jadi, maka jadilah ia"
Rancangan bertunang? Budget bertunang? Kenapa bertunang awal sedangkan kamu dan sidia belum memiliki apa-apa kekayaan berbentuk material?
Oh.. please stop saying the nonsense words and phrases...
Rezeki dari ALLAH... Naluri dari ALLAH... Ingat senang-senang nak buat keputusan bertunang tanpa asbab yang kukuh? Bertunang sebab orang lain pun dah bertunang? Bertunang sebab suka-suka?
Jom jawab:
Rancangan bertunang saya dan dia (^_^)
-kami bertunang kerana ALLAH. Persediaan yang sederhana. (nanti tengok gambar, sederhana ke tidak ye)
Budget Bertunang?
-kami tak membudget kos untuk bertunang.
-kami hanya membudget 5 berbalas 7
-barang-barang untuk kedua belah pihak dibeli sendiri oleh setiap pasangan untuk diberikan kepada pasangannya (dalam kes ni, kebanyakan bakal pentunang lebih suka untuk membeli barang mereka sendiri lalu memberikannya kepada pasangannya untuk digubah dan dijadikan barang hantaran. Contoh: si lelaki akan membeli sendiri baju, kasut, barang rias dan lain-lain barang yang digunakannya, lalu akan diberikan kepada si perempuan untuk digubah. Begitu juga perihalnya si perempuan akan membeli barangnya sendiri sebelum diberikan kepada si lelaki. Keadaan ini berlaku ekoran daripada masalah jarak antara dua pasangan yang berjauhan dan sukar untuk membeli barang bersama-sama. Jadi, alternatifnya adalah demikian.) ~akan tetapi, saya dan dia tidak begitu, walaupun kami berjauhan, kami tetap menyediakan barang untuk kegunaan pihak sebelah. Contoh, saya akan menyediakan baju melayu, kain pelikat dan laian-lain barangan untuk si dia. Begitu juga dgn si dia yang akan menyediakan barangan kegunaan saya untuk saya. Kebaikan keadaan ini: 1- mengeratkan hubungan antara dua belah pihak, sebab kalian akan mengambil tahu tentang pasangan kalian. Contoh, tahu saiz baju, saiz kasut, kegemaran dan lain-lain. 2- menjadi diri sendiri. Kerana anda akan membeli mengikut kemampuan anda berdasarkan keperluan pihak sebelah berbanding anda membeli sendiri untuk kepentingan diri anda sendiri. 3- rasa lebih dihargai dan menghargai, sebab apa? sebab yang beli tu kan pasangan anda so, nilai penghargaan kepada sesuatu barangan tersebut lebih tinggi..ini juga berdasarkan konsep use value and exchange value, contoh, jika sidia membelikan baju untuk anda, muat atau tidak muat sebaiknya anda akan memakainya sebaiknya. kan. xkan nak buang r bagi kat orang kan... 4- memupuk semangat kerjasama dan persefahaman. Ye la, kalau kalian membeli barang kalian sendiri, sifat dan sikap bekerjasama dan persefahaman akan sukar dipupuk. Sebab, kalau kita beli sendiri barang untuk kita, maka kita akan membeli mengikut kepala hangin kkita sendiri.. TETAPI, kalau kita membeli untuk orang lain pastinya kita akan membeli yang terbaik hasil perbincangan yang telah diadakan kedua belah pihak. Ok...that all... inshaallah.
-jadi, budget bertunang is, simple tapi bermakna untuk kedua belah pihak... :) nice kan :)
Kenapa bertunang awal sedangkan saya dan sidia belum memiliki kekayaan berbentuk material?
-tolong jangan tanya kat orang yang nak bertunang soalan sebegini. Sama juga jangan bertanya sedemikian kepada orang yang dalam proses untuk berkahwin.. sesungguhnya, hati-hati mereka ini sedang lembut dan mudah terasa. Jadi jangan buatkan soalan2 itu menghantui hati dan pemikiran mereka hingga menggoyah keyakinan mereka terhadap apa yang mereka yakini dalam proses-proses tersebut.
-saya kalau nak tunggu dia kaya, xbertunang xbernikah le kami. Ye dak? Dia kalau tunggu saya jadi datin/dato, xkemana la jang ye...
-kami bertunang kerana ALLAH. Setelah berbincang dan memilih dengan pemilihan dari ALLAH (rindu dengan keadaan tersebut; allahurabbi, astagfirullah ya rabb)
Kenapa bertunang?
-seperti yang telah saya katakana tadi di atas, bertunang kerana ALLAH, cukuplah. Usah diungkit lagi persoalan kenapa saya dan dia bertunang. Cukuplah, ia menjadi dasar atau alat agar hubungan kami lebih diberkati dengan izin para wali dan keluarga.
Bertunang sebab orang lain pun dah bertunang?
-No at all semua readers.. kalau saya bertunang sebab orang lain pun dah bertunang, kenapa saya tak terus kahwin je sebab orang lain pun dah berkahwin kan. Yang penting, kami bertunang kerana ALLAH, kerana keluarga dan kerana kami sendiri. Cukuplah hanya ALLAH yang tahu :)
Bertunang sebab suka-suka?
-ALLAHURABBI, yang ni lagi la jauh langit dari bumi. Kami bertunang bukan sebab suka-suka.. bertunang ni pun dah menjadi dan meningkat satu lagi tanggungjawab dalam diri kami.
-tanggungjawab bertambah menjadi pasangan pentunang, bakal menant kedua belah pihak dan secara tak langsung, semuanya menjadi amanah. Kalau sebelum bertunang, kita lebih bebas dan hanya perlu menjaga maruah serta hak keluarga sendiri, tetapi bila dah bertunang menjadi double-marble tanggungjawab. tanggungjawab sebagai, hamba, anak, bakal menantu, sahabat, pentunang, pelajar, pekerja, sahabat dll...xke berganda? dah tu xkan sedap2 je nak bertunang ye.
-bertunang ni moga jadi alur yang membawa kepada keseriusan dalam pembentukan baitii jannati... masa ni juga akan mula urusan-urusan perbincangan hal perkahwinan dan sebagainya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Inshaallah, itu sahaja cerita tentang tunang, pertunangan dan pentunang.
Jadilah tuning yang setia dan saksama. Penyayang dan bertoleransi.
Mulakan usaha, cambah benih kasih-sayang sesama keluarga, sendiri mahupun bakal mertua.
Mulakan rangka ekonomi, social, akademi dan zahiriah, lahiriah, batiniah dan spiritual demi membangunkan sebuah ummah yang berkualiti Iman, islam dan ihsan.
Jom layan gambar tunang yang sempat tersnap tanggal ......... 2013 :)
hantaran dari perempuan kepada lelaki (lebih daripada 7 sebenarnya)

 hantaran lelaki kepada saya(lebih juga kan)


FYI, my hantaran totally DIY dari saya dan my sis-in-law sendiri ok... xda makna nak tempah2 diluar yang super mahal. in mission: bertunang simple-mimple sokmo k :) last2, en. tunang cakap, simple apa mcm tu. macam kenduri besau je... Bukan kenduri besau, cuma campur dengan majlis tahlil dan kenduri arwah. Jemputan pula ahli Qariah Surau al-khasaniah kan... uhhu...

My first touch and innovation of ring-rang-rong-smelly too cute :)
Yang ni boleh la kalau korang nak tiru. idea ni keluar bila kami merancang main-main ank bertunang..maybe 2-3 bulan sebelum bertunang, senang je... beli kertas origami untuk bintang lipat2 n warna/I, lilin Wangi, bekas kaca, cincin... ekceli, pengganti kepada potpourri... ahha..comel kan idea saya... tapi, some people mesti cakap, membazirlah, apalah...tah, bagi saya yang satu ni je say buat bersebab...uhhu... betul..Nampak cam membazir n lari dari focus asal kami bertunang..macam saya cakap tadi, ada sebab saya buat... uhhu.. fahamilah...ngeee

 Gubahan ni hasil idea saya dengan kawan saya. Dia punya design lain dari saya fikir2 dan susah nak susun. Last2 saya buat macam dalam gambar, then she said'' wahh..boleh tahan juga ko punya idea'' uhhu... sepasang baju melayu + kain pelikat, deko sikit dengan bunga ''paper crepe''
Tema:
1-Takde tema khas, my sis in law cakap macam bubur caca, my sweet sis pula komplen macam ABC
Tapi, mula2 saya decide nak buat tema hitam, tapi kusam sangat, tu yang letak bunga biru, extra kusam...letakla pink sikit...konon menyerlah kan.hihi.. tu yang jadi pelangi-pelanga...cute apa kan...
Saya jawab: bubur caca and ABC pun sodap kan, so... ada mau jawab lagi ka? aiyaa... yang penting happy2 kami membuatnya...
2- bunga dari crepe paper-so kalau nak order saya buat bunga paper crepe boleh la hello-hello saya  
Ok...setakat itu sahaja entry perkongsian saya berkaitan BERTUNANG 2013... silalah ye hello-hello kalau memerlukan khidmat saya membuat bunga paper crepe/gubahan hantaran... ok...
terima kasih kerana meluangkan masa membaca :) syukran jiddan
words of today:
semoga pertunangan kita semua berakhir dengan sebuah ikatan pernikahan yang diredhai ALLAH dunia wa akhirat dan hingga ke syurga Firdausi, inshaallah, syukur ya ALLAH atas segala aturanMU, seindah aturanMU ya ALLAH :)