alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

Selasa, 27 Disember 2011

halwa telinga

Bismillahhirrahmannirrahim
Assalamualaikum wbt

Berehat sebentar di laman blog~~~
sambil telinga memasang earphone mendengar ceramah tentang kehidupan rumah tangga di ikim.fm (ulangan)...

ahha...macam-macam ragam yang macam-macam ragam..asam garam hidup berumah tangga---

1. bila dah kahwin, mak ayah tak nak lepaskan anak, terutama anak perempuan ke pangkuan suaminya.

2. anak, biasanya anak perempuan yang tak sanggup berpisah dengan mak ayah bila sah-sah dah sah bersuami.

3. dengar cakap isteri- tahun ni raya rumah saya, tahun depan rumah saya, tahun-tahun depan pun rumah mak saya juga...soo???

4. isteri/suami akan sangat rapat dengan mak-bersedialah bila salah seorang pasangan sangat rapat dengan keluarga mereka. berusaha untuk turut serta, turut rapat dengan keluarga yang mereka rapati tersebut, supaya si dia akan boleh untuk rapat dengan keluarga kesayangan kamu juga----berkahwin bukan dengan pasangan sahaja, tetapi perlu berkahwin dengan keluarganya sekali.

5. queen or king control

6. suka cari kesalahan atau ketaksempurnaan pasangan

7. masalah poligami---suami kena pandai ambil tindakan, pandai tangan yang mencincang, pantas bahu juga mampu untuk menanngung bebannya.

8. konsep "Qurrata Aini" yang berbeza-beza dalam setiap diri pasangan...baca surah Furqan ayat 74.

9. kalau rasa anak perempuan dah berubah, si ibu ambil air wuduk dan usap di muka anak.

10. sikap berkasih sayang, hormat-menghormati, romantik selalu dengan pasangan.

11. pasangan jangan memburukkan anak-anak. amanah dari ALLAH.

12. belajar rumah tangga sepenuhnya jangan lupa ilmu-ilmu lain juga.

13. sentiasa meningkatkan ilmu untuk meningkatkan kualiti dalam rumah tangga, tetapkan pencapaian, jangan marah-marah, jangan berdangkal. ALLAH tak lihat bagaimana kita memulakan tetapi bagaimana ia berakhir. semoga dalam pengakhiran yang baik.

by ustaz Muhammad Bin Abdullah @ radio ikim.fm



p/s: tak rugi menuntut ilmu walau dari mana cabang sekalipun. ilmu menjadi rujukan mana yang tidak tahu..jangan sombong dalam menuntut ilmu supaya dapat keluar dari kesesatan, kegelapan dan kejahilan... semakin banyak ilmu yang dicari, semakin banyak kelompangan dan kekurangan yang akan terpancar dari dalam diri. semakin sedar bahawa kita ini kurang berpengetahuan. Jadi, buang tabiat yang suka mengatakan 'alah, aku dah tahu semua tu' tapi katakan 'aku tak tahu pun dan aku nak tahu'.. belajar apa yang kita rasa kita tahu akan buat kita belajar sambil lewa berbanding jika kita belajar sebab kita tak tahu dan nak mabil tahu, kita akan belajar bersungguh-sungguh. Beri peluang kepada otak dan akal untuk bertemu ilmu-ilmu baru. jangan biarkan setiap saat dibazirkan tanpa ilmu yang bermanfaat. Jadikan kehidupan penuh keindahan dan warna-warni dengan ilmu pengetahuan...

wallahu a'lam


words of today
Ilmu cahaya akal, memandu akal dan hati untuk memikirkan setiap kebesaran ciptaan ALLAH swt...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan