alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

Rabu, 21 Disember 2011

mulianya WANITA di dalam ISLAM

Bismillahhirrahmannirrahim
Assalamualaikum wbt...



Syukur kepada ALLAH atas kurniaan_NYA pada hari ini dan saat ini..

wanita sebelum kedatangan agama Islam adalah dipandang hina bahkan bayi-bayi perempuan juga akan dibunuh sejurus dilahirkan. tambahan lagi, wanita hanya dijadikan sebagai alat pemuas nafsu semata-mata dan dalam soal muamalat, wanita langsung tidak mempunyai hak untuk mewarisi harta, suami dengan sewenang-wenangnya menyerahkan isteri kepada sahabat-sahabat seterusnya mencari wanita-wanita lain. (fikiran JAHILIYAH)

Allah S.w.t berfirman yang maksudnya, “Dan apabila seseorang dari mereka diberi khabar dengan kelahiran anak perempuan, hitamlah (merah padamlah) mukanya dan dia sangat marah." Surah An Nahl : Ayat 58

Akan tetapi, setelah kedatangan Islam yang Syumul, taraf dan kedudukan wanita telah dimuliakan di dalam Islam... malahan, wanita menjadi tulang belakang kepada pembangunan ummah, namun ramai yang tidak faham hakikat sebenar seorang wanita bahkan dalam diri wanita itu sendiri. dan Barat dengan bersungguh-sungguh memperdayakan wanita dengan banyak cara seperti fesyen keterlaluan, budaya hedonisme, lesbian, seks bebas dan banyak lagi..penyebaran untuk merosakkan wanita adalah melalui BUDAYA...dan syaitan juga menjadi semakin rakus menyesatkan wanita apabila telah ada jalan dari Barat... syaitan memusuhi umat manusia sejak Adam diciptakan oleh ALLAH dan dalam khutbah terakhir Nabi Muhammad saw,
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

maka syaitan tidak pernah berhenti untuk menyesatkan manusia. ALLAH kurniakan akal fikiran untuk memikirkan dan membezakan mana yang baik dan buruk tetapi, janganlah menjadi hamba kepada akal semata-mata!!!

"wanita, hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah..."

Rasulullah saw pernah bersabda yang maksudnya : "Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah." hari Muslim

"terciptanya wanita dari rusuk lelaki..." bukan menandakan wanita itu lemah, tetapi menjadi tulang belakang kejayaan dari setiap usaha suaminya, bapanya, anak lelakinya, menjadi peneman dikala susah dan senang

tingginya darjat seorang wanita telah ALLAH muliakan dalam firman-firmannya:

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu, maka wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri". an-Nisa', 34.

“Dan barang siapa yang melakukan amal soleh dari kalangan laki-laki dan waanita dalam keadaan dia beriman maka mereka akan masuk ke dalam syurga dan mereka tidak di zalimi sedikit pun.” An Nisa’, 124

"Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah, Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya." Ar Ruum, 21

Wanita sebagai sumber kasih, sayang dan kelembutan. " Dan dijadikan diantaramu rasa kasih dan sayang." Ar Ruum, 21

Wanita berperanan melahirkan zuriat dan memberi pendidikan.
"Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis-jenis kamu sendiri dan menjadikan dari isteri- isteri itu, anak-anak dan cucu-cucu." An Nahl,72



~~maka berbanggalah menjadi seorang wanita dengan mengikuti segala syariat yang telah ditetapkan. Tutuplah aurat kerana nilainya yang sangat tinggi. Jagalah maruah dan keaiban diri sendiri juga orang lain nescaya ALLAH akan menjaga maruah dan menutup keaibanmu. BERBANGGALAH menjadi wanita kerana ALLAH menciptakan serta menceritakan tentang wanita di dalam al-Quran bukti ISLAM memartabatkan wanita...ALHAMDULILLAH born/being as mousleemah (*__^)

"perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki yang keji & lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji pula, sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik pula. mereka itu bersih dari apa yang diperkatakan orang. mereka memperoleh ampunan & rezeki yang mulia (Syurga)." an-Nur, 26

sesungguhnya janji ALLAH yang benar, peganglah janji ALLAH~~tiada apa-apa pada janji manusia yang suka membuat kerosakan dan kehancuran...



wallahua'lam


Berikut merupakan keistimewaan wanita menurut Islam, menunjukkan betapa Islam begitu menghormati dan menghargai para wanita yang sholehah. Berbahagialah engkau wahai bidadari penghuni syurga…… !

1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

2. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

3. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.

4. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah- olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

12. Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W., siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” tanya Aisyah kembali, Jawab Rasulullah S.A.W. “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1000 lelaki yang jahat.

22. Rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

23. Wanita yang memberi minum air susu ibu (asi) kepada anaknya daripada badannya (susu badannya sendiri) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

24. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

28. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo(2½ thn),maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

37. Jika wanita memicit/mijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

38. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

39. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

40. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

http://umar-alfarouk.blogspot.com/2011/03/40-keistimewaan-wanita-menurut-islam.html#ixzz1h9WOqr7D---read continuously (^__*)

words of today:
Selawat ke atas nabi dan selalulah bersyukur dengan segala kurniaan ALLAH.
Allahhumma Solli A'la Muhammad...Alhamdulillah hi rabbil a'lamin
tingkatkan iman dan ilmu, sebaik-baik hamba adalah yang bertaqwa di sisi ALLAH swt.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan