alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

Khamis, 5 Januari 2012

STRESS untuk kawalan ~part 1

Bimillahhirrahmannirrahim
Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, Syukur kepada ALLAH untuk segala keadaan yang diberikan oleh_NYA,
baik atau buruk dalam pandangan kita tetapi yang sempurna daripada ALLAH untuk setiap makhluk yang dikasihi_NYA~~itu yang sentiasa disalah tafsir oleh kita sebagai hamba_NYA~~bersangka baik dengan ALLAH sentiasa..tingkatkan amal kukuhkan iman~~~

Alhamdulillah, kerana ALLAH telah memberikan ruang dan peluang untuk merasa dan menangani STRESS...STRESS yang tidak pernah lari dari dalam kehidupan manusia dan STRESS bukanlah musibah tetapi hadiah~~dalam menjadikan kita hamba yang sentiasa berfikir untuk menghadapi STRESS serta menanganinya..STRESS sebagai hadiah untuk membolehkan diri mencapai tahap pembaikan yang lebih baik, menuju suatu perubahan yang positif dan meningkatkan tahap kemampuan diri dalam sesuatu perkara.INSHAALLAH :)

~~perbincangan bersama teman study untuk merehatkan otak seketika~~

'nak bertunang perlukan budget yang tinggi ke?'

jawapan mereka:
Terpulang pada pasangan tersebut. Tapi kalau dalam kedudukan macam kita yang masih belajar, bertunang tu sekadarnya pun dah memadai. Tapi kebiasaannya, duit masih menjadi masalah kan. Pihak lelaki yang dah kerja ok lah. Mereka ada sumber pendapatan untuk menyediakan dulang-dulang hantaran. Tapi, kejap, perlukah barang-barang hantaran sampai 15 dulang? aku rasa, bagilah separuh dulu. separuh lagi bagi masa korang kahwin nanti..."KORANG" ;)tapi kita kan takde sumber pendapatan. macam mana nak beli barang-barang tu semua? (jawapan dari responden kedua) kita kan masih berada di bawah tanggungjawab mak ayah, jadi kita boleh minta belanja dari mereka. lagi pun, agak-agaklah kan, takkan nak beli barang yang mahal-mahal. ikut kemampuanlah... lagipun, pihak lelaki yang lebih banyak keluar belanja sebab dia dengan keluarga nak pergi ke rumah perempuan perlukan kos. nak beli cincin lagi...hurmmm...(protes) dah tu kalau ikut kemampuan kita yang tak mampu ni, tak patutlah bertunang kan~~mereka no komen dan saling berpandangan... :) TERPULANG kata salah seorangnya... :)~
pendapat cik nuzamd~~malula--nak bertunang, tapi masih nak pakai duit mak ayah...irresponsible je gayanya = matlamat tidak menghalalkan cara...betul tak?

"apa warna tema korang nak guna?"

jawapan~~
aku nak kaler ungu, coklat...tapi bakal tunang ak tu nak kaler silver
aku lak nak kaler marron. hitam emas...lawa~~~
~~cadangan cik nuzamd, bagilah kaler silver kat bakal tunang, n mintak bakal tunang bagi salah satu kaler yang diingini...warna kedua yang disukai pula tu,buat time lebihan hantaran (masa kahwin kelak)...jawpan cik nuzamd???? kuning diRaja...boleh? :D

'macammana pula dengan wang hantaran?'
jawapan mereka~~
1-mak aku cakap, mak aku letak RM5000 je..tak nak mahal-mahal. susahkan lelaki. Kahwinkan untuk menyenangkan, bukan memudaratkan..
2-RM5000 je...kawan kita yang pre degree tu pun RM12000 tau...mak aku minta kat bakal laki aku tu RM17000... (cik nuzamd n chah yang tercengang)
1- kat sini dah jadi macam adat ye hantaran letak tinggi-tinggi. kat tempat aku, paling tinggi setakat ni pun RM10000 ribu je...pengarah hospital lagi tu mereka... perlukah hantaran tinggi-tinggi?

2- tu la bezanya sana dengan sini. kat sini paling rendah RM8000. tu pun kat kampung aku 4tahun lepas rasanya. sekarang ni paling tinggi RM20000...(sekali lagi tercengang)...tapi bakal tunang aku tu katanya nak bagi RM15000 je. dan mak aku buat dua kata putus... RM15000 tambah kerbau atau lembu untuk kenduri dengan set bilik tidur atau tetap RM17000 sahaja...

bagi cik nuzamd--terpulang...orang menilai nilai duit@material dari banyak perspektif.. bagi ciknuzamd, hantaran sebagai hadiah untuk walimah tetapi jangan sampai memudaratkan. untuk ciknuzamd, entah berapa ye? berapa-berapa je lah...yang penting keberkatannya.. letak tinggi-tinggi nak jual anak/diri ikut pasaran semasa kah? yang penting mahar.. dan yang lagi penting kehidupan lepas kahwin tu... sekali derap letak tinggi berbelas riban, habis la la tu juga..dah kahwin makan pasio duk kat pondok..minta dijauhkan ye...fikir elok-elok eh...tapi sebenarnya, bagi galakan juga kepada si lelaki untuk lebih berkerja keras dan berusaha~~~

"lagi...apa impian wedding day korang ye?"

~~to be continue. INSHAALLAH

words of today
Dari Abdullah bin Zubair, sabda Rasulullah S.A.W: Rahsiakan pertunangan, sebarkan pernikahan. (Hadis Riwayat Ahmad dan Ad-Dailami

Tiada ulasan:

Catat Ulasan