alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

Rabu, 15 Februari 2012

TERAPI

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM


Alhamdulillah..alam sekeliling memberikan ketenangan yang tidak berbelah bahagi… sedari pagi, dunia telah diceriakan dengan jerit pekik burung yang terbang bebas. Ciap miap kicauannya turut memberikan kita ruang yang bebas. Ada sebaris senyum terukir kala melihat matahari sedang terbit. Sinar UV awal paginya yang mengandungi vitamin E baik untuk kulit wajah. Natural neutrein. Alhadulillah, syukur kepada ALLAH. Semuanya ciptaan DIA yang Maha Perkasa maha Hebat. A Great Creator is ALLAH. Kemudian, diberikan pula waktu Dhuha yang panjang agar mahkluknya ada ruang khas untuk bertemu dengan penciptanya. Mempunyai waktu rehat setelah beberapa jam memulakan tugas di awal pagi. Tidak kiralah suri rumah, pelajar mahupun pekerja, waktu Dhuha terisi dengan solat sunat dan doa yang dipanjatkan kepada ALLAH agar memurahkan lagi rezeki.


Sekilas ikan di air, ada tenang yang mengundang di jiwa. Damai mata melihat ikan-ikan berenang di parit. Sambil memberikan makan… “hei ikan si ikan kaloi, timbullah ikan. Makan, makan. Ini rezeki kamu.” Bukan ikan kaloi pun. Zaman bawang merang bawang putih telah berlalu. Entah ada lagi atau tidak ikan kaloi si putih. Seronok. Sangat tenang damai dan asyik tengok ikan-ikan sepat. Berkeluarga. Berenang bersama-sama. Bermain di dalam air. Dunia ikan. Dunia manusia? Ikan pun sembunyikan diri bila lihat manusia mendekat ke gigi air. Manusia ni kejamkah? Mereka sangat takut kalau manusia menangkap lantas mereka menyembunyikan diri di balik ranting-ranting yang tenggelam. Their playground. Suasana yang redup. Berangin. Hati yang lesu jadi segar. Otak yang kusut jadi ringan. Ya ALLAH… semua nikmat.


Kala petang menjengah, inilah waktunya yang ditunggu. Melihat matahari terbenam diufuk barat. Sanggup berbaring di atas pasir pantai melihat cantiknya langit yang berwarna jingga. Perginya matahari, datangnya bulan dan bintang mengganti tugas pada malam hari. Perlahan-lahan juga membawa manusia yang ralit dengan aktiviti seharian untuk pulang. Beburung juga turut sama. Terbang sekawan pulang ke sarang. Hiruk pikuk suara siang diganti dengan alunan unggas dan katak yang berbunyi menjadi penghibur setia. Cukup merdu. Tenang, damai, aman, makmur. Alhamdulillah. Kitaran hidup yang ALLAH beri menjadi TERAPI buat semua penghuni alam. Tanpa ada tekanan yang menggugat.



Malam merangkak pergi bertemu semula dengan siang yang makmur. inshaALLAH ;)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan