alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

Selasa, 19 Januari 2016

entry ditangguhkan.inshaallah.jika jodohnya panjang, inshaallah..Milik Allahlah segala apa yang ada dilangit dan dibumi~ ia sedia dibaca.

25 Jamadil Akhir 1434H

25 jamadil akhir 1434 h. Lamaran. Entah.. Entah ini lamaran kali keberapa. Yang pasti ia adalah lamaran kedua yang aku terima daripada lamaran-lamaran lain.

-Demi mencapai suatu yg sangat indah, perit dan lelah itu lumrah. Teruskan bersabar, walaupun ia amat payah. Demi mencapai redha Allah, aku jauhkan cinta sebelum bernikah. Kerana setia ku terhadap Allah dan Rasulullah. Demi mencapai jannah. Sehingga saat itu..aku ingin yakin, bahawa engkau indah seperti janji Tuhan. Walaupun kini, aku parah menanti dirimu, bakal zaujahku.-shauqiazmi's status on 1 Rejab 1434H


Bismillahirrahmannirrahim

 43-Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis.

 44-Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang mematikan dan menghidupkan

 45-Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menciptakan pasangan - lelaki dan perempuan.

 An-Najm~~zaqyanur's status on 1 Rejab 1434 H


Ya.. hanya sebuah lamaran. Pastinya belum tahu. Indahnya khabar dari rupa. Atau ini ujian dari ALLAH. Godaan dari Syaitan.
YA... lamaran ini tak pernah dirancang. Cuma kami berfirasat dengan pilihan istikharah kepada ALLAH. Takut juga andai istikharah itu umpama mempermainkan takdir. Tidak. Inshaallah.. Selagi berlalu dalam hukum dan syariatnya, aku yakin inilah yang terbaik.

Justeru? justeru aku dan dia perlu sabar. Cabarannya hebat. Dugaannya kuat. Ujiannya sungguh ketat. Mampukah kami?
Inshaallah. andai jodoh lamaran ini berpanjangan hingga ijab dab qabul berlangsung. Sungguh. Aku sungguh Redha. Mudah-mudahan aku diberikan kekuatan untuk Redha.

Duhai diri yang melamarku...nantikan aku dibatasan waktu yang ALLAH telah tetapkan. Dan sehingga itu aku yakin semuanya baik-baik sahaja dengan ALLAH sebagai pemeliharamu.

Bila masanya telah tiba... Aku harap kita menyatu dengan rasa Cinta Rabbul Izzati. Merafakkan syukur kehadrat ilahi yang punya Kudrat & Iradat... Sehingga tibanya saat itu, aku mohonkan kesabaran buat kita.


Inshaallah. Masanya akan tiba...


25 Rejab 1434 H



Kini sebulan telah berlalu... macam-macam perkara berlaku. Benar tekaan kami. Ujian pada saat ini banyak yang berlaku. kalau tidak melibatkan orang lain, ia melibatkan diri kami sendiri. Sepertimana hati dan jiwa terganggu dengan perasaan masing-masing. Inilah...Mungkinlah...Zina hati. Nauzubillah. Kalau yang berlaku ini adalah langkah-langkah ke arah itu, saya tidak mahu lagi terjebak.

Ya... memang. Kami sering berhubung. Melalui Facebook, Whatapps, SMS dan call... Alhamdulillah.. kami belum terniat nak install We Chat, Line dan sebagainya.

Dalam pada berhubung tu...banyak yang dikongsikan. Tapi saya dan dia sering mengingati agar tidak melepasi batas yang tertetap oleh syarak. Lagipun, saya kalau boleh nak jga kesucian dan kemurnian niat dia dan lamaran dia ke atas saya di hadapan orang tua saya. YES...

Tapi...sepanjang sebulan tu... Rasanya sayalah yang paling mengada-ngada. Some weeks saya boleh tahan but some weeks lagi saya tak boleh tahan. Ok jangan salah faham apa yang saya boleh tahan, tak boleh tahan... Macam ni, kadang-kadang, saya boleh je tahan tak contact dia langsung. Buat tak tahu je kan. Tapi bila kena yang hormon nyanyuk, saya nak keep contact dengan dia. Yes... Perkara ni jadi seminggu sebelum sebulan... Saya nak text dia selalu. Dah lepas tu saya fikir semula... Kenapa saya berperangai sedemikian... uhhu...



Masa Date of My Birthday pun.. kami keep SMS... saya tak jangka dia akan ingat my DOB. Sebenarnya saya pun lupa esok b'day saya. Sebab ramai dah wish sehari sebelum my DOB.So macam confius... Tepat 0000 26 May 2013 dia call saya. to wish my b'day...saya tercengang sekejap. Melihat jam dinding. Betul ke b'day saya... bukan semalam dah ada orang wish ke... Rasa nak marah tu dah ada sebab dia wish lambat kan... Lepas tu saya terdiam...diam dan diam...saya fikir semula... Ok..betul..b'day saya malam itu. Bukan semalam. Tapi saya masih lagi terdiam membuatkan dia bertanya-tanya-tanya. kenapa saya diam. Sebenarnya saya teruja, terkesima..Semua perasaan ada. Tu la kan. Bila tak disangka-sangka jadi, jadi macam tu la...hehehe.. ok bahagia sekejap :)



Saya minta hadiah. Katanya nanti masa tunang. Ok.. Saya dah tak fikir. Saya pun saja je. Bukan serius nak hadiah.. hihi... Apapun, sejak b'day saya tu, banyak yang kami janji. Berjanji untuk lebih menjaga hati dan perasaan masing-masing agar tidak ternoda atau dinodai atau menodai/kan.***Itu cerita masa b'day saya.***

Sampailah dia selesai menghadirkan diri ke temuduga SPA dan menduduki 2 kertas exam, kami jadi slow semula dalam berhubungan. Masih SMS. Tapi tidak sekerap zaman saya mengada-ngada tu... SMS sekadar bertanya khabar dan keadaan seharian. OK. Saya boleh je sebenarnya berkeadaan sedemikian. SABAR la kan. 

Dan seterusnya, mood saya mula berubah ke hari-hari hampir sebulan. Entah saya pun tak tahu kenapa dan mengapa. Penat dan letih mungkin menjadi salah satu faktornya. Tapi, mostly saya terasa dengan dia buat tak endah sahaja dengan saya, So, untuk tak terus terasa hati, saya lowkan berhubung dengan dia.

Dan beberapa hari setelah sebulan, saya mula neutralkan semula hati dan fikiran saya. Saya cukupkan masa tidur saya. Yeayyyyy... Supaya aura/semangat saya pun diterima oleh dia yang sedang serabut memikirkan perihal praktikal/intern programnya... Jadi caranya... sebagai diri saya sendiri... saya tak nak moody dan meluahkan ke'moody'an saya kepada dia yang sedang serabut memikirkan masalahnya sendiri... Bak kata Ustaz Pahrol Juoi, kita kena sihat kalau nak jaga orang yang kita sayang. Kalau kita sakit macam mana nak jaga orang yang kita sayang... kan... Sebab tu ada pepatah-pepatih, sayangi diri sendiri terlebih dahulu sebelum menyayangi orang lain... PEACE!! ^_*

Ok..setakat ni dulu ye kisah sebulan saya dilamar ^_* inshaallah, any improvement akan dihebahkan dalam diari personel ini ya...

***sekarang saya sedang buat lucky star from paper...dah hampir penuh sebalang kaca yang comel...tujuan>>> saya nak buat hantaran kelak...untuk cincin dia... saya nak letak lillin wangi dikelilingnya...menggantikan bunga rampai ekceli...ihhi..ok..berangan!!

***saya sedang usaha nak mengkhatamkan bacaan buku trilogi Aku Terima Nikahnya...tebal...sangat tebal..boleh ke habis before saya bertunang ni? sebab buku tu saya nak bagi kat dia dalam hantaran nanti. KUNUN!!!




04 Syaaban 1434h

Entry ni sepatutnya saya tulis pada 02 Syaban. Tapi dek keadaan emosi yang tidak stabil, saya biarkan dahulu. Banyak perkara yang perlu difikirkan dan dipertimbangkan terlebih dahulu. Macam ni... Zohor 1 Syaaban, dia telah mengSMS saya bertanya nama surau yang ada di depan rumah saya. Then, i just reply it without any doubt. Tapi lama-lama, saya terus tertanya-tanya. Kenapa? Nak datang rumah? Kan dah pesan kalau nak datang bagitahu dahulu. Risau if my parents tiada dirumah...

Dalam bus pulang dari office, he sms me again. Said that parentsnya dah nak sampai kat rumah saya. AHHA.. Heart attact sekejap. Kesian orang kat sebelah saya. Dengar saya merengek dan mendengus lembut. Saya terus call mak. Ahha. My sis yang jawab. There, sound messy and riuh-rindu.. OK..there already be there.. Pass to mak and mak tak habis-habis ucapkan syukur. Then i just putuskan talian tu.

Maghrib dan sepanjang isya', saya dan dia keep SMS. Tapi saya lambat balas. Masak and makan.  Dalam hati kami is very2 nervous and cuak. Fikir macam-macam. Saya dan dia masing-masing menunggu panggilan dari orang tua. Bagi mendapatkhabar berita dari apa yang dibincangkan. Hampir jam 10, mak saya tak call, then saya gagahkan diri dan hati untuk call dahulu.

Hasil perbualan:
Mak sangat bersyukur mereka datang tepat pada masanya. Sebab my parents g ziarah kat Sabak bernam. Parents baru je sampai dan mereka pun sampai tak lama kemudian. ALLAH. Ini KETETAPAN ALLAH, bukan KEBETULAN. Saya tak tahu lah, macam boleh merasai perasaan mak saya yang bercerita itu ini. YES I feel it :) Alhamdulillah. Semoga kedua keluarga REDHA dan ALLAH juga REDHA... Dalam hati saya keep doa "Harap segala perbincangan berlaku dalam redha ALLAH sama." Mak bagitahu, 06 Julai 2013. Ok.. saya terdiam. lama. Entah. 

Setelah habis berbual telefon, saya terus SMS dia memberikan khabar. Entah, mood dia terganggu... Mungkin. Fikir tentang budget e-day since he still not working yet. Saya? i dont care dia student atau pekerja, yang penting dia ada cita-cita nak membangunkan ummah. Bila dah ada cita-cita mesti akan fikir sekali jalan dan usahanya.

02 Syaaban:

Dia SMS saya semula. Benar. Jiwanya terganggu dengan apa yang bakal berlaku. Memikirkan tentang E-day, internship dan Final exam. Benar. Semuanya memerlukan perancangan dan telitian yang mantap.

Saya membiarkannya. 2 hari tidak menghubunginya. Biarla dahulu. Bak kata John Gray (Mens from Mars and Woman form Venus) lelaki kalau ada masalah atau stress akan suka memencilkan diri dan memikirkan sendiri. Sebaiknya yang perempuan jangan ganggu mereka pada ketika itu. Saya biarkan dia bukan sebab terpengaruh dengan penulisan John gray, tapi saya ada pengalaman tersendiri. Mendesak bukanlah suatu cara yang terbaik. Keep in calm and cool down sdn. bhd. Dan saya yakin dia baik-baik sahaja disana di bawah lindungan dan pemeliharaan ALLAH. Fi hifzillah ucapnya pada saya dan saya ucapkan semula kepada dia di sini. Sungguh dia juga yakin saya akan dijagai ALLAH. So, nothing to be worried ekceli.
Semoga segalanya berjalan lancar dengan ketetapan dan aturan ALLAH. Yes, kami merancang dan kembalikan juga segala rancangan kepada ALLAH. Semoga ALLAH beri kemudahan. :) Chill NuZaMd... Cool ASA.

03 Syaaban

Saya bermimpi pantai. Pergi ke tepi pantai. Bersujud di atas sejadah yang di hampar menghadap pantai. Saya buka selipar dan meletakkannya ditepi pantai tersebut bersama IC saya. Kemudian, saya ternampak ombak menggulung2 ke arah saya. Saya cuba bertahan dengan ombak tersebut dan demi menyelamatkan IC dan selipar saya. Saya lihat ombak itu. Sekadar melihat dan lantas saya merasa takut tidak dapat menyelamatkan IC dan selipar saya. Dalam masa yang sama, saya masih ingin bersujud di atas sejadah itu. Tup-tup, saya terkeluar dari pantai itu menuju ke sebuah gerai bersama 2 orang sahabat saya... Kami berjumpa dengan orang yang kami ingin sangat jumpa. Dia senyum dan kami sekadar bertegur sapa bertanya khabar.

IBRAH mimpi: Saya biarkan sahaja mimpi itu. Tapi saya tiba-tiba terfikir. Apa maksud mimpi saya. Ombak-sujud-harapan menyelamatkan IC dan selipar-keluar menuju gerai-temu dengan orang yang lama ingin ditemui-Perasaan saya dipantai yang sukar digambarkan... Entah, segalanya dalam pengetahuan ALLAH. Mungkin petanda dari ALLAH. Kerna saya dan dia sedang membuat pilihan dan berfikir apa yang terbaik dan merancang yang terbaik dalam setiap perancangan kami.

Bila baca dalam internet. Bermimpi ombak adalah petunjuk bahawa anda sedang mengalami masalah tetapi akan dapat menyelesaikannya dengan pengakhiran yang baik. Senang cerita dapat good news la.. Tapi ia bergantung kepada situasi, perasaan dan prop2 lain. Entah.. Mimpi ini sekadar petunjuk ALLAH aka peneman tidur. Semoga ia tidak melalaikan. to ASA, saya pun rungsing. Saya tahu dia pun rungsing. Inshaallah.. ALLAH ada bersama kita ye. Saya nak menjadi yang terindah seperti aturan Tuhan :)

01 Zulhijjah

Allahurobbi, lamanya saya tidak menyambung penulisan dalam karangan ini yang telah saya drafkan. Sepanjang Ramadhan, Syawal dan Zulkaedah yang langsung yang tidak tercatat... Allahurobbi..

Saat ini saya menyambung kembali... Aasif, aasif, aasif jiddan. Mungkin saya terlalu sibuk menguruskan beberapa perubahan yang berlaku sejak beberapa ketika. Allahurobbi, semoga ingatan saya masih kuat untuk mencatatkan mana-mana yang tertinggal.

back to old:
27 Syaaban
Saya dan dia bertunang... Alhamdulillah. Hasil daripada lamaran pada 25 JamadilAkhir dan risikan 01 Syaaban. Semudah yang ALLAH aturkan. Kun Faya Kun... MashaALLAH...
Majlis berjalan sederhana. Perbincangan pun sederhana kerana belum ada ketetapan yang pasti. InshaALLAH semuanya akan tertetap kelak dengan izin ALLAH, inshaALLAH.

Ramadhan?
Apa yang jadi pada bulan Ramadhan? Yang saya ingat, en.Tunang saya dapat praktikal di Puchong seminggu selepas kami bertunang. Tak lama kemudian, en.Tunang dapat pula panggilan temuduga intership ke China... sebab saya ingat ada temankan dia sepanjang pemanduannya ke UUM  melalui panggilan telefon. 2malam berturut2 ke ye...mungkin..uhhu.

Bukan itu sahaja, sepanjang intershipnya di Puchong, ada beberapa kali juga kami bertemu, berbuka sama dan bersama-sama berbincang tentang banyak perkara.

Beberapa kali juga dia datang ke ofis untuk jemput dan jumpa saya.. Ye.. itu yang saya ingat.

Balik kg sama naik bus? Cuti Nuzul Quran? Balik ke KL semula dan berbuka dalam bus? First time buka dalam bus. Sebelum ni buka dalam flight pernahlah. Uhhu.

Di akhir Ramadhan, lagi 4 hari nak raya kot...saya buat keputusan untuk sambung master di UKM dan masa tu saya ingat ada minta pendapat dia. Oleh kerana pada masa itu dia telah bercuti, makanya dia pulang ke kampong awal sedikit dan saya tertinggal di Petaling Jaya. Tapi dia kembali semula ke Puchong untuk membawa pulang kereta lama abangnya. Tengah hari? dia datang ke ofis saya. Saya pun terus memperpanjangkan usul tentang keputusan ingin sambung master. Dia kesukaan. Memberi cadangan supaya saya terus buat surat resign dan balik kampong awal dengannya. **terpengaruh dengan en.Tunang** uhhu.. en.bos? bising juga. ngeee

Berbuka di jalan. Sepanjang perjalanan yang hambar. Uhhu. Masing-masing bersalah. OK!!

Syawal?
Cerita syawal yang biasa-biasa...
Berziarah, berkunjung ke rumah en.Tunang bersama keluarga pada hari raya pertama...
Si dia pula berkunjung pada hari raya kedua ke? Jumaat penuh berkah...
Bonda dan ayahda serta kaum keluarganya ke Kedah atas urusan majlis perkahwinan sepupu. Saya turut dijemput pergi-malu.

En.Tunang dapat keputusan tentang temuduga intership ke China.-GAGAL-sedih dan feeling down.
Saya cuba sebaiknya menasihati dan mengurangkan rasa sedihnya...tapi saya tak mampu. sungguh segalanya milik ALLAH.
Seminggu berkelana perasaan bersama dia.
Entah tarikh keramat bila-keputusan temuduga tersebut berubah-Dia dapat mneyertai program intership ke China... September 2013-Mac 2014.

Rasanya itu sahaja yang berlaku sepanjang Syawal.

Syawal-Zulkaedah-September
Penghujung Syawal/penghujung Ogos. Saya dengan berserah diri dan rela hati mendaftar masuk ke UKM sebagai MA student fakulti FSSK.
Mendaftarkan diri bersama en.Tunang yang sanggup menemankan saya mendaftarkan diri.

Menghadiri majlis Tahlil dan Doa selamat di rumah keluarga en.Tunang setelah dijemput dari Perak ke Bangi. Terima Kasih en.Tunang.
Menemankan en.Tunang membeli beberapa persiapan untuk ke China-Teluk Intan kami serbu. En.Tunang membelanjakan cik Tunangnya ini dengan sehelai NIQAB... Si dia tergumam, terkedu, terkesima dan ter ter ter lagi bilamana memandang saya yang berniqab dihadapannya. Dan cik tunangnya pula membelanjakannya bayaran potong rambut dia. Lama sangat dah suruh potong rambut, tapi tak bertindak-tindak..
Langkah diakhiri dengan meneruskan perjalanan ke Bagan Datoh. Sekali lagi... Niqab--allahurobbi...ampunkan saya.

22September?
Sekali lagi mata ini menangis. Hati ini hiba. Bakal ditinggalkan selama 6 bulan tanpa bersua wajah bertaut fizikal. Hanya doa dan rindu bakal terusul.
Di KLIA, matanya tertumpah air suci demi meninggalkan jasad ini. Jasadnya ini juga pilu. Tapi tak mampu untuk menumpahkan air mata dihadapan awak en.tunang. Sedih. Saya cuba kawal sebaiknya. Berair-air juga tubir mata. Menanti pecah diusik angin kepiluan.
ALLAHUROBBI.. saya cuba kawal. dan Alhamdulillah, terkawal.
Terhadiah secebis surat cinta darinya sebagai peneman saya waktu sunyi dan rindu melihat catitan tangannya. Indah. Saya cuma harap ia sebuah perpisahan yang indah dalam mempertemukan lagi keindahan 6 bulan mendatang. Benar. Kami tidak tahu apa yang akan berlaku 6 bulan mendatang. Cuma kami sepakat membawa kata di dalam doa agar setia dan yakin.
Lambaian akhirnya membuatkan saya hamper tersedan. Tapi ia terhasil di dalam hati. bonda dan ayahdanya menghantar hingga ke Kg Tangkas, Kajang. Terima Kasih ummi dan abah. Saya bukan calon menantu yang baik. Inshaallah, saya cuba yang terbaik.

Sehari berpisah beribu batu, hati saya risau. Runsing dan sedih. Hanya doa dapat saya titipkan. Pengakuan rindu itu telah terucap acapkali bersua di muka SKYPE... hanya SKYPE dan emel... bersua suara jua hanya di SKYPE... cell phone? Jarang. Saya RINDU. Semakin hari saya rindu. Tersangat rindu. Menitis-nitis juga air mata ini menahan rindu. Hingga kadang bersua di alam mimpi dan membuatkan saya terus sedih bila terbangun ke alam nyata. Sungguh saya rindu.

Seminggu pertama, Alhamdulillah. Kita masih kerap berhubung, masuk penghujung minggu kedua, awak mula sibuk, dan hati saya pula terus merindu. Sering rindu dan tetap rindu. Allahurobbi, jagakan dia untuk saya. Semoga perpisahan ini yang terbaik dan terindah untuk kami. Memanifestasikan apa harapan kami sebelum berpisah dulu. ~mempersiapkan diri sebelum pertemuan kembali 6 bulan akan datang... 6 bulan yang tidak tahu apa akan jadi... Allahurobbi, kuatkan kami. tetapkan kami untuk setia, sabar dan yakin.

Minggu ketiga???
salam ulangtahun pertunangan bulan ke-3 en.tunang :)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

20 z/hijjah
Setelah sebulan dia di sana, ada satu kesedaran yang hinggap di hati antara kami. Saya berharap untuk tidak berhubung dengan dia, tetapi dia pula semakin galak menelefon saya. Saya tak mampu untuk melawan. menjawab sekadar perlu. Menghormati si pemanggil telefon.

Bulan ini juga, si dia menghadiahkan bahan bacaan bertajuk "Gift For the Groom" >> saat membaca intro buku tersebut saya dah menangis. Terkesan di jiwa saya. Teringat dengan segala perkara yang lepas. Dalamnya mungkin terlebih, ada juga yang terkurang. Saya sedar. Sangat sedar. Kebetulan masa dia hadiahkan buku/bahan bacaan secara attachment di FB saya sedang uzur... Rasa nak menangis sangat masa sujud. Tapi saya tak boleh solat. Justeru, saya menangis ketika baring sambil membacanya. ALLAH, saya sedar dan semakin sedar.. Sejak pemberian tersebut, malah beberapa hari sebelum itu, saya telah terperasan sesuatu tentang kami. Kami jarang berhubung. kalau berhubung pun dalam suasana yang serius dan skema. Seperti mula-mula kami kembali berhubung semula dahulukala... Saya berdialog... Mungkin dia ingin menjaga ikhtilat  hubungan ini. Saya tetapkan dalam hati. Mohon allah tenangkan hati saya. Demi kebaikan kami dunia dan akhirat. Saya faham dan perasan.

Lantas, dia memberitahu saya apa yang saya perasani tanpa mohon perjelasan panjang. Syukur, ALLAH menghubungkan hati kami untuk saling memahami. Dia faham apa kehendak saya dan saya pula tak kuat nak minta directly dari dia. Alhamdulillah.. ALLAH tautkan hati kami untuk memahami. Lantas, saya pujuk hati supaya terus sabar dan yakin dengan janji-janji ALLAH... Saya juga telah mengingatkan hati supaya bersiap-siaga dengan sebarang kemungkinan yang berlaku seandainya perkara-perkara tidak diingini berlaku antara kami, seperti kami-kami yang dulu. Allah Maha Hebat. Tak bisa kita melawan segala takdirnya. Itu yang saya nasihatkan pada hati. Berserah pada Allah sebulat-bulat penyerahan. Andai 'perkara' itu nanti terjadi, anggaplah dengan sebuah natijah yang baik dari Allah...

''Gift For the Groom'' masih saya baca. Belum khatam lagi. Setiap kali membaca, ada suntikan semangat dalam merancang walimah saya kelak. Semoga berkat dan redha Allah ada sama. Benar katanya, sebuah pembacaan yang bermanfaat. Sebagai persediaan ke alam rumah-tangga. Sungguh. Banyak perkara yang sunnah yang saya tidak tahu telah tahu. Allahurobbi.. Moga ia jadi satu inisiatif saya semakin dekat denganMU. Dalam mencari dan menggapai redhaMU.. Dan saya masih menangis serta hiba bila membaca bahan tersebut. Sungguh, hati saya terusik dengannya.

'Ya Allah, permudahkan, jangan sukarkan'
' Ya Allah, murahkan rezekiku, rezeki dia, rezeki kami semua'
' Ya Allah, terima kasih memberikan dia ilham sebagai ilhamku jua.'

InshaALLAH, saya baik-baik sahaja di sini wahai en. Tunang. InshaALLAH ^_^

Muharam 1435h

Banyak yang disedihkan dalam 10 terawal muharam. hiba. Entah. Mengenangkan banyak perkara. Allah juga yang tahu. Mimpi. Petanda atau mainan. Banyak yang buruk dan tidak manis. Aku cuba menguatkan semangat. Menganggap mimpi selepas subuh itu mainan syaitan laknatullah. Hiba. Sungguh hiba. 

Menangis lagi. Aduhai... sepatutnya perempuan ni hebat dengan kurniaan 9 nafsu 1 akal... Sepatutnya mampu kawal emosi dan perasaan. Tapi, ni la aku kan...uhhu.. Cuma dalam hati terus bersangka baik. Pada ALLAH terutama kemudian pada dia yang jauh. macam-macam boleh jadi dan macam-macam yang aku fikir. ALLAH... (sambil tahan air mata.nak nanges!!!)  Kuatkan aku.. tetapkan aku berpaksi pada janji-janjiMU. Sebaiknya dalam pengaturanMU. Jika kami berpisah, tetapkan aku untuk sabar dalam ketaatan dan kepatuhan padaMU. Walau hati akan sedih, kuatkan aku ya ALLAH... sungguh aku tidak tahu bagaimana akan jadi dengan hubungan kami ini ya allah. sungguh tak tahu... kuserahkan sebulatnya padaMU ya Rabb...

20 Safar 1453h
Was today. I'm feel free after few days bertarung dengan perasaan sendiri. banyak perkara mahu difikirkan saat-saat untuk ke alam perkahwinan. bukan boleh dibuat main-main. semuanya need preparation dan kelengkapan. dari penetapan tarikh, aturcara majlis, budget and so on. hurm.. tiba-tiba termengadu dengan seorang kakak yang budiman... " kakak, kalaulah saya nak kahwin ni tak yah fikir apa-apa..seronoknya... tau-tau je dah kahwin" hoho.. dengan selamba juga kakak itu berkata, "upahlah orang." wah...aku ni nak buat majlis simple je kot. nak upah orang tu dah makan manyak kos maa.. jadi, duhai diri, janganlah malas2 ya... as simple as allah like kan... :) tapi, selagi tarikh tak keluar, I doesn't have any selera to making preparation. setakat cenderajiwa tu, inshaallah.. boleh la start sedikit demi sedikit. uhu..

and after a few months Im not get my keyboard, typing here....now...  12 Syaaban, 32 days being his Wife. Zaujah. Isteri.

Back to old~~
setelah bertungkus lumus meng'confirmed'kan tarikh, maka secara rasmi, urusan men'designed'kan kad kahwin bermula. mencari warna baju dan majlis. Plan A, B, C - Z kami atur. Walau jarak memisahkan, kami cuba mengambil sedikit waktu berbincang mana yang perlu. kekerapan berhubung dengan keluarganya juga telah mempermudahkan urusan ini. Ini milik ALLAH. Kami hanya meminjamkan kemudahan yang Allah beri.

-kepulangannya ke Malaysia tanpa ada sambutan dari aku? Itu tidak penting. Yang penting penerbangannya selamat tiba. Ya. Iya penerbangan 2 minggu setelah insiden MH370. Syukur.. Allah beri peluang kepada kami semua kaum keluarga untuk bertemu dengan dia. Insiden MH370 membuatkan aku pasrah jika dia terlibat sama. Pasti hiba. oh... Semuanya alam suratan ALLAH. Pasti.

seminngu setelah kepulangannya ke Malaysia, baru kami bertemu. Perasaan? bercampur baur. ada excited. ada hiba. ada malu, ada gentar... semua ada. pertemuan yang bukan dibuat saja-saja. tapi demi memenuhi tuntutan bernikah. yeahhh..attend kursus kahwin okay... kalau tak, mesti kami takkan bertemu juga... :) kelu tanpa kata. Allah sampaikan melalui hati. Saya rindu en. tunang... masa itu. biarlah rindu itu tersimpan. Yakin, suatu hari nanti pasti terluah dengan cara yang sangat proper. :)

> Got married/solemnization 9 Mei 2014 = 9 Rejab 1435H
> 10 Mei/10 Rejab = majlis belah perempuan
> 11 Mei/11 Rejab = Majlis pihak lelaki

sehingga kini, kami masih bertatih menghadapi mehnah dalam alam rumah tangga. Kami masih mencakar-cakar dalam mencari rezeki memenuhi nafkah setiap pasangan. Allah itu Kaya. Maha Kaya. Maha Adil. kami yakin segalanya datang dari DIA. only Allah. He give anything to us. Doa yang baik2 wahai insan pemilik cintaku, pemilik blog akumusafir, suamiku.

19 Januari 2016
entry ini merupakan draf yang telah tersimpan hampir dua tahun.
kenangan yang akan buat aku ingat hingga ke akhir hayat ku.
moga tahun depan aku akan menulis lagi tentang kami. doakan allah murahkan rezeki anak buat kami.kini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan