alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

Ahad, 26 Mei 2013

Sanah Helwah-happy bezday-Blogger ke-3-

Bismillahhirahmannirrahim.

Sanah Helwah-
ukhti~bidadari~muslimah~wanita~mukminah~calonisteri~CikTunang~Isteri~Menantu~Ipar~Ummi~Nenda~Konyang...
(setiap perjalanan ini diriasi dengan panggilan calon JENAZAH)
(semoga panggilan2 ini menjadi penguat semangat untuk tetap istiqamah di jalan Deen Allah & Muhammad saw ini)-walau perjalanan masih jauh perlu dilalui untuk meraih panggilan2 itu. ALLAHURABBI.
Panggilan? Ada apa dengan panggilan sedemikian? Bermaknakah? Untuk menunjukkah? Tidak… sama sekali tidak. Tapi rasanya ia adalah hadiah teristimewa buat diri. Hadiah terbaik untuk hati dan jiwa. Serta jasad yang sedar dari zaman2 kegelapan. Menjadi perhiasan sendiri. Penghargaan buat diri sendiri. Ya. Sedangkan Nabi pun memanggil nama panggilan yang manis untuk isterinya A’isyah dengan Humairah/Umairah (pipi yang merah) kerana pipi A’isyah akan merona merah bila diusik oleh Nabi dalam senda-gurau rumah-tangga mereka. Nabi tidak pula memanggil dengan panggilan yang tidak disenangi… Jum contohi akhlak Nabi. J
*Kagum juga dengan contoh baitul muslim Ustazah Fatimah Syarha yang ternukil dalam Pemilik Cintaku Setelah ALLAH dan Rasul. Sungguh awesome. Semoga menjadi ikutan walau awalnya tidak sepertinya. Tapi inshaALLAH. Belum terlewat untuk memulakan. J Ayuh!!

Sanah Helwah~
Terlewat hingga detik saat
Angka usia tambah meningkat
Tanda mati dan ajal kian dekat
Sedia dalam persediaan yang tidak dapat diungkap
Atau disingkap bilakah ajal menjemput.

Rahsia Tuhan dalam memanjangkan usia
Memberi ruang dan peluang agar
Kesediaan menerima jemputannya
Terisi.Terapi.

Wahai Tuhan,
Engkau yang Lebih Tahu.
Bagaimana aku dahulu, kini dan mendatang.
Sepicis teguranMU membuat aku akur.
Jalan menujuMU bukan mudah.
Mujahadah itu perlu aku pasak.

Wahai Tuhan,
Dengan Kudrat dan IradatMU
Aku pasrah.
Redha dengan takdirMU.
Setelah tadbir dan takbir
Meriasi tiap saat ketetapanMU
Yang aku sendiri tidak pernah tahu
Yang akhirnya aku mohon kepasrahan.
Penyerahan.Sebulatnya kepadaMU.

Wahai Tuhan,
Masa silam dulu hitam dan kelam.
Kini aku merangkak.
Bahkan mengharap dapat bertatih
Menuju Sinar.Nur.Cahaya.
Entah kelak, di masa depan
Bagaimana caranya.
Entah aku tidak tahu.

Wahai Tuhan,
Yang Maha Pengasih,
Yang Maha Penyayang,
Dilembaran usia ini,
Aku memohon sejuta
RahmatMU.NikmatMU.MawaddahMU.SakinahMU.
Bukan aku ingin tamak.
Tetapi aku meminta agar dapat
Memberikan,mengongsikan
Bersama yang lain.

Wahai Tuhan,
Hati ini terkadang keras.
Terkadang kasar.
Terkadang tersasar.
Terkadang gusar bukan kepalang.

Wahai Tuhan,
Yang memegang hati ini.
Eratkan ia dengan
RahmatMU. SakinahMU. MawaddahMU.
Ya. Aku menagih.
Sebagai hadiah.
Syukur.Syukur.Syukur.
Aku yakin akan ada hikmah dan kebaikan
disebalik pertambahan usia ini.
UjianMU juga adalah hadiah.
Termahal. Ekslusif.

~SANAH HELWAH YA UKHTI ~indah, seindah ciptaan Tuhan~ J

Nota 1: Usia bertambah~koreksi diri~dulu-kini-akan datang?~

Nota 2: Ulangtahun je nak makan kek. Perlukah? Adat semata. Mengada. Tak happy bezday pun
boleh je nak makan kek.~ betulkan yang biasa dan biasakan yang betul~

Nota 3: Sanah Helwah je nak hadiah. Perlukah? Boleh je bagi hadiah tiap2 hari. Dah namanya pun
hadiah. Boleh kot nak bagi bila2 pun.


Nota 4: Ucapan? Silalah beri ucapan. Doa yang baik2. Tak kesah pun ucapannya masa hari lahir atau
hari-hari biasa.


Nota 5: Saya tak nak biasakan diri atau manjakan diri untuk mengharap menerima segalanya yang
diimpikan saat hari lahir sahaja. Sebab… takut nanti terbiasa dan takut tak boleh terima if tak
menerima apa2 peringatan sempena hari lahir saya. Tapi still tahu menghargai ok. Jazakallah Khairan Kathiran J

Nota 6: Cara penghargaan, penerimaan dan pemberian kita adalah berbeza. Baik. Sungguh baik. Beza pun satu keindahan, ok. Sungguh indah. J lalalalala

 
Nota 7: 3 orang muslimah telah mengucapkan Selamat Ulang tahun kelahiran saya awal sehari. OK. bila tiba masanya, ucaplah lagi sekali with doa2 yang best tu ye :) 

words of today:
Alhamdulillah. Subhanallah. Allahuakhbar. Debit angka dan kredit usia. Istiqamah+mujahadah= Janji ALLAH kan indah+awesome+MasyaALLAH+Great= Janji ALLAH kan indah J

Tiada ulasan:

Catat Ulasan