alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

Sabtu, 17 September 2011

Bunga-Bunga Cinta-MIHRAB CINTA


saujana-patah hati


BERSYUKUR & BERSABAR


Bismillahhirrahmannirrahim

"Ya Allah, jadikan hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku." (Riwayat Muslim no. 2491)

Kala rindu bertamu
hati terus diselubung pertanyaan keras
'siapa yang engkau rindu?'
'Tuhan mu, Nabi mu, atau kekasih mu?'
jawab si hati'
'aku rindu pada kekasihku kerana Tuhanku',
'mengapa?'
'kerana Tuhanku yang menganugerahkan perasaan rindu ini'
'jadi, mengapa engkau tidak merindui Tuhan mu terlebih dulu?'
'Dia merindui mu, agar engkau bertemu dengan-NYA'
'Kembalilah kepada Tuhan mu, kelak rindu mu pada kekasih mu juga akan terubat'
terdiam...

baru aku sedar,
keakraban rindu suci yang selama ini terhambur
aku leburkan dengan rasa cinta kabur.
aku binasakan dengan memalingkan syariat
aku hancurkan bersama bisikan was-was.

jiwa bukan kuat menghadapi kenyataan
selagi mampu tersenyum, akulah yang bersyukur.
selagi aku bersyukur, maka aku bersabar atas segalanya..

tiada yang mustahil bagi Tuhan ku.
Aku yakin semuanya adalah yang terbaik yang telah Tuhanku tetapkan bagiku..

bersyukur dan bersabarlah atas dugaan yang tidak seberapa ini dibandingkan dengan dugaan lagi hebat yang ditanggung Nabi kekasih ALLAH serta rakyat di negara-luar...


"Ya Allah, jadikan hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku." (Riwayat Muslim no. 2491)

Alhamdulillah

Khamis, 15 September 2011

bersetia dan bersedia

Setia dan Sedia Dalam Ikatan Rab, 14 Sep 2011 01:21 | YUSRI J.I. | Editor: nurilla88 iluvislam.com_article]


"Ya Allah, jadikan hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku." (Riwayat Muslim no. 2491)

Membina ikatan persis membina sebuah mahligai terindah, tapaknya perlu kukuh atas landasan kecintaan, dilengkapi batu bata kepercayaan dan diperteguh tiang kasih sayang. Tampak cantik dihias rona bebunga di taman, saat mentari pagi menyimbah cerlang sinarnya. Si Tiung singgah mengalun, berkicauan lagu cinta, saksi romantisnya jiwa. Namun, membinanya bukanlah semudah menyaksikannya, nampak kirana di mata tetapi memerlukan kudrat dan keringat dalam memacunya.

"Lelaki yang baik diciptakan untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik diciptakan untuk lelaki yang baik."

Dalam memateri sebuah ikatan, elemen setia dan sedia menjadi perlambangan sejauh mana kekuatan sebuah ikatan. Berseminya ikatan tanpa kesetiaan, ibarat menunggu rumah ditelan rebah. Bertautnya ikatan tanpa kesediaan, ibarat menanti mahligai musnah berkecai.

Saat memilih untuk membina ikatan, eloklah diteliti apakah kita telah melengkapi keduanya. Bersetia menjalin cinta dan menongkah badai kehidupan bersama. Tidak pernah goyah diduga godaan, tidak pernah rebah diuji cabaran apatah lagi gundah disuntik rintangan. Hidup bersama rencahnya berjuta. Tika itulah kesetiaan benar-benar memainkan peranan.

Apabila lengkap elemen kesetiaan, lihatlah pula kepada elemen kesediaan. Usah sekadar terpesona dengan lafaz dan janji di bibir manis, namun intailah kesediaan menerima yang tak pernah gerimis. Ilmu agama disisip kemas di dada, agar hasutan syaitan dan iblis bisa ditepis. Sedia membimbing dan dibimbing. Nafsu amarah bukan wasilah melampiaskan kemarahan bukan pada tempatnya. Toleransi sebagai benteng utuhnya rukun sebuah ikatan.

''Sebaik-baik perhiasan di dunia ini ialah wanita solehah''

Ketahuilah wanita solehah, bahawa dirimu amat bernilai. Selautan emas waima segunung permata bukan tandinganmu kerana dirimu jauh lebih tinggi nilainya di kaca mata Islam. Usah mudah memberi cinta, kelak binasa jiwa. Sebaliknya, ujilah si dia agar simpulan kasih tidak mudah terungkai, ikatan sayang tidak mudah bercerai.

Jika ingin memilih membina ikatan, maka bersiagalah kerana era penuh air mata dan duka akan menantimu. Kuatkanlah keteguhan nalurimu agar segala yang ditempuhi mendapat inayah-Nya. Ingatlah bahawa mencari bahagia itu tidak ubah seperti menanam si mawar berduri. Sebaik ditanam tidak terus berputik bunga kirana, tetapi tumbuh dahulu duri yang berbisa.

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: "Manusia yang utama adalah orang mukmin yang alim. Jika diperlukan dia diberikan manfaat, jika tidak diperlukan, dia pun kaya dengan dirinya sendiri."
Bagi arjuna, keperkasaan bukanlah bukti kelelakian sebenarmu. Layar bahtera akan dapat terus menyusur pantai impian, walau badai merempuh apabila mahligai ikatan dinakhodakan oleh lelaki yang beriman. Bisa melindungi dan membajai kasih sayang yang tidak berbelah bagi.

Menjadi pemimpin terulung kebanggaan pasangan, menyalur bimbingan dan pendidikan kepada ahli keluarga dan tidak merelakan diri menjadi dayus sehingga di akhirat kelak mendapat celaka. Bijaksana dalam merencana keputusan agar tidak menyinggung hati dan perasaan. Rasulullah menjadi tauladan dalam menjadi suami idaman. Suami ibarat mentari, memberi cahaya dan kehangatan. Isteri bagai bulan, cantik dan indah dipandang.

''Selembar benang berkait, akhirnya berpakai jua, setapak kaki berdikit, akhirnya berdiri juga''

Kepada sesiapa yang merasa diri masih bergelut dalam kekurangan dan belum memenuhi elemen-elemen ini, jadi bermulalah sekarang. Andai diri tidak setia, belajarlah memahami hakikat kesetiaan, signifikannya dalam ikatan.

Andai diri tidak sedia, namun mengharap bunga di taman larangan, penuhilah pengetahuan agama di dadamu. Kalungkanlah di jiwamu rasa tanggungjawab walaupun rasa jahil membelenggumu. Muhasabahlah diri agar terbinanya hubungan berkekalan hingga penghujungnya.


3rd edited_nuzamd

Selasa, 13 September 2011

Makhluk Asing @ ALIEN

ya allah
give me strength to what has happen just now.i know
everything is in your hand.

senangkan hatiku
permudahkan kepadaku
damaikan jiwaku

inilah janji-janjiMU pd siapa yang menolak syariatMU

sungguh...
yakin...
inshaallah

Khamis, 1 September 2011

seiring & serasi bersama

"kenapa pakai kasut sebelah lain sebelah lain tu?"
"kan kaki tak sedap nak jalan."
"alah, kalau pakai kasut yang sama, rasa sama je.takda kelainan"
"habis tu, tak kesian badan kau yang menderita."
~~~~~~diam sejenak~~~

itulah ibaratnya...
bagaimana dua hati ingin menjadi sejiwa jika tidak kena pada acuan dan tapaknya?
bagaimana pula ingin membina acuan & tapaknya?

ya ALLAH kuatkanlah hati & jiwa ini saat merasa ujian-ujian-MU ini.
ujian-ujian inilah yang bisa menggugurkan dosa-dosaku..
maka aku redha
perluaskanlah pintu-pintu Maghfirah-MU untuk ku.

semoga hati akan tenang tenteram dengan ketetapan serta ketentuan-MU yang maha sempurna ini.

Ahad, 28 Ogos 2011

awal & akhir

bismillahhirrahmannirrahim..
alhamdulillah...
selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW

assalamualaikum wbt

ALLAH tiada awal & tiada akhirnya
wujudnya ALLAH dalam mewujudkan semua yang ada di atas muka bumi yang fana ini
ALLAH yang Maha Hebat Maha Sempurna.
ketetapan setiap makhluknya telah direncana sebaiknya sejak di Lauh Mahfuz lagi,
ilmu-NYA yang Maha Luas...seluas alam ciptaan-NYA.
DIA yang Mengawal segalanya.
justeru, sebagai mahluknya, mampukah kita untuk bertindak rakus dan tidak bersyukur mempunyai pemelihara sehebat ALLAH???

jika kita hanya mengetahui dan merasakan sesuatu pada saat ia berlaku...
tapi ALLAH terlebih dahulu mengetahui apa yang perlu dan harus berlaku.
seiring dengan kehebat-NYA yang tidak akan mampu ditandingi.

maka redhalah dan relalah dengan apa yang telah diaturkan ALLAH.
walaupun pada hakikat hati kita
ia sepahit dan sepedihnya...
tapi...ALLAH tahu akan kemampuan setiap hamba-NYA dalam menerima ujian-ujian-NYA...
ujian itu adakala berbentuk nikmat
dan nikmat juga boleh menjadi ujian
musibah pula adakala menjadi nikmat & ujian..
nikmat berkasih sayang...melihat sejauhmana kita akan menyuburkan perasaan itu.kerana ALLAH atau sebaliknya..
sementelah ditimpa malapetaka...apakah kita akan terus menyalahkan takdir atau bersyukur sebagai tanda peringatan daripada ALLAH yang Maha Penyayang.

"ya ALLAH...
Kau sedang menduga hati ini
maka..kuatkanlah jasad dan roh ini melangkah gagah dijalan-MU
jangan Kau palingkan ia dari nikmat-nikmat Syurga-MU
sungguh, azab-Mu sangat keras..
aku rela & redha ya ALLAH
aku rela & redha.

berilah kebahagiaan kepada ku dengan nikmat ujian-MU ini
agar aku sentiasa bersyukur dan mengingati-MU
Kau ingin aku dekat dengan-MU dalam apa jua keadaan.
maka senangkanlah hatiku, tenangkanlah jiwaku
dengan hukum ketentuan & ketetapan-MU ini.

jodoh yang pernah ku pilih,
pergilah,
kau bukan pilihan Tuhanku untukku.
aku telah ditakdirkan oleh Tuhanku untuk jodoh yang lain
yang dalam pengetahuan-NYA adalah terbaik untukku.
dan untukmu, Tuhanku juga telah aturkan.
berbahagialah kerana Tuhanku ingin kita
berbahagia dengan takdir jodoh aturan-NYA
bukan yang pernah kita atur dengan hati sendiri, kala dulu.
inilah yang awal dan akhir.
yang mana permulaannya adalah baik,
dipertemukan dalam suasana yang baik,
dan Tuhanku telah mengakhirkannya dengan kebaikan juga.
sesungguhnya, ALLAH yakni Tuhanku dan Tuhanmu yang tunggal ini
suka akan kebaikan.

jodoh yang pernah kupilih,
redhalah sepertimana aku mendidik hati agar redha & rela
untuk merelakan kau pergi
supaya hati & jiwa kita akan terus tenang
dalam pemeliharaan-NYA.
jangan pernah ada kesal, berduka cita & berputus asa dengan rahmat Tuhan kita.
sungguh, DIAlah Tuhan pemberi rahmat.

jodoh yang pernah kupilih
aku rela melepaskanmu dengan nama Tuhanku
ya RABB,
dan semoga kita akan sentiasa berada dalam kasih sayang-NYA,
yang Maha Penyayang ini. "


_nuzamd