alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

Isnin, 26 September 2011

ISTIKHARAH PADA ALLAH

YA ALLAH
aku beristikharahkan kepadaMu yang mempunyai pengetahuan tanpa batasan,
ilmu_mu maha luas,
Kau mengetahui segala apa yang tersembunyi di alam ghaib.
YA ALLAH
seandainya dalam pengetahuan-MU bahawa hubunganku, perasaanku ini kepadanya
------ ----- adalah suatu yang baik bagiku, agamaku, dunia, akhiratku serta kesudahan urusanku buat masa kini & akan datang,
maka tetapkanlah dan tentukanlah ia kepadaku.
dan seandainya dalam pengetahuan_mu bahawa
hubunganku, perasaanku kepadanya
------- ----- adalah suatu yang tidak baik untukku, agamaku,dunia, akhiratku serta
kesudahan urusanku buat kini & akan datang,
maka jauhkan aku daripadanya,
jauhkanlah dia daripadaku,
dan tetapkanlah kebaikan kepadaku walau dimana sahaja aku berada.
sungguh YA ALLAH,
Kaulah yang maha mengetahui lagi maha bijaksana.

~lapangkanlah dadaku~
~tenangkanlah hati, damaikanlah jiwaku
dengan segala ujian, ketetapan serta ketentuan_mu ini YA RABB
~hamba yang lemah ini hanya mampu memohon kepada_mu
~agar segalanya dipermudahkan, diringankan dan tidak rasa terbeban
~hamba bukanlah orang yang kuat meghadapinya
~hamba yakin atas segala-gala ketetapan_mu adalah yang terbaik dalam yang tersirat.
~hamba yakin~
~(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. surah an-nur ayat 26

~inshaallah, hamba akan cuba untuk MENJADI yang terbaik bukan MENCARI yang terbaik.
~tenangkanlah hati, damaikanlah jiwaku
jadikanlah hamba seorang yang sentiasa bersabar dan bersyukur dengan setiap kurniaan_mu
~ujian_mu adalah nikmat, nikmat_mu menjadi ujian kepadaku di dunia nan fana ini.
~takdir_mu benar, ketetapan_mu benar, ketentuan_mu benar
~aku tidak sekali-kali mampu menyangkal
~sentiasalah bersama denganku kalahati sedang dijentik-jentik dengan rasa pilu, hiba dan sayu.
~semoga ia menjadi penghapus dosa-dosaku.
AMIN YA RABB

Tiada ulasan:

Catat Ulasan