alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

Selasa, 22 November 2011

3 HARI 2 MALAM II

Bismillahhirrahmannirrahim
Selawat & salam ke atas junjungan mulia, Nabi kesayangan, Muhammad S.A.W

Assalamualaikum W.B.T

Penerbangan BKI-JHR take 2 hours & 15 minutes. Penat. Ditambah lagi dengan karenah budak-budak bawah umur (Yusuf Wajdi & Sarah Atufah) membuatkan mata langsung tak boleh lekang dari memerhatikan pergerakan mereka yang riang berlari ke pelusuk ruang menunggu untuk penerbangan. semua sebab kes penculikan kanak-kanak yang memang tak pernah nak reda. Ada saja kes keculikan yang dilaporkan. Terbaru, kanak-kanak diculik selama 6 jam & di Wangsa Walk, hampir diculik. Ermmm... kena lah sikit korbankan mata yang kuyu ni duk memerhatikan gelagat mereka. Menyapa dan melanggar orang sekeliling. Yang syoknya, bila budak-budak ni jadi perhatian, maka dapatlah habuannya... e.g: Yusuf dapat satu bar coklat dari Famous Amos & Sarah dapat sepeket coklat KitKat.. lepastu yang makan, mestilah mak & makciknya :)
Lagi syok, sepanjang berdiri nak masuk pesawat, makciknya yang kurus lagi slim ni lah yang kena dukung Yusuf Wajdi seberat 10kg sampailah naik ke pesawat (dahla kena naik tangga yang bergoyang-goyang tu...GAYAT!!!) lucu juga kalau diingatkan situasi kat bahagian imegresen tu :D
Dah tu, dalam kapal terbang, budak-budak ni tak nak tidur. Padahal. Mak & Makciknya teramatlah mengantuk. So, ditahankan je lah. Nak terlelap, ada je jari-jari mulus yang mengorek mulut, mata, hidung & menarik-narik tudung. Tudung dah tak boleh nak cakap lah. Herot bengot ditarik sana sini. Tapi, tetap cun je sentiasa. (*_^) (ALHAMDULILLAH, nikmat ALLAH). Sabar2. Karenah budak-budak. Punggung pun terasa kebas yang teramat. Meriba budak. Dah dibelikan seat sendiri tak nak duduk sendiri. Hurm... Mesti syok duk atas riba kan (^_^) nak lah juga... :D
Lagi ceritanya bila dah sampai ke SENAI airport... ok sikit. ALHAMDULILLAH. sampai-sampai je dah ada orang yang menunggu. Bila si isteri salam & cium tangan suaminya, rasa macam menemukan dua hati yang terpisahlah pula... (memang itu misi ciknuzamd. ikut kakak ke Johor bawa anak-anaknya atas permintaan suaminya yang balik terlebih awal) Walaupun dalam hati malu sebab balik rumah orang yang bukan kita rapat, memang akan terbitkan satu perasaan yang lain. tapi i just ignore it. just assume/assump it like went to holidays @ went to an adopt family @ pergi bertandang ke rumah bakal keluarga mertua... banyaknya anggapan & andaian...Ngeeeee
Yang bertambah syok, sampai je kat rumah di Felda Tenggaroh, Mersing, cik Nuzamd dapat satu bilik. :D tetamu istimewalah katakan... Syukur, dengan adanya bilik tu, sekurang-kurangnya, dapatlah jaga batas-batas yang patut dibatas & terbataskan. ALHAMDULILLAH, ahli kelaurga yang peramah dan sangatttttttttt peramah. Cik Nuzamd je yang rasanya, malu-malu kambing gurun. Tapi, malu-malu pun, ermmm...belasah je semua.. buat-buat tak malu. Padahal dalam hati rasa nak balik la la tu juga... biras-biras kakak yang sangat selamba dan peramah. lelaki @ perempuan. I loike!
Ahhhaa... a day of majlis kenduri, on 19 Nov. pagi-pagi cik Nuzamd dah bangun, sebab tak nak berebut @ beratur @ menunggu turn masuk bilik air (dengan bilangan isi keluarga + cucu-cucu + sedara-mara) yang ramai. lagipun , malam tu sampai tak mandi, dah lewat malam sangat.. jadi, mandi & bersihkanlah diri kala subuh + nak bertemu dengan ALLAH right... pagi-pagi bangun, ingatkan ada Yusuf @ Sarah yang tidur sama, rupanya, i tidur sendiri. ;( tapi takpa..semua tu dah berlalu semalaman janji tidur lena :D.
Para kejubusan dah sampai. Menu pagi tu nasi impit + kuah lontong. Muka tak malu, selamba jelah orang tak suruh potong, pun dah sedia pisau untuk memotong nasi-nasi impit tu (perut yang lapar kena isi, kalau malu nanti lapar, jadi jangan malu dalam bab-bab makan ok). Lepas tu mula lah misi mencuci pinggan mangkuk yang berlonngok kat singki... (dah buat macam rumah sendiri). tapi yang tak syoknya, tak habis-habis pinggan mangkuk yang dihantar ke singki. Ada je. Bukan merungut erk... tapi rasa lucu + geli hati - rasa malu & lelah = HAPPYlah :D pehe dok???
Yang lagi syok juga tyme-tyme kenduri gitu mestilah aktiviti merewang. bungkus bontrot(jawa) @ campur (sabah) @ berkat (perak dll) @ cenderahati (common)untuk para tetamu & kenalan rapat keluarga. Padahal kat luar tu majlis akad nikah. Cik Nuzamd je yang duk kat dapur. Bukan taknak p tengok majlis akad nikah tu, tapi, nanti, tiba-tiba pula TERberangan cik nuzamd yang nikah... naaa.. tu yang susah tu...lagi parah kalau TERmenangis... Jadi, untuk mengelakknnya, lebih afdal kiranya duduk di dapur sahaja walaupun ada beberapa orang makcik mengajak & menyuruh ke depan... Takpa, nanti merasa juga duduk dalam majlis akad nikah (Sdn. bhd.) Ngeeeeee :D :D :D InshaALLAH, mudah-mudahan. (another kakak at K.L suggest me to wear yellow colour bride during my wedding day soon soon soon soon & soonnnnnn.. should i???)not think it yet. lalalalala :)
ramai juga orang yang bertandang ke majlis tu... (almaklum, dah namanya pun majlis walimah, takkan takda jemputan pula kan) ngeeeee...
"kusangkakan panas berpanjangan, rupanya hujan di tengahhari" ni, situasi yang paling gerun perlu diterima oleh tuan rumah. Hujan dalam majlis. But, everything is REJEKI & RAHMAT from ALLAH right... hujan pun sekejap je. tak pula memutuskan tetamu yang terus ramai datang.
"kompang di palu, pengantin malu...ewah ewah"
Pengantin lelaki dah sampai. Pengantin perempuan pula get ready dah duk kat pelamin. Biasalah, adat Johor. Kena lepas tol. Hulur-hulurlah sampul duit raya. Adalah sehinggit dua ringgit.. Ok.. lepas... nak salam dengan pengatin perempuan pun kena tol. punya ramai 'pengjaga tol' depan pengantin perempuan.. Haish.. rabak poket duk hulur duit sokmo... nasib adat ni takda kat Perak, selamatlah abang-abang ipar & bakal suami cik nuzamd ;)
bersanding punya sanding, menepung tawar bagai nak rak, bergambaran kalah photoshoot act... tup-tup dah petang, petang & semakin petang. Perewang, penanggah dan tetamu beransur-ansur meninggalkan rumah. Tinggallah kita-kita je dalam rumah. Hah, pengantin lepas tu dah tak jenguk-jenguk kat luar... nak kata tukaq baju, lama betul ye... (*__^) Time mengemas & mencuci segala bagai benda... dengan sukahati + sukarela = Relahati, Cik nuzamd dengan dua orang makcik pun membasuhle pinggan mangkuk segala bagai benda kecuali periuk belanga yang besar-besar. Katanya, tu bahagian pengantin. Makcik tu ceritalah, kenapa pengantin yang disuruh cuci periuk belanga 'giant' tu. Katanya, nak eratkan silaturrahim antara pasangan yang baru nikah tu + nak pupuk kerjasama. yela, bukan senang nak membasuh+menyental+menggosok periuk belanga 'giant' tu. Yang paling syook makcik tu cakap, leh lah manja-manja dengan pasangan. Main air, main sabun = syok & meninggalkan memori sampai ke hari tua mereka. (seperti yang diceritakan oleh mama dan Wak Mah).
Yang lucu, kalau kenduri kat rumah sendiri, cik nuzamd tak buat kerja-kerja mencuci ni. Sebab, ia akan dibuat oleh orang lain juga. Hurm, kesimpulannya, kat rumah sendiri orang lain yang buat, kat rumah orang lain, cik nuzamd yang buat. pehe dok???
Malam berkunjung datang. Badan penat sangat tapi perut jangan lupa untuk diisi. Kesian pengantin duk kena usik je. Dahla pengantin lelaki tu nampak macam malu-malu kucing parsi, layan je lah bang keluarga mertua yang memang over peramah tu... usikan around 18sx ok. Not suitable to share it here. :)(Sory sha & fiza)
Hari ketiga hari ahad, rasa tak sabar dan terbang ke Sabah semula. Hati rindu pada Laut China Selatan. Siap dah packing2 barang. Tinggal nak terbang je. ngennnnggggg g airpot SENAI. duk salam-salam peluk cium berlaga pipi dengan keluarga, Wak Kas ucap "terima ksih sebab nak datang ke situ, tolong-tolong kenduri & katanya jagan serik datang lagi, kalau panjang umur ada rezeki cik nuzamd kahwin nanti, sampailah wak ke Perak" CIk nuzamd senyum je and spontan say, "ya , Inshaalah Wak" sampai ke situ pula Wak Kas ni nak usik cik Nuzamd. Lama lagi la... Tengok trafik light dulu. kalau merah lama lah lagi, kalau kuning, Need to stand by, kalau hijau, kita jalanlah Mak Long. Ngeee :)
Panorama Johor yang sangat cantik. SUBHANNALLAH. Jauh perjalanan luas pandangan...
Sesi di airport SENAI dengan karenah budak-budak bawah umur (refer to upper story. sebab sama je karenah mereka ni kat balai perlepasan).
SUBHANNALLAH.. Cantik suasana malam di atas langit, di balik awan-awan putih dengan bintang-bintang yang tergantung bebas menyapa besi pesawat. haishh... Rasa nak pegang, nak tangkap, nak ambil bintang-bintang tu masuk dalam poket. YA ALLAH, Maha Hebat ciptaan-MU... time ni boleh la berangan dan berzikir dengan tenang sebab budak-budak + mak budak dah tidur... :D Duk tepi tingkap memang give a big chance la to saw everything. Sangat cantik & rasa tak sia-sia ambil flight malam...
araound 10.35pm arrived at Kota Kinabalu Terminal @ Airport. Pi kaunter imigresen, ambil beg, pi ambil teksi, balik Tmn Sempelang. masuk je rumah, Innalillah... Dugaan!!! Kesian tengok kakak. Mesti dalam hatinya penuh dengan rasa yang bercampur baur. Dengan anak-anak lagi, dengan rasa letih lagi, fikir esok nak jaga exam lagi. tabahlah dia hendaknya. Air bertakung sana sini. Semua basah. Comfirm hujan ribut sepanjang pemergian kami. Apapun, anak-anak diutamakan. Lepas Solat terus tidurkan anak-anak ditempat yang selamat. Makciknya pula mengambil langkah drastik pi mandi. Tak tahan dah. gatal satu badan. Lepas solat barulah mengelap mana-mana yang basah teramat. Yang bertakung air, biarlah dulu. rehatkan mata dan badan. Around 12 a.m baru dapat tidur. Esok pagi-pagi jiran datang bertanya khabar. Dan diberitahu banjir sebab hujan ribut sabtu malam ahad tu. Air masuk dari depan & belakang. Rumah memang SANGAT kotor & berbau. Misi pagi tu adalah membasuh dan menjemur semua yang basah & kotor seperti karpet, toto, tilam, tikar dan banyak benda lagi. YA ALLAH... nak tecabut pinggang.. ;( SABAR duhai hati. ni baru dugaan kecil ok. Anggap nikmat pengajaran dari ALLAH. Cik Nuzamd just tolong mana yang termampu sebab perlu balik ke kampus. Need to attend class at 11 pagi. Bertambah syukur tak perlu skip kelas jam 8 pagi sebab kelas batal (dah niat nak skip kelas)... SYUKRAN YA ALLAH

Moral value
1- Pupuk semangat kerjasama
2- Berhati-hati & berjaga-jaga dengan keadaan sekeliling yang dikelilingi oleh ramai manusia terutama bila bawa budak-budak
3- Semua perkara mematangkan fikiran dan tindakan
4-Syukur, Sabar, Tenang, Yakin & Tawakkal kepada semua yang ALLAH dah jadikan
5- Think First think First
6- Happy je walau kat mana berada, New place give new experience

Just for forward look up soon soon soon & soon
WALLAHUA"LAM

WASSALAM syukur ya Rabb :)

Word of today
uneasy to be uneasy, also, uneasy to be easy. dont make trouble in your life as you can feel a great life, happy is just around us, pick it, grab it and spread it back then u'll get more, more & more

Tiada ulasan:

Catat Ulasan