alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

Khamis, 24 November 2011

Masak-masak dan makan=hilangkan stress

Bismillahhirrahmannirrahim
Selawat dan Salam ke atas junjungan Mulia Muhammad saw Nabi sekalian umat.

Assalamualaikum wbt
STress bila orang lain sedaya membuatkan kita stress.
stress dengan orang sama-sama stress.
walaupun dah cuba untuk elakkan diri daripada turut terlibat untuk stress, tapi stress tetap hinggap.

Jom masak. Nasi Goreng Kampung special with instant flavour Anchovy + kampung fried rice mix Seri Aji

Bahan-bahan
nasi putih yang dah sejuk( masak 1 jam awal ok)
bawang merah + bawang putih (nak super wangi++ tambah bawang putih banyak, tapi peringatan, bawang bukan makanan kesukaan Nabi Muhammad sebab ia tergolong dalam makanan yang berbau)
ikan bilis
(cuci bersih-bersih)
Lada/cili secukup pedas
kobis @ sebarang sayur yang digemari e;g kacang panjang/botol, lobak merah/putih dll (hiris halus-halus)
garam + gula (untuk perasa)
Minyak (untuk tumis)

Jom masak
panaskan minyak, masuk bawang, cili, ikan bilis. goreng sampai berbau dan jiran sebelah pun berbau juga :)
agak-agak dah garing sikit tu, curahkan anchovy + Kampung Fried rice mix. goreng lagi sampai bau dan kering.
masukkan sayur-mayur. kacau rata.
masuklah gula + garam. kacau sebati. takut garam tak rata ada pula zon yang termasin nanti :)
last but not least, masukkan nasi putih. gaul sebaiknya. kalau ganas-ganas, nasi boleh terbang keluar dari periuk nasi @ kuali :D
*kalau dah memag terbiasa merasa semasa masak, raslah. boleh tambah apa-apa yang kurang.
dah sebati dan garing sikit, bolehlah dihidangkan.



nyum nyum nyum... jemput makan...
*orang stress masak apalah rasanya ya? tapi dah mula masak tu baca Bismillah & selawat dulu, Alhamdulillah, sedap. no komen la korang ngadap penuh tawadduk dengan nasi goreng tu time perut lapar. but, i'm lost of appettite le...arhggg...lupakan sekejap stress. perut kena isi juga walaupun tak lapar sebenarnya. cukuplah untuk jamah dan alas perut. kalau dah gastrik menyerang malam-malam nak jawab ke mana? Klinik warga? Sapa nak bawa? jalan? larat? berani? paksa makan! sulam dengan air masak. sehari 3liter air masuk dalam badan. malam-malam bangun sampai 3-4 kali ke bilik air. lagilah stress.


p/s: komen
1: masin giler...
2:masin-masin ni tanda nak kahwin
3: gila ko. memangla nak kahwin. ko tak nak kahwin ke?
4:gelak-gelak
5: aku post kat FB
6:ada aku kisah?
7: terima kasih masak
8:sama-sama. taupun ucap. ingat tau makan je. basuh semua ni tau :) :) :)

ALHAMDULILLAH, bila merenung ciptaan ALLAH pada malam hari...fikir-fikir punya fikir. muhasabah punya muhasabah, inshaallah, semua yang terjadi ada hikmahnya. Dan ujian adalah tanda ALLAH masih sayang dan still disisi kita. jangan sangat nak percaya kat orang tapi buatlah orang percaya pada kita sebaiknya. At least, kita cuba yang terbaik, dan selebihnya biarlah mereka yang membuat penilaian. Tapi INGAT, penilaian yang bermakna adalah dari ALLAH. cuma dari manusiawi sebagai gamabaran agar kita dapat memperbaiki kelemahan diri dan menerima teguran sekeliling.
"Tapi, saya stress sebab orang mungkir janji dengan saya dan secara tak langsung saya juga telah memungkiri janji dengan orang yang lain."
tu la susahnya komunikasi 3 segi.
dahla, malas nak fikir. terpulanglah.. pulanglah ke pangkal jalan. ALLAH tak REDHA sesuatu yang DIA sendiri tak suka, terutama bila hamba-hambanya melanggar larangan_NYA. It's just a sign from ALLAH. that ALLAH love we guys...

kesian kat nasi goreng=jadi mangsa emosi sipemasak :) :) :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan