alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

Khamis, 17 November 2011

segalanya adalah yang terbaik dari ALLAH, Kita merancang, ALLAH juga merancang dan Rancangan-NYA yang terbaik

Bismillahhirrahmnnirrahim
selawat serta salam buat junjungan besar Nabi sekalian umat; Muhammad S.a.w.

Assalamualaikum wbt
alhamdulillah, masih diberikan kesempatan untuk menghantar entry sejak sekian lama tidak mengupdate blog Nuzamd. Sibuk? tak punya idea? malas? :) :)
pepatah: NAK SERIBU DAYA, TAKNAK, BUATLAH SEJUTA DALIH

Sememangnya, sedikit sibuk. tuntutan masa 24 jam perlu dibahagi-bahagikan. ALhamdulillah.. ALLAH sentiasa ada...tanda DIA masih sayang. ALHAMDULILLAH :)

nak kongsi cerita apa ye?? ermmm...
baru-baru ni, cik nuzamd dapat tahu, tunang kawan cik nuzamd telah pergi mengadap Ilahi.. YA ALLAH..mula-mula tau tu sangat sedih...sebab:
1: selalu dia cerita yang dia telah rancang & rencanakan untuk kahwin pada 12 DEC 2012 (siap cik nuzamd dijemput untuk walimah di Negeri Sembilan tau)
2: bukan kawan cik nuzamd ni yang bagitahu pada cik nuzamd sendiri, tapi kawan yang lain. katanya, dia takut cik nuzamd 'cuci' hati dia. Dengan kata lain tazkirah hati. (bebel)
3: dia selalu cerita macam-macam tentang tunang dia.
4: paling sedih, tunangnya dah meninggal tahun lepas, dan bulan 9 lepas, dia masih bercerita tentang kedudukan dia dan tunangnya... tapi sayang, cik nuzamd tak dapat tangkap riak mukanya yang sentiasa tersenyum kala bercerita tentang tunangnya... teruknya saya!!!
Sekarang, bila mengadap dia..sedih sangat.. dan terngiang-ngiang di telinga bila teguran seorang lagi kawan menyapa,
' Ni, mana cincin tunang ko?'
'ada, aku simpan. taknak pakai. nanti hilang'
ya ALLAH, sebenarnya masa tu tunangnya dah meninggal & dia guna alasan tersebut. kalau cik Nuzamd yang berada ditempatnya, Ya ALLAH..entahlah...
dan rasa sedih tambah bersalah berganda-ganda, bila cik nuzamd selalu tanya pasal tunangnya. (seronok dengar cerita ornag-orang yang dah bertunang actually :) )
sekarang, nak mengadap dia pun sayu je hati ni. lagi-lagi bila tengok jari manisnya dah tak tersarung cincin pertunangannya. kalau dulu dia tak pakai cincin tu, cik nuzamd masih guna alasan yang dia cakapkan tu. tapi sekarang... semoga engkau tabah menghadapi ketentuan ALLAH ya sahabatku...
lagi satu yang cik nuzamd respect dengan dia, dia sering ingin membantu untuk mendapatkan pasangan bagi kawan-kawannya. (cik nuzamd pun pernah terkena, tapi i tolak ok). Niatnya yang cik Nuzamd tahu, dia nak kawan-kawan dia bahagia dan dia nak kawan-kawan sekelasnya ada yang berkahwin sesama rakan. hasrat dia tu. dan alhamdulillah...menjadilah juga bantuannya tu..sebab dalam kelas kami ada dah yang sedang merancang untuk berkahwin. usaha ini dilakukan oleh beliau :)... untuk sibuk memasangkan kawan-kawannya, dia pula yang sendirian.. YA ALLAH, aku tak tahu..sungguh..aku tak tahu...permudahkanlah kepadanya. ringankanlah jodoh buatnya. bahagiakanlah dia dengan nikmat cinta-MU ya RABB.

moral of story:
sekurang-kurangnya sahabat cik nuzamd ni merancang. cuma rancangannya tersasar. tapi, percayalah, rancangan ALLAH jua yang sempurna dan terbaik. DIA MAHA Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambanya, dan inilah yang terbaik buat sahabat cik nuzamd yang kehilangan tunangnya di dunia. Cik Nuzamd yakin dan percaya, ALLAH tidak sekali-kali memberati hambanya dengan ujian yang tidak mampu digalas. dan sahabat cik Nuzamd pula adalah yang terpilih untuk merasa nikmat disebalik ujian untuknya ini...InshaALLAH, sahabat cik nuzamd ini mampu mengahdapinya. buktinya, dia masih mmapu tersenyum, melangkah dengan yakin serta sabar dengan segala tindakannya...kalau tak, mesti dia dah berhenti belajar mungkin sebab stress..dan itu juga yang pernah dikongsikan dengan cik nuzamd, nak berhenti belajar. tapi, oleh kerana mulut ni suka membebel, " ni, lagi setahun je. janganlah berhenti. inshaALLAH, kita belajar sama-sama. tahanlah k. tak lari tunang ko tu." gurau punya gurau, rupanya dalam hati ada sesuatu yang cik nuzamd tak tahu...
Lagi satu, sebagai manusia, kita tak pernah pun merancang untuk gagal. betul tak?
rasanya, kita menjadi manusia yang gagal bila langsung tak merancang. betul tak?
ahhhha...fikir2kan, renung2kan...

segalanya dalam aturan ALLAH adalah yang terbaik... siapakah kita untuk mengubah takdir_NYA...tapi, dengan usaha dan doa serta tawakal, ALLAH akan permudahkan kita untuk Redha dan rela menerima takdirnya.jadi, sekurang-kurang, kita tidak menjadi hamba yang hanya berserah bulat-bulat dengan takdir ALLAH tanpa memikirkan nikmat yang terhijab disebalik semuanya...

wallahua'lam
Wassalam..

words of today
spread your love to all in this world b'coz ALLAH love whom to love HIS creatures

Tiada ulasan:

Catat Ulasan