alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

Jumaat, 13 April 2012

part wa part

Jarak
ALLAH memberikan jarak ini
Walau sesah datang
Kembali zikir kepada ALLAH
Dan hati menjadi tenang
Kala sesah datang lagi
Pujukku pada hati
Inilah yang terbaik dari ALLAH

Allah memberikan jarak
Agar ada keserasian di dalam jarak itu
Agar ada rindu untuk munajat kepada ALLAH
Agar ada sayang untuk mereka yang lebih berhak
Agar ada kasih bertamu untuk kekasih ALLAH
Bukan untuk aku atau untuk dia
Tulang rusuk atau pemilik rusukku

Jarak ALLAH ini
Anugerah ALLAH
Aku dan dia terpilih
Untuk berada di dalam jarak ini
Semoga hatiku kuat, juga hatinya
Kuat berpegang pada janji ALLAH
Persetankan semua hasutan syaitan
Yang bernama syaitan itu

Aku tak mampu memberi janji
Bahkan aku takut menerima janji
Manusia
Justeru, aku tidak mahu janji itu
Cukuplah janji ALLAH
Cukuplah ALLAH yang berjanji dalam kalamNYA
Aku yakin

Jarak ini
Sesekali sesah datang menyapa kembali
Kudidik hati agar pasrah
Pasrah bersama doa istikharah
Agar berkah menjadi hadiah terindah
Dengan untaian munajat kepada RABB al-Izzah
Meratib kepada pemilik segala roh
Semoga yang terjadi dipenuhi dengan Redha ALLAH

Ya ALLAH
Syukran, dengan jarak ini
Aku mampu memahalkan dirinya
Dari kaca mataku
Juga dalam perhitungan_mu
Dan aku juga terasa betapa istimewanya aku
Untuk merasa berada dalam jarak ini
kerana Engkau sedang menjaga
dalam jarak yang dilewati
hanya doa yang dititip supaya segalanya terpelihara
Subhannallah, Engkau Yang Maha Suci Ya ALLAH

Ya ALLAH
Redha_mu yang ingin aku capai
Magfirah_mu yang aku turut
Kuatkan hati dan jiwa ini
Semoga jarak ini menjadi ruang dan peluang
Kepada aku juga dia
Memperhebat iman
Memperkukuh taqwa
Mengutip bekalan dunya dan akhirat
Agar sakinah akan sentiasa datang
Supaya mawaddah akan terus meriasi
Mengharap rahmat_mu sentiasa mencurah-curah
Dalam hati-hati yang penuh rasa kecintaan

Ya ALLAH
Semoga jarak ini bermanfaat
Bukan merosakkan
Atau memusnahkan
Ketauhidan
aku, dia, kami juga mereka
Kepada_mu, Ya RABB


It’s dedicate for all readers =)
Be grateful person, always and forever & keep learns
See al-Ibrahim (38)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan