alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

Sabtu, 19 November 2016

bila aku mula jatuh cinta ...

bismillahhirrahmanirrahim...

adakah ini pengakhiran kepada penulisan ku di sini?
adakah akan terus bersambung dengan kisah kisah ku yang mendatang?
aku juga tidak tahu.
aku juga tidak tahu mahu menaip apa.
jari jari ku kaku sedangkan lidah ku kelu untuk menuturkan.
tapi hati ingin sekali berbicara. Walaupun bicaranya hanya di hadapan skrin yang entah siapa siapa pembacanya. jadikanlah ibrah dan iktibar. bukan membuka aib atau memburukkan sesiapa. sungguh, dialah kenangan semasa yang paling baik Allah anugerahkan. akan ada masa, ia perlu dipulangkan kepada Allah semula.

bila aku mula jatuh cinta...
keluarga adalah mereka yang paling risau.
ahli keluarga adalah yang paling khuwatir bila si bongsu mula menjalin cinta.
perpisahan yang lepas tiada dalam pengetahuan mereka.
Hanya emak dan abah yang tahu perihal perpisahan itu.
walau perpisahan itu suatu fasa yang paling teruk. yes..itu kali pertama si bongsu serius menjalin hubungan hati, selama 2 tahun meletakkan hati untuk dirapikan, tetapi akhirnya, dengan kecekalan lalu ia meninggalkan dia. jatuh dan bangunnya cinta dalam hati si bongsu hanya ada seorang sahabat yang tahu. dialah adik, dialah kawan, dialah sahabat. Dan fasa fasa kesedihan terus berlaku dalam kehidupan si bongsu. Tiada kata yang mampu memujuk hatinya. tangisnya hanya di atas sejadah. hingga suatu saat, terlintas di fikirannya, kenapa ujian ini yang menimpaku. Allah. kalau kalian pernah jatuh cinta lalu gagal, kalian pasti merasa. hati mula hiba. sehiba hari hari yang mendung. si bongsu mula mengkosongkan hatinya daripada dihuni oleh makhluk yang bernama lelaki. hatinya kecut. hatinya parah. hatinya gusar. hatinya terlalu terluka.

bila aku mula jatuh cinta...
datangnya seorang makhluk bernama lelaki. aku kawal segala mainan hati dan akal. Aku kunci drpd SUKA. aku kunci daripada terpedaya dengan perasaan lagi. aku kunci hati dengan kunci yang entah kukuh atau tidak. Tetapi aku cuba kunci. tidak mahu membukanya lagi. tapi, entah...entah bagaimana segalanya bermula... entah...entah bagaimana segalanya bermula, dan aku mula jatuh cinta dengan nya. tapi aku cuba kawal. kerana aku tidak mahu hati disakiti lagi. tidak mahu. tidak mahu. asbab kebaikan. ya..asbab kebaikan. asbab kebaikan dan kesopanan dan kesantunan. itu yang buat hatiku terbuka luas. Walau ada sahabat yang menyindir, "Kau kahwin dengan silembut tu ke?" "kau dengan mamat jambu tu?" "haha, kau dengan dia...ok la tu. dia kan sopan, lemah lembut." "dia ramai peminat tu, hati hati."

Dan aku hanya pekakkan telinga bila mulut mulut itu memperkata sedemikian. bagi aku, biarlah dia lembut atau sopan atau jambu, dia hanyalah manusia biasa yang mesti ada sejuta kekurangan dan kelebihan.

bila aku mula jatuh cinta ...
bila si bongsu mengkhabarkan hatinya mula berputik cinta, emak yang paling risau. abah yang rungsing. siapa nanti yang akan menyunting diri si bongsu. khabar tentang bibit cinta di hati si bongsu dikukuhkan lagi dengan kesungguhan, kebaikan, kelembutan, kesantunan dia yang menambat hati emak dan abah. bermula dari situ,perbincangan mula banyak di lakukan. Yang pasti si bongsu makan hati. hanya menurut apa yang patut. sedang doa menjadi mahar termahal agar semuanya dilembutkan hati.
Sepurnama, ia hanya berlalu sepi. tanpa ada khabar berita yang indah. setelah yakin, khabar itu mula bertandang lagi. Arh, kali ini akan lebih serius kah? aku juga mendebak.
semakin hari, semakin terserlah kesungguhannya. aku hanya doa dan istikharah. istikharahku aman. damai. tenang. baik. dan aku tawakal. dan berlalulah kehidupan yang dicanang... hingga lah sebuah episod baru bermula, bercinta selepas nikah. adakah? ada. ada bagi mereka yang benar benar mengamalkan cara hidup islam dan sunnah 100%, barulah cinta selepas nikah itu akan termanifestasi.

bila aku mula jatuh cinta...
aku sungguh-sungguh untuk jatuh cinta.
hingga aku tak tahu bagaimana rasanya sedih.
hingga aku tak tahu bagaimana rasa disakiti.
yang aku tahu hanya mahu setia dan mempercayai.
yang aku tahu hanya mahu jujur dan yakin.
bait bait layar kekeluargaan bermula dengan segala bentuk mahabbah dan sakinah.
oh. begini rupanya. bahagia menerkam nerkam.
aku bahagia... dia? mereka?
bahagiakah?

dan sekali lagi... bila aku jatuh cinta...
air mata, jangan lah bercucuran lagi.
Aku meletakkan segalanya dalam genggaman ALLAH.
aku meletakkan seluruh tawakalku hanya pada ALLAH.
kebahagiaan ini tercalar calar.
hampir terobek. tersayat.
angkara insan ketiga. namanya bukanlah lelaki,
tetapi muslimah yang budiman, lemah lembut, hatinya mulia semulia Fatimah R.A, yang redup matanya mampu mengegarkan jantung hati si pujangga hatiku, yang bicara ayunya mampu menggugat pendengaran si jejaka kekasih hatiku, dengan penuh sifat penyayang dan belas.
aku hanya ingin redha dan pasrah dengan ujian ini.
semakin aku minta untuk redha dan pasrah, air mata semakin lebat bercucuran.
semakin aku minta dijauhkan, ia mendekat. semakin aku minta didekatkan, ia menjauh. dugaan apakah ini duhai tuhan. ampun...aku kadang kadang masih mempertikaikan. aku kadang kala masih berteka teki denganMU. mungkin hatiku terlalu hiba... AKu cuba pujuk hatiku...redha..redha..redha..tetapi ia makin payah. aku cuba paksa untuk mengukir sebuah senyuman, agar tiada hati yang terluka. lalu aku sendiri yang terluka di balik senyum itu.

fasa fasa kesedihan aku harung sekali lagi. cumanya kali ini ia lebih pedih dan mendalam. ia lebih rakus memasak di dalam hati. fasa fasa sedih ini lebih mengancam. iya, kerana dulu dalam frasa bercinta. tapi ini dalam frasa perkahwinan.  hampir setahun aku berperang dengan sebuah kehidupan yang dinamakan perasaan. Air mata banyak tertumpah kerananya. dan aku masih mencari titik akhir untuk memulakan kehidupan baharu. fasa fasa ini tidak pernah aku lakarkan dalam hamparan impianku. Tuhan, aku tidak kuat. berilah aku hati yang kuat.

dalam doaku, tiada yang tidak baik untuk kalian. semuanya yang baik baik. dan aku hanya minta satu dua hal dari tuhan... keluarkan aku dari jalan ini. keluarkan aku dari keseorangan. aku tidak minta kecuali untuk aku sendiri. agar semuanya yang akan terjadi nanti adalah pilihan PALING BAIK dari Allah. Allah yang tahu segala usaha aku mendapatkan dirinya semula. tetapi, bila ia berkait soal HATI. aku hanya mampu balikkan ia kepada ALLAH. benar. hati kekasihku telah terpaut pada dia si muslimah yang paling budiman. tiada daya dan upaya aku untuk mendapatkannya lagi. segala jenis booster usaha telah aku lakukan. sekurang-kurangnya, aku menyahut seruan Tuhan, "Allah tidak mengubah nasib sesebuah kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa pada diri mereka. (13:11) usah memberi sejuta alasan untuk meruntuhkan sebuah mahligai suci dinamakan masjid. bahkan, aku sedar, ujian ini boleh jadi, mungkin akan memperkukuhkan lagi tiang tiang masjid yang goyah akibat kurangnya simen keimanan, goyahnya pasak ketaqwaan, atau bahkan akibat kelalaian dalam memakmurkan 'masjid' ini. ARghhh... ini hanya mungkin... sebaliknya dalam aturan ALLAH.

dan sesungguhnya cerai itu dihalalkan walau ia perkara yang ALLAH tidak suka.

poligami pula, dan kamu tidak akan dapat berbuat adil di antara isteri-isterimu, sekalipun bersungguh-sungguh hendak melakukannya, oleh itu janganlah kau cenderung dengan melampau iaitu berat sebelah kepada isteri yang disayangi sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung di awan-awan, dan jika kamu memperbaiki keadaan yang pincang itu, dan memelihara diri daripada perbuatan zalim, maka sesungguhnya allah maha pengampun lagi maha mengasihani. (4:129)

emak, abah, abang, kakak, ampunkanlah adik bongsumu.. andai ujian ini adalah kifarah kepada dosa dosaku terhadap kalian. ya, aku sudah meminta maaf berdepan dengan kalian. aku sudah, tetapi aku rasa tidak cukup.

hingga akhir taipan ini, masa masih menjadi penentu keadaan segalanya. aku mengambil hal perkahwinan dengan keyakinan dan bukan hal yang remeh. andai ada yang meremehkan soal perkahwinan, putus, cerai seperti putusnya cinta sebelum berkahwin, silakan, aku tidak menuding fahaman kalian salah. kerna kita manusia yang punya banyak pendapat, seiring dengan keinginan dan kehendak hati. but make sure, hati tu hidup atau mati. itu je. semua orang boleh bercakap tentang soal hati yang tidak boleh dipuaskan. tapi tak semua orang boleh bercakap tentang hati yang ber'akal'. jangan pisahkan hati dengan akal. jangan juga meletakkan hati mengatasi akal. ALLAHUROBBI.

bila aku mula jatuh cinta...
aku hanya berharap cinta ini berkekalan dan terus berkembang tiba dengan selamat di Syurga Allah.
dan aku harap, tiada lagi air mata yang keluar, kerana aku yakin aku telah memberikan 'perkhidmatan' terbaik sebagai isteri dan pembantu suamiku. dan aku juga harap tiada air mata yang keluar kerana dia juga telah menjadi yang terbaik untukku.


jalan kelisa 3, sg tangkas, kajang. 19 november 2016.

~ALLAH, izinkan aku mencintainya tepat pada waktu yang KAU tetapkan~

Bismillahhirrahmanirrahim

Salam Ramadhon :)

Ramadhon Kareem... Dah 15 hari berpuasa...apa ye rasanya atau kesannya puasa sehingga ke hari ini? ada perubahan? ada pembaikan?

Reverse-reverse-reverse... Puasa kali ni (1434H) di KOTA DAMANSARA...uhhh... sandi dan sadis... selama ni puasa di kg...3 tahun di Sabah ye... kali ni tercampak ke sini pula... Praised be to ALLAH... semuanya meninggalkan memori yang tersendiri... uhhu.. dihambat rindu-rindu bertamu di lubuk hati-jiwa tenang :) :)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tajuk entry dah macam tajuk novel-tapi kalau buat tajuk novel panjang sangat-kena reject.

Jauh-jauh-jauh
jauh disudut hati
sudut yang mana
kurang pasti
tentang apa
semestinya tentang hati.

Jerebu-jerebu-jerebu
Jerebu hati
hati jangan biar mati

sebuah catatan yang tersimpan di kotak draf

izinkan aku meninggalkan coretan kenangan disini. kerana aku ingin ia sentiasa tumbuh segar dalam lipatan kenangan antara kami.

setelah berkahwin bebrapa bulan kemudian, kami dapat tinggal bersama sementara. sementara di rumah sewa bujangku. kebetulan rakan2 serumah bercuti ke kg halaman smpena cuti semester yang panjang.

alhamdulillah. ketika itu bulan ramdhan. ramdhan pertama bersama dia.
seronok. turun naik tangga pergi bazar. naik motor. pergi terawih. indah. sungguh indah allah.
Allah yang maha kuasa menggerakkan hati kami. aku gembira.

sementara dia mencari pekerjaan, aku bertanyakan kepada pengurusan Al-AMin. ya. itulah sekolah pertamanya tempat dia bekerja hingga ke hari ni. bulan 8 2014 kalau aku tidak silap, dia mula berkhidmat. dan aku sering berdoa memohon agar allah menjaga hatinya. mata pandangannya. Allah.

allah yang tahu.

insiden, kainku termasuk dalam rantai motor wave ku. alhamdulillah, aku masih dipanjangkan umur. terima kasih abg.

buka semester setrusnya, kami terpaksa berpindah mencari rumah. maka, rumah puchong menjadi sasarannya. alhamdulillah.

bermulalah kehidupan kami berulang alik puchong-kajang.

allah uji. seawal tahun 2015, aku memutuskan untuk berhenti kerja sementara menyiapkan tesis.

allah uji wanita bila dia tidak berharta, dan allah uji lelaki apabila dia berharta.

dan allah masih memurahkan rezeki.

menghadapi sepanjang tahun 2015 dengan tawakkal kepada allah.

ramai yang bertanya kepada aku, mengapa aku memilih untuk kerja diTadika sedangkan aku punya kelulusan untuk kerja di bahagian pejabat. Jawapan aku mudah, aku mahu menjaga pandanganku, menjaga hubungan aku dgn suami. agar dia aman melihat aku bekerja dalam kelompok rakan sekerja yang wanita-wanita shj. kerana aku tidak mahu bikin dia cemburu jika ak bekerja ditempat yang mempunyai lingkungan staf lelaki dan perempuan. bagi aku, suami adalah segalanya. Ya, benar, wanita ini bila dia dah berkahwin, dia meletakkan dirinya untuk suaminya shaja. berbeza dgn lelaki, apabla telah berkahwin, mereka mempunyai peluang untuk menambah cawangan. aku berkata begini bukan menyesal bekerja di lapangan pekerjanya hanya wanita shaja, bahkan ak bersyukur kerana apabila aku berkahwin, maka ak akan dapat menjaga peribadiku utk suamiku shj. allahu'alam.

Ahad, 6 Mac 2016

sebuah perjalanan yang kelam bermula ...

Assalamualaikum wbt

Tiada yang baru kalau tiada yang lama.
Manakan sama yang baru dengan yang lama.
Allah jua yang maha mengetahui.
Hidup ini sering dipercaturkan.
Adakala kita boleh menerimanya,
Adakalanya kita terpaksa menerimanya.
Sebab itu nabi ajar agar ikhlas.

Allah..tiada tempat selain Dia untuk meminta.
Mintalah apapun.kerana Dia tidak lokek.
Bahkan orang yang tidak meminta kepada Allah adalah orang yang sombong.
Allah maha kaya. Allah maha Pemurah. Allah maha Adil.
Allah mama Memberi.
Mintalah, allah akan beri dari manapun tempat yang tidak disangka2.

Surah at-taubah ayat 108-110. Aku masih mencari jawapannya.
Dalam ayat tersebut menyatakan tentang pembinaan masjid.sama ada atas dasar takwa atau sebaliknya..kalau bina masjid atas dasar untuk menyaingi masjid yang sedia ada, maka ia adalah haram.
Namun, boleh diperbaiki jika ditanamkan asas takwa. Dan gunakan masjid tersebut dengan tujuan kebaikan, bukan menunjukkan kemunafikan. Allahuakhbar.

Allah, apa maksudnya.
Moga allah beri aku kefahaman.

Bermula hari ini, aku akan gigih ...

Selasa, 19 Januari 2016

entry ditangguhkan.inshaallah.jika jodohnya panjang, inshaallah..Milik Allahlah segala apa yang ada dilangit dan dibumi~ ia sedia dibaca.

25 Jamadil Akhir 1434H

25 jamadil akhir 1434 h. Lamaran. Entah.. Entah ini lamaran kali keberapa. Yang pasti ia adalah lamaran kedua yang aku terima daripada lamaran-lamaran lain.

-Demi mencapai suatu yg sangat indah, perit dan lelah itu lumrah. Teruskan bersabar, walaupun ia amat payah. Demi mencapai redha Allah, aku jauhkan cinta sebelum bernikah. Kerana setia ku terhadap Allah dan Rasulullah. Demi mencapai jannah. Sehingga saat itu..aku ingin yakin, bahawa engkau indah seperti janji Tuhan. Walaupun kini, aku parah menanti dirimu, bakal zaujahku.-shauqiazmi's status on 1 Rejab 1434H


Bismillahirrahmannirrahim

 43-Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis.

 44-Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang mematikan dan menghidupkan

 45-Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menciptakan pasangan - lelaki dan perempuan.

 An-Najm~~zaqyanur's status on 1 Rejab 1434 H


Ya.. hanya sebuah lamaran. Pastinya belum tahu. Indahnya khabar dari rupa. Atau ini ujian dari ALLAH. Godaan dari Syaitan.
YA... lamaran ini tak pernah dirancang. Cuma kami berfirasat dengan pilihan istikharah kepada ALLAH. Takut juga andai istikharah itu umpama mempermainkan takdir. Tidak. Inshaallah.. Selagi berlalu dalam hukum dan syariatnya, aku yakin inilah yang terbaik.

Justeru? justeru aku dan dia perlu sabar. Cabarannya hebat. Dugaannya kuat. Ujiannya sungguh ketat. Mampukah kami?
Inshaallah. andai jodoh lamaran ini berpanjangan hingga ijab dab qabul berlangsung. Sungguh. Aku sungguh Redha. Mudah-mudahan aku diberikan kekuatan untuk Redha.

Duhai diri yang melamarku...nantikan aku dibatasan waktu yang ALLAH telah tetapkan. Dan sehingga itu aku yakin semuanya baik-baik sahaja dengan ALLAH sebagai pemeliharamu.

Bila masanya telah tiba... Aku harap kita menyatu dengan rasa Cinta Rabbul Izzati. Merafakkan syukur kehadrat ilahi yang punya Kudrat & Iradat... Sehingga tibanya saat itu, aku mohonkan kesabaran buat kita.


Inshaallah. Masanya akan tiba...


25 Rejab 1434 H



Kini sebulan telah berlalu... macam-macam perkara berlaku. Benar tekaan kami. Ujian pada saat ini banyak yang berlaku. kalau tidak melibatkan orang lain, ia melibatkan diri kami sendiri. Sepertimana hati dan jiwa terganggu dengan perasaan masing-masing. Inilah...Mungkinlah...Zina hati. Nauzubillah. Kalau yang berlaku ini adalah langkah-langkah ke arah itu, saya tidak mahu lagi terjebak.

Ya... memang. Kami sering berhubung. Melalui Facebook, Whatapps, SMS dan call... Alhamdulillah.. kami belum terniat nak install We Chat, Line dan sebagainya.

Dalam pada berhubung tu...banyak yang dikongsikan. Tapi saya dan dia sering mengingati agar tidak melepasi batas yang tertetap oleh syarak. Lagipun, saya kalau boleh nak jga kesucian dan kemurnian niat dia dan lamaran dia ke atas saya di hadapan orang tua saya. YES...

Tapi...sepanjang sebulan tu... Rasanya sayalah yang paling mengada-ngada. Some weeks saya boleh tahan but some weeks lagi saya tak boleh tahan. Ok jangan salah faham apa yang saya boleh tahan, tak boleh tahan... Macam ni, kadang-kadang, saya boleh je tahan tak contact dia langsung. Buat tak tahu je kan. Tapi bila kena yang hormon nyanyuk, saya nak keep contact dengan dia. Yes... Perkara ni jadi seminggu sebelum sebulan... Saya nak text dia selalu. Dah lepas tu saya fikir semula... Kenapa saya berperangai sedemikian... uhhu...



Masa Date of My Birthday pun.. kami keep SMS... saya tak jangka dia akan ingat my DOB. Sebenarnya saya pun lupa esok b'day saya. Sebab ramai dah wish sehari sebelum my DOB.So macam confius... Tepat 0000 26 May 2013 dia call saya. to wish my b'day...saya tercengang sekejap. Melihat jam dinding. Betul ke b'day saya... bukan semalam dah ada orang wish ke... Rasa nak marah tu dah ada sebab dia wish lambat kan... Lepas tu saya terdiam...diam dan diam...saya fikir semula... Ok..betul..b'day saya malam itu. Bukan semalam. Tapi saya masih lagi terdiam membuatkan dia bertanya-tanya-tanya. kenapa saya diam. Sebenarnya saya teruja, terkesima..Semua perasaan ada. Tu la kan. Bila tak disangka-sangka jadi, jadi macam tu la...hehehe.. ok bahagia sekejap :)



Saya minta hadiah. Katanya nanti masa tunang. Ok.. Saya dah tak fikir. Saya pun saja je. Bukan serius nak hadiah.. hihi... Apapun, sejak b'day saya tu, banyak yang kami janji. Berjanji untuk lebih menjaga hati dan perasaan masing-masing agar tidak ternoda atau dinodai atau menodai/kan.***Itu cerita masa b'day saya.***

Sampailah dia selesai menghadirkan diri ke temuduga SPA dan menduduki 2 kertas exam, kami jadi slow semula dalam berhubungan. Masih SMS. Tapi tidak sekerap zaman saya mengada-ngada tu... SMS sekadar bertanya khabar dan keadaan seharian. OK. Saya boleh je sebenarnya berkeadaan sedemikian. SABAR la kan. 

Dan seterusnya, mood saya mula berubah ke hari-hari hampir sebulan. Entah saya pun tak tahu kenapa dan mengapa. Penat dan letih mungkin menjadi salah satu faktornya. Tapi, mostly saya terasa dengan dia buat tak endah sahaja dengan saya, So, untuk tak terus terasa hati, saya lowkan berhubung dengan dia.

Dan beberapa hari setelah sebulan, saya mula neutralkan semula hati dan fikiran saya. Saya cukupkan masa tidur saya. Yeayyyyy... Supaya aura/semangat saya pun diterima oleh dia yang sedang serabut memikirkan perihal praktikal/intern programnya... Jadi caranya... sebagai diri saya sendiri... saya tak nak moody dan meluahkan ke'moody'an saya kepada dia yang sedang serabut memikirkan masalahnya sendiri... Bak kata Ustaz Pahrol Juoi, kita kena sihat kalau nak jaga orang yang kita sayang. Kalau kita sakit macam mana nak jaga orang yang kita sayang... kan... Sebab tu ada pepatah-pepatih, sayangi diri sendiri terlebih dahulu sebelum menyayangi orang lain... PEACE!! ^_*

Ok..setakat ni dulu ye kisah sebulan saya dilamar ^_* inshaallah, any improvement akan dihebahkan dalam diari personel ini ya...

***sekarang saya sedang buat lucky star from paper...dah hampir penuh sebalang kaca yang comel...tujuan>>> saya nak buat hantaran kelak...untuk cincin dia... saya nak letak lillin wangi dikelilingnya...menggantikan bunga rampai ekceli...ihhi..ok..berangan!!

***saya sedang usaha nak mengkhatamkan bacaan buku trilogi Aku Terima Nikahnya...tebal...sangat tebal..boleh ke habis before saya bertunang ni? sebab buku tu saya nak bagi kat dia dalam hantaran nanti. KUNUN!!!




04 Syaaban 1434h

Entry ni sepatutnya saya tulis pada 02 Syaban. Tapi dek keadaan emosi yang tidak stabil, saya biarkan dahulu. Banyak perkara yang perlu difikirkan dan dipertimbangkan terlebih dahulu. Macam ni... Zohor 1 Syaaban, dia telah mengSMS saya bertanya nama surau yang ada di depan rumah saya. Then, i just reply it without any doubt. Tapi lama-lama, saya terus tertanya-tanya. Kenapa? Nak datang rumah? Kan dah pesan kalau nak datang bagitahu dahulu. Risau if my parents tiada dirumah...

Dalam bus pulang dari office, he sms me again. Said that parentsnya dah nak sampai kat rumah saya. AHHA.. Heart attact sekejap. Kesian orang kat sebelah saya. Dengar saya merengek dan mendengus lembut. Saya terus call mak. Ahha. My sis yang jawab. There, sound messy and riuh-rindu.. OK..there already be there.. Pass to mak and mak tak habis-habis ucapkan syukur. Then i just putuskan talian tu.

Maghrib dan sepanjang isya', saya dan dia keep SMS. Tapi saya lambat balas. Masak and makan.  Dalam hati kami is very2 nervous and cuak. Fikir macam-macam. Saya dan dia masing-masing menunggu panggilan dari orang tua. Bagi mendapatkhabar berita dari apa yang dibincangkan. Hampir jam 10, mak saya tak call, then saya gagahkan diri dan hati untuk call dahulu.

Hasil perbualan:
Mak sangat bersyukur mereka datang tepat pada masanya. Sebab my parents g ziarah kat Sabak bernam. Parents baru je sampai dan mereka pun sampai tak lama kemudian. ALLAH. Ini KETETAPAN ALLAH, bukan KEBETULAN. Saya tak tahu lah, macam boleh merasai perasaan mak saya yang bercerita itu ini. YES I feel it :) Alhamdulillah. Semoga kedua keluarga REDHA dan ALLAH juga REDHA... Dalam hati saya keep doa "Harap segala perbincangan berlaku dalam redha ALLAH sama." Mak bagitahu, 06 Julai 2013. Ok.. saya terdiam. lama. Entah. 

Setelah habis berbual telefon, saya terus SMS dia memberikan khabar. Entah, mood dia terganggu... Mungkin. Fikir tentang budget e-day since he still not working yet. Saya? i dont care dia student atau pekerja, yang penting dia ada cita-cita nak membangunkan ummah. Bila dah ada cita-cita mesti akan fikir sekali jalan dan usahanya.

02 Syaaban:

Dia SMS saya semula. Benar. Jiwanya terganggu dengan apa yang bakal berlaku. Memikirkan tentang E-day, internship dan Final exam. Benar. Semuanya memerlukan perancangan dan telitian yang mantap.

Saya membiarkannya. 2 hari tidak menghubunginya. Biarla dahulu. Bak kata John Gray (Mens from Mars and Woman form Venus) lelaki kalau ada masalah atau stress akan suka memencilkan diri dan memikirkan sendiri. Sebaiknya yang perempuan jangan ganggu mereka pada ketika itu. Saya biarkan dia bukan sebab terpengaruh dengan penulisan John gray, tapi saya ada pengalaman tersendiri. Mendesak bukanlah suatu cara yang terbaik. Keep in calm and cool down sdn. bhd. Dan saya yakin dia baik-baik sahaja disana di bawah lindungan dan pemeliharaan ALLAH. Fi hifzillah ucapnya pada saya dan saya ucapkan semula kepada dia di sini. Sungguh dia juga yakin saya akan dijagai ALLAH. So, nothing to be worried ekceli.
Semoga segalanya berjalan lancar dengan ketetapan dan aturan ALLAH. Yes, kami merancang dan kembalikan juga segala rancangan kepada ALLAH. Semoga ALLAH beri kemudahan. :) Chill NuZaMd... Cool ASA.

03 Syaaban

Saya bermimpi pantai. Pergi ke tepi pantai. Bersujud di atas sejadah yang di hampar menghadap pantai. Saya buka selipar dan meletakkannya ditepi pantai tersebut bersama IC saya. Kemudian, saya ternampak ombak menggulung2 ke arah saya. Saya cuba bertahan dengan ombak tersebut dan demi menyelamatkan IC dan selipar saya. Saya lihat ombak itu. Sekadar melihat dan lantas saya merasa takut tidak dapat menyelamatkan IC dan selipar saya. Dalam masa yang sama, saya masih ingin bersujud di atas sejadah itu. Tup-tup, saya terkeluar dari pantai itu menuju ke sebuah gerai bersama 2 orang sahabat saya... Kami berjumpa dengan orang yang kami ingin sangat jumpa. Dia senyum dan kami sekadar bertegur sapa bertanya khabar.

IBRAH mimpi: Saya biarkan sahaja mimpi itu. Tapi saya tiba-tiba terfikir. Apa maksud mimpi saya. Ombak-sujud-harapan menyelamatkan IC dan selipar-keluar menuju gerai-temu dengan orang yang lama ingin ditemui-Perasaan saya dipantai yang sukar digambarkan... Entah, segalanya dalam pengetahuan ALLAH. Mungkin petanda dari ALLAH. Kerna saya dan dia sedang membuat pilihan dan berfikir apa yang terbaik dan merancang yang terbaik dalam setiap perancangan kami.

Bila baca dalam internet. Bermimpi ombak adalah petunjuk bahawa anda sedang mengalami masalah tetapi akan dapat menyelesaikannya dengan pengakhiran yang baik. Senang cerita dapat good news la.. Tapi ia bergantung kepada situasi, perasaan dan prop2 lain. Entah.. Mimpi ini sekadar petunjuk ALLAH aka peneman tidur. Semoga ia tidak melalaikan. to ASA, saya pun rungsing. Saya tahu dia pun rungsing. Inshaallah.. ALLAH ada bersama kita ye. Saya nak menjadi yang terindah seperti aturan Tuhan :)

01 Zulhijjah

Allahurobbi, lamanya saya tidak menyambung penulisan dalam karangan ini yang telah saya drafkan. Sepanjang Ramadhan, Syawal dan Zulkaedah yang langsung yang tidak tercatat... Allahurobbi..

Saat ini saya menyambung kembali... Aasif, aasif, aasif jiddan. Mungkin saya terlalu sibuk menguruskan beberapa perubahan yang berlaku sejak beberapa ketika. Allahurobbi, semoga ingatan saya masih kuat untuk mencatatkan mana-mana yang tertinggal.

back to old:
27 Syaaban
Saya dan dia bertunang... Alhamdulillah. Hasil daripada lamaran pada 25 JamadilAkhir dan risikan 01 Syaaban. Semudah yang ALLAH aturkan. Kun Faya Kun... MashaALLAH...
Majlis berjalan sederhana. Perbincangan pun sederhana kerana belum ada ketetapan yang pasti. InshaALLAH semuanya akan tertetap kelak dengan izin ALLAH, inshaALLAH.

Ramadhan?
Apa yang jadi pada bulan Ramadhan? Yang saya ingat, en.Tunang saya dapat praktikal di Puchong seminggu selepas kami bertunang. Tak lama kemudian, en.Tunang dapat pula panggilan temuduga intership ke China... sebab saya ingat ada temankan dia sepanjang pemanduannya ke UUM  melalui panggilan telefon. 2malam berturut2 ke ye...mungkin..uhhu.

Bukan itu sahaja, sepanjang intershipnya di Puchong, ada beberapa kali juga kami bertemu, berbuka sama dan bersama-sama berbincang tentang banyak perkara.

Beberapa kali juga dia datang ke ofis untuk jemput dan jumpa saya.. Ye.. itu yang saya ingat.

Balik kg sama naik bus? Cuti Nuzul Quran? Balik ke KL semula dan berbuka dalam bus? First time buka dalam bus. Sebelum ni buka dalam flight pernahlah. Uhhu.

Di akhir Ramadhan, lagi 4 hari nak raya kot...saya buat keputusan untuk sambung master di UKM dan masa tu saya ingat ada minta pendapat dia. Oleh kerana pada masa itu dia telah bercuti, makanya dia pulang ke kampong awal sedikit dan saya tertinggal di Petaling Jaya. Tapi dia kembali semula ke Puchong untuk membawa pulang kereta lama abangnya. Tengah hari? dia datang ke ofis saya. Saya pun terus memperpanjangkan usul tentang keputusan ingin sambung master. Dia kesukaan. Memberi cadangan supaya saya terus buat surat resign dan balik kampong awal dengannya. **terpengaruh dengan en.Tunang** uhhu.. en.bos? bising juga. ngeee

Berbuka di jalan. Sepanjang perjalanan yang hambar. Uhhu. Masing-masing bersalah. OK!!

Syawal?
Cerita syawal yang biasa-biasa...
Berziarah, berkunjung ke rumah en.Tunang bersama keluarga pada hari raya pertama...
Si dia pula berkunjung pada hari raya kedua ke? Jumaat penuh berkah...
Bonda dan ayahda serta kaum keluarganya ke Kedah atas urusan majlis perkahwinan sepupu. Saya turut dijemput pergi-malu.

En.Tunang dapat keputusan tentang temuduga intership ke China.-GAGAL-sedih dan feeling down.
Saya cuba sebaiknya menasihati dan mengurangkan rasa sedihnya...tapi saya tak mampu. sungguh segalanya milik ALLAH.
Seminggu berkelana perasaan bersama dia.
Entah tarikh keramat bila-keputusan temuduga tersebut berubah-Dia dapat mneyertai program intership ke China... September 2013-Mac 2014.

Rasanya itu sahaja yang berlaku sepanjang Syawal.

Syawal-Zulkaedah-September
Penghujung Syawal/penghujung Ogos. Saya dengan berserah diri dan rela hati mendaftar masuk ke UKM sebagai MA student fakulti FSSK.
Mendaftarkan diri bersama en.Tunang yang sanggup menemankan saya mendaftarkan diri.

Menghadiri majlis Tahlil dan Doa selamat di rumah keluarga en.Tunang setelah dijemput dari Perak ke Bangi. Terima Kasih en.Tunang.
Menemankan en.Tunang membeli beberapa persiapan untuk ke China-Teluk Intan kami serbu. En.Tunang membelanjakan cik Tunangnya ini dengan sehelai NIQAB... Si dia tergumam, terkedu, terkesima dan ter ter ter lagi bilamana memandang saya yang berniqab dihadapannya. Dan cik tunangnya pula membelanjakannya bayaran potong rambut dia. Lama sangat dah suruh potong rambut, tapi tak bertindak-tindak..
Langkah diakhiri dengan meneruskan perjalanan ke Bagan Datoh. Sekali lagi... Niqab--allahurobbi...ampunkan saya.

22September?
Sekali lagi mata ini menangis. Hati ini hiba. Bakal ditinggalkan selama 6 bulan tanpa bersua wajah bertaut fizikal. Hanya doa dan rindu bakal terusul.
Di KLIA, matanya tertumpah air suci demi meninggalkan jasad ini. Jasadnya ini juga pilu. Tapi tak mampu untuk menumpahkan air mata dihadapan awak en.tunang. Sedih. Saya cuba kawal sebaiknya. Berair-air juga tubir mata. Menanti pecah diusik angin kepiluan.
ALLAHUROBBI.. saya cuba kawal. dan Alhamdulillah, terkawal.
Terhadiah secebis surat cinta darinya sebagai peneman saya waktu sunyi dan rindu melihat catitan tangannya. Indah. Saya cuma harap ia sebuah perpisahan yang indah dalam mempertemukan lagi keindahan 6 bulan mendatang. Benar. Kami tidak tahu apa yang akan berlaku 6 bulan mendatang. Cuma kami sepakat membawa kata di dalam doa agar setia dan yakin.
Lambaian akhirnya membuatkan saya hamper tersedan. Tapi ia terhasil di dalam hati. bonda dan ayahdanya menghantar hingga ke Kg Tangkas, Kajang. Terima Kasih ummi dan abah. Saya bukan calon menantu yang baik. Inshaallah, saya cuba yang terbaik.

Sehari berpisah beribu batu, hati saya risau. Runsing dan sedih. Hanya doa dapat saya titipkan. Pengakuan rindu itu telah terucap acapkali bersua di muka SKYPE... hanya SKYPE dan emel... bersua suara jua hanya di SKYPE... cell phone? Jarang. Saya RINDU. Semakin hari saya rindu. Tersangat rindu. Menitis-nitis juga air mata ini menahan rindu. Hingga kadang bersua di alam mimpi dan membuatkan saya terus sedih bila terbangun ke alam nyata. Sungguh saya rindu.

Seminggu pertama, Alhamdulillah. Kita masih kerap berhubung, masuk penghujung minggu kedua, awak mula sibuk, dan hati saya pula terus merindu. Sering rindu dan tetap rindu. Allahurobbi, jagakan dia untuk saya. Semoga perpisahan ini yang terbaik dan terindah untuk kami. Memanifestasikan apa harapan kami sebelum berpisah dulu. ~mempersiapkan diri sebelum pertemuan kembali 6 bulan akan datang... 6 bulan yang tidak tahu apa akan jadi... Allahurobbi, kuatkan kami. tetapkan kami untuk setia, sabar dan yakin.

Minggu ketiga???
salam ulangtahun pertunangan bulan ke-3 en.tunang :)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

20 z/hijjah
Setelah sebulan dia di sana, ada satu kesedaran yang hinggap di hati antara kami. Saya berharap untuk tidak berhubung dengan dia, tetapi dia pula semakin galak menelefon saya. Saya tak mampu untuk melawan. menjawab sekadar perlu. Menghormati si pemanggil telefon.

Bulan ini juga, si dia menghadiahkan bahan bacaan bertajuk "Gift For the Groom" >> saat membaca intro buku tersebut saya dah menangis. Terkesan di jiwa saya. Teringat dengan segala perkara yang lepas. Dalamnya mungkin terlebih, ada juga yang terkurang. Saya sedar. Sangat sedar. Kebetulan masa dia hadiahkan buku/bahan bacaan secara attachment di FB saya sedang uzur... Rasa nak menangis sangat masa sujud. Tapi saya tak boleh solat. Justeru, saya menangis ketika baring sambil membacanya. ALLAH, saya sedar dan semakin sedar.. Sejak pemberian tersebut, malah beberapa hari sebelum itu, saya telah terperasan sesuatu tentang kami. Kami jarang berhubung. kalau berhubung pun dalam suasana yang serius dan skema. Seperti mula-mula kami kembali berhubung semula dahulukala... Saya berdialog... Mungkin dia ingin menjaga ikhtilat  hubungan ini. Saya tetapkan dalam hati. Mohon allah tenangkan hati saya. Demi kebaikan kami dunia dan akhirat. Saya faham dan perasan.

Lantas, dia memberitahu saya apa yang saya perasani tanpa mohon perjelasan panjang. Syukur, ALLAH menghubungkan hati kami untuk saling memahami. Dia faham apa kehendak saya dan saya pula tak kuat nak minta directly dari dia. Alhamdulillah.. ALLAH tautkan hati kami untuk memahami. Lantas, saya pujuk hati supaya terus sabar dan yakin dengan janji-janji ALLAH... Saya juga telah mengingatkan hati supaya bersiap-siaga dengan sebarang kemungkinan yang berlaku seandainya perkara-perkara tidak diingini berlaku antara kami, seperti kami-kami yang dulu. Allah Maha Hebat. Tak bisa kita melawan segala takdirnya. Itu yang saya nasihatkan pada hati. Berserah pada Allah sebulat-bulat penyerahan. Andai 'perkara' itu nanti terjadi, anggaplah dengan sebuah natijah yang baik dari Allah...

''Gift For the Groom'' masih saya baca. Belum khatam lagi. Setiap kali membaca, ada suntikan semangat dalam merancang walimah saya kelak. Semoga berkat dan redha Allah ada sama. Benar katanya, sebuah pembacaan yang bermanfaat. Sebagai persediaan ke alam rumah-tangga. Sungguh. Banyak perkara yang sunnah yang saya tidak tahu telah tahu. Allahurobbi.. Moga ia jadi satu inisiatif saya semakin dekat denganMU. Dalam mencari dan menggapai redhaMU.. Dan saya masih menangis serta hiba bila membaca bahan tersebut. Sungguh, hati saya terusik dengannya.

'Ya Allah, permudahkan, jangan sukarkan'
' Ya Allah, murahkan rezekiku, rezeki dia, rezeki kami semua'
' Ya Allah, terima kasih memberikan dia ilham sebagai ilhamku jua.'

InshaALLAH, saya baik-baik sahaja di sini wahai en. Tunang. InshaALLAH ^_^

Muharam 1435h

Banyak yang disedihkan dalam 10 terawal muharam. hiba. Entah. Mengenangkan banyak perkara. Allah juga yang tahu. Mimpi. Petanda atau mainan. Banyak yang buruk dan tidak manis. Aku cuba menguatkan semangat. Menganggap mimpi selepas subuh itu mainan syaitan laknatullah. Hiba. Sungguh hiba. 

Menangis lagi. Aduhai... sepatutnya perempuan ni hebat dengan kurniaan 9 nafsu 1 akal... Sepatutnya mampu kawal emosi dan perasaan. Tapi, ni la aku kan...uhhu.. Cuma dalam hati terus bersangka baik. Pada ALLAH terutama kemudian pada dia yang jauh. macam-macam boleh jadi dan macam-macam yang aku fikir. ALLAH... (sambil tahan air mata.nak nanges!!!)  Kuatkan aku.. tetapkan aku berpaksi pada janji-janjiMU. Sebaiknya dalam pengaturanMU. Jika kami berpisah, tetapkan aku untuk sabar dalam ketaatan dan kepatuhan padaMU. Walau hati akan sedih, kuatkan aku ya ALLAH... sungguh aku tidak tahu bagaimana akan jadi dengan hubungan kami ini ya allah. sungguh tak tahu... kuserahkan sebulatnya padaMU ya Rabb...

20 Safar 1453h
Was today. I'm feel free after few days bertarung dengan perasaan sendiri. banyak perkara mahu difikirkan saat-saat untuk ke alam perkahwinan. bukan boleh dibuat main-main. semuanya need preparation dan kelengkapan. dari penetapan tarikh, aturcara majlis, budget and so on. hurm.. tiba-tiba termengadu dengan seorang kakak yang budiman... " kakak, kalaulah saya nak kahwin ni tak yah fikir apa-apa..seronoknya... tau-tau je dah kahwin" hoho.. dengan selamba juga kakak itu berkata, "upahlah orang." wah...aku ni nak buat majlis simple je kot. nak upah orang tu dah makan manyak kos maa.. jadi, duhai diri, janganlah malas2 ya... as simple as allah like kan... :) tapi, selagi tarikh tak keluar, I doesn't have any selera to making preparation. setakat cenderajiwa tu, inshaallah.. boleh la start sedikit demi sedikit. uhu..

and after a few months Im not get my keyboard, typing here....now...  12 Syaaban, 32 days being his Wife. Zaujah. Isteri.

Back to old~~
setelah bertungkus lumus meng'confirmed'kan tarikh, maka secara rasmi, urusan men'designed'kan kad kahwin bermula. mencari warna baju dan majlis. Plan A, B, C - Z kami atur. Walau jarak memisahkan, kami cuba mengambil sedikit waktu berbincang mana yang perlu. kekerapan berhubung dengan keluarganya juga telah mempermudahkan urusan ini. Ini milik ALLAH. Kami hanya meminjamkan kemudahan yang Allah beri.

-kepulangannya ke Malaysia tanpa ada sambutan dari aku? Itu tidak penting. Yang penting penerbangannya selamat tiba. Ya. Iya penerbangan 2 minggu setelah insiden MH370. Syukur.. Allah beri peluang kepada kami semua kaum keluarga untuk bertemu dengan dia. Insiden MH370 membuatkan aku pasrah jika dia terlibat sama. Pasti hiba. oh... Semuanya alam suratan ALLAH. Pasti.

seminngu setelah kepulangannya ke Malaysia, baru kami bertemu. Perasaan? bercampur baur. ada excited. ada hiba. ada malu, ada gentar... semua ada. pertemuan yang bukan dibuat saja-saja. tapi demi memenuhi tuntutan bernikah. yeahhh..attend kursus kahwin okay... kalau tak, mesti kami takkan bertemu juga... :) kelu tanpa kata. Allah sampaikan melalui hati. Saya rindu en. tunang... masa itu. biarlah rindu itu tersimpan. Yakin, suatu hari nanti pasti terluah dengan cara yang sangat proper. :)

> Got married/solemnization 9 Mei 2014 = 9 Rejab 1435H
> 10 Mei/10 Rejab = majlis belah perempuan
> 11 Mei/11 Rejab = Majlis pihak lelaki

sehingga kini, kami masih bertatih menghadapi mehnah dalam alam rumah tangga. Kami masih mencakar-cakar dalam mencari rezeki memenuhi nafkah setiap pasangan. Allah itu Kaya. Maha Kaya. Maha Adil. kami yakin segalanya datang dari DIA. only Allah. He give anything to us. Doa yang baik2 wahai insan pemilik cintaku, pemilik blog akumusafir, suamiku.

19 Januari 2016
entry ini merupakan draf yang telah tersimpan hampir dua tahun.
kenangan yang akan buat aku ingat hingga ke akhir hayat ku.
moga tahun depan aku akan menulis lagi tentang kami. doakan allah murahkan rezeki anak buat kami.kini

Alhamdulillah

bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah aku panjatkan kesyukuran kepada allah atas nikmat kurnianya hingga ke hari ini kami masih bersama sebagai suami isetri.Dugaan Allah yang Maha Hebat, maka aku mohon agar aku juga kuat menghadapi setiap dugaan dari Allah.

Alhamdulillah, allah mengkayakan kami dengan nikmat kasih sayang tanpa disedari. Aku masih berharap, agar aku terus disayangi dan dicintai oleh suamiku.

Alhamdulillah, aku menerima suami yang sanggup mengalah dalam banyak segi, walaupun hakikatnya, itu adalah amat payah untuk setiap lelaki, insahaallah, aku akan berubah perlahan-lahan demi keharmonian rumah tangga ini. Selebihnya, aku berserah kepada Allah.

Alhamdulillah, jentikan ujian dari Allah membuatkan aku sedar betapa dunia ini hanyalah persinggahan. dari sebuah persinggahan ini, aku mendambakan kebahagiaan. Aku mohon kalian doakan aku mengecapi bahagia itu. bahagia bersama suami yang dikasihi.

setiap saat mengingati detik manis dalam tempoh bercinta dengan suami, aku yakin dia telah beri yang terbaik. kadang, cobaan di dunia menyebabkan hati kita beralih mencari yang lain. yang lebih sempurna. yang lebih lebih sempurna. Allah, aku tahu aku khiilaf. Dialah suami kurniaan allah yang terbaik untukku. Aku yakin. dan setelah berkahwin dengannya, hatiku telah tertutup untuk mencari kesempurnaan daripada orang lain. cukup apa yang allah bagi terlalu banyak. kadang2 terlupa untuk bersyukur, lalu allah jentik. dan kini... aku harus terus melangkah menghadapi persaingan. antara hak, persaingan dan kebahagiaan. moga ada petunjuk yang menyinari jalan hidup kami.

 Alhamdulillah, allah masih memelihara hubungan kami. inshaallah, moga berterusan hingga ke Jannah tanpa ada perkongsian kasih dengan orang2 ke dua ketiga mahupun keempat.

Allahu mustaan, istajib dua' ana.

Alhadulillah, allah perkenan doa aku untuk duduk dirumah sewa sendiri dengan suami. terima kasih Allah.

namun ...

moga allah lembutkan hati hati kami. mengingati yang manis daripada yang pahit.

sementara masih bersama, aku cuba melakukan yang terbaik. agar ia dapat meninggalkan kenangan yang terindah buat dia nanti. Aku cuba, lillahi. Aku cuba. Moga allah tunjukkan jalannya. moga aku mampu mengukir kenangan2 indah yang boleh dia kenang bila aku telah tiada. aku akan cuba. aku akan cuba.

aku tahu aku ada kelemahan dalam mengeluarkan pendapat dan memaksa memilih pendapat itu. tetapi aku yakin aku punya kelebihan yang akan menjadi ingatan dia kelak. aku yakin. aku yakin. aku yakin.

Demi Allah, jagakan hubungan kami. apa jua yang berlaku mohon kami kuat.

inshaallah, aku mencintainya lillahi taala...

atas nasihat beberapa pihak, buat yang terbaik. buat yang terbaik.

Selasa, 12 Mei 2015

kembali kepada Allah

Saat langkah kita pincang
saat hati mula ringan
saat cara merentang arus
mana lagi yang tiada
gusar!

kembali kepada Allah.

ingat dengan zikir
amal dengan perbuatan
menjiwai dalam tawakal
kepada Allah.

Kembali kepada Allah.

Jangan disangka tiada rintangan
angin yang sepoi turut mendinginkan haba
inikan pula
jentikan ujian dari Allah.
Oh! tanda Allah sayang

Ya! sayang pada hambanya.
tapi, hambanya pula?
hati-hati dengan Istidraj
kalau ia bukan
Karamah maupun Maunah,
itu parah.

Kembali kepada Allah.

Dan Istiqomah.

Ujian Allah datang tak mengira hari.
bahkan saatnya juga tidak tahu.
hampir-hampir buntu
kalau-kalau hatinya dimatikan tanpa mahu fikir.

Kembali kepada Allah.

Berserah tanpa berubah
itu dusta.
Tawakal tanpa usaha
itu kabur.

Kembali kepada Allah.

Hubungkan semula hati dengan Pencipta.
Matikan hubungan dengan kefanaan dunia.
Hubungkan semula jiwa dengan takutkan Allah.
Matikan rasa seronok yang melalaikan.
Hubungkan deria meraba nikmat Ilahi.
Matikan rasa yang terus membinasakan.

Kembali kepada Allah,
kembalilah duhai jiwa untuk mendapat
ketenangan.

nuzamd
UKM, Rejab 23 , Mei 12 2015.

Isnin, 11 Mei 2015

Tawakal kepada allah

Tawakal kepada Allah adalah suatu kewajipan kepada mahkluk ciptaan Allah, terutama kepada orang yang bersyahadah Tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. bagaimana dan kenapa kita tawakal kepada Allah?

kisah 1:
Ini antara salah satu kisah yang saya masih ingat. Kerana tawakal saya kepada Allah.
Ia berlaku kira-kira dua tahun lepas. saya menungga motor dengan membonceng sahabat saya menuju ke rumah seorang tailor. first in time bawa motor area yang akan saya pergi tu. Sg Ramal Dalam. dek kerana yakin everything will be going smooth lillahi, saya pun meneruskan perjalanan tanpa mengisi minyak motor. Kakak dah pesan, cek minyak dan isi. saya cek dan kata nanti balik baru isi. hoh... berbekalkan peta lakaran tangan di tangan kiri, dengan penuh yakin dan bergaya kami bergerak menuju ke destinasi yang ingin dituju. ... alamak, salah masuk line dari bulatan. Allah, dah masuk jalan Highway... cuak tak boleh dan dikhabarkan. Mana jalan U-turn ni. huhu.. Bay, kita dah sesat ni... kita kat mana ni? lepas dah pusing2 hampir 15 minit dan melalui jalan yang saya rasa panjangnya, tengok kat board motor, picu minyak dah nak sampai merah. huhuhu..nangis dalam hati. camne nak balik ni.. nak call sape... Fuhh.. ambik nafas dalam2... nampak ada masjid tepi simpang (tah berapa kali dah keluar masuk simpang mana-mana tah), berenti kejap. sanggup tu beli internet nak tengok GPS, google maps and etc. tengok meter minyak, cuak berganda. Ya Allah, aku berserah dan tawakal padamu ya Allah. sepenuh tawakal ya Allah. keluarkan kami ke jalan yang betul. agak dah rasa jumpa jalan yang dapat membantu, kami meneruskan perjalanan mencari jalan pulang. Dah tak cari rumah kakak tailor tu. berbekalkan tawakal dan minyak motor yang macam dah nak habis tu, kami masuk ke segenap simpang. Alhamdulillah, jumpa kedai runcit, Bay, kita beli minyak motor dulu. Bay g tanya pekedai, maaf dik, kami tak jual minyak motor. Ouh Allah, luluh... xpelah Bay, kita tawakal je. kalau mati kat tengah jalan ni, nasiblah. tawakal je la pada Allah. Sambil tangan memegang handphone, saya melirik-lirikkan mata melihat peta. termasuk pula simpang Sg Chua. refresh balik. rasanya pernah lalu jalan ni. Ok. pernah... rasanya ada pasm minya BHP/ ESSO lepas traffic light nanti... menunggu lampu hijau dan bergerak.. alhamdulillah ya ALLAH, ada pun station minyak. siap-siap buka tangki nak budget isi berapa RM, mata saya terbeliak. ALLAHUAKHBAR, tangki minyak penuh. Rasa nak terduduk. mana datang minyak dalam tangki ni. Dalam terkebil-kebil, saya meneruskan perjalanan. Dalam hati masih merafakkan syukur. Berada di hadapan simpang. Kiri Kanan atau Depan. dengan tawakal kepada Allah saya mengambil salah satunya (xingat ), alhamdulillah, kami dah jumpa jalan keluar yang membawa ke rumah kami. ALhamdulillah. Nak nangis.

Pengajaran:
1- jauh perjalanan luas pandangan
2- bersabar dan tawakal
3- yakin dan usaha keras

bila saya ingat-ingat balik, itu adalah salah satu kisah tawakal yang paling saya ingati. sebab? sebab saya rasa itulah pertama kali tawakal saya tidak berbelah bahagi. 101% pada Allah.

Banyak lagi kisah 101% tawakal saya pada ALLAH. terutama dalam hal saya nak bernikah dan menyambung belajar serta bekerja.

oleh yang demikian, saya berpesan kepada readers dan diri saya sendiri, jangan pusing-belitkan tawakal kepada ALLAH. bulatkan. tekadkan. padukan tawakal hanya pada Allah.

Inshaallah, akan bersambung


sabar dan senyum seindah kuindah

Isnin, 2 Mac 2015

cinta syurga kami


nikah


walimah perempuan


majlis bertandang

Khamis, 26 Februari 2015

Nikah Makcik & Pakcik Belog

bismillahirrahmanirrahim.. 
allahumma solli 'ala saidina muhammad saw.

oh..telah 10 bulan aku berkahwin dengan mr.zawji kesayangan. moga berkah till jannah.
nak review sikit majlis kahwin kami? berjalan seperti biasa.. plan A-Z... tak susah pun even sebelum kahwin kami berjauhan selama 6 bulan. alah.. as simple as we mampu... berkah tu lagi indah daripada membazir akhirnya membawa papa... lets them said about our style.. yang kahwin tu kami. yang keluarkan duit tu mak bapak kami.. as long as they redha dengan cara dan pilihan kami. alhamdulillah.. style wedding aku inspirasi drpd someone that i really like and love her so much... eventhough tak pernah jumpa her face to face..but her aura boleh aku rasa... she is.... FB fren... anak koyube... she is very lawa.simple.zuhud.kemas (walaupun aku sememeh je tak macam dy) but she is very adorable to me... dia pun kahwin muda.. masih belajar kalau tak silap aku.. her advice to the bride... simple dan aku suka... ok..dari situlah mulanya projek dan impian kahwin aku dengan mr.zawj, walaupun dia tak tahu inspirasi perkahwinan aku ni.. maybe till now (before i post this entry) hehe.. cuma dia tahu aku peminat 'dia'...

(ni aku curi masa menaip proposal tesis...mengantuk mashaallah nak siapkan 30ms... sambil2 view blog orang dan blog sendiri, sambil2 taip perenggan by perenggan)

moga ada yang terinspirasi juga dengan cerita kahwin aku ni... mudah2an...

aku dengan mr.zawji..freshie lagi... bahkan.. dia pun xhabis lagi study masa tu.. aku dah selamat setahun kot keje.. itu tak jadi masalah bagi kami.. rezeki kan datang dari ALLAH yang maha kaya.. bukan dari bos aku tu...dia perantara je.

kahwin lepas hampir setahun bertunang.. bertunang?
semuanya simple je.. pada aku la..tak tahu pada orang lain. 
baju buat sendiri. mekap ala kadar (sebab aku dah 100% perasan yang aku cantik walaupun tak mekap), recycle pakai baju nikah untuk bertandang (walaupun mr.zawji masa tu dah belikan baju lawa sangat2 dari China),, belah aku lagi best... pelamin ala kadar.. sebab aku dah discus dengan family aku, tak yah pelamin2. balik je dari dating (lepas nikah dengan mr.zawji) tgok handmade pelamin dah siap.. malam nampak ok...bila siang..hancussss...kesilapan teknikal la katakan.. akupun takda masa buat tu, so takyah nak komplen sangat.since aku tak niat pun nak buat pelamin.. thats why la aku tak plan pelamin tu nanti camne.. ye dok...

cerita nikah? nikah..tah..aku pun tak tahu apa feeling masa tu.. nebes satu hal..malu satu hal..lepas tu aku rasa excited sangat... kenapa? wallahua'lam... 'aku terima nikahnya' pehtu solat sunat lepas nikah.. pehtu sarung cincin aku dan mr.zawji dan pakai gelang. settle.. amik gambar ni tak boleh miss..dah nikah..pegang erat je ye.. lagipun first time ni nak pegang tangan orang...aigooo...mashaallah..best rasa dia..

moh, ni review sikit majlis belah aku ye... masa walimah tu..punyalah syukur kepada ALLAH..hujan turun mencurah-curah.. sejuk...aku pun lambat2 le nak siap...bukan nak siap apapun..biasa2 je kan..tak yah nak pakai foundation segala mak nenek tu.. aku pakai bedak sejuk coklat je..tu pun ihsan kawan aku since aku lantik dia untuk touchup sikit2 je kat muka aku ni...hujan berenti, pengantin pun sampai..terus le naik atas.. tak baik lelama kat bawah.. habih angle gambar kami nanti kena snap..uhu..

walimah rumah aku...sanding ala kadar-edar gula-gula dalam kotak (tak tabur ye), makan beradab.. kau pun tak tahu sape yang masak..maybe ada yang masak sendiri oleh makcik dan kakak2 ipar aku... layan tetamu.

walimah rumah dia...sampai, masuk dalam rumah. sanding depan family. amik gambar. makan. photoshoot yang ditaja oleh kakak beliau :) :)

DONE!!! senang kan majlis kahwin kami

p/s: pada yang nak kahwin, kahwin lah berpada-pada.. tak salah nak melaram..tapi jangan membazir. kalau tengok cara perkahwinan budak2 sekarang dengan orang dulu2, sangat lain... entah.. semoga allah redha kehidupan lepas berumah tangga. dilimpahkan sakinah mawaddah dan rahmah...

p/s: kepada mr.zawji yang terbaca entry ni, saya mohon maaf salah dan silap ya, maaf sebab mohon maaf dalam blog ni, manatau kalau saya dah takde lepas ni dan awak tetap buka blog ni, so, awak akan tetap baca yang saya sentiasa minta maaf dengan awak.. no worries, saya selalu memaafkan awak. moga rumah tangga kita kekal abadan abada till jannatul firdausi..inshaallah.love u lillahi...love u love u love u

p/s: kepada perempuan bakal isteri dan isteri termasuk saya, moge kita jadi isteri penyejuk mata, mulut, hidung, telinga, hati, limpa dan sebagainya kepada suami..andai rasa lelah dalam menguruskan rumah tangga, berzikirlah subhanallah hil azhim subhanallah hi wabihamdihi... bila lelah tak hilang pergi, ingat lah ia saham akhirat..ingatkan pada diri, lelah ini adalah sedekah-mungkin kita tak pernah bersedekah dengan harta, maka allah gantikan dengan cara ini... bila lelah tak pernah jemu menempel, ikhlaskanlah ia sebagai ibadah kepada allah dan suami serta keluarga.. nikah kan ibadah. semua perkara di dalamnya adalah ibadah... mantapkan fizikal dan rohani, cambahkan kasih sayang kerana wanita memiliki nilai kasih sayang yang lebih banyak berbanding lelaki. jika terasa beban terlalu berat, menangis minta pada ALLAH agar kita diberi kekuatan menggalas bebanan tersebut. jika kita tewas dengan anganan dunia perkahwinan , mohon pada ALLAH agar dicekalkan hati menghadapinya. Dunia tidak pernah menjanjikan keindahan. begitu juga dengan perkahwinan. perkahwinan kerana dunia hanya manis2 sahaja. jika kerana allah dan akhiratnya, manis2 buah itu akan  menjadi manis2 madu dan semanis2 & sesedap susu yang mengalir disyurga allah.

p/s: kepada suami-isteri, saling menghargai, berbincang, bertolak ansur, bekerjasama, berkongsi, memahami, jujur, mempercayai dan sebagainya yang positif, moga rumah tangga bersinar gemilang hingga lari syaitan takut nak kacau keluarga sakinah ini...  jadi ketua yang baik. imam yang muslih rohani dan jasmani serta akli. perempuan tu akalnya pendek, tulang rusuknya bengkok, jangan dibengkokkan lagi dengan kekerasan. lembutkan dengan doa dan kasih sayang. kukuhkan dengan perhatian dan belaian.. dialah bakal ibu kepada anakanda kalian, sepertimana ibu yang telah membesarkan kita, sanggup ke nak aniaya perempuan, think first if u wish to do like that... aku nak sakitkan hati dia...cuba fikir macam mana kalau cara tu juga yang menyakiti hati ibu.. jadi ketua yang adil dan saksama. bukan berkuasa veto tanpa belas dan ihsan, tanpa ilmu dan akal. 

Trust me, allah, alquran, sirah nabi, nasihat para agamawan, petua/i keluarga, solat, makan, senda berjemaah one of the resepi memantapkan keluarga rumah tangga... biarlah ohsemnya rumah tangga dengan redha allah.

* jauhi perbuatan yang DIA larang...
* maintain dan tingkatkan kasing sayang, jangan sesekali ragu dengan kasih sayang diri sendiri pada pasangan.
* biar kita dibenci, tapi kita jangan membenci. elakkan-elakkan-elakkan-elakkan... 
* biar kita tak disayang, tapi kita tetap menyayangi...

IKHLAS...

CINTA INI DATANG DARI ALLAH, KEMBALI JUGA KEPADA ALLAH, KITA HANYA PEMINJAM CINTA DARI PENCIPTA CINTA, CINTAI PENCIPTA CINTA AGAR CINTA ITU TETAP MEKAR DALAM REDHANYA.

**gambar akan diusulkan kemudian :)

Selasa, 10 Jun 2014

mencari diri di dalam diri


Kesibukan sering membuat aku sering ditinggalkan, meninggalkan dan tertinggal.
Terkadang aku mengadah nasib mengapa begini. Di mana silapnya aku dalam percaturan masa yang telah diberikan ini.
Aku cuba buat yang sebaiknya. Sistem pembahagian masa yang macam nabi ajarkan. 1/3 untuk beribadah, 1/3 untuk riadah, 1/3 untuk bekerja.
Salah akukah andai ukhuwah itu terputus tanpa ada cela yang disedari?
Salah akukah yang hanya mempunyai 24jam masa tersepit?
Salah akukah yang terlalu sibuk memenuhi 24 jam/ 7hari/365 setahun?
Aku juga sedih kehilangan hujung minggu. Aku renyah kehabisan 8 jam di sana. Aku semput menghabiskan sisa 24 di akhir malam sehingga aku terus telat dan liat untuk bertahajud.
Atau aku yang masih cetek untuk membahagikan masa antara hubungan pekerjaan, pelajaran dengan hubungan persahabatan.
Jangan dicabut nikmat hubungan persahabatn ini wahai allah. Kerana aku mengharap ia menjadi asbab kepada langkahnya kaki ini ke syurga kelak inshaallah.
Berikan kekuatan kepada aku, dia dan mereka membetulkan kembali mana yang pincang dengan tuntunan dari Mu allah. Moga petunjuk dariMu melembutkan hati aku yang keras, mengentalkan hatinya yang rapuh, melunakkan hati-hati mereka yang kasar.
Jadikanlah kecintaanku kepada orang yang mencintaiMu, dan jadikanlah aku dicintai oleh orang yang mencintaiMu.
Apa langkah terbaik ya allah. Tunjukkan. Aku kasih kepadanya sebagai seorang sahabat dunia dan akhirat. Hanya dia yang aku ada hadiah dariMu sebagai ketua persahabatan.
Jangan biarkan hubungan ini terputus lagi. Kerana aku sememangnya tidak mampu menyambung semula tanpa izin dariMu. Justeru, dengan izinMu jua, aku mohon perlindungan. Moga ukhuwah ini kekal hingga ke Jannah. Aku yang banyak khilaf. Salah langkah dalam mendabik keburukan, nauzubillah.
Andai geli menjilat kembali ludah yang telah disuih, maka jalan lainnya adalah dengan mengelap. Menyemburnya tempat itu dengan pewangi. Agar nanti tiada lagi bau-bau yang kurang menyenangkan. Hingga merobek deria bau manusia lain.
Kesibukan dan kekangan ini membuatkan aku lebih menghargai masa. Kelak, tugas, bebanan dan tanggunganku kian bertambah. Isteri, bakal ibu dalam masa terdekat? Pelajar dan dalam masa yang sama sebagai pekerja? ALLAH. Semoga aku diberikan kekuatan menghadapi serta menelusuri keadaan-keadaan sedemikian. Aku tidak pernah berangan dengan semua status yang aku pegang ini. Cukuplah bila aku boleh dan mampu menjadi hamba kepada penciptaku, ALLAH. Hamba yang muslihah. muslimah yang mukminah.
Ya, perubahan ini berlaku kerana khilaf aku sendiri. Ia berlaku di luar kawalan aku. Perubahan ini mendorong aku lebih pasif dengan mereka tetapi aktif dengan yang lain. Salahnya aku disitu.
Setiap dari kita pasti akan merasai fasa-fasa ini. Kalian juga akan merasa betapa hidup ini kian mencabar. Mana nak dipertaruhkan masa pada sesuatu yang tidal bermanfaat?
If i/m the next who get the prank, kuatkan aku duhai ALLAH. All praised be to Allah and to allah I ask for forgiveness L
im who have a lot of sins and falses
cik kuindah aka nuzamd

Rabu, 26 Mac 2014

REDHA ALLAH

Bismillahhirahmannirahim

Allahuakhbar!! Masyaallah!!

Yeay, hujung bulan 3 baru berkesempatan nak menghupdate blog... What happened darling...

Persediaan kembali kepada diri sendiri...
Allahurobbi...

1- saya tidak mahu menjadi boneka yang ditonton.

Redha Allah

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Selasa, 12 November 2013

Penawar jiwa

Bismillah.
Selawat Allahumma solli a'la saiyidina Muhammad saw.
 
Mentadaburkan al-anfal ayat 55 dan 66 dan teringat kepada surah penawar jiwa, ar-rahman juga al-waqiah.
 
(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(al-anfal 55)
 
Sekarang Allah telah meringankan daripada kamu (apa yang telah diwajibkan dahulu) kerana Dia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan; oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang dan jika ada di antara kamu seribu orang, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu orang dengan izin Allah dan (ingatlah) Allah berserta orang-orang yang sabar. (al-anfal 66)
 
Dan manakah nikmat Tuhanmu yang ingin kamu dustakan? ar-Rahman
 
Allah juga yang lebih tahu atas segala keadaan.
Saat terasa lelahnya diuji dan rasa terbeban segalanya dengan ujian
Allah hulurkan sekali penawarnya.
 
Allah banyak memberikan nikmat. Sedar atau tidak sedar sahaja sebagai hamba ini selayaknya menerima ujian. Mohon kekuatan agar Allah sentiasa ada bersama memberikan kekuatan. Sungguh Dia yang maha kuat lagi perkasa.
 
Entah dari ceruk ujian itu dating, tahu-tahu dalam hati ini ada getar. Mata pula mula merembes dingin. Terasa seperti ada bebanan di atas pundak. Allahu robbi. Ujian setiap manusia/hamba itu berbeza-beza.
 
Semoga Allah terus memberikan hidayahNya kepada sekalian umat Muhammad..
 
Ouh... patutlah juga rasa sedih. Tiba-tiba teringat isu murtad dalam kalangan wanita muslim. Sedih dan kasihan. Mengenang nasib di alam akhirat nanti. Allahurobbi. Sungguh kafir itu tempatnya di neraka. Berkaitan berita tersebut. Entah. Betul. Hati ini tiba-tiba hiba. Susah payah ibu bapa membesarkan dengan didikan agama sebaiknya, tapi bila dewasa begitu pula jadinya. Kebebasan perundangan di Malaysia juga membuatkan hati ini kecewa. Benar. Status Quo dan Kontrak Sosial yang telah dimeterai. Entah, dulu dan kini sesungguhnya telah jauh berbeza. Allah, tetapkan kami ini hamba yang sentiasa menerima hidayah dan petunjukMU. Tetap berada di jalan AddinMU... tetapkan hati kami untuk tetap di jalan islam ini, ya Robb. Aamiin...
 
Maka, ada tugas di situ. DAKWAH. Adab dakwah... Perlu berilmu sebelum memberikan ilmu kepada orang lain. Dakwahkan diri sendiri terlebih dahulu. Kuatkan rohani dan mental kemudian dakwahkan kepada semua. Islam agama yang syumul. Indah. Rabbaniyah dan Uluhiyyah perlu disemat kukuh dalam hati agar boleh dikongsi dalam dakwah. Duhai diri, aku juga bukan hebat. Tidak juga bijak, ilmu masih cetek secetek lopak air yang tertadah setelah hujan turun. Jika kemarau, maka keringlah lopak itu. Duhai diri, persiagakan diri dengan ilmu dan istiqamah ya. Banyak lagi rongga perlu dipenuhi. Apatah rongga asing yang juga memerlukan pengisian.
 
Allah telah memberikan kecukupan nikmat yang tidak berbelah bahagi. terinagt-ingat satu ceramah dari youtube tentang nikmat kurniaan Allah, that suatu hari nanti, Allah akan tanya semula apa yang telah kita gunakan, manfaatkan nikmat-nikmat yang Dia berikan? Nikmat mata, tenaga, masa muda, dan sebagainya. Banyak. Sungguh banyak nikmatnya. Duhai diri, apa sumbanganmu kepada nikmat-nikmat yang Allah berikan? Allahurobbi... jawab duhai hati... :(
 
Sabar. Sebaik sabar cuba dilakukan. Bukan payah tapi tidak juga mudah. Allah maha tahu segalanya. Moga segala kesabaran ini akan terbalas suatu hari nanti. Moga apa yang diusahakan kerana Allah ini akan dibalas dengan sakinah. Moga peluang yang Allah berikan sebagai nikmat ini menjadi medan memperkukuh spiritual sebelum masanya tiba. Allahurobbi...
 
Alim Ulama telah Kau jemput. Seorang demi seorang. Kami yang tinggal masih lagi bisu. Buta. Tuli. Allahurobbi. Moga generasi umat, hamba dimilenia ini mampu menjadi hamba yang tawadhuk dan zuhud pada dunia. Ada menghirup bau tingkah pincang dunia lalu diperbetulkan untuk dibawa ke Syurga Firdausi sama. Allahurobbi...
 
Hiba. Dan hiba itu terus terasa hingga hati berdebar kasar. Fikiran berfikir apa khilaf aku hari ini. Lalu tangan pula rancak menaip berkongsi genta yang terasa. Astagfirullah. Ampunkan aku ya Robb.. Hambamu ini hamba yang lemah.
 
Allahumma inni a'uzubika minnal hammi wal hazzan
wa a'uzubika minnal ajzi wal khasal
wa a'uzubika minnal jubn wal buhl
wa a'uzubika min qhalabatid daini wa qohril rijjal.
 
ya Allah, masukkanlah aku melalui jalan yang mulia
keluarkanlah aku dari jalan yang mulia juga
dan berikanlah hujah keterangan serta kekuatan dari sisiMu untuk menolongku.
Kaulah ya Allah sebaik pelindung dan penolong.
 
Tiada terdaya rasanya untuk terus menidakkan nikmat-nikmat yang Allah telah berikan. Dan tidak terdaya rasanya andai nikmat-nikmat ini ditarik dalam kita masih memerlukan. Allah cukup sempurna. Memberikan kecukupan kepada makhluknya. Ya. Allah lah yang hebat. makrifat tentangnya perlu diterjah. Agar menjadi perisai dalam mengenal Allah untuk menangkis pandangan buruk kafir laknatullah.
 
Sungguh, Dia benar-benar tidak memungkiri janji!!
 
Duhai hati, sabar ya.
Ujian ini mehnah
mehnah dalam rehlah kehidupan
rencah tradisi memperkasa peribadi.
 
Duhai kekasih,
Aku mengimpi kau yang soleh
Walau aku bukanlah sesolehah
seperti bayanganmu
Aku ingin dipimpin
bersama kesolehanmu
dalam kehidupan
untuk lebih mengenal Tuhan kita yang satu
mencambah sakinah dalam baitul muslim yang diimpi.
 
Aku bukan solehah,
tapi ingin sekali menjadi yang solehah,
buat ayahku sebelum dirimu
dan untuk dirimu agar nanti
aku tidak memberikan dosa kepadamu untuk memikulnya.
Benar, aku tidak solehah.
tapi mengimpikan engkau yang soleh
membawa aku ke syurga Firdausi.
 
Hormati aku di dalam hatimu
maka engkaulah yang terhormat dihatiku
dan hati kita akan tetap memuliakan Allah
Andai ada rindu dan kasih tercambah dan terluah sebelum ini,
aku harap ia terpadam sedikit demi sedikit dek jarak yang memisahkan
kerana penyatuannya nanti aku harap ia lebih hebat
dengan Rahmat dari Allah.
 
Inilah nikmat yang Allah beri.
Jarak. Masa.
Menghadirkan peluang memperbaiki diri.
Doa kepada rabb al-izzah mempertemukan
kasih dalam keyakinan padaNYA
Terbaik disisiNya,
maka baiklah disisi kita.
 
 
dek hati yang sedang kelam digamit dosa silam
8 muharam 1435h,
Sg Tangkas, Kajang
 
 
 

Sabtu, 2 November 2013

Di Sebalik Doa Dhuha

 
Bismillahirrahmannirrahim, selawat dan salam buat nabi junjungan saw.
 

“Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu, kecantikan itu ialah kecantikan-Mu , keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu". "Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh.''

Solat Sunat Dhuha, antara salah satu solat sunat yang sangat dianjurkan oleh Nabi Muhammad saw.
 
 
“Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”
 
Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”  
(HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
 
Kebanyakan dari kita telah tahu, Solat sunat Dhuha adalah solat sunat yang dilakukan dalam dua rakaat 'kebiasaannya'. Cuma, apa yang saya ingin kongsikan di sini adalah di sebalik doa yang dibacakan selepas selesai menunaikan solat tersebut..
 
Tiap kali berdoa selepas solat sunat Dhuha ini, dalam hati saya menjentik-jentik dan tersentuh isi tersirat sebalik doa ini. Apa yang sering saya fikir melalui doa ini ialah, Allah tuhan yang Esa, Dia ar-Rahman, Dia ar-Rahim. Dia yang Maha Memiliki. Maha Kaya, Maha Pemurah. Maha Adil. Dia yang maha Tahu semuanya.
 
Saya sering berfikir...
- Kita tidak tahu di mana rezeki untuk kita berada.. Sebab itu kita memohon jika ia berada di atas langit, tidak mampu dicapai oleh kita, maka kita mohon agar allah turunkannya untuk kita. Hujan. Hujan adalah rezeki. Datang dari mana hujan? Yes, langit... Cahaya juga datang dari tempat tinggi... Maka kita memohon agar Allah memberikan kita cahaya, petunjuk, nur, pedoman. Dengan izinNYA. Melalui rezeki itu, yang kadangkala kita pandang sebelah mata sahaja adalah langkah awal untuk kita terus mengorak langkah mencari rezeki-rezeki seterusnya.
 
- Justeru, kita juga meminta jika masih berada di dalam muka bumi ini, maka keluarkanlah. Dalam keadaan ini, saya berfikir... rezeki bukan sahaja dalam bentuk nikmat, tetapi juga ujian.  Bukan sahaja dalam bentuk fizikal, tetapi mental. Tidak juga konkrit, tetapi abstrak. Andai berada dalam ujian yang tidak mampu untuk dihadapi, mudah-mudahan Allah mengeluarkan kita dari ujian/masalah tersebut. Hasilnya itu adalah rezeki. Untuk kita terus maju mencari ketenangan milik ALLAH.
 
- Jika jauh dekatkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram maka sucikanlah... Satu baris doa yang sering buat saya menangis dan berfikir lebih jauh. Benar, dalam hidup ini ada yang Allah tidak izin kita untuk dapat sesuatu itu sekelip mata. Contoh, ada orang yang berkahwin, tetapi perlu tinggal berjauhan. Dalam hal ini, dilihat, hubungan mereka telah sah, tetapi Allah jarakkan atas beberapa asbab yang tidak kita ketahui secara batiniah. Ada pula yang telah bercouple/bertunang/ber'apa-apa' lagi lah kan, tapi Allah belum izin untuk hubungan yang halal, maka bermohonlah agar sesuatu hubungan yang haram itu disucikan melalui pernikahan. Dan sesungguhnya, Allah lah sebaik-baik tempat meminta. Keadaan yang Dia beri tidak pernah terlewat mahupun tercepat. Ada juga kes bilamana ramai orang yang menyukainya atau kita sendiri terlalu suka akan sesuatu perkara/benda, tapi selagi Allah belum izin, dekat macam mana, mampu macam mana pun, Allah tetap tidak akan beri. Boleh sahaja Allah memberikannya dalam suatu bentuk yang berbeza daripada apa yang kita hajati/ingini. Dan kita sahaja yang tidak perasan.
 
- Meminta kepada Allah, Tuhan yang telah memberikan sejuta kebaikan kepada orang-orang soleh yang terdahulu pula adalah menyentuh tentang keyakinan kita kepada kisah-kisah umat nabi terdahulu. Mana umat yang ingkar dengan perintah nabi utusan akan dibinasakan dan kepada yang patuh diberikan kurnia tanpa disangka-sangka. Dan kita umat nabi terakhir, menjadikan kisah-kisah tersebut sebagai tauladan. mengimani bahawa Allah pemilik sekalian alam, Dia yang Mengetahui segala apa yang ada di atas langit dan bumi.
 
- Allahurobbi, Maafi Qalbi Ghairullah, Nur Muhammad saw...
 
wallahua'lam
 
 
Words of today:
Hidupku, matiku, ibadahku adalah kerana ALLAH semata-mata.
Anggap dhuha ini sedekah dan saham kepada anggota badan dan masa yang kita miliki/pinjam ini.
 
Salam 1 November 2013, Tahun baru hijrah bakal menyusul beberapa hari lagi, dan hari ini 27 Z/hijjah telah genap 4 bulan dalam islam. Moga Allah redha dan berpanjangan hingga ke Syurga Firdausi, InshaAllah ^_^

Ahad, 27 Oktober 2013

Bicara Mimpi



Lewat subuh hampir menjelang
Aku bermimpi.
Mimpi didatangi seseorang
yang memang dalam pengenalanku
Dia membingkiskan sebuah kadok
Quran Jameela.

Dalam pada itu,
aku menyatakan mengapa quran ini dan bukan itu?
lantas dia mendiamkan diri.
aku terkebil dalam kesedaran akli.

**segalanya dalam pengetahuan ALLAH **

20 Zulhijjah 1434H, Sg. Tangkas, Kajang.

Rabu, 23 Oktober 2013

Ini Tentang KEYAKINAN

Bismillahirrahmnnirrahim
Selawat dan Salam buat junjungan hebat Nabi Muhammad saw.

Benar, hati ini punya naluri yang unik.
Berubah mengikut keadaan dan situasi.
Terkadang emosinya melebih.
dan terkadang juga rasionalnya meluah-luah.
Allah, hati ini terusik kembali.
Sesaat dua aku pujuk dengan KEYAKINAN.
KEYAKINAN kepadaMU.
KEYAKINAN tentangMU.
KEYAKINAN bersamaMU.
Tapi, terkadang ia tewas.
Mula ada sesah menapak ke segenap jiwa.
Syiling putih.
Dinding putih.
Lantai juga putih.
Aku terperuk dalam kamar yang putih.
Di mana coraknya?
Aku meraba dalam pejam.
Mencari kalau-kalau ada titik yang boleh disambung
Menjadi sebuah corak,
atau hanya garisan lurus.
Ya, ada.. Titik-titik itu wujud.
Wujud terus kalau usahanya menerus.
Tapi sekali lagi aku tewas.
Tewas dengan pujukan syaiton yang mengaburi mata hati.
Allah, hati ini benar-benar terusik.
Aku membayangkan masa depan yang putih.
Aku mengenangkan masa silam yang kelam.
Dan, aku meninggalkan masa kini yang berwarna-warni,
kerna hati ini terusik.
Terusik dengan semua perkara.
Semalam, kelmarin, esok, nanti dan seterusnya.
Percaturan apa yang sedang aku alunkan ini?

Aku hitung semuanya di atas kertas.
Aku canaikan segalanya dalam awangan.
Aku ekspresikan semuanya dalam bayangan.
Semuanya ilusi.
tapi,
ALLAH, pertemuan denganMU benar.

ALLAH,
keluarkanlah aku dari rasa berduka cita,
keluarkanlah aku dari rasa lemah dan malas,
keluarkanlah dari sikap pengecut dan bakhil,
keluarkanlah aku dari cengkaman hutang dan penindasan.

'ihdinashirotol mustaqeem'

Tunjukilah aku jalan yang lurus,
Tunjukilah aku jalan yang benar,
Tunjukilah aku jalan yang sabar,
Tunjukilah aku jalan-jalan itu..

Dan bila hati terdetik lagi,
Aku pejamkan mata.
Bukan kalah dalam kelam,
Tapi aku mencari kekuatan kala hitam menyelubungi dunia maya.
Aku cuba untuk bangkit,
Walau terpaksa meraba.

Hati ini berdetik lagi...
Berdetik untuk terus mengingati ALLAH.


Allah, datangkan ujian dalam banyak perkara. Terkadang kita suka. Adakala kita berduka. Kaya dan miskin bukan jaminan kita bahagia tanpa ujian. Bahagia juga ujian. Semuanya ujian. Memikirkan tentang kehidupan juga ujian. Ujian untuk kita kenal erti YAKIN-IKTIKAD-TAUHID- kepada yang Esa Allah SWT...

Rezeki milik ALLAH. Jodoh, ajal rahsia ALLAH. Rahsia yang menguji kita sejauhmana kita akan tetap YAKIN dengan ALLAH. YAKIN tentang perkara-perkara ghaib. (teringat kisah semut dengan Nabi Sulaiman tentang rezeki-KEYAKINAN semut pada ALLAH & bukan pada Nabi Sulaiman)

Pepatah Melayu sering menyebut, '' jangan nak suka sangat (gelak berlebihan) nanti akhirnya mensti nak menangis.

Dan Nabi Muhammad juga ada berpesan, senyum lah tetapi bersederhanalah dalam ketawa.

Kita tak pernah tahu apapun, manapun, yang terbaik buat kita tanpa pedoman dan petunjuk dari ALLAH,

Dalam Baqarah ayat 216, sesuatu perkara yang bagi kita baik belum tentu baik untuk kita dan perkara yang buruk bagi kita belum tentu benar buruk buat kita ... dan ALLAH yang lebih tahu sedang kamu tidak tahu.

Relate? sesungguhnya kita sering sangat alpa. Alpa bila kesenangan mula menyinggahi kehidupan. Hingga kita rasa ia cukup baik dan sempurna... Tapi hakikatnya, dalam kesenangan itu menjadi akar untuk ujian tumbuh..

Antara kata-kata yang menyinggahi kotak fikiran kala hati terdetik-detik dengan kegundahan:

' jangan fikir apa dunia akan beri pada kita, tapi fikirlah apa yang kita akan beri pada dunia'
' hidup untuk kerja atau kerja untuk hidup?'
' jangan jadi hamba kepada duit '
' jangan terlalu fikir masa depan yang belum pasti ... '
' yakin lah dengan ALLAH, dekatkan diri dengan ALLAH, '
' jemput rezeki ALLAH '

Hati ini benar-benar terusik. Allah, lemahnya rasa. Bersangka setiap masa dengan manusia buat aku terkadang sesah, apatah lagi berburuk sangka, nauzubillah.

Ini tentang KEYAKINAN pada ALLAH...

dan sejenak, aku terfikir dengan post di FB.. seorang makcik yang tersenyum-senyum, dan berkata, 'moga kita berjumpa lagi..... kalau bukan di dunia, kita jumpa di akhirat nanti... ' ALLAHUAKHBAR!!
Dan makcik terus tersenyum sambil mengenggam erat tangan si gadis...

Ini tentang KEYAKINAN pada ALLAH...

Wallahua'lam

words of today:
Sebarkan salam dan bahagia..semoga semuanya dalam pemeliharaan ALLAH~janji ALLAH benar~




Rabu, 2 Oktober 2013

BERTUNANG 2013.... kahwin? jeng-jeng-jeng (hanya sebuah draf yang tersimpan, kini diterbitkan untuk tatapan)

Bismillahirrahmannirrahim,
Assalamualaikum wbt...
Sebaik-baik manusia merancang tetapi ketetapan ALLAH yang Maha sempurna. Telah tertetap setiap yang berlaku sejak di Luh Mahfuz... dan ketika Rabb mu mengatakan "jadi, maka jadilah ia"
Rancangan bertunang? Budget bertunang? Kenapa bertunang awal sedangkan kamu dan sidia belum memiliki apa-apa kekayaan berbentuk material?
Oh.. please stop saying the nonsense words and phrases...
Rezeki dari ALLAH... Naluri dari ALLAH... Ingat senang-senang nak buat keputusan bertunang tanpa asbab yang kukuh? Bertunang sebab orang lain pun dah bertunang? Bertunang sebab suka-suka?
Jom jawab:
Rancangan bertunang saya dan dia (^_^)
-kami bertunang kerana ALLAH. Persediaan yang sederhana. (nanti tengok gambar, sederhana ke tidak ye)
Budget Bertunang?
-kami tak membudget kos untuk bertunang.
-kami hanya membudget 5 berbalas 7
-barang-barang untuk kedua belah pihak dibeli sendiri oleh setiap pasangan untuk diberikan kepada pasangannya (dalam kes ni, kebanyakan bakal pentunang lebih suka untuk membeli barang mereka sendiri lalu memberikannya kepada pasangannya untuk digubah dan dijadikan barang hantaran. Contoh: si lelaki akan membeli sendiri baju, kasut, barang rias dan lain-lain barang yang digunakannya, lalu akan diberikan kepada si perempuan untuk digubah. Begitu juga perihalnya si perempuan akan membeli barangnya sendiri sebelum diberikan kepada si lelaki. Keadaan ini berlaku ekoran daripada masalah jarak antara dua pasangan yang berjauhan dan sukar untuk membeli barang bersama-sama. Jadi, alternatifnya adalah demikian.) ~akan tetapi, saya dan dia tidak begitu, walaupun kami berjauhan, kami tetap menyediakan barang untuk kegunaan pihak sebelah. Contoh, saya akan menyediakan baju melayu, kain pelikat dan laian-lain barangan untuk si dia. Begitu juga dgn si dia yang akan menyediakan barangan kegunaan saya untuk saya. Kebaikan keadaan ini: 1- mengeratkan hubungan antara dua belah pihak, sebab kalian akan mengambil tahu tentang pasangan kalian. Contoh, tahu saiz baju, saiz kasut, kegemaran dan lain-lain. 2- menjadi diri sendiri. Kerana anda akan membeli mengikut kemampuan anda berdasarkan keperluan pihak sebelah berbanding anda membeli sendiri untuk kepentingan diri anda sendiri. 3- rasa lebih dihargai dan menghargai, sebab apa? sebab yang beli tu kan pasangan anda so, nilai penghargaan kepada sesuatu barangan tersebut lebih tinggi..ini juga berdasarkan konsep use value and exchange value, contoh, jika sidia membelikan baju untuk anda, muat atau tidak muat sebaiknya anda akan memakainya sebaiknya. kan. xkan nak buang r bagi kat orang kan... 4- memupuk semangat kerjasama dan persefahaman. Ye la, kalau kalian membeli barang kalian sendiri, sifat dan sikap bekerjasama dan persefahaman akan sukar dipupuk. Sebab, kalau kita beli sendiri barang untuk kita, maka kita akan membeli mengikut kepala hangin kkita sendiri.. TETAPI, kalau kita membeli untuk orang lain pastinya kita akan membeli yang terbaik hasil perbincangan yang telah diadakan kedua belah pihak. Ok...that all... inshaallah.
-jadi, budget bertunang is, simple tapi bermakna untuk kedua belah pihak... :) nice kan :)
Kenapa bertunang awal sedangkan saya dan sidia belum memiliki kekayaan berbentuk material?
-tolong jangan tanya kat orang yang nak bertunang soalan sebegini. Sama juga jangan bertanya sedemikian kepada orang yang dalam proses untuk berkahwin.. sesungguhnya, hati-hati mereka ini sedang lembut dan mudah terasa. Jadi jangan buatkan soalan2 itu menghantui hati dan pemikiran mereka hingga menggoyah keyakinan mereka terhadap apa yang mereka yakini dalam proses-proses tersebut.
-saya kalau nak tunggu dia kaya, xbertunang xbernikah le kami. Ye dak? Dia kalau tunggu saya jadi datin/dato, xkemana la jang ye...
-kami bertunang kerana ALLAH. Setelah berbincang dan memilih dengan pemilihan dari ALLAH (rindu dengan keadaan tersebut; allahurabbi, astagfirullah ya rabb)
Kenapa bertunang?
-seperti yang telah saya katakana tadi di atas, bertunang kerana ALLAH, cukuplah. Usah diungkit lagi persoalan kenapa saya dan dia bertunang. Cukuplah, ia menjadi dasar atau alat agar hubungan kami lebih diberkati dengan izin para wali dan keluarga.
Bertunang sebab orang lain pun dah bertunang?
-No at all semua readers.. kalau saya bertunang sebab orang lain pun dah bertunang, kenapa saya tak terus kahwin je sebab orang lain pun dah berkahwin kan. Yang penting, kami bertunang kerana ALLAH, kerana keluarga dan kerana kami sendiri. Cukuplah hanya ALLAH yang tahu :)
Bertunang sebab suka-suka?
-ALLAHURABBI, yang ni lagi la jauh langit dari bumi. Kami bertunang bukan sebab suka-suka.. bertunang ni pun dah menjadi dan meningkat satu lagi tanggungjawab dalam diri kami.
-tanggungjawab bertambah menjadi pasangan pentunang, bakal menant kedua belah pihak dan secara tak langsung, semuanya menjadi amanah. Kalau sebelum bertunang, kita lebih bebas dan hanya perlu menjaga maruah serta hak keluarga sendiri, tetapi bila dah bertunang menjadi double-marble tanggungjawab. tanggungjawab sebagai, hamba, anak, bakal menantu, sahabat, pentunang, pelajar, pekerja, sahabat dll...xke berganda? dah tu xkan sedap2 je nak bertunang ye.
-bertunang ni moga jadi alur yang membawa kepada keseriusan dalam pembentukan baitii jannati... masa ni juga akan mula urusan-urusan perbincangan hal perkahwinan dan sebagainya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Inshaallah, itu sahaja cerita tentang tunang, pertunangan dan pentunang.
Jadilah tuning yang setia dan saksama. Penyayang dan bertoleransi.
Mulakan usaha, cambah benih kasih-sayang sesama keluarga, sendiri mahupun bakal mertua.
Mulakan rangka ekonomi, social, akademi dan zahiriah, lahiriah, batiniah dan spiritual demi membangunkan sebuah ummah yang berkualiti Iman, islam dan ihsan.
Jom layan gambar tunang yang sempat tersnap tanggal ......... 2013 :)
hantaran dari perempuan kepada lelaki (lebih daripada 7 sebenarnya)

 hantaran lelaki kepada saya(lebih juga kan)


FYI, my hantaran totally DIY dari saya dan my sis-in-law sendiri ok... xda makna nak tempah2 diluar yang super mahal. in mission: bertunang simple-mimple sokmo k :) last2, en. tunang cakap, simple apa mcm tu. macam kenduri besau je... Bukan kenduri besau, cuma campur dengan majlis tahlil dan kenduri arwah. Jemputan pula ahli Qariah Surau al-khasaniah kan... uhhu...

My first touch and innovation of ring-rang-rong-smelly too cute :)
Yang ni boleh la kalau korang nak tiru. idea ni keluar bila kami merancang main-main ank bertunang..maybe 2-3 bulan sebelum bertunang, senang je... beli kertas origami untuk bintang lipat2 n warna/I, lilin Wangi, bekas kaca, cincin... ekceli, pengganti kepada potpourri... ahha..comel kan idea saya... tapi, some people mesti cakap, membazirlah, apalah...tah, bagi saya yang satu ni je say buat bersebab...uhhu... betul..Nampak cam membazir n lari dari focus asal kami bertunang..macam saya cakap tadi, ada sebab saya buat... uhhu.. fahamilah...ngeee

 Gubahan ni hasil idea saya dengan kawan saya. Dia punya design lain dari saya fikir2 dan susah nak susun. Last2 saya buat macam dalam gambar, then she said'' wahh..boleh tahan juga ko punya idea'' uhhu... sepasang baju melayu + kain pelikat, deko sikit dengan bunga ''paper crepe''
Tema:
1-Takde tema khas, my sis in law cakap macam bubur caca, my sweet sis pula komplen macam ABC
Tapi, mula2 saya decide nak buat tema hitam, tapi kusam sangat, tu yang letak bunga biru, extra kusam...letakla pink sikit...konon menyerlah kan.hihi.. tu yang jadi pelangi-pelanga...cute apa kan...
Saya jawab: bubur caca and ABC pun sodap kan, so... ada mau jawab lagi ka? aiyaa... yang penting happy2 kami membuatnya...
2- bunga dari crepe paper-so kalau nak order saya buat bunga paper crepe boleh la hello-hello saya  
Ok...setakat itu sahaja entry perkongsian saya berkaitan BERTUNANG 2013... silalah ye hello-hello kalau memerlukan khidmat saya membuat bunga paper crepe/gubahan hantaran... ok...
terima kasih kerana meluangkan masa membaca :) syukran jiddan
words of today:
semoga pertunangan kita semua berakhir dengan sebuah ikatan pernikahan yang diredhai ALLAH dunia wa akhirat dan hingga ke syurga Firdausi, inshaallah, syukur ya ALLAH atas segala aturanMU, seindah aturanMU ya ALLAH :)