alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

Selasa, 27 Disember 2011

halwa telinga

Bismillahhirrahmannirrahim
Assalamualaikum wbt

Berehat sebentar di laman blog~~~
sambil telinga memasang earphone mendengar ceramah tentang kehidupan rumah tangga di ikim.fm (ulangan)...

ahha...macam-macam ragam yang macam-macam ragam..asam garam hidup berumah tangga---

1. bila dah kahwin, mak ayah tak nak lepaskan anak, terutama anak perempuan ke pangkuan suaminya.

2. anak, biasanya anak perempuan yang tak sanggup berpisah dengan mak ayah bila sah-sah dah sah bersuami.

3. dengar cakap isteri- tahun ni raya rumah saya, tahun depan rumah saya, tahun-tahun depan pun rumah mak saya juga...soo???

4. isteri/suami akan sangat rapat dengan mak-bersedialah bila salah seorang pasangan sangat rapat dengan keluarga mereka. berusaha untuk turut serta, turut rapat dengan keluarga yang mereka rapati tersebut, supaya si dia akan boleh untuk rapat dengan keluarga kesayangan kamu juga----berkahwin bukan dengan pasangan sahaja, tetapi perlu berkahwin dengan keluarganya sekali.

5. queen or king control

6. suka cari kesalahan atau ketaksempurnaan pasangan

7. masalah poligami---suami kena pandai ambil tindakan, pandai tangan yang mencincang, pantas bahu juga mampu untuk menanngung bebannya.

8. konsep "Qurrata Aini" yang berbeza-beza dalam setiap diri pasangan...baca surah Furqan ayat 74.

9. kalau rasa anak perempuan dah berubah, si ibu ambil air wuduk dan usap di muka anak.

10. sikap berkasih sayang, hormat-menghormati, romantik selalu dengan pasangan.

11. pasangan jangan memburukkan anak-anak. amanah dari ALLAH.

12. belajar rumah tangga sepenuhnya jangan lupa ilmu-ilmu lain juga.

13. sentiasa meningkatkan ilmu untuk meningkatkan kualiti dalam rumah tangga, tetapkan pencapaian, jangan marah-marah, jangan berdangkal. ALLAH tak lihat bagaimana kita memulakan tetapi bagaimana ia berakhir. semoga dalam pengakhiran yang baik.

by ustaz Muhammad Bin Abdullah @ radio ikim.fm



p/s: tak rugi menuntut ilmu walau dari mana cabang sekalipun. ilmu menjadi rujukan mana yang tidak tahu..jangan sombong dalam menuntut ilmu supaya dapat keluar dari kesesatan, kegelapan dan kejahilan... semakin banyak ilmu yang dicari, semakin banyak kelompangan dan kekurangan yang akan terpancar dari dalam diri. semakin sedar bahawa kita ini kurang berpengetahuan. Jadi, buang tabiat yang suka mengatakan 'alah, aku dah tahu semua tu' tapi katakan 'aku tak tahu pun dan aku nak tahu'.. belajar apa yang kita rasa kita tahu akan buat kita belajar sambil lewa berbanding jika kita belajar sebab kita tak tahu dan nak mabil tahu, kita akan belajar bersungguh-sungguh. Beri peluang kepada otak dan akal untuk bertemu ilmu-ilmu baru. jangan biarkan setiap saat dibazirkan tanpa ilmu yang bermanfaat. Jadikan kehidupan penuh keindahan dan warna-warni dengan ilmu pengetahuan...

wallahu a'lam


words of today
Ilmu cahaya akal, memandu akal dan hati untuk memikirkan setiap kebesaran ciptaan ALLAH swt...

Rabu, 21 Disember 2011

mulianya WANITA di dalam ISLAM

Bismillahhirrahmannirrahim
Assalamualaikum wbt...



Syukur kepada ALLAH atas kurniaan_NYA pada hari ini dan saat ini..

wanita sebelum kedatangan agama Islam adalah dipandang hina bahkan bayi-bayi perempuan juga akan dibunuh sejurus dilahirkan. tambahan lagi, wanita hanya dijadikan sebagai alat pemuas nafsu semata-mata dan dalam soal muamalat, wanita langsung tidak mempunyai hak untuk mewarisi harta, suami dengan sewenang-wenangnya menyerahkan isteri kepada sahabat-sahabat seterusnya mencari wanita-wanita lain. (fikiran JAHILIYAH)

Allah S.w.t berfirman yang maksudnya, “Dan apabila seseorang dari mereka diberi khabar dengan kelahiran anak perempuan, hitamlah (merah padamlah) mukanya dan dia sangat marah." Surah An Nahl : Ayat 58

Akan tetapi, setelah kedatangan Islam yang Syumul, taraf dan kedudukan wanita telah dimuliakan di dalam Islam... malahan, wanita menjadi tulang belakang kepada pembangunan ummah, namun ramai yang tidak faham hakikat sebenar seorang wanita bahkan dalam diri wanita itu sendiri. dan Barat dengan bersungguh-sungguh memperdayakan wanita dengan banyak cara seperti fesyen keterlaluan, budaya hedonisme, lesbian, seks bebas dan banyak lagi..penyebaran untuk merosakkan wanita adalah melalui BUDAYA...dan syaitan juga menjadi semakin rakus menyesatkan wanita apabila telah ada jalan dari Barat... syaitan memusuhi umat manusia sejak Adam diciptakan oleh ALLAH dan dalam khutbah terakhir Nabi Muhammad saw,
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

maka syaitan tidak pernah berhenti untuk menyesatkan manusia. ALLAH kurniakan akal fikiran untuk memikirkan dan membezakan mana yang baik dan buruk tetapi, janganlah menjadi hamba kepada akal semata-mata!!!

"wanita, hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah..."

Rasulullah saw pernah bersabda yang maksudnya : "Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah." hari Muslim

"terciptanya wanita dari rusuk lelaki..." bukan menandakan wanita itu lemah, tetapi menjadi tulang belakang kejayaan dari setiap usaha suaminya, bapanya, anak lelakinya, menjadi peneman dikala susah dan senang

tingginya darjat seorang wanita telah ALLAH muliakan dalam firman-firmannya:

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu, maka wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri". an-Nisa', 34.

“Dan barang siapa yang melakukan amal soleh dari kalangan laki-laki dan waanita dalam keadaan dia beriman maka mereka akan masuk ke dalam syurga dan mereka tidak di zalimi sedikit pun.” An Nisa’, 124

"Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah, Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya." Ar Ruum, 21

Wanita sebagai sumber kasih, sayang dan kelembutan. " Dan dijadikan diantaramu rasa kasih dan sayang." Ar Ruum, 21

Wanita berperanan melahirkan zuriat dan memberi pendidikan.
"Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis-jenis kamu sendiri dan menjadikan dari isteri- isteri itu, anak-anak dan cucu-cucu." An Nahl,72



~~maka berbanggalah menjadi seorang wanita dengan mengikuti segala syariat yang telah ditetapkan. Tutuplah aurat kerana nilainya yang sangat tinggi. Jagalah maruah dan keaiban diri sendiri juga orang lain nescaya ALLAH akan menjaga maruah dan menutup keaibanmu. BERBANGGALAH menjadi wanita kerana ALLAH menciptakan serta menceritakan tentang wanita di dalam al-Quran bukti ISLAM memartabatkan wanita...ALHAMDULILLAH born/being as mousleemah (*__^)

"perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki yang keji & lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji pula, sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik pula. mereka itu bersih dari apa yang diperkatakan orang. mereka memperoleh ampunan & rezeki yang mulia (Syurga)." an-Nur, 26

sesungguhnya janji ALLAH yang benar, peganglah janji ALLAH~~tiada apa-apa pada janji manusia yang suka membuat kerosakan dan kehancuran...



wallahua'lam


Berikut merupakan keistimewaan wanita menurut Islam, menunjukkan betapa Islam begitu menghormati dan menghargai para wanita yang sholehah. Berbahagialah engkau wahai bidadari penghuni syurga…… !

1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

2. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

3. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.

4. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah- olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

12. Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W., siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” tanya Aisyah kembali, Jawab Rasulullah S.A.W. “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1000 lelaki yang jahat.

22. Rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

23. Wanita yang memberi minum air susu ibu (asi) kepada anaknya daripada badannya (susu badannya sendiri) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

24. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

28. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo(2½ thn),maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

37. Jika wanita memicit/mijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

38. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

39. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

40. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

http://umar-alfarouk.blogspot.com/2011/03/40-keistimewaan-wanita-menurut-islam.html#ixzz1h9WOqr7D---read continuously (^__*)

words of today:
Selawat ke atas nabi dan selalulah bersyukur dengan segala kurniaan ALLAH.
Allahhumma Solli A'la Muhammad...Alhamdulillah hi rabbil a'lamin
tingkatkan iman dan ilmu, sebaik-baik hamba adalah yang bertaqwa di sisi ALLAH swt.

Sabtu, 17 Disember 2011

Bismillahhirrahmannirrahim
Assalamualaikum wbt

Malam-malam yang tidak bisa melelapkan
ALLAHUAKHBAR...
***dah tu meraba mata la dengan melihat dan memikirkan benda-benda yang tak sepatutnya
"future thinking"
BUT, before that...

quite FAMOUS around my lecturers...
yang tak syok tu asyik kena jawab soalan, pendapat, buat penilaian...
yang syok, boleh la jawab kan...
yang tak syok semula, i'm not really like la sebut memanggil nama saya...
maybe hyper active dalam kelas...nak kata striker, tak juga...
ada lagi dua orang main striker
but...ok la...this sem je pun they will meet me... ahhaa
next2 sem...tak jumpa dah...
But actually...
fall in love with both of them...really kind lecturers...
kindly, caring and LIBERAL...

yang tak boleh dilupakan,
she keep smile, smile, smile and smile with me..
turn left and right, maintain...others tak perasan dan tak juga respone dengan gelagat kami berdua...
while he said "thank you">>>>make me melting :)
they're SPOUSE ok...really a kind SPOUSE
both of u are my lovely lecturers :) :) :) :)
but, please do not push me...not really like le...depress...and sometime can't working under depression... sory!!
~~~INSHAALLAH, i'll make the best for u alls as ALLAH permitted me...again..INSHAALLAH~~~

***come to the story***
meraba mata duk meninjau-tinjau baju-baju muslimah at muslimah website shirt, abuya, hijab and so on...rambang mata saya... rasa nak beli semua...cadang nak order satu in each siteweb, tapi tak dapat...nafsu mengatasi segalanya...NAUZUBILLAH...DUNIA DUNIA DUNIA semua tu... :) dunia-dunia pun untuk keselesaan untuk mendapatkan tempat dalam perhitungan di akhirat...selesa nak beribadat, selesa dalam mematuhi syariah dalam komuniti (dapat jaga batas-batas aurat)...Innamala'malubil niat :)Niat yang baik kerana ALLAH...

**paling syok tengok tudung @ hijab...santik-santik...dari jenis berawning, bawal, plain, bercorak and lain-lain..all soooo beautiful...niceeee(uit chik, nak bertudung sebab santik ke sebab menutup aurat??) answer: menutup aurat yang cantik dengan cantik==ALLAH suka akan kecantikan & kekemasan :) :) :)
duk selekeh-selekeh apa kenanya kan...zuhud semampunya... :) :) duk selekeh dalam kemampuan pun orang duk kata...betul tak???erm...NIAT NIAT...jangan pakai sebab nak menunjuk-nunjuk...dapat azab ALLAH sahaja...NAUZUBILLAH...

**paling syok seterusnya juga bila dapat meraba mata dengan membelek-belek album baju-baju muslimah, blous-blous labuh muslimah, abuya @ jubah...
alhamdulillah...makin banyak baju-baju muslimah dalam pasaran tempatan kita...moga, suatu hari nanti, cik NuzaMd dapat buka sebuah kedai baju@butik muslimah appearances ( male, female, kids, family and etc lah) mudah-mudahan, INSHAALLAH...tak salah merancnag...bukan untuk gagal...start to bubbling ;) ;)memang cantik pakaian-pakaian yang ditinjau tadi...ermmm...inshaALLAH, kalau ada rezeki lebih nanti, adalah bungkusan sampai
ke rumah...hehehe :) :) :) sobarul minal iman :) :) :) ada juga tengok khas for maternity...sweettt...chumelll...+ babies needs...chumel la sangat...

>>selain itu...cik NuzaMd duk tengok-tengok juga peluang kerja kosong dalam website...sebagai persediaan masa hadapan...besides, tengok juga how to write a good resume...to attract employersss also interviewerssssss...tapi kan...entahlah...like takda peluang je...erm...iiieee..bersangka buruk...teruk betul kan... i've plan...cikgu is my last point work field i'll take...as get big chance...nak site office or development field...gred N??takpelah...janji rezeki tu halal..kan...i/ALLAH..skrolllling??? kejap-kejap...jadi ke konvo tahun depan ;) ;)
hahaha...inshaALLAH...mudah-mudahan ALLAH izinkan...ok..buat yang terbaik, seikhlas habis kerana ALLAH...saya dah merancang yang sebaiknya mungkin, BUT, jangan lupa, rancangan dan ketetapan ALLAH yang terbaik...b'coz ALLAH know what is the best for hamba-hamba_NYA... DIA yang lebih mengetahui, ilmu_NYA tidak terbatas :) :) Bersangka baik dengan ALLAH ok :) :) :)

**selain tu...baca juga artikel-artikel politik...erm...banyaknya membaca...follow blog dr.M....tengok malaysiakini...see also harakahdaily...ahhhhaa...apa nak jadi ye dengan dunia poltik tempatan bahkan a/bangsa??? yes...sejarah akan berulang...sebab tu kena belajar dan ambil iktibar daripada sejarah silam...supaya kita ada jalan dan cara untuk selesaikan setiap apa yang berlaku...SEJARAH AKAN BERULANG!!! cuma masa, situasi dan keadaannya yang berbeza...secara teori, soo-soo je... )macam emo lah pula) that's why la saya tak suka politik...but...politik can be a rule.life need a rule, guideline...supaya tak hilang atau hanyut dengan guideline tersebut, jangan pisahkan agama dengan politik...agama is syumul, sarwajagat and available in every inch of life...YES...

**seterusnya, baca juga site religion...for build our akidah and soul...tambah ilmu-ilmu sedia ada...deeply ALLAH always is heart n mind...yang dibaca about; CINTA/MAHABBAH to ALLAH and Rasul, Sirah Rasul, Isthikharah, adab ziarah kubur, Jin dalam badan?(dengarkan ayat2 Ruqyah) and etc...(can't remind all)...ISLAM is the way of life...islam is the way of life...ISLAM agamaku... Redhalah kamu dengan agamamu...bersyukur dengan nikmat iman, islam dan ihsan yang kita perolehi sejak azali...being a muslim yang mukmin...inshaallah...


momento>>
1) still belum dapat mendapatkan cik+encik durian...
2) apa yang telah diperolehi selama 21 hari berada di bulan hijrah, al-muharam ni? lebih baik dan tercapaikah azam??? azam+usaha=hasil yang menakjubkan, inshaallah..jgn hanya berazam tapi tak berusaha ye...
3) entry ni LAGHA tak? (inshaallah, coming soon..will come with new entry about something+knowledge) waiting2 ya

wallahua'lam

words of today
let zikr to ALLAH and selawat to our Prophet, Muhammad S.A.W
"subhanallah, alhamdulillah, allahhuakhbar, lailahaillallah"
"allahhumma solli a'la saiyidina muhammad, adadama fi ilmillah solatan daimatan bi dawami mulkillah"

Jumaat, 16 Disember 2011

akhirnya yang belum akhir

Bismillahhirrahmannirrahim
Assalamualaikum wbt

Akhirnya yang belum akhir punn
siap juga penulisan pra bab 2 L.I cik NuzaMd..
Walau separa fenink dan agak teragak-agak saat mula menaip...
ALHAMDULILLAH, dengan izin_Nya, siap juga...
actually kena push diri sebab kena hantar this week...esok due datenya...hehehe

BTW, still need to added and need more information...
baru bab 2 dah macam lipas kudung membuatnya
belum lagi bab 3 dan seterusnya yang memerlukan kumpulan data dari responden dan data-data arkib Perak + sekolah...
how??
semoga dipermudahkan...dengan Izin_NYA

Ahha...tengah-tengah menaip tiba2 sangat terasa nak balik kampung..
apatah lagi dengan menahan tekak yang sangat teringin nak makan durian HUHUHU
esok, kalau diizinkan ALLAH, nak keluar cari durian... fresh tak resh belakang cerita kot..sebab dah tak tahan sangat... selama ni tahan sebab nak cari yang fresh je...tapi, la ni dah tak boleh...semoga ALLAH permudahkan saya dan teman2 untuk mencari durian tersebut...
alahai cik2 durian, waiting for us ye..

Mak cik NuzaMd kat kampung pun dah siap sedia dengan tempoyak...tak sabar nak buat gulai ikan tempoyak with sambal bilis tempoyak...
(actually bukanlah hantu durian, tapi bila dah duk jauh sikit ni, ngada2 nak makan durian n tempoyak lah pula) (*__^)
dan sebenarnya taklah berapa larat nak mencium bau durian yang over banyak dan over bau..sikit-sikit bolehlah (*__^)
tapi, entah kenapa pulak tekak ni kalau dekat sini teringin yang tak teringin pun sebelum2 ni...

ALHMADULILLAH juga semua tugasan untuk semester ni dah selesai...cuma perlu study untuk menghadapi finale yang akan bertandang tak sampai pun sebulan lagi.
jadi, esok adalah sempena meraikan "saya dah free assigment" (*___^)
ALHAMDULILLAH...tapi..semua tu masih dalam perancangan...kalau diizinkan ALLAH akan adalah hari raian esok..ok chill..

Yakin dengan setiap apa yang berlaku kepada kita adalah terbaik dari ALLAH...i/ALLAH, everything will be OK..set dalam kepala, ALLAH is everything n ALLAH is the best. mintalah bantuan dan perlindungan daripada ALLAH, kerana DIA YANG MAHA PELINDUNG...RAHIMNYA untuk hamba yang terpilih (*__^)

wallahua'lam
wassalam...

words of today
mimpi durian, durian, durian, durian...

Ahad, 11 Disember 2011

Sebuah REHLAH: Dengan izin_MU YA RABB

Rehlah yang entah bagaimana
Yang pasti, ia menuju ke destinasi yang pasti
Yang hakiki
Onak di dalam rehlah membuatkan jasad kadang termengah
Nadi sela-seli semput
Menghela nafas mengejar dan mendapati sebuah pencarian
Dalam rehlah
Semalam yang telah berlalu
Tak kan dapat bertemu lagi
Kalau sejarah akan berulang sekalipun
Suasananya tidak persis
Entah bila dapat lagi bersua dengan peluang emas kelmarin
YA RABB

YA RABB
Sesungguhnya dengan izin_MU
Ia bertunas, ia tumbuh, ia menjalar
Sesungguhnya, dengan izin_MU
Ia bercambah, ia mekar, ia segar
Dan
Sesungguhnya, dengan izin_MU
Kadang ia layu
Hampir mati
Sungguh, dengan izin_MU segalanya
YA RABB

YA RABB
Seandainya dengan izin_MU
Mempertemukan lagi seperti kelmarin-kelmarin
Permudahkanlah
Entah setahun, dua tahun
Lima tahun bahkan sepuluh tahun
Entah bilapun
Seandainya dengan izin_MU
Moga suasananya penuh keberkatan dari_MU
YA RABB

YA RABB
Seandainya dengan izin_MU
Akan pertemukan lagi
Datangkan dengan rasa cinta kepada_MU
Agar Engkau ada untuk menjadi saksi pertemuan itu
meraih bukti janji-janji_MU
YA RABB

YA RABB
Seandainya dengan izin_MU
Akan bertemu lagi
Temukanlah kerana cinta kepada_MU
Tautkan hati dengan tautan cinta kerana_MU
Agar akan lahir lagi cinta-cinta yang mencintai_MU
YA RABB

YA RABB
Seandainya dengan izin_MU
Tidak akan mempertemukan
Jadikanlah kami hamba-hamba yang
Sentiasa menyebarkan cinta kerana_MU
Memberikan cinta kerana_MU
Mendapatkan cinta kerana_MU
Tenangkan dalam
Meraih cinta-cinta_MU
YA RABB

YA RABB
Seandainya dengan izin_MU
Menghilangkan dalam masa rehlah yang
Kami sendiri tidak arif
Buatkan kami Redha dan Rela
Sebagai butir keampunan dari_MU
YA RABB

YA RABB
YA RABB
YA RABB
YA RABB
Tenangkan dalam mencari ketenangan_MU
Kuatkan dalam mencari kekuatan_MU
Bahagiakan dalam mencari kebahagiaan_MU
Damaikan jiwa dalam mencari kedamaian_MU
Sabarkan dengan kesabaran_MU
Tabahkan dalam rehlah ini
Dalam penghujungan yang BERKAH
YA RABB
YA RABB
YA RABB
YA RABB