alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

Sabtu, 26 November 2011

1433h, al-Hijr

Bismillahhirrahmannirrahim
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia, Nabi Muhammad S.A.W
01 Muharram 1433h

~peliharalah hati, kerana ia hanya segumpal darah yang mana jika dijaga dengan baik, maka baiklah seluruh isi jasad, dan sebaliknya jika hati itu penuh kekotoran~
~manusia yang merasa senang apabila melakukan dosa,maka hatinya telah jauh berpaling dari iman bahkan semakin galak dan seronok untuk melakukan maksiat~
~sedangkan manusia yang sentiasa keluh kesah dengan dosa & perkara kemungkaran yang telah dilakukan tetapi masih tidak mahu berubah, Nauzubillah, semoga ALLAH memberikan petunjuk~
~dan sedang manusia yang sedaya upaya menyucikan hati dan jiwa setelah sedar dari melakukan kemungkaran, hidayah itu adalah anugerah dari ALLAH yang sentiasa kasih & sayang akannya~
~bersiap siagalah dengan hari pembalasan ALLAH yang pasti berlaku~
~jadikanlah setiap saat untuk beristigfar memohon keampunan dari ALLAH~
~biasakanlah roh & jasad untuk sentiasa bertaubat kepada ALLAH, hanya DIA yang menerima taubat hamba-hambanya~
~semoga hijrah kali ini membawa erti penghijrahan yang sebenarnya buat diri sendiri~ INSHAALLAH

SALAM MAAL HIJRAH 1433h
~Lakukanlah penghijrahan yang sebenar-benarnya
Penghijrahan bukan sekadar dari aspek fizikal, apa yang lebih penting adalah dari aspek rohani dan mental. Hati dan jiwa yang kosong tidak akan merasa nikmat penghijrahan. Carilah ruang dan peluang untuk menambal kembali mana-mana kekurangan. Carilah untuk menjadi yang terbaik setiap waktu. Alangkah ruginya jika setiap saat itu dibiarkan berlalu tanpa ada kesedaran untuk berhijrah.
~Allah memberikan peluang kepada setiap hambanya untuk berubah, sama ada ke arah yang positif atau negative. Pilihan berada ditangan kita sendiri. Akal yang waras akan bertindak untuk kembali kepada fitrah. Hijrah kepada kebajikan, kebaikan dan keelokan adalah fitrah manusia. Cuma, jalannya kadang-kadang tidak terlorong lurus. Ada bengkok sulur yang menduga hati & jiwa untuk tetap berteguh di jalan ALLAH. Tapi, itulah ujian yang mewarnai hijrahnya seorang manusia. Berhijrah tidak mudah, tetapi juga tidaklah mustahil dan tidak sukar. Tanamkan azam dalam hati. Tetapkan dan istiqamahlah dalam mencari REDHA ALLAH. InshaALLAH, ALLAH juga akan REDHA. REDHA dengan penghijrahan yang sedang dilakukan. Relakanlah diri untuk berhijrah. Sukar rasanya untuk membuang kebiasaan yang telah terbiasa, tapi, tidak sukar untuk membiasakan apa yang betul. Betulkan yang biasa & biasakan yang betul. Itulah hijrah yang perlu dilakukan. Semuanya perlukan waktu, yang penting, jangan ego untuk menerima ilmu-ilmu baru. Seimbangkan kehidupan dunia dan akhirat.
~Masih panjang dan banyak penghijrahan yang perlu dilakukan. Semoga ALLAH senantiasa bersama dengan kita. Memudahkan apa yang payah. Melorongkan mana yang tersasar. Meluruskan mana yang bengkok dan memberikan sebaik penghijrahan yang telah kita niatkan.
~Berazamlah dengan doa awal tahun yang kita baca. Mulakan nafas baru di Awal Muharam 1433h dengan nafas yang suci dan kesediaan untuk berhijrah. Mulakan dengan memberikan kemaafan kepada orang sekeliling kita dan mintalah maaf dengan orang sekeliling kita. Permulaan yang baik akan menjadikan sebuah pengakhiran yang baik juga, INSHAALLAH.
~Jangan sia-siakan tahun Hijrah kali ini. Entah kita akan dapat bertemu dengannya di tahun akan dating atau tidak. Niatlah, agar sepanjang tahun yang telah lalu, ALLAH ampunkan dosa kita dan berharaplah agar segala apa yang telah berlalu itu tidak sekali mengandungi perkara yang lagha tetapi memberikan pedoman dan pengajaran serta peringatan. Dan berniat serta doalah agar di sepanjang tahun hijrah baru ini, hati akan sentiasa menerima petunjuk & hidayah dari ALLAH. Niatlah untuk menjadi muslim yang muslim luar & dalam. Niatlah untuk menjadi lebih baik sepanjang tahun bahkan sepanjang kehidupan. Mohonlah agar ALLAH memberikan kemudahan urusan kita dimasa datang dan mohonlah agar ALLAH jauhkan kita dari godaan syaitan yang boleh menggugat iman.
~Jangan sekadar berazam tapi tidak beriltizam dengan azam tersebut. Seiringkan takdir dengan takbir.

SALAM MAAL HIJRAH 1433h

1 ulasan: