alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

Isnin, 14 Januari 2013

MENCARI BAHAGIA

Bismillahhirrahmannirrahim

Semoga kita terus dimuliakan oleh ALLAH sebagai umat Nabi Akhir Zaman Muhammad SAW.



Sekadar perkongsian bicara dari telinga yang mendengar khabar untuk jiwa yang gersang dari pencerahan sedang iman kadang tunggang-langgang dan hati pula berbolak-balik yang akhirnya tindakan penuh dengan dolak-dalik.



Andai dapat diputarkan kembali masa, aku ingin sekali meminta kekuatan dalam segala tindak-tanduk. Kerna aku aku ini lemah. Lemah tidak berdaya. Terkadang rasa seperti lilin yang membakar dirinya sendiri. ALLAH… inilah yang dinamakan ujian. Sedang leka diulit dengan kebahagian sementara untuk menuju hakiki, inilah yang berlaku. Hati, jiwa, minda sungguh rawan. Lilin itu kuandaikan kerana ia membawa erti yang tersendiri.



Sedang dalam kegelapan, lilin dinyalakan untuk menerangi, memberi kehangatan kala sejuk menggigit tulang. Ah… bahagia sungguh apabila aku dapat membahagiakan mereka yang memerlukan. Asyik sungguh dengan cahaya dan kehangatan api si lilin. Entah sepanjang mahupun sebanyak mana lilin dinyalakan ia tetap habis. Mencair dan terus mencair. Apinya malap dan padam. Sirna. Gelap dan kelam, sejuk dan dingin menguasai kembali. Mencari lagi lilin?



Oh lilin… mengapa engkau rela berkorban untuk kebahagian mereka sedang engkau sendiri tidak bisa kekal untuk terus memberi khidmat? Apakah engkau tidak merasa sesuatu setelah siang menjengah tiba, panas menghilangkan dingin kala matahari mula menampakkan wajah? Tidakkah engkau merasa bahawa engkau hanya digunakan kerana perlu. Jika tidak, maka tidak sama sekali. Andai lilin mampu bertahan begitu…berkhidmat kerana ketetapan…. tapi tidak manusia… hatinya rapuh. Kadang membantu penuh niat keduniaan. Mencari nama semata tiada ikhlas. Apakah nilaian dan ukuran ikhlas? Jika dia merasa engkau diperlukan maka engkau akan dicari jika tidak maka tidak. Apakah keperluanmu? Zahir? Batin? Lahiriah? Rohaniah? Fizikal? Mental? Rasa itu tercetus dari hati. Memang. Sukar untuk memuaskan hati-hati… hati dia juga hati kita sendiri. Apakah itu ketetepan ciptaan manusia?

“allah menciptakan jin dan manusia agar mereka bersujud, bertasbih serta memuji allah siang dan malam”

Kegelapan itu membuatkan manusia sungguh mencari lilin. Yang terperosok di dalam laci dibongkar. Yang habis digagah ke kedai. Yang beralut sawang dibersihkan. Sumbumu mula dinyala. Andai tidak ternyala, engkau dibelai agar terapi dan mudah untuk dinyala. Andai sedemikian hati manusia untuk memiliki bahagia, bahagiakah ia selamanya? Mampukah ia terus memberikan bahagia bila bahagianya dicari tika perlu?



Tetapi aku bukan lilin. Manusia yang punya hati serta jiwa. Naluri yang kadang peka yang kadang tidak. Hati ini lemah. Jiwa ini longlai. Longgar kerana daif dan naif tentang cinta hakiki. Hakikatnya yang hakiki itu telah tercampur-baur tidak teradun sebati. Entah… aku sendiri masih lagi mencari dimana titik kebahagian… Sebarkan bahagia untuk mendapat kebahagian??Kerana cinta perlukah aku berkorban? Atau aku ini buta dalam menilai cinta? Atau cinta itu telah membuatkan aku buta untuk membuat penilaian? Sedalam mana ikhlas aku dalam bercinta? Kalau aku ini si lilin, adakah aku membahagiakan orang tanpa menghirau kebahagian sendiri?bagaimana aku bisa membahagiakan mereka disekililingku andai aku sendiri tidak tahu untuk bahagia, erti bahagia… Bagaimana aku perlu meraih bahagia andai mereka tidak pernah terfikir untuk membahagiakan aku?



Orang kata kita tidak bahagia selagi kita tidak tahu bersyukur… kita tidak bahagia kalau tidak tahu menghargai kebahagian. Apakah rupa bentukmu wahai sang bahagia? Bagaimana bisa aku mendapatkanmu wahai sang bahagia? Adakah membahagiakan yang lain itu erti aku telah beroleh kebahagiaan?

~~oh bahagia…bahagia…~~ Najwa Latiif

Yang aku tahu, aku tak mampu. Tak kuat. Tak hebat. Tak perkasa. Tak boleh. Ntuk terus menjadi lilin. Kerana aku juga memerlukan kebahagian agar bahagia itu tersebar. Agar aku tegar untuk terus memberikan bahagia. Justeru aku takut andai bahagia itu gersang, tandus lantas aku sendiri tersungkur dalam memberikan bahagia kepada orang lain.



“kalau kanda jadi bulan dinda jadi apa?”



“mestila dinda menjadi bintang.”



“kalau kanda menjadi matahari, dinda jadi apa?”



“dinda mahu jadi awan.”

Kata dia…cinta itu membahagiakan. Menenangkan. Menyenangkan.


Itu juga kata aku. Dulu kini dan akan datang bila aku tahu apa itu bahagia. Bagaimana mendapat dan memberikan bahagia pada jalan yang betul dan benar. Lillahi.



Cinta kan ALLAH dan Nabi Muhammad itu sungguh asyik. Tenang dan senang. Mentaati segala perintahNYA dan amalkan sunnahnya. Jiwa sungguh damai dan tenang.



Dia pernah bertanya kepada ku adakah aku bahagia… aku menjawab ya… tapi. Itu sekadar jawapan palsu. Hakikatnya tidak sama sekali. Kerana kahadiran aku sesungguhnya tidak pernah membuatkan engkau bahagia. Bahkan derita dan dosa terus menyapa tanpa dipinta. Kerana itu juga aku tidak merasa bahagia kerana memberikan engkau dosa dan derita. Aku pula tidak pernah bertanya adakah dia bahagia bersamaku bahkan dia sendiri sering berkata sangat bahagia adanya aku... kerana apa aku tidak pernah bertanya? Kerana ada gusar… Gusar andai aku menambahkan dosa-dosa yang ada. Gusar kerana aku yakin tiada bahagia pun yang aku beri. Sungguh!! Jadi apa yang aku beri selama ini???

Ya… disini aku temui jawapan… tidak memberikan engkau bahagia tetapi dosa membuatkan aku juga tidak merasa bahagia… Analoginya, aku memasak masakan kegemaranmu tetapi tidak enak. Engkau makan tapi tiada kenyang. Lantas perutmu terusan lapar… gi mana??? Bagaimana aku dapat menjadikan masakan kegemaranmu itu enak agar engkau suka dan kenyang akannya? Bagaimana aku dapat mengubah ia menjadi sebuah bahagia? Justeru… aku minta pada ALLAH… andai pernikahan itu tidak berlangsung, aku sama sekali tidak mahu bercinta denganmu dengan penuh kelaghaan. Aku yakin akulah manusia yang paling rugi dan bodoh…



Tidak pernah sama sekali manusia menyalahkan lilin yang dicipta untuk menerangi kala kegelapan. Gelap itu menakutkan. Gelap itu kesulitan… kerana itu manusia mencari lilin.



Begitu juga hati… hati yang gelap mudah rapuh. Memberontak minta diterangi. Hanya jalan dan usaha yang membezakan ia. Begitu juga aku… mulanya aku pagar agar hati ini tidak sewenangnya terlepas bebas. Mengenali dia membuatkan aku terus waspada. Dia juga berhati-hati… Entah… Ujian dan dugaan itu datangnya dalam banyak bentuk. Bayangnya bahagia tapi jasadnya derita. Itulah salah satunya. Kerna itu bila aku tidak bahagia aku tidak menyalahkan dia. Bahkan aku menyalahkan diri sendiri. Dia merasa bahagia dengan kehadiranku tapi aku tidak kerana wanita itu dicipta sebagai ujian kepada lelaki. Dan aku adalah wanita itu. Andai dia bahagia, aku yakin itu cuma bahagia yang palsu. Yang tidak hakiki. Tidak wujud sama sekali. Bahagia aku bila dia membahagiakan aku dengan cara yang halal. Bahagia dia jika aku hadir dalam keadaan yang halal. Bahagia aku bila dia mampu menerima aku seadanya tanpa ada cacat-cela dimatanya yang minta aku berubah dan diubah. Bahagia aku bila aku mampu dengan upaya menerima dia seadanya. Perubahan itu bukan dibuat dengan complaint yang menyakitkan. Berpijak di bumi yang nyata duhai mata hati ku…



ALLAH. Aku khilaf. Khilaf dalam mencatur hidup ini. Khilaf dalam memainkan peranan dalam kehidupan orang lain. Aku tidak bahagia kerana aku memberikan derita kepada orang lain. Termasuk kedua ibu bapaku. Mereka yang menanggung segalanya ini. Tuhan……… pantas aku tidak merasa bahagia… ALLAH HU RABB…



Tiba-tiba soal bahagia ini kubongkar dari dalam lubuk hatiku. Ingin benar aku selami sejauhmana aku bahagia dan membahagiakan. Rupanya… ia sungguh hodoh kerana aku cemari dengan kerakusan hidup tanpa syariat yang kukuh. Ya… memang aku memegang syariat, tapi ada yang longgar. Ada yang tidak luhur. Mungkin kerana ketelusan itu aku biarkan tanpa dipancang. Aku menyoal diri aku sendiri sejauhmana aku bahagia dengan keadaan sekarang. Dengan perasaan ini dan dengan segala-galanya. Semakin aku selidiki aku semakin mencurigai. Dan aku tahu aku terlalu leka sehingga bahagia yang datang sekejap-sekejap itulah derita berpanjangan rupanya… derita itu bukan derita fizikal mahupun jasad. Tetapi derita jiwa. Rouh. Hati. Mental. Sungguh… benar… manusia itu sering berada dalam kerugian… dan aku juga… lailahailla anta subhanaka inni kuntumminazholimin~~~ ALLAH… lemahnya…



Aku kembali menyoal… adakah aku akan menerima dan mendapat bahagia pada masa hadapan? Dan soalan ini masih bermain-main dibenak… entah aku layak atau tidak. Entah aku masih menelosori perjalanan untuk mendapat bahagia. Dan ia membingungkan hati bila perasaan turut serta dalam pencarian ini…



“ALLAH yang memegang hati dan jiwa ini, jangan Kau bolak-balikkan ia kala cahayaMU menerobos mudah kedalam sanubariku. Tetapkan aku redha, pasrah dan berserah dengan ketetapanMU. Tetapkan aku untuk yakin dengan ketetapanMU. Damaikan hatiku. Tenangkan jiwaku.



Ya ALLAH Ya Latiif, lembutkan hatiku untuk mencari dan mendapatkan bahagia mu dengan kebahagian yang sebenar walau likunya itu sukar dan sesah. Ya ALLAH Ya Rahim, Ya Rahman… tegarkan aku. Kuatkan aku kalau ada arus yang tertongkah dilaluanku kepadamu. Tetapkan hatiku, jiwa dan ragaku untuk terus yakin berpegang teguh dengan ad-dinMu, tetapkan akidahku di landansan keimanan kepadamu. Mantapkan taqwaku imanku kalau jiwa tiba-tiba tersiat dengan kedukaan. Ya ALLAH, sungguh. Aku lemah dan terlalu lemah. Lemah dengan segalanya. Hanya engkau yang Kuat, yang Hebat, yang Perkasa.



Ya ALLAH ya Ghaffur…ampunkan aku. Ampunkan aku. Ampunkan aku. Ampunkan aku atas segala kekhilafan ku kealpaanku dalam mengingatiMU. Jadikan aku yang terbaik untuk dia, dia jodohku. Agar aku menjadi hamba yang setia di jalan ad-dinmu. Menjadi isteri yang setia dengan dia untuk mendapatkan redha dan magfirahmu. Menjadi anak yang setia kepada bonda dan ayahdaku. Menjadi menantu kesayangannya yang penyantun dan berbudi. Menjadi wanita yang setia dalam tindak-tanduknya. Menjadi bonda, nenda dan seterusnya yang baik hati dan penyanyang kepada keturunanku. Menjadi kecemburuan buat bidadari-bidadari di SyurgaMU kelak. ALLAH yang maha kuasa ke atas segalanya. Itqanku hanya engkau yang tahu. Padaku ia telah cukup baik dan Engkau jua yang tahu ia tidak lagi cukup baik untukku. Dan padaku ia tidak cukup baik untukku justeru Engkau juga yang tahu itulah yang terbaik buatku. Semoga dia juga menjadi yang terbaik untukku sebagai jodohku."

Ya ALLAH, sempurna itu wujud bila menyatu untuk sebuah perkongsian. Memberi untuk menerima. Kongsi untuk sama merasa. Maafkan aku kerana memusnahkan kesucian perasaan, naluri dan hati yang luhur. Pantaskah aku ya ALLAH? Apakah benar perasaan ini terhadapnya? Luhurkah hati ini kepadanya? Duhai hati dan jiwa… bertenang… Ya ALLAH… inikah tanda kafarah ke atas dosa-dosaku… andai iya, aku redha dan sungguh aku mahu redha…”



Mood DIY aku hilang melayang. Entahlah… aku masih berfikir. Berfikir dan berharap pada ALLAH. Yakinkan aku dengan pilihan aku. Agar akal yang satu ini tidak tewas dengan nafsu yang sembilan. Perkahwinan bukan suatu yang boleh dicuba. Ia dilakukan untuk mewujudkan kesefahaman dan perkongsian yang bahagia dan membahagiakan. Menerima dan memberi. Entah… tiba-tiba aku gusar dan resah. Sesak dan sesah usah dikata. Aku bertanya kepada diri sendiri… bahagiakah aku hari ini? Bagaimana pula kemudian? Bagaimana cara untuk aku membahagiakan kedua orang tua ku sedang aku asyik memberi mereka dosa yang tidak terlihat? Benar. Sukar untuk memenuhi kehendak sendiri dan orang lain. Aku ingin cuba. Dan niat itu telah bercampur dengan fikiran yang bercampur. Ada positif dan negatif. Ada pro dan kontra.



Tiba-tiba terluah pertanyaan ku kepada mereka… apa dan mengapa engkau menyukai atau mencintai seseorang? Kenapa dan mengapa menyukai aku? Bagi aku menyukai aku engkau akan memberikan bahagia kepada ku. Dan ukuran bahagia padaku adalah dengan memenuhi keinginan ku yang mana perlu dipenuhi. Iaitu membahagiakan orang tuaku dengan permintaan mereka… walaupun mereka tidak begitu kisah namun aku yang terkisah. Kisah, kerana itu nisbah kebahagiaan aku, engkau dan mereka…

Menyukai ku bagiku engkau akan berusaha keras untuk mendapatkan ku walau semahal mana aku pertaruhkan. Tetapi, aku bukanlah untuk dijual lalu menjadi hamba dalam kehidupanmu. Melepaskan ku dengan lafaz-lafaz yang haram bagiku. Sungguh aku tidak mahu… semahalnya aku hanya kerana engkau yang aku ingin miliki… tetapi engkau tidak tahu dan rela untuk mencaturkannya jika perlu. Sungguh… ia sungguh merobek perasaan dan keyakinan ku… bukan aku tidak tahu wanita yang baik untuk dikahwini ialah yang murah maharnya… ya… itu aku tahu…sangat tahu dan teliti tentangnya… entah. Mungkin silapku memandangnya sehingga aku terasa ia adalah suatu percaturan. Sungguh… itu buat aku kesel dan lelah. Dan keadaan itu seterusnya membuatkan aku terasa menjadi bebanan buatmu kini dan juga akan datang. Sungguh aku tidak mahu menjadi bebananmu…



Dan pertanyaan itu aku ajukan semula kepada diri sendiri. Aku berdialog di atas sejadah. Mencari jawapan yang paling telus. Apa yang membuatkan aku suka akannya? Rupanya? Hartanya? Keturunannya? Agamanya? Jika aku memilih kerana keturunannya nescaya aku merasa sangat tidak layak. Kerana aku ini orang biasa-biasa. Orang kampong yang tak punya apa-apa. Hidup dalam fikiran kekampungan dan identiti kampong itu terserlah. Jika aku memilihnya kerana hartanya nescaya tidak kerana dia bukan orang yang mampu untuk memenuhi segalanya kehendakku jika aku ini kuat nafsu dan materialistik. Sungguh. Dia tidak akan mampu. Jika kerana rupa…ya… ada sedikit rupanya yang membuat aku senang dan tenang. Tapi aku tidak menjadikan ia syarat utama kerana aku tahu suatu saat nanti ALLAH akan menarik rupanya. Wajahnya akan beransur-ansur berubah. Tapi aku memilihnya kerana agamanya. Kerana aku yakin dengan pegangannya. Aku yakin dengan keimanannya. Jika dia bukan seorang yang kasih dan sayang pada masjid dan solat jemaah di masjid, maka aku akan menegurnya kerana aku mahu dia jadi yang terbaik berjalan ke syurga ALLAH memimpin ku bersama anak-anak… tapi segala ciri itu penting demi kelangsungan hidup dalam baitulmuslim. Tiada harta juga tidak boleh jadi. Tiada keturunan juga tidak bisa. Tiada rupa juga tidak boleh. Tapi jika tiada agama memang semua hancur… makanya aku cuba untuk memilih dia… dan pilihan ini aku sandarkan dalam istikharahku… dan aku cuba untuk ikhlas menerima dia seadanya dia. Agar kelak kami saling melengkapi.



Dan pertanyaan itu juga aku alunkan kepadaku sendiri kenapa dan mengapa dia menyukaiku. Mencintaiku. Adakah ikhlas atau terpaksa… sungguh buruk perilakuku kerana mencurigai dan meragui…curiga dan ragu itu wujud kerana aku perlukan kepastian dan keyakinan. Kekukuhan dan kejituan. Agar keputusan yang kami ambil ini bukan untuk memuaskan sebelah pihak sahaja.



“duhai hati-hati yang sedang meronta… sabar dan tabah. Yakin dan pasti. Andai itu yang ALLAH tetapkan, maka tetaplah untuk redha. Bersama dan bergabung untuk mencetus perkongsian yang bahagia dan membahagiakan. Bukan derita yang dicari dalam penyatuan ini tetapi tautan mahabbah suci menjadi destinasi hakiki. Wahai pemilik tulang rusukku, andai benar engkau untukku, redhalah atas apa yang aku miliki, kerana sungguh hati wanita seperti aku ini terlalu lemah dan sering gusar. Sering diancam rasa was-was. Duhai pemilik hati dan jiwa yang kekal abadi, tetapkanlah aku dijalan ad-dinmu bersama dia yang bakal menjadi imam buatku dan zuriatku… hilangkan rasa was-was ini dan yakinkan aku dengan ketetapanmu. Engkau yang tahu betapa sukar untuk aku melontarkan segalanya kerana aku hanya hamba yang lemah lagi naif lagi daif tentang segala perkara. ALLAH yang maha bijaksana dan mengetahui… bimbinglah hati kami. Redhakanlah. Berilah jalan untuk menyatu andai itu yang terbaik untuk kami. Sungguh. Aku, kami ingin berhenti dari segala kedustaan bahagia yang sementara ini. Aamiin ya ALLAH… Aamiin ya Rabbal A’lamin…”

Alhamdulillah tenang itu terasa bila redha ibu bapa bersama-sama redha ALLAH memujuk hati dan jiwa... inshaallah...redha itu manis sebab aku ingin manis bersamamu...duhai bakal zaujku, inilah yang dinamakan ujian. Kita tenang bersama menyahut ujian ini ya...

Words of today:

Perkongsian ini sekadar perkongsian untuk mencerahkan jiwa dan hati sendiri. Mudah-mudahan ia memberi manfaat kepada sesiapa juga yang memerlukan kerana soal hati dan perasaan ini adalah bahagian yang paling sukar untuk dimengertikan. Pencerahan dan muhasabah itu perlu agar hati tidak terikut dengan nafsu dan akal perlu arif untuk menghadapinya. Perkongsian ini juga adalah sekadar pencerahan kepada kekusutan yang melanda sejak kebelakangan ini. Persoalan-persoalan yang dibangkitkan adalah untuk pencerahan dan pemikiran mendalam dalam mengetahuinya. Sungguh ilmu ALLAH yang lebih luas dan kita sebagai manusia biasa tidak berdaya apapun melainkan usaha, itqan, doa dan tawakkal. Inshaallah..semoga ia sama bermanfaat… buat yang terasa saya mohon maaf. Buat yang salah faham apakah saya menyokong couple atau tidak juga mohon maaf. Entri ini juga bukanlah sebuah manifestasi konon cinta versi islamik. Cinta itu fitrah dan saya cuba untuk keluar dari fitnah. Ini sekadar perkongsian sebab dan akibat. Saya mohon agar kita sama-sama keluar dari fitnah ini dengan jalan yang mudah lagi diberkati kerana sesungguhnya syaitan tidak pernah puas dengan godaannya untuk menjauhkan manusia dari ALLAH. Dan semoga khitbah saya dengan dia (jodoh saya) kelak dilimpahkan sakinah mawaddah dan rahmah.





Sabtu, 6 Oktober 2012

wanita, aku dan ...


Naluri WANITA

Aku wanita.
Dia juga wanita.
Bahkan mereka juga wanita.
Keturunan Hawa yang dicipta menjadi
Peneman Adam
Punya naluri yang kadang-kadang sukar diteka
Punya rasa yang sukar diduga
Punya hati yang belum pasti miliknya siapa
Yang pasti, pemilik abadi ya Ilahi.

Wanita, aku dan airmata
Bukan tanda lemah
Tidak jua tunjuk lesu
Tapi airmata itu menjatuh kerna ada rasa
Naluri yang punya pada wanita.

Wanita, aku dan harapan
Bukan angan-angan
Bukan suatu bebanan
Tapi kerna naluri wanita
Agar yang diberi harapan itu tegar
Kerana ada wanita sebagai tunggak kekuatan
Wanita, aku dan kenyataan
Walau pahit tetap dijamah
Apatah lagi kelat pasti dicicip
Itu rintangan kala wanita perlu pasrah
Bila kenyataan jauh dari harapan
Wanita, aku dan kehidupan
Persis apa yang ingin dimiliki
Sekali hatinya jatuh dan terserah
Maka dia pasrah
Patuhnya dia pada seorang Adam bergelar suami
Kasihnya dia pada permata-permata kasih
Abdinya dia mengatur layar bersama
Sang kelasi
Ombak bahkan badai
Teman berkelana
Agar tepiannya dapat digapai
Lantas pepasir yang mulus dapat dikaut
Sedang bebuih yang memutih terkuis sama.
Mengukir kehidupan bahagia hingga ke syurgawi

Wanita aku dan perasaan
Hati dan jiwa yang selalu terasa
Firasat wanita punya naluri wanita
Beza jua dengan naluri lelaki
Perasaan itu bukan mainan
Bukan juga ciptaan
Apatah lagi buatan
Sekali terdetik dihatinya
Doa dan restu menjadi titipan


Aku wanita
Dia juga wanita
Bahkan mereka juga wanita
Kuatlah wanita agar kekuatan itu
Dapat  menambah kekuatan pendampingmu
Menjadi teman kala lemah dan longlai
Penyambung nadi hubungan hakiki


Nukilan kuindah J

Rabu, 3 Oktober 2012

Kun Faya Kun 1


Assalamualaikum wbt..
 
Selalunya kita sering berharap dan mengharap.

Sesuatu yang baik dan terbaik. Maka seharusnya juga kita berusaha dengan sepenuh kudrat. IradatNYA dari ALLAH. Dalam seharian, 24 jam sehari. Kita tidak pernah tidak untuk tidak berharap. Sama ada ketika mata kita celik mahupun pejam. Bahkan, ada ketikanya hingga di bawa ke dalam tidur. Ya. Impian itu harapan dan perlu mengharap. Tapi pada siapa??

Ketika kita telah berusaha sepenuhnya, kadangkala, aada juga perhentian yang tidak pernah terlintas dan terfikir oleh logika akal yang akhirnya membuatkan hati perlu pasrah on the spot. Dan rasanya kita telah cuba sedaya upaya… tapi jangan dilupa bahawa ALLAH penentu kepada semua keadaan yang berlaku!! 

‘kami bercinta selama 4 tahun. tu dalam situasi yang serius. Sebelum tu, kami dah kenai beberapa tahun lalu lagi…jika dihitung-hitung, saaaaangat lama… sampai masa akak dan dia merancang untuk mengikat tali pertunangan dan membina keluarga, di saat itu, masalah timbul…akak akur… maka bermula dari tahun 2009, kami memutuskan untuk berpisah kerana kekangan tersebut….
Oleh yang demikian, dari saat itu, kami tidak lagi berhubungan… akak rasa sakit sangat. Terfikir kenapa dan mengapa… sejak tu juga, akak dah rasa putus asa sangat-sangat…
Alhamdulillah, memang kalau masanya belum tiba, xda apapun yang boleh jadi melainkan dengan izin Allah swt.”
“maksudnya kak?”
“orang yang akan akak kahwini nanti adalah orang yang dulu pernah akak sayang dan berharap dapat bina keluarga dengannya. Alhamdulillah… inilah masanya… Allah permuahkan sehingga ke tahap ini. Kami baru bertemu semula penghujung Ramadhan lalu. Nama yang terpacul seorang ummi yang pernah halang hubungan kami dulu jugalah yang menyebabkan hubungan ini akan bersatu. Dan kami tak mau ambil masa yang lama. Inilah yang ALLAH mudahkan kepada kami. Dan akak rasa semuanya macam mimpi dengan mudahnya urusan yang ALLAH nak bagi kat kami ni. “ J
‘doa seorang ummi kan kak.’
“tu lah”
"bila piker-pikir lagi…hurmm… bayangkan naa… pelakunya sama Cuma keadaannya berbeza.. akak bersyukur sangat. Ni lah janji allah.”
“ye akak…lepas ni akak focus untuk persiapan lah kan.”
“ya. Majlis akak nanti ringkas je. Tapi tu la.. duk piker baju. Xtau nak sewa ka nak p beli ka atau nak p tempah…”
“akak nak pakai baju apa?”
“akak nak pakai jubah. Lagipun majlis ni takda sanding-sanding. Pelamin pun takda aih.. abah pun tak kasi. Akak pula tak suka. Duk bergambar posing2 bagai…ish, malulah. Cukuplah tetamu yang atang dah tau kami ni dah nikah… yang nak posing2, shoot2 bagai tu, sat g kami dua ja lah yang buat…”
“kan… sweetnya kak. Macam kena ja dengan angan-angan saya ni… wohaa”
‘datang tau majlis akak nanti.”
“inshaallah kak.” J
“awak macam mana pula? Dah berpunya ke?”
Gulp gulp gulp…
‘inshallah kak. Doakan. Doakan jodoh kami panjang naaa…”
“ada dahhh. Patutlah tak lekang HP tu dari tangan.” J

#ok sudah.. sat g melalut tak buleh nak tubik dah# wohaa

Ulasan sikit… ececeee..

ü  KUN FAYA KUN- jika allah ingin menjadikan, maka terjadilah… dengang firman Allah ni pun dah cukup jelas bahawasanya sesuatu tu mutlak hak ALLAH. Allah yg maha hebat maha kuasa menjadikan sesuatu daripada tiada kepada ada. Ada kepada tiada. Sama juga dgn hubungan akak tie kat atas. Duk rancang duk plan, bila nak buat tak jalan. Tapi akhirnya, jadi juga, Alhamdulillah. Pasai apa? Pasai mereka just manusia biasa yg hanya mampu merancang. ALLAH yang duk jadikan atau tak. Kalau belum tiba masanya, belum dizinkan ALLAH untuk berlaku, maka tidaklah berlaku.
 
ü  Jangan berputus asa dengan rahmat ALLAH- yang ni pula… jangan sekali-kali putus asa bilamana ALLAH memberikan ujian. Adakala ujian tersebut yang akan menjadi kejayaan hakiki. Oleh itu, jangan cepat melatah, mencarut, memaki hamun dan seangkatan tenteranya jika allah tegur dengan ujiannya. Inshaallah. Yakin dan terus yakin ia adalah kurniaan allah terbaik untuk kita.
 
ü  Sabar- yang ni pun.. meme la kalau dah duk rancang, sayang bagai nak rak. Kasih bagai air dilautan. Lautan api sanggup kurenangi kununnya.. bila ditimpa ujian tersebut.. sabar. Allah kan dah janji… setiap doa dan permintaan yang diminta oleh hambanya pasti dimakbulkan. Ada doa yang allah terus makbulkan on the spot. Ada yang allah tangguh sehingga hari akhirat dan ada yang allah gantikan engan sesuatu. Balasan dari rasa sabar tu yang membolehkan kak tie dapat apa yang dia dapat hari ni. Alhamdullillah sangat kan. 

ü  Doa… doa dan doa….

Ya Allah, aku mengharapkan rahmatMu maka janganlah engkau membiarkan aku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata. Perbaikilah bagiku segala urusanku. Tiada tuhan melainkan engkau, wahai yang maha hidup yang maha berdiri sendiri, dengan rahmatMU aku memohon pertolongan.

To my beloved new sister… barakallahulakuma wabarokah ya ukhti tie…  semoga pernikahan bersaksikan ALLAH itu berkekalan sehingga ke Jannatul Firdausi J

 

Words of today…

·         Sayang awak kerana ALLAH..sayang semuanya J
·         saya dilamar J bulan 2 & 4… tak sabar nak melamar pula :)
SAYANGI DIRI SENDIRI SEBELUM MULA MENYAYANGI ORANG LAIN J
MASA ADALAH PELABURAN YANG SANGAT BERMAKNA J

Ahad, 30 September 2012

Budget diri sendiri


Bismillahhirrahmmanirrahim

Assalamualaikum wbt…
Salam muhibbah..muhibbah lah sangat… lepas budget 2013 diumumkan..huhu…ada yang suka ada yg xsuka…ikut kpd siapa yg dapat manfaat. Huhu…btw..biarlah manfaatnya berkat ya…

Lama tak mengupdate blog n scr tak langsung banyak juga blog lain yg tak dijenguk.banyak citer baru dlm blog lain. Serius. Lucu. Auta. Fakta. Dan lain-lain.
 
Lagi dua hari akan out of contract.hihi…ada masanya rasa sedih. Tapi rasa juga happy. Sebab apa? Sebab konflik kat istu membuatkan saya rasa macam duk dalam akuarium. Luar Nampak cantik ok…aman damai..dalam tu…takda oksigen. Buat baik pun dikata apatah lagi buat tak baik… Alhamdulillah. Allah bagi anugerah perasaan yang sangat positif dalam diri sya. Saya tak pernah ambil pusing apa orang cakap tentang sya sebab saya tahu keadaan dan prestasi diri sendiri.huhu.. Cuma kadang-kadanglah. Ada juga terfikir. Kenapa dan mengapa… perlu ke nak ambil pusing mulut busuk orang cakap pasal kita? Nak ambil pusing ke dgn mulut wangi orang cakap apa-apa… ALLAH…saya benar-benar tidak layak untuk menilai mereka. Takut sangat.. atau saya ni tidak sensitive dengan semua keadaan tersebut? So macam mana nak perbaiki kekurangan kan? Sebenarnya semua tu saya tak kisah sebab saya tak nak berfikiran negative tentang orang-orang… semua yang mereka katakan baik atau buruk saya hanya perlu positif dan terus fikir positif apa yang orang cakap dan sekeliling yang berlaku.

 Ini adalah bidang kerja saya yang ketiga dalam tempoh 2 tahun..hebat hebat. Hahaha… bidang kerja pertama n kedua tu xterasa sangat konfliknya…yang ni terasa betul. Sampai kadang2 rasa give up nak p kerja.huhu… tapi sya fikir balik. Konflik tu berlaku mungkin sebab diri saya sendiri…ok.. before tengok orang lain yg timbulkan konflik, better tengok diri sendiri ya.
Tapi walauapapun, semuanya memberikan pengalaman dan pengajaran yang bagus…saya bersyukur… dan dapat terus senyum sambil bersabar dengan konflik yang secara tidak langsung melibatkan diri yang lemah ini… huhuhu… senyum sabar syukur J

Saya adalah kaunselor terbaik buat diri sendiri J

 Dalam beberapa minggu ini… sangat serius… saya terasa sangat down… saat saya down… saya tersedar… rupanya ada lagi yang lebih down. Orang-orang yang lebih down tu pula memerlukan saya untuk meminta nasihat. ALLAHUAKHBAR… mereka minta nasihat daripada saya..siapakah saya ini? Ilmu yang masih cetek… tapi Alhamdulillah. Saat saya bagi nasihat pada orang yang memerlukan, saya sebenarnya secara tidak langsung memberikan nasihat kepada diri sendiri… ya… secara tidak langsung…bila kami sering memberikan nasihat, kami sering memberikan kekuatan antara satu sama lain…ya… dari situ saya sedar… sejauh mana rasa down saya tu, masih ada lagi yang lebih down daripada saya… apa yang sering saya nasihat pada mereka? Ini teguran dari ALLAH, Allah nak kita kembali kpd Dia setelah kita terlalu jauh terlanjur dengan nafsu, perasaan, kesibukan duniawi dan sebagainya… bersyukur ya sebab kita jadi hamba yang terpilih untuk menerima teguran itu… terima kasih cik nu… thx for being my fren. Ever n ever… thx for being my fren too darl… anytg let me know k… ececece….

 Itulah cabarannya sebagai manusia, hamba dan khalifah. Semuanya menuntun kekuatan, keazaman…

Allahurabbi…

 

Words of today
Konflik mematangkan tindakan!!

Jumaat, 14 September 2012

Mengenal kendiri


Rajinnya mengupdate entry… Alhamdulillah… masa yang Allah berikan ini J
Hujan…let’s du’a 1st… Allahumma Soiyyiban Nafia’- semoga hujan yang diturunkan ini menjadi hujan rahmat yang bermanfaat. Amiin,,,,
Banyak entry dalam ni is about my life. Myself n others…
Entry tentang kehidupan… kehidupan saya, kita dan semuanya yang hanya sementara… di alam fana,,. Fatamorgana… bagaikan bebayang air di padang pasir… hilang bila matahari terbenam,,,
“Sampaikanlah walau satu ayat” saya takut nak menulis. Takut yang membaca salah faham dan takut juga apa yang disampaikan tidak benar malah membawa kepada kebatilan sahaja dan sia2…
Banyak cakap? Nonsense… banyak fikir?? Distinguish
Saya juga masih dalam proses belajar. Belajar mengenal diri sendiri. Belajar tentang kelebihan serta kelemahan. Belajar untuk potensi diri… apa kemahiran yang saya ada? Apa kebolehan yang saya miliki? Apa yang saya ada??

1.    Sabar…
Menahan diri dari banyak perkara.. sabarkah saya? Bagaimana sabar itu dinilai, dibentuk dan dianalisiskan?
ü  Adakah jika saya cuba untuk mencari jalan penyelesaian dianggap kurang sabar?
ü  Adakah terlalu memikirkan masa depan juga dianggap tidak sabar?
ü  Adakah memikirkan jalan serta apa yang dikhuatiri berlaku juga tindakan kurang sabar?
ü  BAGAIMANA ANDA MENILAI SABAR??

2.    Lemah lembut
Setiap tutur kata dan tingkah laku beradab sopan… bagaimana seseorang itu dinilai dari segi kualiti lemah lembut yang dimiliki?
ü  Tegas tu garangkah?
ü  Mempunyai pendirian dalam menegakkan islam itu kasarkah?
ü  Berpakaian rock n roll tu ganas sangatkah?
ü  Pakaian ayu sweet charity tu nilaiannya?
ü  BAGAIMANA ANDA MENILAI ASPEK INI??

3.    Ikhlas
melakukan sesuatu perkara semata-mata kerana,,,,, yes… ALLAH… just because of ALLAH…
ü  Setiap pekerjaan yang dilakukan walau terpaksa menghamba-abdikan diri dengan bos, amacam dengan ALLAH pula?
ü  Bekerja dengan sepenuh tenaga diri sendiri demi melihat kejayaan orang lain tu terpaksa ke ikhlas ke macam mana?
ü  Buat kerja yang terbaik untuk majikan, pelanggan semata2 sahaja atau kerana ALLAH?
ü  BAGAIMANA IA DINILAI??

4.    Komunikasi

Alat perhubungan antara manusia dalam menyampaikan sesuatu perkara atau berita=medium perhubungan yang lebih baik. 

ü  bukan setakat cakap mengeluarkan suara saja, bahkan melalui penulisan, taip (SMS dll) juga banyak mengundang masalah ketidaksampaian maklumat.
ü  Gagalkah saya untuk berkomunikasi?
ü  Bagaimana cara saya berkomunikasi dengan manusia sekitar?
ü  BAGAIMANA SAYA DINILAI DARI SUDUT KEBOLEHAN DALAM KOMUNIKASI??

ALLAH… jum p kaunselingkan diri… with ALLAH…

a.    Cik nu…kenapa senyap je? Meh la join kami gebang ni

b.    Cik nu… jum p makan-makan sambil borak2.

c.    Cik nu… malam ni jum p rumah terbuka… nanti saya ambil. Sekali dengan kak Tan.

d.    Cik nu… weekends ni join kami buat reunion ya… leh kumpul sama2..lama dah tak berkumpul kan kita kawan2 lama.

e.    Cik nu,,, cik nu… cik nu…
Serabut je… bukan sombong bukan angkuh… bukan juga pasivisme… bukan juga tertutup jumud, terbuka bangas,,, bukan juga tunjuk bagus apatah lagi tunjuk pandai… jauh sekali tunjuk solehah… ya… walaupun pahit… inshaallah… inilah yang allah dah janjikan… rasa pahit dulu kalau nak rasa manis… memang payah nak terangkan orang yang tak faham. Apatah lagi yang nak menerangkan juga masih kurang faham. Daripada buat-buat faham, lebih baik tak faham terus sekurang-kurangnya akan berusaha untuk terus memahami dgn sungguh2.
manusia perlu berubah,,, Allah dah nyatakan dalam al-Anfal… Allah tidak akan merubah sesuatu kaum sebelum ia berusaha untuk merubah keadaannya sendiri…that mean USAHA… nak jadi baik usaha yang terbaik * cari orang baik, ^ buat benda baik. * tunjukkan teladan yang baik… dll lagi yang baik2 belaka.
Tapi… tak ramai orang yang suka dengan perubahan kebaikan kita… ALLAHHU… orang duk kata,,, nak rasa malu sebab orang kata or nak rasa panasnya neraka bila ALlAH murka? Inilah satu-satunya cabaran yang dihadapi…
Gaya awak ni macam ustazahlah. Dah cukup ke ilmu agama?
-nak tunggu gaya camna lagi baru nak tuntut ilmu agama?

Awak dulu sekolah Agama?
-budak sekolah agama je ke yang berpeluang besar belajar tentang agama?

Jarang Nampak budak-budak university sekarang yang muslimah. Awak aktif jemaah ke?
-nak tunggu aktif jadi jemaah ke baru nak berubah baik? Kalau jemaah tu sesat camna pula?
Alhamdulillah… usrah, rehlah, taalim dll sangat bermanfaat,


Allah… penilai terbaik hanyalah KAU…
Daku juga takut untuk menilai diri sendiri.
Jauh seklai niat utnuk menilai orang lain.
Takut jika ada riak yang menempel.
Takut kalau ujub tiba-tiba menyinggah
Gusar andai takabur mula merajai jiwa.
Rendahkanlah diriku dihadapan semua hambaMU
Sungguh, tinggi darjat kami disisi MU sehingga Malaikat juga patuh pada perintahMU untuk sujud kepada kami kecuali Syaitan yang angkuh
ALLAH… daku ini bukan siapa-siapa tanpaMU
ALLAH yang memiliki segala zat
Tenangkanlah hatiku damaikanlah jiwaku.
Cukupkanlah aku dengan kecukupan yang tidak melampau batas.
Daku takut ia bakal membinasakan ku seperti Qarun ditelan hartanya sendiri.
Allah…
Berilah juga peringatan ini kepada sahabat-sahabatku
dan hamba-hambaMU..
cukupkanlah bagi kami rezeki dariMU
ALLAH…
Tenangkanlah hatiku, damaikanlah jiwaku…
Subhannallah, Alhamdulillah, Allahhuakhbar…

Wallahua’lam

Words of today

ALLAH… aturanMU yang maha benar. ketetapanMU juga yang maha benar. Damaikan jiwaku, tenangkan hatiku…yakin…Engkau sedang memelihara, menjaga serta mengawasinya agar tumbuh bertunas dengan baik agar hasil tuaiannya juga kelak baik. In Sha ALLAH… andai itu yang tertulis di Luh Mahfuz buatku J putrawali tu pahit tapi boleh menyembuhkan dengan izin ALLAH swt.]

**bertutup litup tu tak semestinya ustazah ya…sebab ALLAH tak mention pun dalam al-quran yang mesti bertutuplitup menutup aurat dengan sempurna tu ustazah… tapi wanita… refer to surah an-nur ayat 31 ya** sapa nak bagi title ustazah? Manusia?? Allah tak pun klasifikasikan yang duk tutup aurat sempurna tu ustazah… tapi yang ALLAH mention ialah wanita yang baik-baik…

[cuba teka nada untuk ayat kat atas ni] (*__^)

Rabu, 12 September 2012

Sekadar Perkongsian II


Bismillahhirrahmannirrahim…

Kita mengimpikan banyak perkara agar terjadi dalam kehidupan kita…
Kita mengimpikan itu ini begitu dan begini.
Kita selalu berusaha untuk mendapatkan apa yang kita impikan tersebut.

Namun, ada juga yang kita tidak perolehi.
Maka apa yang patut dan harus kita lakukan??
Berserah? Pasrah? Jangan difikirkan?
Adakah itu tanda kekalahan??

Kemudian, apakah pula perasaan hati kita tatkala apa yang diimpikan tidak terrealiti seperti yang digambarkan dalam kotak fikiran?

YA!! Allah yang lebih mengetahui sebaiknya buat hamba-hambanya. Ia ternyata ada dalam surah Al-Baqarah ayat 216, “ Boleh jadi kamu benci akan sesuatu tetapi itulah yang terbaik buat kamu, dan boleh jadi kamu suka akan sesuatu padahal ia bukan yang terbaik buat kamu. Allah jualah yang Maha Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”

Apa yang kita impikan memang tidak sepenuhnya terjadi sebutir-butir seperti yang diangankan.
Sebab itu, angan-angan tergolong dalam perkara langa yang tidak patut kita lakukan.

Dalam surah al-Asr pula, Allah berfirman, “sesungguhnya, manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali bagi orang beriman yang mengerjakan kebajikan, saling menasihati tentang kebenaran dan kesabaran”

Dilihat dalam ayat tersebut, konteks kebajikan, kebenaran dan kesabaran sepatutnya perlu ada dalam diri seorang hamba. Walau hebat pun seseorang itu, jangan pernah dilupa asal-usul manusia dari setitis air. Bahkan Adam adalah manusia pertama yang Allah cipta dari segumpal tanah. Siapa kita? Adam juga berharap untuk tinggal di Syurga buat selamanya dengan Hawa teman yang Allah cipta dari tulang rusuk kiri Adam. Ia bukan setakat impian, bahkan perintah Allah supaya Adam dan hawa tinggal di Syurga. Tetapi, dek sikap cemburu  Syaitan dan ketidaksabaran Adam dan Hawa, maka mereka telah tercampak ke dunia. Jodoh untuk Adam telah ditetapkan oleh Allah… maka, walau tercampak ke dunia pun, mereka tetap bersama. Ujian itu bermula untuk Adam dan Hawa sejak di Syurga lagi bahkan berterusan hingga ke dunia. Kerana itu dunia sering dihujahkan sebagai pentas ujian buat semua hambanya…
Lantas apa lagi yang berlaku? Permualaan buat Adam dan Hawa sebagai manusia di bumi terus di uji dengan kelahiran anak-anaknya. Pergaduhan Qabil dan Habil menjadi sejarah pertama manusia mula bergaduh, berbunuhan dan mengamuk. Impian Habil untuk mengambil Iqlima tidak kesampaian ditambah lagi dengan pemberiannya kepada Allah tidak diterima. Mengapa??? Kerana Habil tidak memberi dengan telus pemberiannya kepada Allah. Justeru, Allah tidak menerimanya… di sini boleh diambil iktibar bahawa, Allah itu walaupun tiada didepan mata secara langsung, namun dia Maha Melihat dan Maha Mengetahui. Bahkan, bersungguhlah kepada Allah kerana Allah tidak pernah zalim kepada hambanya. Setiap doa, keinginan, impian, harapan, cita-cita dan segalanya perlu disandarkan kepada dengan doa yang bersungguh. Usaha yang jitu. Lantas tawakal kepada Allah…

Sebaiknya semua perkara itu dilakukan, maka pasrah dan berserah dengan sepenuh hati dan jiwa… Allah.. yang maha Pengasih Maha Penyayang. Adakalanya, apa yang kita mohon dan berharap tidak sepenuhnya berlaku bukan bermakna Allah tidak memperkenankan doa kita. Sungguh, Allah Maha Mengetahui. Boleh jadi, doa yang kita pohonkan itu Allah perkenankan saat itu, ada juga yang Allah tahan hingga hari akhirat, ada juga yang Allah berikan dengan sesuatu yang lain (gantian), tapi tidak sesekali doa yang dipanjatkan kepadaNYA di sia-siakan oleh Allah..

Allahhu rabb Allahhu rabb…

Dia lah yang telah menciptakan syariat sebaik-baik peraturan.
Agar manusia hidup berdisiplin.Ada tujuan yang benar.
Bahagian seluruh kehidupan fiqh, munakahat, sosial, ekonomi, politik semua tersusun baik dalam sebuah kitab al-Quran.

Bahkan, ia menajdi penawar, kekuatan serta ketenangan. Itu surat cinta Allah untuk semua hambanya. Bukan yang terpilih. Tapi, hanya manusia yang memilih untuk membacanya atau tidak.
Allah, syariatnya benar.

Kita sering melakukan sesuatu yang melanggarinya. Bahkan hingga terlalu asyik. Bilamana kita cuba berpatah balik, kita terasa susah dan payahnya kehidupan. Ya… itulah manisnya yang akan dirasa kemudian hari. Janji Allah benar dan benar sekali.

Allah, redhailah dan jadikan kami hamba yang redha dengan aturanMU…
Kurniakan kepada kami semua kesihatan dan kekuatan fizikal serta mental, rohani dan jasmani.
Cekalkan hati dan jiwa kami tatkala merasa ujian itu terlalu payah.
Pujuk dan tarbiah hati serta jiwa kami dengan mentadabbur ayat-ayatMU… Allah…
Kuatkan kami agar tidak berputus asa… Allah…rezeki, ajal, maut, jodoh dan pertemuan itu adalah takdirMU yang tertetap.

Wallahua’lam

 Words of today:

Ya… saya juga seorang hamba yang berharap sesuatu yang baik… permualaan dan pengakhiran yang baik… everything in Allah’s hand… I depends on you ALLAH!! Great Allah… Ujian adalah permualaan kepada sebuah kehidupan dan kejayaan… syukran jiddan Allah J