alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

Rabu, 12 Jun 2013

NOTA & ISU



#nota 1. tetiba teringat kata-kata seorang makcik: dunia sekarang tengok pada fesyen. Orang nak kerja dan pekerja yang ada penampilan. Cantik dan moden.

~Dalam hati sentap terus: Ye la. Anak-anak makcik tu cecantik sesangat-sangat la cantek. Saya tak nafikan. Pandai berfesyen. Pandai bermake up. Pandailah dalam serba-serbi kecantikan. Up-to-date orang kata. (Sekali ajak g solat, cuti katanya=every week) OK... Betullah tu makcik... Lawa...tapi biarlah menutup aurat. Setakat pakai tudung, kucing yang kita bela tu pun boleh kita pakaikan tudung. Janji tutup kepala n rambut.... Dada dan belakang badan tak payah tutup sebab dah ada jilbab/baju gitu ye makcik. Lepas tu, pakaila make-up tebal2, BB,CC,DD cream n etc..time waktu solat, xbawa make-up removal, siaplah... 

Kata-kata saya: Jangan jadi hamba pada dunia fesyen sampai tak nampak dunia akhirat. Inshaallah, semoga mereka-mereka diberi peluang untuk tutup aurat dengan lebih sempurna sepertimana yang allah dah anjurkan seperti dalam surah an-nur dan al-ahzab n keep istiqamah. 

Bak kata motivator: Bina kekuatan dalaman baru yang luar pun terserlah sama.

#nota 2. Sambil duduk menyembang.. Terkenang kisah zaman kanak-kanak. Main masak-masak. Buat kek daripada serbuk-serbuk dalam batang kelapa yang dah reput. Main tuju selipar atau tuju tin. Main kawin-kawin. Main Ting-ting. Main gelang getah, tuju guli kat bawah rumah. Main macam-macam lagi. SERONOK!!

~Dalam hati tergetus pula: Budak-budak la ni tak kenal dah mainan macam yang kita-kita-kita main pertengahan 90-an tu. Sekarang main tuju tin pun entah-entah ada dalam instant game.

#nota 3: KL semakin panaz!! dek pembangunan dan persaingan masa hadapan. Habis semua pokok-pokok besar ditebang. Bukan setakat panaz cuaca, kesesakan pun semakin panaz. Jalan yang semakin sempit. @ lorong menjadi 1, 1 lorong menjadi 1/2 lorong. 

~Dalam hati mengeluh- ALLAH, sikit-sikit nikmatMU hilang. Pokok sepatutnya jadi tempat berteduh dah ditebang dan dicantas habis-habisan. Ni kalau ALLAH nak turunkan bala hujan lebat ke angin ke lepastu jadi banjir lumpur ke runtuh ke bangunan, jangan salahkan faktor semulajadi. Tapi salahkan pembangunan. Berpada-pada membuat pembangunan. KL semakin sempit!!!

Kata-kata saya: Kesian pokok-pokok tu. Kesian burung-burung. Kesian ulat-ulat. Kesian BUMI!!!

Kata-kata mereka: Maaf atas kesulitan. Pembinaan sedang dijalankan untk kemudahan masa hadapan anda...


Words of today:
Taman bunga KEMBOJA yang secoet tu pun jadi mangsa. Dah tak dapat tengok KEMBOJA putih lagi...

Isnin, 10 Jun 2013

Bak kata hati saya & dia- Demi ALLAH ^_^

Bismillahirramannirrahim

- Bahagia hari esok bermula dengan langkah hari ini, mungkin derita, payah, sesah dan gelisah-

Frasa yang sesuai untuk sesuatu pencapaian yang kita idam2kan. Means, Berusaha. Tangga. Kejayaan. Peribahasa lapuk. Tapi tidak selapuk Bujang Lapok. Ia suitabale sepanjang zaman kalau kita pandai mengaplikasikan sepanjang penghidupan ini. 

Macam mana pula dalam soal hati dan perasaan? Jaga ikhtilat, Jaga syariat. Jangan sampai zina hati berlaku. Bukan setakat hati. Tapi akal & fizikal mungkin boleh terkorban sama. Itu tidak cukup. Ya, langkah perlu diorak agar masa depan tidak pincang. 

Yang indah itu sementara kalau kita terlalu taksub. Nak ia indah berpanjangan? YES, langkah awal perlu diambil. Demi membina ummah berkualiti. 

Dalam doa selalu kita minta, berikan daku dari kalangan isteri dan zuriat penyejuk mata dan menjadi imam buat orang bertaqwa.


"Ya Rabb, kurniakanlah kepada kami dan keturunan kami serta isteri-isteri kami penyejuk mata kami. Jadikanlah pula kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertakwa"{QS. Al Furqan : 74}

Why not langkahkan pergerakan kita untuk menjadi imam buat diri kita sendiri terlebih dahlu sebelum kepada apa yang bakal kita hadapi. Kemudian, akan datang, kita dapat merasai betapa anugerah pasangan/zauj/zaujah dan anak-anak sememangnya adalah penyejuk mata kita (Qurratul A'yyun). Kemudian, dari menjadi imam inshaallah akan dapat pula melahirkan lebih ramai imam-imam bertaqwa. Kan. Erk? Inshaallah. Jadi, kita ni la yang kena start awal. Bukan pada lelaki sahaja. Tapi perempuan pun sama. Kata nak jadi ketua bidadari. Nak be togather with zauj & anal-anak di Syurga kelak...kan.... Cumanya, memang ALLAH melebihkan sedikit lelaki berbanding perempuan. BUKTI...? Allah pun ciptakan nabi Adam (lelaki) terlebih dahulu baru la Hawa ( perempuan) diciptakan. Relatenya?? fikir2kan. selamat beramal ^_^

Langkah saya. Langkah dia. Langkah kita. Bermula hari ini. Segalanya perlu disekat. Kerna saya tidak mampu meneruskan dengan keperluan yang didesak. Membawa dia-dia-dia-dia bersama menoda hati. Ya. Hati perlu diajar. Agar lunak dan terbentuk mengikut aturan syariat. Agar yang mendatang lebih berkat. Kan awak-awak-awak.. Saya faham. Awak faham. Sebab kita ada agama dan mengamalkannya. Agar hati-hati yang menyatu akan datang menjadi satu jiwa yang suci.kudus.mulus. Demi REDHA ALLAH. Nak REDHA ALLAH kenalah usaha mendapatkannya. Melaksanakan apa yang DIA anjurkan dan meninggalkan apa yang DIA benci. Kan awak-awak-awak-awak. 

Bak kata dia # Seindah aturan Tuhan#
Bak kata saya # Sabar itu indah#

Kedua-dua frasa ini sungguh sepatutnya membawa kepada pemahaman yang tinggi dalam menjaga soal hati dan perasaan. Tapi, hati ni tak seiring dengan apa yang mulut dan akal tafsirkan. Kalau hati dah start terpengaruh, hitam membusuk nanti payah nak kembalikan jernih... Hati kan kunci kepada segalanya...Ish2.. Itu lah janji syaitan kan. Akan menyesatkan anak Adam sehingga datangnya hari kiamat>>>> dalam banyak bentuk dan cabang. ^_* Jum kita bakar syaitan dengan kekentalan iman dan taqwa kita..

Iman dan Taqwa? Camna nak dapat? Yes. Patuhi perintah ALLAH dan jauhi larangan ALLAH. This is the basic knowledge. Orang tak pandai agama tapi ada agama (ISLAM) tahu about this knowledge. Yang jadi tak tahu is mana satu perintahnya dan mana satu larangannya. So, refer al-Quran. Hadis. Tadabbur isi al-quran baru jumpa apa yang ALLAH suruh dan larang.

Okes.. Itu sahaja perkongsian setakat ini... Perkongsian dari ke hati ^_^ hati saya-hati awak-hati kita-hati mereka ^_^

Kata dia & kata saya # Jaga Iman, jaga hati, jaga mata~Ingat ALLAH sokmo#
Bak kata dia #bertemu & berpisah kerana ALLAH#

words of today:
Ada sesuatu yang berlaku tanpa pengetahuan saya? erm... nak rahsia sangat ye... ^_^ SUPRISE!!!

Isnin, 3 Jun 2013

A Month

25 Rejab 1434 H

Sebulan berlalu.
Mohon perlindungan ALLAH.
Semoga DIA menjaga hati dan jiwa.
Kerna DIA yang memegang seluruh rasa dan gentar.
Kerna DIA yang berhak.
Sangat berhak dan yang Baqa hanya milik DIA.

Masa.
Pantas.
37 hari Ramadhan bakal menyusul.
Ya... 37 hari lagi dari 25 Rejab ini.

~Milo o ais~

words of today
Bikin meliur puasa-puasa gini dengan milo o ais. Sedap dan segar tapi perlu ditahan hingga waktu buka tiba~seindah aturan Tuhan~

Jumaat, 31 Mei 2013

Stress-dare to soar-

Saat stress merajai fikiran...wah...stress sungguh mengenangkan nasib wajah anggun sebelah kanan ini ye... Chumel dihias oleh sekumpulan "pendatang tanpa izin." Stress tiba-tiba memikirkannya ya... Dulu kalau stress sebab belajar...sebab nak kahwin...sebab kerja...sebab harta-pusaka (ececece..ingat saya ni mata harta ke...haish... )sebab-sebab lain ya... la ni stress sebab yang ini pula ya... ok... stress sambil mengerut-ngerutkan kening... Memang serius dah ni... Uhhu..(Nanges kejap)

ok...ok...ok...dah dah dah..sudah ye... Kan ujian ALLAH tu semuanya... Ye la... Memangla ujian ALLAH... ALLAH nak menguji sejauh mana kita bersabar dan berusaha... Bila dah berusaha, ALLAH nak uji juga kita ni bertawakal kat ALLAH atau tidak ye...

"wahai sang jerawat, pindahlah dari wajah saya"
"saya rindu dengan pipi saya 1 tahun lalu"
"saya bukan tak nak kawan dengan awak, tapi janganlah membiak banyak sangat. Dah tu degil ye tak nak pindah p mana-mana"
"saya dah cuba nak rawat awak-awak-awak...cuba jangan degil ye"
"awak kan dah pernah pindah dulu... Tapi kenapa datang kat saya semula ye?"
"hopefully awak sudi memindahkan lagi awak-awak-awak semua ye"

Ok...dah malas nak menstresskan diri, akal, hati dan fikiran. Biarlah... ok... 

Dan secara automatiknya bila nak kahwin, kena siap sedia misi-visi-objektif- KAHWIN-Syariat jangan diabai-bukan duk asyik ikut Adat-biar Berkat datang sama- Rahmat ALLAH sekali tertambat-kan INDAH- Islam kan Cantik :) 

1. MISI- ?
2. VISI- ?
3. OBJEKTIF- ?

Jangan duk fikir kahwin sesaja tanpa prinsip yang jelas... jap...prinsip kahwin saya?Misi kahwin saya? Visi kahwin saya? Objektif kahwin saya?

OK... hari stress buat saya is today. Dengan semalam terlupa dah hari khamis...and today is Friday. Awat boleh lupa ye... YE... inilah teguran ALLAH kat saya ye... Asyik memikirkan hal dunia mungkin...ermmm... Subhanallahhi wabihamdihi, Subhanallahil azim :) peace :) :) :)

Finally... keep istiqamah with tawakal to ALLAH... usaha lif kejayaan gitu kan... at least boleh le Dare to Soar la kot ye... peace...

note: Ada sesiapa nak suggest ubat/alternatif/rawatan kepada flek hitam cik/en. jerawat tak?
note: Ada sesiapa nak share dengan saya fasal kahwin tak?
note: Sila suggest dan share di 'komen' ye.

words of today
Duhai hati, bersabarlah hingga boleh terus sabar. 

Khamis, 30 Mei 2013

Terasa malu~

Duduk berteleku di atas sejadah sambil memandang dinding putih yang kosong.
Bersimpuh anggun bagai ingin dipinang.
Fikiran menerawang jauh memperosok ke celahannya.
Ibu dia, ibu saya, ibu mereka.
Semua memikirkan yang terbaik.
Saya, dia, mereka.
Merancang bukan tak terbatas.
Ya. 
Mereka lebih tahu.
Sejarah, kronologi, tertib, cara, kaedah dan sesinonim dengannya.
Malu dan sabar tertancap dimata.
Meneliti hati bagaimana ingin sabar dan malu.
Ya.
Ia termasuk dalam cabang keimanan.


words of today.
Saya malu. Macam tak boleh sabar. Tapi saya cuba sabar. Kadang-kadang, sabar tu disalah-erti. Jadi memalukan. Ok Cik Sabar... harap bersabar ye :) sabar dengan penuh kesabaran. :)

Ahad, 26 Mei 2013

Sanah Helwah-happy bezday-Blogger ke-3-

Bismillahhirahmannirrahim.

Sanah Helwah-
ukhti~bidadari~muslimah~wanita~mukminah~calonisteri~CikTunang~Isteri~Menantu~Ipar~Ummi~Nenda~Konyang...
(setiap perjalanan ini diriasi dengan panggilan calon JENAZAH)
(semoga panggilan2 ini menjadi penguat semangat untuk tetap istiqamah di jalan Deen Allah & Muhammad saw ini)-walau perjalanan masih jauh perlu dilalui untuk meraih panggilan2 itu. ALLAHURABBI.
Panggilan? Ada apa dengan panggilan sedemikian? Bermaknakah? Untuk menunjukkah? Tidak… sama sekali tidak. Tapi rasanya ia adalah hadiah teristimewa buat diri. Hadiah terbaik untuk hati dan jiwa. Serta jasad yang sedar dari zaman2 kegelapan. Menjadi perhiasan sendiri. Penghargaan buat diri sendiri. Ya. Sedangkan Nabi pun memanggil nama panggilan yang manis untuk isterinya A’isyah dengan Humairah/Umairah (pipi yang merah) kerana pipi A’isyah akan merona merah bila diusik oleh Nabi dalam senda-gurau rumah-tangga mereka. Nabi tidak pula memanggil dengan panggilan yang tidak disenangi… Jum contohi akhlak Nabi. J
*Kagum juga dengan contoh baitul muslim Ustazah Fatimah Syarha yang ternukil dalam Pemilik Cintaku Setelah ALLAH dan Rasul. Sungguh awesome. Semoga menjadi ikutan walau awalnya tidak sepertinya. Tapi inshaALLAH. Belum terlewat untuk memulakan. J Ayuh!!

Sanah Helwah~
Terlewat hingga detik saat
Angka usia tambah meningkat
Tanda mati dan ajal kian dekat
Sedia dalam persediaan yang tidak dapat diungkap
Atau disingkap bilakah ajal menjemput.

Rahsia Tuhan dalam memanjangkan usia
Memberi ruang dan peluang agar
Kesediaan menerima jemputannya
Terisi.Terapi.

Wahai Tuhan,
Engkau yang Lebih Tahu.
Bagaimana aku dahulu, kini dan mendatang.
Sepicis teguranMU membuat aku akur.
Jalan menujuMU bukan mudah.
Mujahadah itu perlu aku pasak.

Wahai Tuhan,
Dengan Kudrat dan IradatMU
Aku pasrah.
Redha dengan takdirMU.
Setelah tadbir dan takbir
Meriasi tiap saat ketetapanMU
Yang aku sendiri tidak pernah tahu
Yang akhirnya aku mohon kepasrahan.
Penyerahan.Sebulatnya kepadaMU.

Wahai Tuhan,
Masa silam dulu hitam dan kelam.
Kini aku merangkak.
Bahkan mengharap dapat bertatih
Menuju Sinar.Nur.Cahaya.
Entah kelak, di masa depan
Bagaimana caranya.
Entah aku tidak tahu.

Wahai Tuhan,
Yang Maha Pengasih,
Yang Maha Penyayang,
Dilembaran usia ini,
Aku memohon sejuta
RahmatMU.NikmatMU.MawaddahMU.SakinahMU.
Bukan aku ingin tamak.
Tetapi aku meminta agar dapat
Memberikan,mengongsikan
Bersama yang lain.

Wahai Tuhan,
Hati ini terkadang keras.
Terkadang kasar.
Terkadang tersasar.
Terkadang gusar bukan kepalang.

Wahai Tuhan,
Yang memegang hati ini.
Eratkan ia dengan
RahmatMU. SakinahMU. MawaddahMU.
Ya. Aku menagih.
Sebagai hadiah.
Syukur.Syukur.Syukur.
Aku yakin akan ada hikmah dan kebaikan
disebalik pertambahan usia ini.
UjianMU juga adalah hadiah.
Termahal. Ekslusif.

~SANAH HELWAH YA UKHTI ~indah, seindah ciptaan Tuhan~ J

Nota 1: Usia bertambah~koreksi diri~dulu-kini-akan datang?~

Nota 2: Ulangtahun je nak makan kek. Perlukah? Adat semata. Mengada. Tak happy bezday pun
boleh je nak makan kek.~ betulkan yang biasa dan biasakan yang betul~

Nota 3: Sanah Helwah je nak hadiah. Perlukah? Boleh je bagi hadiah tiap2 hari. Dah namanya pun
hadiah. Boleh kot nak bagi bila2 pun.


Nota 4: Ucapan? Silalah beri ucapan. Doa yang baik2. Tak kesah pun ucapannya masa hari lahir atau
hari-hari biasa.


Nota 5: Saya tak nak biasakan diri atau manjakan diri untuk mengharap menerima segalanya yang
diimpikan saat hari lahir sahaja. Sebab… takut nanti terbiasa dan takut tak boleh terima if tak
menerima apa2 peringatan sempena hari lahir saya. Tapi still tahu menghargai ok. Jazakallah Khairan Kathiran J

Nota 6: Cara penghargaan, penerimaan dan pemberian kita adalah berbeza. Baik. Sungguh baik. Beza pun satu keindahan, ok. Sungguh indah. J lalalalala

 
Nota 7: 3 orang muslimah telah mengucapkan Selamat Ulang tahun kelahiran saya awal sehari. OK. bila tiba masanya, ucaplah lagi sekali with doa2 yang best tu ye :) 

words of today:
Alhamdulillah. Subhanallah. Allahuakhbar. Debit angka dan kredit usia. Istiqamah+mujahadah= Janji ALLAH kan indah+awesome+MasyaALLAH+Great= Janji ALLAH kan indah J

Sabtu, 18 Mei 2013

10 Tokoh Idola Muslimah

Bismillahirrahmannirrahim

Alhamdulillah. Syukur dirafakkan ke hadrat Ilahi atas limpahan rezeki yang tidak terperi. Allah yang maha pemurah, maha Penyayang.

Buku 10 Tokoh Idola Muslimah karangan Sakinah Salleh. MasyaALLAH. Buku yang sangat banyak manfaat. Menghabiskan pembacaan sepanjang pergi dan pulang ke tempat kerja. (macam poyo je baca buku dalam bas) (heh, ada aku kesah). Jenuh juga nak menghabiskan pembacaan.

Mula-mula beli dengan niat nak baca tentang tokoh wanita Islam. Sampai je dalam kedai buku. Mata melilau cari rak bacaan umum dan Agama Islam. Oh. Banyaknya pilihan. Hampir satu jam berada di dalam kedai buku. Ambil buku 10 Tokoh Idola Muslimah sebab cantik caver pagenya…(miahahaha) kedua sebab penulisnya tu saya dah pernah baca bukunya yang lain. Ketiga jenis tulisan di dalamnya. Sangat mengujakan untuk terus di baca. Belek-belek-belek. Inshaallah, semoga buku ini bermanfaat dan memenuhi citarasa apa yang saya nak cari dalam buku tersebut. Take it n pay at counter J
 
~Aminah, Khadijah, Aisyah, Sarah, Hajar, Asiah, Fatimah, Zulaikhah, Siti Rahmah & Asma’~
 
Berikutlah 10 tokoh idola muslimah yang ditonjolkan dalam buku tersebut. Sejarah hidupnya, dugaan dan rintangan kehidupan, kegigihan, kesabaran, kekuatan fizikal & mental, kesabaran, kekentalan, kebijaksaan, kehebatan. Allah. Sungguh hebat wanita-wanita tersebut. Tercatat sejarah untuk panduan muslimah hari ini

Buku tersebut, sungguh. Ia melangkaui apa yang saya ingin cari. Sungguh. Terkena dan terkesan untuk diadaptasi dalam kehidupan saya. Sendirian atau telah berkeluarga kelak. (macam tau-tau je yang saya…)

Disebalik sejarah kehidupan 10 tokoh tersebut, penulis menyelitkan pedoman untuk tatapan pembacanya yang diadaptasi daripada sejarah hidup tokoh tersebut seterusnya membolehkan segala idea penulis dicerna dalam kehidupan pembaca yang lain, including me.  J Dan terus teruja segalanya seperti terkena dibatang hidung sendiri…ngeee…

Alhamdulillah, buku tersebut menjadi salah-satu bahan nasihat berguna untuk saya. Berhadapan dengan situasi kehidupan yang ada pasang-surutnya. Alhamdulillah, saya berjaya menghabiskan pembacaan ke atas buku ini. Seterusnya ialah buku lain. Kelak akan saya kongsikan juga di sini, inshaallah. Sungguh menuntun hati ini untuk sayu dengan sejarahnya. Allahumma Solli a'la Saiyidina Muhammad s.a.w.
 
Wallahua'lam



word of today
*sungguh awesome dan kagum melihat seorang isteri yang membaca al-quran saat suami memandu disebelah. Ditengah kesesakan lalulintas-Ada damai dimata hati saya~Ayat ALLAH adalah penawar segala-galanya. Saya pun kalau boleh nak jadi begitu. Membaca al-quran atau buku atau apa sahaja tidak kira dimana jua. Doakan.. Allahumma aamiin J