alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

Sabtu, 11 Mei 2013


AKU MUSLIMAH BIASA-BIASA

Aku muslimah biasa
Terbias ke wajah
Ada resah dan gundah
Hati pula kadang lemah dan lelah.

Aku muslimah biasa
Tiada purdah diwajah
Hanya hijab sebaik labuh cuba kusarungkan
Kadang aku juga bercelana
Berjilbab terkadang singkat
kadang labuh
dan hatiku terus terobek

aku muslimah biasa
yang bukan bertahajud disetiap malam
tidak seqalam 30 Juz terhafaz diminda
tiada terhafal juga sekian hadis
sedang ilmu-ilmu agama masih cetek didada
dan hatiku makin sayu

aku muslimah biasa
tiada tutur arab teralun dalam perbualanku
hanya secebis bahasa yang serasa aku tahu
penghibur buat hati mereka yang redup
 semoga hatiku juga ikut redup
kerana hati ini masih layu

aku muslimah biasa
kadang iman longgar dan rapuh
kadang jiwa gusar dan kosong
dan saat itu
hanya senyum dapat kutawar
hanya doa keyakinan Rabb al-Izzah
ku sedekah kepada hati
dan lafaz Hauqalah serta Istirja’
teralun dibibir
dan harapnya hatiku terbunga semula

aku muslimah biasa
tiada yang luar biasa
ada tika hatinya keras
perilakunya pincang
egonya menggunung
kecewanya selaut
dan jiwanya saling berperang
kerana aku muslimah biasa-biasa

Allah al-izzah
Allah ya latief
Allah
Jadikan aku muslimah biasa di dunia
Yang biasa tunduk pada syariat dan hukumMu
Tetapkan hatiku dengan janji-janjiMU
Luruskan jiwaku di jalan ad-dinMU
Tetapkan jiwa dan jasad ini
Tetap dalam pasrah dan berserah dengan ketetapanMu
Agar kelak
Aku menjadi lu’lu di SyurgaMU
Allah, layakkah aku melangkah ke SyurgaMU?


words of today:
Segalanya dalam ketetapan ALLAH yang sangat indah. Teratur dalam pengaturanNYA. Tiada yang telat mahupun cepat...seiring dengan sejarah turunnya kitabullah, Quranul Kareem...segalanya berada dalam landasan yang diatur oleh ALLAH. Sabar duhai hati



Tiada ulasan:

Catat Ulasan