alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

Khamis, 16 Mei 2013

SELAMAT HARI GURU :)

Bismillahirrahmannirrahim...

Assalamualaikum wbt

Happy teacher's day!!

Harapan dan impian yang tidak kesampaian.

Dulu-dulu kat sekolah rendah kan ada isi form untuk buku rekod. Tiap-tiap tahun mesti kena isi bahagian hobi dan cita-cita..


Seingat saya, saya tak pernah miss untuk isi cita-cita tu “peguam, nurse, cikgu”
Dari tahun 1 samapi tahun 6 kot.
Peguam? Kenapalah dulu saya bercita-cita nak jadi peguam ye? Pelik juga. Padahal English totally fail. Urhmm.. masa tu kesedaran belum lagi wujud. Kot.
Nurse tu sebenarnya pula saya ikut kawan and dalam masa yang sama saya malas nak fikir banyak. Yelah, dah cikgu bagi masa kelas nak mula, lepas tu kena pulang semula dalam masa beberapa minit sebab dia nak mengajar.  So, saya isi je apa kawan kat sebelah saya isi… masa tu, sapa ye kawan kat sebelah saya? Sekarang dia pun bukan jadi nurse but masih dalam bidang pekerjaan beruniform.

CIKGU? Tu memang pilihan terakhir. Sangat terakhir. Saya tak minat pun nak jadi cikgu. Walaupun berlatar-belakangkan keluarga pendidik tidak formal…  entah kenapa dulu saya sangat tidak berminat untuk jadi CIKGU… ngeee

Ala, ok apa..sekarang pun saya tak jadi cikgu.uhhu.. tapi, terselit jauh nun dilubuk hati… saya suka nak jadi cikgu.. ok.. kesedaran mula berputik dalam diri sejak saya form 6… Ya Allah.. lamanya nak sedar diri kan… sebab tu, lepas result SPM keluar… orang lain sibuk mohon MAKTAB. Saya sibuk mohon university untuk program Diploma. Lepas tu bukan main lagi mohon kos yang bukan-bukan. Ok..dulu saya yang masih belum sedar. Mungkin juga kurang pendedahan. Ate kome.. orang kampong beno..

Bila orang Tanya nak jadi apa..saya senyum je. Cikgu inshaallah.. tahnya..tak semena-mena perkataan tu juga yang keluar. Padahal dalam hati… ish2..

Tapi tu la..nak dijadikan cerita… itu jugalah pilihan saya masa isi UPU tahun 2009, my 1st and 2nd choice is education (history) at UPSI and UMS. Dan takdir ALLAH.. saya tak dapat pun. J keputusan tu saya terima masa saya bercuti ke Sabah. ALLAH je yang tahu perasaan masa tu. Lama juga lah mendiamkan diri dalam bilik. Sampai my father keep pujuk saya yang merajuk sangat dengan kerajaan. Heh. Lama2 saya ok sebab saya dapat ganti yang lain. Heh.. kan sudah diberitahu, ALLAH dah atur terbaik buat hambanya. See.. saya ex-student UMS juga.. ahha.. kiranya tercapailah juga hajat dihati nak belajar jauh hingga ke Sabah. Sebab apa? Banyak sebabnya. Biarlah. Segalanya dalam pengetahuan ALLAH ok. J
Tak kisahla..cikgu ke bukan ke.. yang penting usaha, semangat dan tawakal tu yang penting. Walaupun orang memandang rendah dengan kos yang saya ambil, tidak mengapa. Susah perih jerihnya terbalas juga kelak.

Dan sekarang, tahun 2013, saya masih berharap untuk menjadi pendidik. Sebagai memujuk hati, saya selalu katakana, mungkin saya dilahirkan bukan sebagai pendidik aka cikgu kat sekolah, tapi sebagai pendidik kepada keluarga saya sendiri kelak. Mungkin saya juga bukan yang terbaik untuk menjadi pendidik. Kan rencana ALLAH tum aha hebat. Allah tahu dimana tahap saya.

Alhamdulillah, terima kasih sangat kepada yang banyak memberikan doa supaya suatu hari nanti saya menjadi C.I.K.G.U

‘cikgu to be…’
‘ko patut jadi cikgu…’
‘bagus bah kalau ko ni jadi cikgu, mohonla jadi cikgu…’
‘ko mengajarla jadi gru ganti, nanti lama-lama kan kena serap juga oleh kerajaan…’
‘abah nak ko ni jadi cikgu…’ (harapan ni buat saya sedih, sebab tak tercapai… entah…mungkin tidak tercapai. Sory abah)
‘saya rasa, baik awak mohon jadi cikgu ganti terus kat PPD…’


~~arghh..semuanya mengharap saya jadi cikgu~~
Inshaallah… kalau diizinkan. Saya pun sedang berusaha ke arah itu.

OK…SELAMAT HARI GURU… jasa sekalian guru-guru saya, pensyarah, murabbi-murabbiah dan semuanya saya kenangkan bersama untaian doa

*teringat persembahan terakhir masa hari guru@2008 STARS saya bersajak cik sahabat nyanyi latar J


Tiada ulasan:

Catat Ulasan