alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

Ahad, 11 Mac 2012

Tautan hati dalam doa

DENGAN NAMA-MU YANG MAHA PEMURAH, MAHA PENYAYANGYA ALLAH,
BAHAGIA YANG KAU DATANGKAN INI ADALAH UJIAN PADA KAMI
KAU MEMBERIKAN KAMI BAHAGIA UNTUK MELIHAT BAGAIMANA KAMI MENGHADAPINYA.

YA ALLAH,
SETITIS RASA BAHAGIA INI
PENUH KESYUKURAN KAMI PANJATKAN PADAMU,
INILAH JANJI YANG TELAH KAU BERIKAN PADA KAMI,
KESABARAN DAN KETENANGAN YANG KAU BERIKAN.

YA ALLAH,
SEMOGA HUBUNGAN YANG SEDANG TERJALIN ANTARA KAMI
BUKAN MAINAN PERASAAN DARI SYAITAN
DAN KAMI MENGHARAPKAN RAHMATMU, BERKAHMU SERTA REDHAMU DALAM HUBUNGAN INI.

YA ALLAH,
MUNAJAT KAMI PADAMU
JADIKANLAH HUBUNGAN INI SEBAGAI SALAH SATU CARA UNTUK MENDEKATKAN KAMI DENGAN-MU, YA RABB.
JANGAN BIARKAN KAMI LEKA DAN HANYUT DALAM MELAYAR BAHTERA KASIH TANPA AKAD-MU,
YA RABB,
JANGAN BIARKAN KAMI LALAI MENCIPTA ANGAN DI AWAN PUTIH
LANTAS, KAMI MOHON DENGAN KUDRAT DAN IRADAT-MU
MAKBULKANLAH SETIAP APA YANG TELAH KAMI RANCANGKAN
DAN SESUNGGUHNYA, RANCANGAN-MU YANG MAHA SEMPURNA,
TIDAK INGIN KAMI MENJADI PASANGAN YANG KAU MURKAI.

YA ALLAH,
DIDIKLAH HATI DAN JIWA KAMI DENGAN ILMU KALAM-MU
AGAR KELUARGA AKAN DATANG LEBIH MENYINAR DENGAN SAKINAH, MAWADDAH DAN RAHMAH-MU,
ISIKANLAH HATI DAN JIWA KAMI SERTA ZURIAT-ZURIAT AKAN DATANG DENGAN BENIH IMAN DAN TAQWA
AGAR DAPAT MEMBINA SEBUAH BAITI-JANNATI YANG KUKUH.

YA ALLAH,
KAMI JUGA MEMOHON KAPADA-MU,
LEMBUTKANLAH HATI KEDUA ORANG TUA KAMI, (3x)
AGAR HUBUNGAN INI DAPAT BERSATU DENGAN RESTU MEREKA,
SEMOGA MEREKA MENERIMA KAMI DENGAN LAPANG DADA DAN PENUH KESYUKURAN KEPADA-MU.
DAN
JADIKANLAH KAMI HAMBA-HAMBA-MU YANG SENTIASA BERSYUKUR DENGAN PEMBERIAN & KETETAPAN-MU,

YA ALLAH,
TIADA DAYA UPAYA KAMI UNTUK MENJADIKAN SESUATU,
KAU JUALAH HARAPAN KAMI, DUNIA DAN AKHIRAT,
KAU JUALAH TEMPAT KAMI MENGHARAP SEGALA HARAPAN DAN IMPIAN.

YA ALLAH,
SEGALANYA DALAM PENGETAHUAN-MU,
ILMU-MU MAHA LUAS,
SEANDAINYA HUBUNGAN INI TERPUTUS TANPA ADA PENGAKHIRAN AKAD-MU,
MAKA, JAUHKANLAH KAMI DARI MERASA SEDIH, LEMAH, LESU SEHINGGA LALAI DENGAN PERINTAH-MU,
MAKA JADIKANLAH KAMI ANTARA HAMBA-HAMBA-MU YANG SABAR MENERIMA TAKDIR YANG TELAH KAU ATURKAN,
KUATKAN KAMI MELANGKAH MENCARI & MENDAPATKAN BAHAGIA DENGAN REDHA-MU,
BAHAGIA, RINDU, KASIH-SAYANG, CINTA
ADALAH MILIK-MU YANG BAQA’
MAKA KAMI SERAHKAN SEGALA URUSAN INI KEPADA-MU, YA RABB.

YA ALLAH,
INILAH PENGHARAPAN SERTA PENYERAHAN KAMI PADA-MU
KETAHUILAHLAH BAIT-BAIT DOA KAMI INI
SESUNGGUHNYA, KAMI HANYA MENCARI REDHA-MU
AGAR HUBUNGAN INI TIDAK TERPESONG DARI LANDASAN SYARAK.

YA ALLAH,
“SEANDAINYA PERKARA INI DALAM PENGETAHUAN-MU BAIK BAGI AGAMA KAMI, DUNIA & AKHIRAT SERTA KESUDAHAN URUSAN KAMI, MAKA PERMUDAHKANLAH IA KEPADA KAMI.
DAN
SEANDAINYA PERKARA INI DALAM PENGETAHUAN-MU TIDAK BAIK BAGI AGAMA KAMI, DUNIA & AKHIRAT SERTA KESUDAHAN URUSAN KAMI,
MAKA JAUHKANLAH IA DARIPADA KAMI, JAUHKANLAH KAMI DARIPADANYA.
TETAPKANLAH KEBAIKAN KEPADA KAMI WALAU DIMANA SAHAJA KAMI BERADA.”

YA ALLAH,
SEANDAINYA IA SUATU PERMULAAN, JADIKANLAH IA SEBAGAI PERMULAAN YANG BAIK UNTUK MENUJU PENGAKHIRAN YANG BAIK ,
DAN
SEANDAINYA IA SUATU PENGAKHIRAN, JADIKANLAH IA SEBAGAI PENGAKHIRAN YANG BAIK
SERTA PERMUDAHKANLAH BAGI KAMI.

YA ALLAH,
TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ENGKAU ,
DAN NABI MUHAMMAD SAW ADALAH KEKASIH PESURUH-MU,
CUKUPLAH, HANYA ENGKAU YA ALLAH YANG MENJADI WAKIL,
SEBAIK-BAIKNYA WAKIL UNTUK KAMI YA ALLAH,
SELAWAT DAN SALAM BUAT JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW,
SEGALA PUJIAN HANYA KEPADA-MU, JUGA KEPADA RASUL-MU,
YA ALLAH.

AMIN YA RABB…



(2011/R/AWAL 1432h)

Selasa, 6 Mac 2012

RINDU dan RINDU~nak buat camne?


two of my lovely babies-Alif and Dameer


Sedang menaip latihan ilmiah, tetiba teringat pada budak2budak, babies yang pernah di bawah jagaan selama tiga bulan. Dan saat minggu-minggu terakhir, ada sorang budak yang diberi nama Muhammad, langsung tak nak dengan pengasuh lain. Even dengan ‘ibu’ pun dia tak nak. Ciknur-likukehidupan pula lebih rapat dengan cik sara. Tak tahu, sawan budak agaknya… cik miera-princess pula lebih prefer bersama cik Darin Irisya.


Ada giliran menjaga freshie baby..kadang-kadang teruji juga kesabaran atas kesabaran. Hurm..tapi pengalaman menjaga bayi dan melihat setiap perkembangan mereka membuatkan saya begitu kagum dan tidak sabar. Tidak sabar untuk terus melihat perkembangan yang mereka lakukan…


Gelak tawa mereka juga membuatkan saya sangat rindu. Rindu dengan suara-suara bayi..kadang, suara mereka boleh membuatkan stress bertambah stress…tetapi, perlu juga diakui bahawa suara mereka ada ketenangan bila stress mula merajai diri…


Saya jadi rindu untuk merasa hangatnya tangan mereka merayap untuk mengetahui sesuatu yang baru bila anak mata mula melihat sesuatu yang asing. Saya rindu dengan cengkaman jari jemari kecil mereka untuk memaut saya. Saya rindu dengan pelukan mereka apabila saya memeluk mereka. Saya rindu mendengar rengekan mereka minta didodoi atau dibuai. Rindu mendengar jeritan mereka kala kelaparan dan basah. Rindu dengan suara-suara manja mereka yang minta dibelai… saat bayi tidur, saya rindu mendengar dengusan nafas mereka… saya rindu bau minyak baby… (terapi minyak bayi)


Tapi sebenarnya, tidak mudah. Tidak mudah untuk melalui semua itu… betul… sabar kadang teruji, tanpa sedar suara keras mula melawan jerit mereka. Kasihan..mereka belum faham… kerana mereka masih bayi. Kita yang akan membuatkan mereka faham…. Dengan cara yang praktikal… mereka lahir kerana manusia… tanpa kita tiada mereka dan tanpa mereka tiadalah kita… semuanya dengan izin ALLAH swt… mereka semua pernah menjadi amanah saya suatu ketika dulu… adakah saya telah melakukannya dengan baik dan sempurna? Bagaimana jika saya dipersoalkan di akhirat kelak atas amanah itu?? Adakah saya telah menjalani amanah tersebut dengan baik? Bersediakah saya dengan amanah saya sendiri kelak? Bersediakah kita?



Dan baru saya sedar, saya adalah pencinta kanak-kanak!!! ALHAMDULILLAH~~~ I love kids!!! dan sejak2 ni saya selalu termimpikan bayi-bayi kecil yang comel~~~mainan tidur yang indah~~~ wink2 (*___^)


Words of today
Semuga ilmu tentang mereka akan sentiasa dipelajari dan semuga ALLAH permudahkan segala urusan saat ini serta yang akan datang. Mohon redha_Mu Ya Rabb… missing u guys: aliecha, Dameer, Muhammad, Zahira and Alif… and mostly, to all my babies.

IGOLANA II

BISMILLAHIIRAHMMANIRRAHIM
Ya ALLAH, limpahkanlah kecerdasan akal fikiran dan kesihatan hati yang baik, iman yang kental dan taqwa yang kukuh. pilihlah kami untuk terus mendapat Hidayah dan petunjuk-MU

tiba-tiba, terasa sensitif dengan keadaan sekeliling. selama ini bukan tidak pernah merasa kesensitifan, tapi, kali ni, over sensitif... semua yang orang cakap, semua diambil pusing. semua yang berlaku, semua tu juga yang dipertikaikan. kenapa ye? apa telah berlaku dalam hormon saya?
selama ni, sejauh mana saya sensitif dengan orang, saya tak ambil pusing sangat. dan terus melupakan. dan dulu juga saya perasan yang saya tidak kisah apa orang nak cakap, nak buat nak cakap apa pun. tindakan mereka ialah tindakan mereka sendiri. saya adalah saya, dia adalah dia dan mereka adalah mereka.. kalau saya ambil pusing sekalipun, saya tak makan hati. tak terbenam di hati..tapi sekarang...bahaya...

tapi sekarang, walau sekecil apapun yang mereka cuba katakan pada saya, saya terus mengambil pusing 360 darjah. fikir dari banyak sudut... baik dan buruk kalau saya fight atau defend...saya diam atau saya turut membalas... kenapa kenapa dan kenapa? adakah saya semakin sensitif??? adakah saya bakal berubah??

yang paling saya perasan, saya mula perasan tindakan beberapa orang sekeliling yang tidak mengendahkan hati dan perasaan orang lain. walau bukan kepada saya totally dan directly, tempiasnya tu tetap membasahkan juga..ermmm

saya mula kisah...kenapa dan mengapa???

words of today
antara asid dan alkali? saya ingin menjadi neutral...
kawan yang baik dapat menjadi cerminan diri kita...
sayangi orang lain untuk disayangi juga...
memaafkan dan meminta maaf=gud person
want to be gud??? :)

Jumaat, 2 Mac 2012

Jom Baca

from:akuislam.com

Pernahkah anda mendengar soalan ini…
Adakah kita masih boleh menjadi suami isteri di akhirat kelak?

Kalau kita lihat di kaca tv, di radio, di dalam filem, sering kali pasangan bercinta menyebut:

“Semoga kita berbahagia hingga ke akhir hayat”.

Sedangkan kita boleh je kalau nak terus menyebut ayat ini sambil berdoa:

“Semoga kita berbahagia hingga ke akhirat kelak”.


Untuk pengetahuan semua, di bawah ini adalah sedikit penerangan yang akan menjelaskan persoalan di atas:

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.

Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda: “Tiada si bujang di dalam syurga” – (HR Muslim).

Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.


2. Wanita meninggal dunia setelah diceraikan & tak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.


3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.

Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelaki yang masuk syurga.


4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.

Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.


5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.


6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.

Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.


Rasullullah SAW bersabda:
“Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.”

**this is the answers for my friend's question 4 days ago..ALHAMDULILLAH--ALLAH bagi peluang untuk bertemu dengan artikel dan jawapan ini..

Khamis, 1 Mac 2012

1/10~wahai wanita


hijau yang menawan

Kaum wanita memang dibekalkan dengan sembilan nafsu dan akal berbanding dengan lelaki hanya satu nafsu dan sembilan akal. Nafsu yang dimaksudkan bukanlah nafsu seks semata-mata tetapi nafsu yang menyebabkan seseorang itu mudah hilang sabar, mudah berprasangka, pemarah, pemboros dalam berbelanja, cepat tersinggung dan sebagainya. Pendek kata, hasil dorongan nafsu itulah lahirnya pelbagai perasaan di dada wanita. Sebab itu dikatakan juga bahawa sembilan persepuluh daripada diri wanita itu ialah perasaan dan satu persepuluh saja pertimbangan akal. Atas dasar inilah wanota@isteri mesti dipandu atau dibimbing oleh lelaki@suami agar segala tindak tanduknya tidak melulu ikut perasaan semata-mata.

Sembilan nafsu pada diri wanita boleh menyebabkan kerosakan pada masyarakat dan keruntuhan rumahtangga jika tidak dipagari dengan ilmu syariat. Mahu tidak mahu lelaki@suami terpaksa mempelajari sedikit sebanyak ilmu untuk menundukkan wanita atau psikologi wanita serta memenuhkan dada dengan ilmu syariat. Barulah nanti dapat menggunakan kebijaksanaan dalam mendidik wanita@isteri.

Di sinilah perlunya ketegasan seorang lelaki@suami. Tegas dalam syariat dan tegas dalam perjuangan. Tegas tidak pula bermakna kasar atau garang cuma jangan sampai kerana hendak melayan kehendak wanita@isteri, syariat dan perjuangan terpaksa diketepikan. Oleh kerana wanita seringkali bertindak mengikut perasaannya, maka adakalanya apabila fikiran terganggu, emosinya juga terikut sama.

Sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa memiliki isteri yang solehah, maka sesungguhnya ia telah memiliki separuh dari agamanya."

Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud: "Dunia adalah hiasan dan hiasan yang terbaik ialah memiliki isteri yang solehah." Apabila wanita dapat dididik dengan betul, maka ia dapat memberi kebaikan yang besar kerana di tangan wanitalah penentu corak generasi akan datang. Kelembutan dan kehalusan belaian tangan wanita yang solehah boleh membahagiakan seisi alam.

kredit to one-ummah.net

sebab tu juga zaman Rasulullah, wanita tidak boleh menjadi ketua walaupun pada zaman tersebut wanita sangat dipandang mulia. keadaan tersebut kerana, wanita suka membuat keputusan yang terburu-buru dan tidak masuk akal apabila dipengaruhi oleh hormon-hormon kewanitaannya. tetapi, pendapat-pendapat wanita pada zaman Rasulullah tidak diabaikan sama sekali kerana mereka mempunyai hak untuk bersuara dan memberikan pandangan. justeru, wanita@isteri@hamba wanita pada zaman peperangan yang dilalui oleh umat islam menjadi tukang masak, tukang rawat (jururawat), penghibur dan lain-lain kerana wanita secara psikologinya dapat memberikan semangat juang kepada tentera islam yang berjuang pada ketika itu melawan musuh kafir. walaupun hanya sejengkal akal wanita, wanita akan cepat tersedar dek kekhilafan yang dilakukan dan dengan sejengkal akalnya juga wanita cuba dan berusaha untuk memulihkan semula apa yang dirasakannya keruh kembali menjadi jernih. sedang 9 lagi nafsunya akan saling berperang di dalam diri, akal sejengkalnya cuba untuk berfikiran waras, tetap dan teguh. itulah kesukaran yang dihadapi oleh wanita yang menjadi hamba kepada 9 nafsu.

words of today disebalik kelemahan wanita, ada kelebihan yang dianugerahkan ALLAH kepada mereka, bergelar wanita.

kasih-kekasih-kasih

1 mac - 29 feb

What is this feeling?

Ruang yang ada akhirnya menemukan kepada sebuah penemuan yang hiba, sayu dan pilu.
How??? I really---really—really miss , so much…missing all…
akhirnya, hati merasa rindu.

~Perasaan ini akhirnya membuat jasad terlalu lemah. Rongga-rongga mata tidak lagi mampu untuk bertahan.

~Keadaan ini sungguh menyeksakan hati dan akal. Jika dulu mampu berfikiran waras, kala ini ia terbelengu dengan perasaan hati. Bukan nafsu. Ya..

Credit to nurul-iman-marrfiza

Her advices is too much but help me a little bit as a sadness girl… 
Fiza : he is too disappointed
Mine : me too… make him disappointed, then make me feel it too…
Fiza : zikr to ALLAH, go to bed. But before that, drink a lot of water. Ganti semula banyak mana air yang dah ko keluarkan dari badan ko hari ni. Ples, sahabat..dont think it too much…give him ruang dan peluang. Giving it to you too. Then u can feel a pure feeling… semoga ALLAH permudahkan korang bersatu..
Mine : ajarkan ak tidur dlm keadaan macam ni…everytg gonna be change. Different. Langsung tak biasa…
Fiza : take time.
Mine : sakit kepala
Fiza : g rest…remember, lapangkan dada, ringankan dulu fikiran…yakin pada ALLAH…ko pun bukan selemah ni bila ada prob kan… why this matter make you like this? Shbt, I know u re a strong girl… keep praying to ALLAH k…yakin dgn janji2nya…dah-dah-dah..g rest…ak pun nak tidur ni..esok kerja awal…

spt kata DIA~baru lagi, terkejut…nanti biasalah..(sy tak mampu utk membiasakan :'( :'( :'( )
fiza said~take tyme… give space and chance to both of you…ples don’t think too much…ko tu kadang2 fikir jauh sgt… (future thinking+ +ve thinking + -ve thinking= blurred)
sangat sakit kepala ye..ya ALLAH(uphamol 650)
tekak pun rasa tepu dgn liter air masak + air liur yang paksa ditelan(jgn terdehidrasi, jaga kesihatan)
saya yang perlu take tyme untuk membenarkan keadaan itu berlaku dgn smooth(redha)

salah seorang pakar motivasi menyatakan, hidup bukan takdir, tetapi pilihan. Kerana kita boleh memilih untuk hidup bahagia atau sebaliknya, miskin atau kaya..setelah itu usaha kita, maka terimalah takdir…pilihan dapat mengatasi takdir… perlu bijak..

prof izzi: sebenarnya perkara yang kita selalu dan kerap fikirkan tak terjadi pun. Kita je yang terlalu memikirkan sehingga ia tidak terjadi langsung…

akhirnya...prof Muhaya selalu pesan---selalu bersyukur..apapun terjadi, bersyukur... itu tanda ALLAH sayang kita, dan ingin mengingatkan kita tentang apa yang kita rasa selesa. Dan apabila kalut, kita akan kembali semula kepadanya. Meminta serta mencari kekuatan dengan-NYA. Itulah tujuan sebenar penciptaan jin dan manusia iaitu untuk beribadat kepada Tuhannya.

menangis adalah baik untuk 1-kurangkan stress, 2-melegakan perasaan, 3-hilangkan rasa marah. menangis adalah proses keinsafan kepada ornag beriman, dan proses kekufuran kepada yang munafiq (fb status)


saya dah letih berfikir~sangat letih~saya ingin give up~wlu cik fiza kata dont give up~saya semakin lemah~lemah dan lemah~ (sedih pula dgr luahan hati ibu dalam ikim.fm ni tapi dah xlarat nak lelehkan ayo mate...already dry)KEMBALI KEPADA ALLAH~kembali kepada Allah~KEMBALI KEPADA ALLAH~kembali kepada Allah~KEMBALI KEPADA ALLAH-redha ya wahai peminjam hati~cik nuzamd~being profesional itself~

##p/s: camna nak turu if tak dapat turu...letak endas sahaja jadi abot banget.kena bertenang dulu ni...godek dalam blog la kan..nak menaip tesis? ALLAHUAKHBAR..belum mampu...semangat yang hilang perlu dicari semula..nak cari kat mana?google?try..

dari petang membaca buku penenang hati dan jiwa-3i-sejelita bidadari syurga-(la tahzan dalam internet)..sepatutnya otak perlukan rehat... ini cara kami berehat...tapi tuan empunya tak mampu nak landingkan endas on a pillow.


'it' was be my 'friend' now...for release all my feeling :)tomorrow will update a picture~what is it, i/ALLAH)

saya masih perlu untuk tersenyum dan bersenyum untuk diri saya sendiri :) :) :)

Words of today
Apa yang terjadi hari ini adalah sebagai pengajaran dan peringatan agar sentiasa menghargai serta mensyukuri segalanya... adat melayu~ bila hilang dimata, baru rindu datang menggebu~ Tersentak dan tersedar dari zon selesa supaya upgrade lagi.Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kasih, sayang semakin erat~

lets zikr~SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKHBAR, LAILLAHAILLALLAH, WALA HAW LA WALA QU WATA ILLA BILLA, HASBUNALLAH HU WAKNI'MAL WAKIL~PERLU REDHA DAN BERTAWAKAL~ALLAH TENANGKAN HATI YANG INGIN KEMBALI BERKOCAK DENGAN AIR DINGIN~~~~