alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

Selasa, 14 Mei 2013

Kita sama atau berbeza?

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum wbt.. Salam 'alaik buat junjungan Nabi Muhammad saw kekasih ALLAH.

Baiklah.
Tentang hari ini. Juga hari sebelum2 ini... (Meroyan sekejap menaip entry seslumber mungkin) asyik serius entry je kan...luahan rasa derita jiwa sekejap2...ye la..dah belog pun untuk orang2 terdekat yang tahu je..tak kan nak over syok sendiri ye...seteres!

Terperasan. Kita. Setiap manusia. wujud perbandingan. Mungkin perbezaan. Mungkin juga persamaan. Kata Ustazah Fatimah Syarha via Slot Remaja @ ikim.fm setiap hari Selasa jam 10 malam (promote sikit) raikan perbezaan hargai persamaan (lebih kurang kot, takpun terbalik)..ngeee..
Tang mana yang beza? Boleh sahaja dari segi fikiran, buah mulut, tindakan, kata hati dan macam-macam... tang mana pula yang sama? Sama je juga contoh macam kat atas ye... Yang tak pasti juga, setujukah kalau perbezaan memungkinkan timbul salah faham atau perkelahian dan persamaan pula mewujudkan keserasian? Jap..saya pun duk fikir.. lama dah fikir sampai malas nak fikir...

Bila dah lama terperap dalam buah fikiran...persamaan tak semestinya dapat mewujudkan keserasian atau orang kata kalau korang 'kapel' lepas tu dua2 gender which is si lelaki dan si perempuan have a same hobby, same-same-same-same dalam serba serbi konon la kan ada jodoh..konon..saya tak mengiyakan...konon je... ye ke?? Entah.. saya pun tak tahu... bagi saya kalau semua benda nak sama its merimaskan. Tiada kelainan kan.. Pandang sana sama. Sini sama. Situ sama. Semua sama.. Jadi sama la juga pandangannya last2 nanti kot ye. Boleh jadi tak berkembang keadaan tu. Tak wujud pembaharuan. Robot transformer pun nanti takda job..ok...start mengarut... Then, saya terfikir...saya ni mencari persamaankah?

Perbezaan pula? memanglah. Perbezaan yang over action selalunya menimbulkan perkelahian, salah faham, salah tafsir dan memacam masalah negatif.. Itu kalau kita berfikiran negatif terus. Terus saya terfikir lagi dan lagi... Lagi2 setelah membaca ruangan hasil tulisan Ustaz Pahrol Juoi dalam Solusi entah isu keberapa beberapa bulan yang lalu... Katanya (lebih kurang ye, sebab saya tak berapa ingat the direct word), perbezaan sebenarnya mewujudkan keserasian, terutama dalam rumah tangga. Sebab tu setiap pasangan perlu menerima kekurangan dan kelebihan pasangannya. Contoh saya nak bagi ye, kalau isteri masak tak sedap, suami tolong2la isteri kat dapur. Kalau hasilnya pun tak sedap, kan atas usaha sama. wohaaa. Tapi, lelaki ni biasanya more sedap bila memasak... ok.. Melalut.. Hobi yang berbeza, buah fikiran yang berbeza, cara yang berbeza dan segalanya yang berbeza sebenarnya memberikan kita peluang atau erti hidup yang lebih harmonis. heh.. Ye ke?

Dari perbezaan juga sebenarnya berlaku banyak perkembangan dan pembaharuan. Misalnya dalam perselisihan berkaitan kesahihan sesebuah hadis atau apa sahaja, maka para ulama akan duduk berbincang bagi menyelesaikan keadaan tersebut. Sama la juga kot kalau dalam rumah tangga... isteri tak tahu tu. Tapi suami tahu. Anak-anak tahu. Jadi, masalah yang katanya berbeza tu kan dapat diselesaikan.. wee...tak kena sungguh contoh saya ni..

Analogi yang saya fikir untuk perbezaan yang mungkin logik... Tengok pada landasan kereta api, skru atau apa sahaja yang memerlukan pasangan untuk disempurnakan... barulah ia boleh berfungsi kan. Bayangkan kalau landasan kereta api tu sama bentuk dan kedudukan dengan keretapi tu...boleh ke nak dilalukan?? heh... saya pun  dah pening.. tu yang malas nak taip benda seslumber ni..

Apapun. yang saya nak cuba sampaikan kat sini ialah... kehidupan kita sebenarnya diwarnai dengan perbezaan dan persamaan itu wujud kerana adanya perbezaan. Ye ke? Berkait juga dengan ciptaan ALLAH ke atas alam ini. Allah tak ciptakan siang sepanjang tahun atau malam sepanjang tahun. Allah juga tak ciptakan hujan sepanjang tahun dan panas pula sepanjang tahun. Allah ciptakan semuanya penuh perbezaan di setiap aturannya yang sempurna. Sebab apa? Sebab disebaliknya itu Allah dah tetapkan apa yang bermanfaat untuk kita. Memberikan kita peringatan adakah kita bersyukur atau tidak (paling banyak quote dalam surah ar-rahman).

Perbezaan bagi saya lebih mewujudkan kebergantungan dan keserasian.. Nyanyi kejap~serasi bersama~ ngeee..

Apapun, perbezaan itu bukan untuk diasingi tetapi ditangani supaya yang sama terwujud sekali. Beza atau sama ia memberikan impak dalam kehidupan.

ok..sekian...fikir-fikirkanlah ye... lepas tu kalau berminat sila komen. Boleh jadi bahan kajian ni :)

words of today
Fikir sekejap.. saya ni suka persamaan ke perbezaan ye? Boleh ke saya terima perbezaan atau persamaan orang? (hingat saya ni Alien ke) macam pelik pula...inshaallah.. saya akan cuba meraikan perbezaan orang dengan saya dan menghargai apa yang orang sama dengan saya.. ngeee... Bakal suami, bakal keluarga mertua. bakal-bakal-bakal-bakal... terima la saya kalau saya berbeza dengan kalian ye. Kalau sama, set je la ye...


*rasa macam nak sambung lagi entry pasal ni... tunggu je la ye...sampai buah fikiran datang nak menaip bab ni...weeee

3 ulasan:

  1. sy lelaki, awk perempuan. kalau dua2 sama, takleh kawin.

    sy pendiam, awk peramah. kalau dua2 pendiam, susah jugak kan.

    sy suka kucing, awk tidak . kalau dua2 tak suka, kalau kucing masuk rumah mcm mane?

    sy kidal, awk kanan. kita boleh menulis sambil berpegangan tangan. ece.haha

    sy tak rasa perbezaan diri menjadi masalah. kita kan saling melengkapi.

    jangan lihat perbezaan sbg masalah atau penghalang. Allah cipta kita berbeza-beza utk saling kenal mengenali. yg penting, saling menghormati, menghargai perbezaan, dan penerimaan itu yg penting.
    baru hidup harmoni. ye dak? =)

    BalasPadam
  2. Senyum :) :) :) Macam pernah baca ulasan macam ni sebelum ni. Tapi tak ingat pula. btw syukran jiddan je ye :)

    BalasPadam
  3. afwan..ha..baca kat mana ya? :P

    BalasPadam