alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

Sabtu, 31 Mac 2012

Tension ke apa ye

Bismillahhirrahmannirrahim
YA ALLAH limpahkanlah berkah dan rahmat_MU serta kasih sayang_MU kepada kami semua. Berikanlah kami kemudahan dalam meniti bulan masehi baru di dalam bulan hijrah ini =)

Sepanjang bulan ini, banyak yang telah berlaku~~~alhamdulillah, yang baik pun Alhamdulillah, yang tak ok pun Alhamdulillah…sebab semuanya dah berlaku =) ALHAMDULILLAH dan yang dah berlaku tu semestinyalah yang terbaik b’coz, ALLAH telah tetapkan yang terbaik untuk hamba2nya…walaupun pada kita rasa ia tidak baik, disebaliknya, ia memberikan pengajaran supaya menjadi lebih baik dimasa akan datang =)
Untuk minggu pertama bertemu dengan march, baru recovered dari keadaan yang kurang bagus~~~dan bertemunya march, ALHAMDULILLAH, semuanya menjadi ok… pengalaman mendewasakan kita~~~semua perkara yang berlaku mengajar erti kebaikan serta merangsang pemikiran kita supaya bertindak positif dalam menghadapi masalah~~~sejauhmana kita lari dari masalah, maka, masalah akan terus datang mendekati dan tak kan dapat diselesaikan… ALHAMDULILLAH, smeoga ALLAH redha =)

Minggu kedua yang biasa2 dan ALHAMDULILLAH telah dapat dihadapi dengan baik atas izin dari ALLAH… semuanya yang terindah dan setiap apa yang berlaku juga membuatkan saya kembali berfikir tentang diri saya, tentang kebesaran ALLAH ke atas penciptaan alam dan sebagainya. Di sini juga saya diberi kesempatan untuk menilai tentang diri dan orang lain~~~semoga ALLAH permudahkan. Ahhha… yes…saya seorang yang sangat giler dan teruja dengan lensa kamera. Pantang Nampak kawan2 perempuan yang pegang kamera atau telefon tangan yang ada kamera berpixsel bagus, yes, saya akan minta gambar saya diambil… walaupun seorang yang agak2 pemalu, tapi, yes…saya suka and really love with camera… dulu, masa saya ada kamera, saya suka ambil gambar-gambar alam…misalnya bunga, langit, rama-raman, pantai, dedaunan dan ragam manusia. Saya suka… tapi, sejak kehilangan kamera dan memory cardnya, keobsesan terhadap lensa kamera terhenti serta merta sehinggala saya sedar semula, saya telah hilang suatu hobi yang unik… then, saya kembali dengan hobi tersebut apabila berjaya memiliki telefon tangan Nokia 3120 classic =) banyak gambar yang dah diambil…. But, sekali lagi, hobi tersebut telah disekat oleh ALLAH, apabila ada mulut2 yang mengatakan ‘ko ni kan, asyik2 bergambar…’ waaa…terasa hati kot…sejak tu saya slowkan sikit aktiviti menangkap gambar… tak sangka, keadaan itu berlanjutan sehingga ke hari ini bila telefon tersebut yang pernah ‘minum’ Milo O panas saya semakin lemah fungsi sebagai sebuah telefon yang boleh mengambil atau merakam gambar2 alam yang lawa =( nanti, ada rezeki lebih kita beli yang bagus ok (pujuk diri sendiri =) ) sekarang masih banyak yang perlu didahulukan keperluan berbanding berkehendak untuk memiliki telefon tangan yang ada kamera lagi bagus. Walaupun sedemikian (kata hubung yang skema =) ), telefon tu masih boleh dipakai. Cuma saya tak pakai sangat. Kadang2 je saya on, sebab saya kecewa tak dapat guna lagi fungsi yang sepatutnya boleh digunakan…. Keaktifan saya dihadapan kamera memang terserlah sebab saya boleh dikategorikan sebagai orang yang pantang nampak kamera =) =) =) sehinggalah kawan saya mengejek @ menegur dengan sadis, ‘ko kan suka kamera, bila nampak kamera macam hyperactive pula…padan muka’ sebab, ada beberapa gambar gathering kami yang membuatkan saya rasa saya perlu control keaktifan saya bila berhadapan dengan kamera. Lagi2 bila bersama2 dengan ramai orang lelaki yang ada sama. Saya perlu controlkan diri =) gambar yang memalukan, but still ok.. i/ALLAH…semoga ALLAH hijabkan aib tersebut =)… apapun dah terjadi, hope ia menjadi pengajaran kepada diri supaya lebih berhati-hati lagi di masa hadapan =) kan =) especially bila ada kamera + kaum adam bersama… tapi akan berpose habis bila ada kamera + kaum hawa sahaja =) =) hope tak tersebar juga =) =) kita sebarkan yang baik2 ok =) ramai orang cakap, yang obsess dengan kamera ni perasan diri cantik atau kacak atau budget bagus…ye ker??? Fikir2kan ye….

Ermmm..minggu ketiga yang sedikit tercabar dan terganggun emosi akibat perubahan horman dan cuaca alam… apapun, telah Berjaya dihadapi dengan baik, ALHAMDULILLAH, dan i/ALLAH ia bermanfaat… kala ini, kami dikejutkan dengan berita penyakit kawan sekelas SLE…System Lupun En……… ( kes tak ingat nama penyakit yang hujung =) ) penyakit yang menyerang 3: 100 orang. Wanita antara yang tertinggi mengidapinya berbanding lelaki. Sebabnya, perubahan hormon yang sering berlaku dalam badan wanita berbanding lelaki, kesan ultra ungu dan lain-lain (sila buat pembacaan sendiri di google ye => ) penyakit ni??? System imun badan yang sepatutnya bertindak sebagai peneyelamat dan membunuh bacteria telah menghadapi kecelaruan dalaman sehingga ia menjadi perosak kepada system dalaman badan seseorang (ibarat pagar, pagar makan padi) cam tu kot =)… penyakit ni takda penyembuh melainkan perlu bergantung kepada ubat-ubatan sepanjang hayat. Bilangan ubat yang perlu diambil? Mashaallah, banyak dalam 12 ke 13 jenis…. i/ALLAH, kalau dokter takde ubat yang boleh sembuhkan totally, ALLAH masih ada. Dia yang maha penyembuh! Si kawan ni pula telah menyatakan hasratnya untuk berhenti belajar kerana dikhuatiri tidak dapat membawa bebanan pelajaran~~~waaaaaaaa…tang sini yang saya sedih… saya faham keadaan dia… tapi saya nak dia sama2 dengan saya dan kami semua habiskan pelajaran disemester terakhir ni sama2… saya harap sangat… semoga ALLAH berikan kesembuhan, kesihatan serta kekuatan kepadanya…itu yang selalu saya doakan untuk dia~~~kalian doakan juga ya =) THANKS

Minggu keempat yang penuh dengan kontroversi…YA ALLAH, jauhkanlah dari ku…semoga aibku terhijab =) keluar je dari kelas pagi tu, someone was asked me… ‘hei u, bila u nak kahwin? I dengar u nak kahwin dah kan…’ dengan muka yang blur bercampur senyum yang mereng kot…saya hanya melayan pertanyaan itu…ingatkan dia main2…saya pun jawab dengan niat main2…’ ‘yes, i/ALLAH, I kahwin nanti…’ ‘bila?’ ‘nantilah I bagitahu kat u alls..’ ‘ala, dah nak kahwin pun rahsia2 lagi… bila??’ ‘ before konvo or after konvo nanti///’ wah…jawapan yang boleh mengkillerkan diri sendiri…ulangan, jawapan atas niat main2 sebab saya ingat dia tanya main2 juga.. ‘jangan lupa jemput i tau...i taknak kad kahwin u nanti tag2 kat fb... i nak u pos kat rumah i. Alamat nanti i inbox u ok...’ the sound like serious... arhgggg...apakah??? seterusnya, saya terjumpa dengan kakak yang sangat cool dan baik hati...kami pernah rapat dalam tahun 2009 gitu...jumpa je sambil bersalam berlaga pipi, sepantasnya dia pertanyaan bukan persoalan... ‘ dah kahwin ye?’ hah...sikit lagi nak terheart attack...hihihi...dengan selambanya dan dengan niat main2 juga, saya hanya jawab ‘doakan ye...’ ‘dah kahwin ke?’ minta kepastian... saya yang gatal ni pula just tersenyum.... dengan selamba kakak tu cakap, ‘sampai hati tak ajak.’ Dengan muka yang kecewa =( untuk pujuk dia, saya cakaplah, nanti saya hantar kad untuk resepsi sekali lagi then her face growing like morning glory... then, she wished congrate to me, barakallahu fi kum’ saya pula hanya senyum dan terus meninggalkan dia dalam soalan yang pelbagai...ya ALLAH... ahhaaa..hari yang sama juga, seoarng kakak ni tiba2 kenyit2 mata kat saya dalam kelas sambil mulutnya terkumat-kamit...’ dah tunang ye?’ saya senyum + geleng...dia kata ‘tipu...betulkan dah tunang,’ desak dia lagi...saya dah geleng pun masih tak percaya...saya tanya dia mana dapat cerita saya bertunang pula ni, katanya ada orang bagitahu...ish2..tak berasas kan...saya dah mengaku belum bertunang pun kakak tu masih tak percaya... sampai hari ni... dan dalam masa yang sama, seorang pensyarah telah menegur saya, dek keasyikan saya mendengar kuliahnya, ‘kamu, terpesona...kenapa? mengingtai hari2 bahagia kah?’ wah...rasa cam merah dah muka..tapi tak merah pun...dan dengan cool yang diberikan ALLAH, saya hanya mengangguk...sebab saya tahu, teguran itu adalah main2 sahaja sebab dia tengok cara saya yang asyik dengar pengkuliahannya... so, jawab dengan penuh cool, tak stress atau malu2... padahal. orang kat depan, belakang dan kiri kanan masing2 bersorak dan berfeewit2..arghh..abaikan... tak penting... apa saya perlu buat??? Dalam minggu ini sahaja, hal2 tunang, kahwin terus singgah dalam hidup saya...apa yang penting ALLAH tahu segalanya... kalau betul ada yang menyebarkan saya sudah bertunang dan akan berkahwin, ALHAMDULILLAH, itu doa mereka..mudah2an kan =) cepat atau lambat sahaja, ALLAH yang tentukan. Semoga dipermudahkan kan ciknuzamd =) kemudian, saya terus melantik spy tidak bertauliah untuk selidik siapa yang menyebarkan kontroversi itu.... yelah, bak kata pepatah, tak kan bergoyang pokok kalau takde anginnya...kan kan kan... apapun, saya tak menyimpan dendam apatah lagi tertusuk dihati dengan kontroversi itu...Cuma saya nak tahu...saya maafkan dan saya harap ia tidak berlaku lagi... saya jenis yang open dalam menghadapi kontroversi ini...macam yang pernah saya type dalam beberapa bulan punya update blog, diam bukan tanda saya mengiyakan dan membidas bukan tanda saya marah...just go on..masing2 ALLAH dah tetapkan ketetapan =) be good and be cool. i/ALLAH, ALLAH permudahkan...kan sayang =) MASAKAN POKOK BERGOYANG KALAU TIADA ANGIN YANG MENIUP~~~kan kan kan... semuanya memberikan saya lebih kematangan dalam berfikir dan bertindak... kalau tak betul, tak payah nak melatah sangat...kalau betul sekalipun, biarkan..terpulang kepada mereka untuk mempercayainya. Benda yang baik, i/ALLAH, ALLAH akan permudahkan... don’t be sad =)

ALHAMDULILLAH...bertemu dengan 1 April 2012 = 9 J/Awal 1433 H...semoga menjadi insan yang lebih sukses di dunia dan akhirat...self good, dont being selfcentred ye ciknuzamd =)


Wallahua’lam =) semoga ALLAH redha =)

Words of todaysTake care of ur mouth, tongue, ears, eyes, nose, heart, soul, brain and so on, then ALLAH will take care alls and giving u Jannah~i/ALLAH =) semoga ALLAH redha, be GOOD to be a GOOD person to each other~lets built ur beauty form inside =) katakan TIDAK pada kemungkaran~REMEMBER, janji ALLAH benar!!

Isnin, 26 Mac 2012

~~SIRNA~~

Bismillahhirrahmannirrahim


Ya ALLAH, limpahkan kepada kami hidayah dan petunjuk_MU agar kami tidak menjadi hamba yang sesat dan disesatkan atau menyesatkan, kasihani kami, ampuni kami dan terimalah pengabdian kami hanya kepada_MU

Ramai orang cakap
Kalau sayang tak perlu ditunjukkan, kalau benci pun jangan dipamerkan. Just being a neutral person.
Tapi mampukah?
Ramai juga yang beritahu
Kalau marah jangan dilaungkan, kalau merajuk jangan ditayangkan. Just being a professional person.
Tapi mampukah?
Ramai orang nasihat
Kalau sakit mesti diubati, kalau sihat mesti dimanfaatkan. Just being a realistic person.

are we?

Sometimes, we will never get what we wishing for. Then, we will punish ourself..how ways? In many ways.
Sometimes, we regret with what have we done it. Then, we just keep it surely.
Sometimes, we do not know how the risk can help us while making a desicision. Then, we just pass it to ALLAH.
Sometimes, we know it better and better, but we just escape it. Then, we just ignore it forever.
Sometimes, we know what are we don’t know, but actually we still keep don’t know till the reason come out.
Sometimes, fight with a strong heart will make a body looser. Then, become weaky.
Making a good decision doesn’t mean its will be ok forever. Still need to make a postmortem, daily…
Muhasabah~~~

ALLAH, I know, I shouldn’t do like it
I know and I know
Our love is just for YOU
Our heart and soul is depend on YOU
We’re YOUR servant
Please forgiving us and make us know deeply
Oh ALLAH…


Saya bukan siapa-siapa pada kalian
Saya hanya hamba biasa yang menagih belas kasihan ALLAH
Yang menagih keampunan dari_NYA
Saya sering kali khilaf…
Marah saya bukan untuk dibendung
Rajuk saya bukan untuk dipujuk
Sayang saya bukan untuk dijunjung
Cinta saya bukan untuk dikalungkan..
Saya takut ia akan sirna,
Sirna dengan masa yang datang menyapa lembut
Tetapi tetap mengerikan.
Saya takut ia sirna…saya takut ia sirna…saya takut ia sirna

semoga ALLAH Redha :)


words of today

~jangan mudah melafaz kasih, kasih itu pada siapa, jangan mudah melafaz sayang, sayang itu pada siapa, cintakan bunga kan layu, cintakan manusia kan mati~

ALLAHUAKHBAR, SUBHANALLAH< ALHAMDULILLAH

As-solatu a'lannabi, wassalamu a'la rasulillah



Jumaat, 23 Mac 2012

lets learn~~~

Bismillahhirrahmannirrahim
YA ALLAH, limpahkanlah hidayah kepada kami dan bukakanlah hati kami agar mendapat hidayah_MU, palingkan hati kami dari mengejar kemewahan duniawi semata-mata, tautkan hati kami untuk mencintai_MU, mentaati_MU serta mengharap pada_MU.

bertudung~~~
Ahamdulillah, hari ini, saat ini, ramai yang dah mula bertudung..dan terasa sangat ganjil bila melihat wanita, muslim, tidak bertudung... ok.. bertudung...manis, ayu, lawa... =)
tetapi, cuba kita lihat cara bertudung dan pemakaian tudung~~~INTENTION hanya ALLAH yang tahu...keep learning while start to wear a jilbab~~~

pertama~syukur dan tahniah kepada yang dah mula bertudung~~~semoga terus istiqamah..
kedua~INTENTION to wear a jilbab/khimar just ALLAH know~~~semoga ALLAH berikan lagi petunjuk..
ketiga~syarat syarak dalam bertudung~~~let's learn

ketiga~~~
syarat bertudung
1- menutupi dada
in surah an-nur, 31; ... dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (aurat)...
**telah nyata melalui surah ini, syarat bertudung perlu menutup bahagian dada kerana ia adalah aurat...walupun telah mengenakan pakaian dan tudung @ jilbab adalah lapisnan kedua, bentuk dan keadaannya boleh mengundang syahwat kepada lelaki dan sesiapa yang terpandang.
**tudung juga perlu tutup dada supaya bila angin tertiup dan terselak akn tudung tersebut, masih ada yang menutupi bahagian dada.

2-tudung tidak tipis
**sama juga halnya dengan baju-tidak tipis sehingga boleh menampakkan bentuk badan dan warna kulit-mashaALLAH-
read this hadith : dari Dihya Kalbi menyatakan yang mafhumnya:
'suatu ketika Rasulullah saw dihadiahkan dengan sekeping kain kasa yang halus. baginda berikan sedikit kepadaku dan berkata, "gunakan sebahagian daripadanya untuk baju kamudan selebihnya berikan kepada isterimu untuk dibuat tudung tetapi dia hendaklah jahitkan sekeping kain lain di dalamnya supaya badannya tidak kelihatan menerusinya" (Abu Daud)

**telah jelas, tidak boleh sama sekali memakai tudung yang tipis yang boleh menampakkan bentuk anggota tertentu. pastinya di sini yang dinyatakan ialah bentuk telinga. bahkan, tudung labuh yang tipis yang boleh menampakkan bentuk telinga dan dada juga tidak boleh dipakai. apatah lagi yang menampakkan batang leher.. ini kerana apa yang berada di atas dari dada adalah aurat. dari mana sukatan dada yang dikatakan aurat? tangan yang sedang qiam ketika solat...darinya ke atas...dan labuhkankan ia ke bawah pun lagi baik...duk tersingkap dek angin pun masih dapat covered...i/ALLAH...

3- for more detailed dan pengukuhan, watch ceramah by ustaz Don Daniyal-4 syarat bertudung at youtube

~~semoga ALLAH redha...

semoga terus istiqamah bertudung dengan memenuhi syarat syarak---yang penting menutup AURAT bukan memakai tudung.

***deme duk kata pakai tudung labuh ni kolot..macam mak cik2...lagi sakit hati deme duk panggil ustazah, kami bukan ustazah. daripada duk rasa hipokrit, kami selesa begini..***

~~mula2 bertudung, selempang kiri kanan
~~dah tu mula tiru gaya artis
~~bila start tudung labuh, kata ustazah
~~orang tak kata mesti baik bila bertudung, tapi bertudung dengan baik must u're a good one, b'coz u know the syarat of syarak and I/ALLAH, ALLAH akan tutup aib kita kerana kita menutup hak ALLAH, kita jaga hak ALLAH daripada yang tidak berhak, kita akan terpelihara~~

wallahua'lam

ya ALLAH, kuatkan hati kami kala cemuhan menghinggapi kami, kala duka datang menyapa, kala sukar menempel dalam hidup ini...berilah keampunan_MU kepada kami kerana keampunan serta belas kasihan_MU dan rahmat_MU lebih luas dari segala-galanya.

words of today
semoga terus istiqamah di jalan ad-din =)
Alhamdulillah, subhanallah, allahuakhbar...

Khamis, 22 Mac 2012

setiap insan pasti merasa~~~

Bismillahhirahmannirrahim
YA ALLAH, limpahkanlah hidayah dan petunjuk_MU kepada kami agar jalan yang dilalui tidak selamanya bengkok, sesungguhnya, pertemuan dengan_MU yang kami dambakan.

Setiap insan pasti merasa...

setiap orang akan merasa dirinya sahaja yang betul semata-mata.
setiap orang tanpa perasan telah menyakiti hati orang lain.
setiap orang tanpa sedar juga telah menggembirakan orang lain.
dalam hati tidak sama apa yang terlihat diluaran.
yang baik itu bermula dari dalam, lantas membawanya ke luar. agar dapat dicontohi. pamerkan yang baik.

tidak seorang pun terlepas dari masalah dalam sesaat yang dilalui.
bukan mengeluh yang dipinta, tapi sabar perlu diatur.
bukan kejian yang diucap, tapi syukur perlu dirafakkan.
masalah mendewasakan kita, mematangkan tingkahlaku, mengkreatifkan fikiran.
hidup bukan untuk terus berada di dalam masalah, bukan juga terus membiarkan masalah hidup dalam kehidupan kita. we need to survive while facing problems...ia cabaran...nikmat pun boleh jadi cabaran~~~jangan terus berfikir yang cabaran itu pun masalah...membuatkan semuanya terus jadi masalah, masalah, masalah...

setiap insan pasti merasa...

wallahua'lam

YA ALLAH, ampunkanlah dosa kami, tutuplah aib kami, dan berilah kami kemudahan serta kekuatan untuk menutup keaiban saudara-sauadara kami, sesungguhnya, segalanya hanya dalam pengetahuan_MU YA ALLAH.

words of today
jangan berputus harap dengan ALLAH~~~ALLAH sentiasa dihati~~~ALLAH segalanya~~~
ucapkan: ALHAMDULILLAH, SUBHANALLAH, ALLAHUAKHBAR =)

Sabtu, 17 Mac 2012

LUPA



Bismillahhirrahmannirrahim



YA ALLAH, lembutkan hati kami dan pilihlah kami untuk terus mendapat hidayah dan petunjuk dari-MU...



saya pun tak pasti, kenapa sejak kebelakangan ini sering menghadapi masalah 'keterlupaan' yang melampau. saya jadi sangat pelupa...

kadang-kadang saya lupa dekat mana saya letak handphone walaupun baru beberapa saat memegangnya..geram memang geram juga dengan keadaan yang macam ni~~~kembali selawat dan bertenang ye...


banyak juga yang saya dah semakin lupa..kenapa??

nasihat seorang kakak,

katanya, jangan banyak berangan sebab berangan boleh sebabkan otak kita lumpuh dan lupa dengan apa yang kita buat terutama pembacaan.

kawan saya pula kata, banyak fikir...tu yang jadi pelupa...

the 2 things...berangan dan berfikir bukan menajamkan minda ke?


mungkin juga dari aspek pemakanan kan..

orang kata jangan makan atau minum air yang dah dimasuki semut sebab ada satu bahan yang keluar dari badan semut tu boleh sebabkan jadi lupa.

kemudian, jangan banyak makan...banyak makan, terlebih makan boleh melembabkan otak.

then, jangan biasakan makan makanan ringan @ junk food @ jajan.

bahan perasa dan pewarna tu boleh melemahkan daya ingatan seseorang.

fast food dan instant food juga.


cara nak kuatkan daya ingatan?

banyak makan makanan sunnah Nabi Muhammad saw...macam kurma, kismis, madu, susu, dll.

banyakkan zikir supaya hati hidup dan akal juga sihat.

banyakkan selawat ke atas nabi Muhammad saw.

baca dan cuba sedaya upaya untuk menghafal surah-surah al-Quran.

amalkan gaya hidup yang sihat dan harmoni.
jaga hati, mata, telinga, mulut, hidung dan segala pancaindera yang ALLAH berikan...


wallahua'lam


words of today
saya sedang mencari sesuatu~saya lupa letak kat mana~~Bismillah ya ALLAH~~semoga dapat ditemui...

Ahad, 11 Mac 2012

Tautan hati dalam doa

DENGAN NAMA-MU YANG MAHA PEMURAH, MAHA PENYAYANGYA ALLAH,
BAHAGIA YANG KAU DATANGKAN INI ADALAH UJIAN PADA KAMI
KAU MEMBERIKAN KAMI BAHAGIA UNTUK MELIHAT BAGAIMANA KAMI MENGHADAPINYA.

YA ALLAH,
SETITIS RASA BAHAGIA INI
PENUH KESYUKURAN KAMI PANJATKAN PADAMU,
INILAH JANJI YANG TELAH KAU BERIKAN PADA KAMI,
KESABARAN DAN KETENANGAN YANG KAU BERIKAN.

YA ALLAH,
SEMOGA HUBUNGAN YANG SEDANG TERJALIN ANTARA KAMI
BUKAN MAINAN PERASAAN DARI SYAITAN
DAN KAMI MENGHARAPKAN RAHMATMU, BERKAHMU SERTA REDHAMU DALAM HUBUNGAN INI.

YA ALLAH,
MUNAJAT KAMI PADAMU
JADIKANLAH HUBUNGAN INI SEBAGAI SALAH SATU CARA UNTUK MENDEKATKAN KAMI DENGAN-MU, YA RABB.
JANGAN BIARKAN KAMI LEKA DAN HANYUT DALAM MELAYAR BAHTERA KASIH TANPA AKAD-MU,
YA RABB,
JANGAN BIARKAN KAMI LALAI MENCIPTA ANGAN DI AWAN PUTIH
LANTAS, KAMI MOHON DENGAN KUDRAT DAN IRADAT-MU
MAKBULKANLAH SETIAP APA YANG TELAH KAMI RANCANGKAN
DAN SESUNGGUHNYA, RANCANGAN-MU YANG MAHA SEMPURNA,
TIDAK INGIN KAMI MENJADI PASANGAN YANG KAU MURKAI.

YA ALLAH,
DIDIKLAH HATI DAN JIWA KAMI DENGAN ILMU KALAM-MU
AGAR KELUARGA AKAN DATANG LEBIH MENYINAR DENGAN SAKINAH, MAWADDAH DAN RAHMAH-MU,
ISIKANLAH HATI DAN JIWA KAMI SERTA ZURIAT-ZURIAT AKAN DATANG DENGAN BENIH IMAN DAN TAQWA
AGAR DAPAT MEMBINA SEBUAH BAITI-JANNATI YANG KUKUH.

YA ALLAH,
KAMI JUGA MEMOHON KAPADA-MU,
LEMBUTKANLAH HATI KEDUA ORANG TUA KAMI, (3x)
AGAR HUBUNGAN INI DAPAT BERSATU DENGAN RESTU MEREKA,
SEMOGA MEREKA MENERIMA KAMI DENGAN LAPANG DADA DAN PENUH KESYUKURAN KEPADA-MU.
DAN
JADIKANLAH KAMI HAMBA-HAMBA-MU YANG SENTIASA BERSYUKUR DENGAN PEMBERIAN & KETETAPAN-MU,

YA ALLAH,
TIADA DAYA UPAYA KAMI UNTUK MENJADIKAN SESUATU,
KAU JUALAH HARAPAN KAMI, DUNIA DAN AKHIRAT,
KAU JUALAH TEMPAT KAMI MENGHARAP SEGALA HARAPAN DAN IMPIAN.

YA ALLAH,
SEGALANYA DALAM PENGETAHUAN-MU,
ILMU-MU MAHA LUAS,
SEANDAINYA HUBUNGAN INI TERPUTUS TANPA ADA PENGAKHIRAN AKAD-MU,
MAKA, JAUHKANLAH KAMI DARI MERASA SEDIH, LEMAH, LESU SEHINGGA LALAI DENGAN PERINTAH-MU,
MAKA JADIKANLAH KAMI ANTARA HAMBA-HAMBA-MU YANG SABAR MENERIMA TAKDIR YANG TELAH KAU ATURKAN,
KUATKAN KAMI MELANGKAH MENCARI & MENDAPATKAN BAHAGIA DENGAN REDHA-MU,
BAHAGIA, RINDU, KASIH-SAYANG, CINTA
ADALAH MILIK-MU YANG BAQA’
MAKA KAMI SERAHKAN SEGALA URUSAN INI KEPADA-MU, YA RABB.

YA ALLAH,
INILAH PENGHARAPAN SERTA PENYERAHAN KAMI PADA-MU
KETAHUILAHLAH BAIT-BAIT DOA KAMI INI
SESUNGGUHNYA, KAMI HANYA MENCARI REDHA-MU
AGAR HUBUNGAN INI TIDAK TERPESONG DARI LANDASAN SYARAK.

YA ALLAH,
“SEANDAINYA PERKARA INI DALAM PENGETAHUAN-MU BAIK BAGI AGAMA KAMI, DUNIA & AKHIRAT SERTA KESUDAHAN URUSAN KAMI, MAKA PERMUDAHKANLAH IA KEPADA KAMI.
DAN
SEANDAINYA PERKARA INI DALAM PENGETAHUAN-MU TIDAK BAIK BAGI AGAMA KAMI, DUNIA & AKHIRAT SERTA KESUDAHAN URUSAN KAMI,
MAKA JAUHKANLAH IA DARIPADA KAMI, JAUHKANLAH KAMI DARIPADANYA.
TETAPKANLAH KEBAIKAN KEPADA KAMI WALAU DIMANA SAHAJA KAMI BERADA.”

YA ALLAH,
SEANDAINYA IA SUATU PERMULAAN, JADIKANLAH IA SEBAGAI PERMULAAN YANG BAIK UNTUK MENUJU PENGAKHIRAN YANG BAIK ,
DAN
SEANDAINYA IA SUATU PENGAKHIRAN, JADIKANLAH IA SEBAGAI PENGAKHIRAN YANG BAIK
SERTA PERMUDAHKANLAH BAGI KAMI.

YA ALLAH,
TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ENGKAU ,
DAN NABI MUHAMMAD SAW ADALAH KEKASIH PESURUH-MU,
CUKUPLAH, HANYA ENGKAU YA ALLAH YANG MENJADI WAKIL,
SEBAIK-BAIKNYA WAKIL UNTUK KAMI YA ALLAH,
SELAWAT DAN SALAM BUAT JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW,
SEGALA PUJIAN HANYA KEPADA-MU, JUGA KEPADA RASUL-MU,
YA ALLAH.

AMIN YA RABB…



(2011/R/AWAL 1432h)

Selasa, 6 Mac 2012

RINDU dan RINDU~nak buat camne?


two of my lovely babies-Alif and Dameer


Sedang menaip latihan ilmiah, tetiba teringat pada budak2budak, babies yang pernah di bawah jagaan selama tiga bulan. Dan saat minggu-minggu terakhir, ada sorang budak yang diberi nama Muhammad, langsung tak nak dengan pengasuh lain. Even dengan ‘ibu’ pun dia tak nak. Ciknur-likukehidupan pula lebih rapat dengan cik sara. Tak tahu, sawan budak agaknya… cik miera-princess pula lebih prefer bersama cik Darin Irisya.


Ada giliran menjaga freshie baby..kadang-kadang teruji juga kesabaran atas kesabaran. Hurm..tapi pengalaman menjaga bayi dan melihat setiap perkembangan mereka membuatkan saya begitu kagum dan tidak sabar. Tidak sabar untuk terus melihat perkembangan yang mereka lakukan…


Gelak tawa mereka juga membuatkan saya sangat rindu. Rindu dengan suara-suara bayi..kadang, suara mereka boleh membuatkan stress bertambah stress…tetapi, perlu juga diakui bahawa suara mereka ada ketenangan bila stress mula merajai diri…


Saya jadi rindu untuk merasa hangatnya tangan mereka merayap untuk mengetahui sesuatu yang baru bila anak mata mula melihat sesuatu yang asing. Saya rindu dengan cengkaman jari jemari kecil mereka untuk memaut saya. Saya rindu dengan pelukan mereka apabila saya memeluk mereka. Saya rindu mendengar rengekan mereka minta didodoi atau dibuai. Rindu mendengar jeritan mereka kala kelaparan dan basah. Rindu dengan suara-suara manja mereka yang minta dibelai… saat bayi tidur, saya rindu mendengar dengusan nafas mereka… saya rindu bau minyak baby… (terapi minyak bayi)


Tapi sebenarnya, tidak mudah. Tidak mudah untuk melalui semua itu… betul… sabar kadang teruji, tanpa sedar suara keras mula melawan jerit mereka. Kasihan..mereka belum faham… kerana mereka masih bayi. Kita yang akan membuatkan mereka faham…. Dengan cara yang praktikal… mereka lahir kerana manusia… tanpa kita tiada mereka dan tanpa mereka tiadalah kita… semuanya dengan izin ALLAH swt… mereka semua pernah menjadi amanah saya suatu ketika dulu… adakah saya telah melakukannya dengan baik dan sempurna? Bagaimana jika saya dipersoalkan di akhirat kelak atas amanah itu?? Adakah saya telah menjalani amanah tersebut dengan baik? Bersediakah saya dengan amanah saya sendiri kelak? Bersediakah kita?



Dan baru saya sedar, saya adalah pencinta kanak-kanak!!! ALHAMDULILLAH~~~ I love kids!!! dan sejak2 ni saya selalu termimpikan bayi-bayi kecil yang comel~~~mainan tidur yang indah~~~ wink2 (*___^)


Words of today
Semuga ilmu tentang mereka akan sentiasa dipelajari dan semuga ALLAH permudahkan segala urusan saat ini serta yang akan datang. Mohon redha_Mu Ya Rabb… missing u guys: aliecha, Dameer, Muhammad, Zahira and Alif… and mostly, to all my babies.