alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

Khamis, 22 Mac 2012

setiap insan pasti merasa~~~

Bismillahhirahmannirrahim
YA ALLAH, limpahkanlah hidayah dan petunjuk_MU kepada kami agar jalan yang dilalui tidak selamanya bengkok, sesungguhnya, pertemuan dengan_MU yang kami dambakan.

Setiap insan pasti merasa...

setiap orang akan merasa dirinya sahaja yang betul semata-mata.
setiap orang tanpa perasan telah menyakiti hati orang lain.
setiap orang tanpa sedar juga telah menggembirakan orang lain.
dalam hati tidak sama apa yang terlihat diluaran.
yang baik itu bermula dari dalam, lantas membawanya ke luar. agar dapat dicontohi. pamerkan yang baik.

tidak seorang pun terlepas dari masalah dalam sesaat yang dilalui.
bukan mengeluh yang dipinta, tapi sabar perlu diatur.
bukan kejian yang diucap, tapi syukur perlu dirafakkan.
masalah mendewasakan kita, mematangkan tingkahlaku, mengkreatifkan fikiran.
hidup bukan untuk terus berada di dalam masalah, bukan juga terus membiarkan masalah hidup dalam kehidupan kita. we need to survive while facing problems...ia cabaran...nikmat pun boleh jadi cabaran~~~jangan terus berfikir yang cabaran itu pun masalah...membuatkan semuanya terus jadi masalah, masalah, masalah...

setiap insan pasti merasa...

wallahua'lam

YA ALLAH, ampunkanlah dosa kami, tutuplah aib kami, dan berilah kami kemudahan serta kekuatan untuk menutup keaiban saudara-sauadara kami, sesungguhnya, segalanya hanya dalam pengetahuan_MU YA ALLAH.

words of today
jangan berputus harap dengan ALLAH~~~ALLAH sentiasa dihati~~~ALLAH segalanya~~~
ucapkan: ALHAMDULILLAH, SUBHANALLAH, ALLAHUAKHBAR =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan