alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

Khamis, 17 Februari 2011

masa kini

Bismillahhirahmannirrahim
dgn nama ALLAH yang Maha Pengasih Maha Penyayang

baca berita2 terkini,
belek2 surat khabar,
tengok2 news at televisyen...

erm...banyaknya kes dera...
suami dera isteri,
isteri dera suami,
parent dera anak-anak,
abang/kakak deran adik-adik,
senior buli junior...
apa nak jadi ya??

sedih juga ana membaca berita2 sedemikian...
cuba bayangkan jika kita yang berada ditempat mereka...
paling2 dekat pun sebagai saudara mara mereka...

YA ALLAH
sadisnya rasa...
bak kata pepatah
berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...
iakah???

perkahwinan.
apa tujuan sebenarnya ya?
mana satu hukum kahwin yang diambil?
wajib, sunat, harus atau makruh???
atau sekadar ingin melampiaskan nafsu dalam konteks 'halal'?

hari ini,
ana berjemaah Maghrib dan Isya' di Masjid
di samping ingin mendengar ceramah agama sempena Maulidur Rasul MUHAMMAD SAW...
sedang leka mendengar tu
mata ana teralih pada seorang anak keeeeecil,
comelllll...kira-kira setahun setengah,
bertudung, berstokin dan berbaju kurung...
lantas terdetik di dalam hati ana
pasti ibu ayahnya dari kalangan orang-orang berilmu agama,
terpancar seri cahaya diwajah anak keeeecil tersebut,
manis...
tiba-tiba,
perasaan ana untuk berkahwin sangat tinggi...
ingin memiliki anak-anak comel yang soleh&solehah...
tapi, ana juga berfikir
siapakah bakal suami dan bapa kepada anak-anak ana kelak?
adakah ana juga akan menerima nasib yang sama seperti mereka yang dikhabarkan di dalam berita2 terkini???
nauzubillah...
ana hanya melihat keletah anak kecil tersebut,
di dalam hati ana
memanjat kesyukuran kerana dia dilahirkan dalam keluarga yang sempurna, inshaALLAH.
ana juga memanjatkan harapan agar dia akan menjadi srikandi solehah yang akan mewarnai bumi ALLAH ini suatu hari kelak...istiqamah dan tawadduk...

semua bermula dari didikan awal...
jika dari kecil dididik dengan sempurna segi(agama, sosial, makanan dll)
inshaALLAH, hasilnya juga akan memberi kesan kepada warisan seterusnya..

tapi itu bertahan untuk usia mereka sehingga 18 tahun..
setelah mula bebas dan mengenali dunia luar,
pilihan ditangan mereka semakin banyak..
membuatkan mereka kembali mencari identiti diri.
terkadang pilihan mereka itu dipengaruhi oleh sosial yang negatif,
akhirnya,
mereka bertukar ke identiti yang tidak baik...
apakah ini telah ditetapkan oleh ALLAH di Lauh Mahfuz??
ya...tapi ketetapan yang boleh diubah...
kerana takdir ALLAH itu terbahagi kepada dua keadaan iaitu
takdir yang tidak boleh diubah dan yang boleh diubah berdasarkan usaha yang dilakukan.
kematian, kehidupan, adalah takdir yang tidak boleh diubah kerana setiap yang hidup pasti akan mati.
tetapi, rezeki, cara hidup, boleh diubah berdasarkan kemampuan kita untuk mencari yang terbaik disisi ALLAH...
jangan biarkan
identiti baru yang negatif tersebut
melenyapkan sikap dan sifat sebagai muslim dan khalifah ALLAH...

"YA ALLAH
jgnlah KAU palingkan hati kami
setelah KAU berikan petunjuk kepada kami
sesungguhnya, kami telah menzalimi diri kami sendiri"

semoga ALLAH merahmati kehidupan kita, keluarga kita dan saudara mara kita...
semoga ALLAH memberikan petunjuk kepada mereka yang menghampiri jalan kehinaan...
semoga ALLAH memberikan lagi peluang kepada mereka untuk mendapat rahmat, cinta dan kasih sayang dari ALLAH...

wallahu'alam

wassalamualaikum wbt

Tiada ulasan:

Catat Ulasan