alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

Khamis, 24 Februari 2011

ash-shifa' ul qadirun~~~

ya ALLAH, jika perasaan yang aku rasakan ini baik dalam pengetahuanMU untuk agamaku, kehidupanku dunia dan akhirat, maka kukuhkanlah perasaan ini tanpa ada rasa ragu dan syakwasangka.
dan ya ALLAH, jika perasaan yang aku rasakan ini dalam pengetahuanMU mendatangkan mudarat untuk agamaku, kehidupanku dunia dan akhirat, maka hapuskanlah ia dariku, dan jauhkan ia dariku.
maha luas pengetahuanMU ya ALLAH.


" ... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." - [Surah Ath-Thalaq, 65: 2-3]

jika iman lebih kuat adri nafsu, maka, katakan tidak atas usaha-usaha yang tidak diredhai ALLAH.

berbincang tentang perkahwinan,
suka ana kongsikan tentang perancangan awal bakal-bakal pengantin untuk majlis perkahwinan mereka.kononya nak grand2..ye lah tu...grand2, lepas kahwin duduklah kat pondok kecil.mana taknya, cik abang dah takda duit nak beli/bayar sewa istana kayangan untuk kalian tinggal.
walaupun ana belum berumahtangga lagi, ilmu-ilmu perkawinan sedang ana kumpul.ke arah kehidupan yang berkualiti.bukan berkuantiti. ilmu akan semakin luas...ingat tu.
dalam perbincangan yang ana dengar, pasangan kini hanya merancang untuk majlis perkahwinan yang HANYA berlangsung untuk sehari dua. tapi mereka lalai dan tidak ingat langsung untuk memikirkan serta merancang tentang kehidupan bersama yang bakal dilalui kelak. contohnya; mereka tidak memikirkan tentang tempoh masa pendek dan panjang hidup bersama.semua yang dirancang untuk mengadakan majlis. gerun juga jika ana fikir2kan untuk tempoh masa 5, 10, 30tahun mendatang...YA, semua itu atas aturan ALLAH.tapi, tidak salah jika kita sendiri memikirkan dan merancang sesuatu ke arah perkara tersebut. tambah-tambah keadaan ekonomi dunia kini. jika difikir2kan... ALLAHUAKHBAR...
moga sama2lah kita memikirkannya. kerana, setiap pasangan yang berkahwin pastinya inginkan hidup berkeluarga yang berkualiti, kekal dan harmoni. kita mampu meraihnya tetapi, segala aturan itu adalah yang terbaik dari ALLAH swt.

wallhua'alam
wassalamualaikum wbt :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan