alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

Isnin, 14 Februari 2011

Maulid Nabi Muhammad S.A.W

Bismillahhirrahmannirrahim~

ya Nabi salamun 'alaika...
ya maulid Nabi Muhammad SAW

tentang Maulidur Rasul...
sangat menarik
dalam banyak2 ceramah yang diadakan sempena Maulid Nabi
adalah Sirah Perjuangan Baginda menyebarkan Islam~~

teringat pula semasa zaman-zaman ana berada di kampung,
masih beruniform sekolah...
sambutan Maulid Nabi disambut secara besar-besaran...
ada perarakan sambil berselawat,
akhirnya dengar ceramah dalam surau sekolah.
untuk sesi akhir bergelar pelajar,
ceramah dalam sambutan tersebut disampaikan oleh Ustaz baru...
baru je daftar pagi tu di ofis, terus kena bagi ceramah..
tapi, sebenarnya, jadi seorang ukhti, semestinya tempat kita dibelakang2...
mike n speaker pula x jelas...
dengar orang ketawa, ketawa je lah juga...
bukan ketawa apa, ustaz tu buat lawak dgn slang_nya..
dia duk cakap laba-laba untuk labah-labah...
kaitan peristiwa Nabi bermalam di Gua Thur..
labah-labah sebagai wakil yang diutuskan ALLAH untuk menyelamatkan baginda...
lamanya ana meninggalkan kisah2 sirah Nabi Muhammad SAW...
nauzubillah...
i/allah, ana akan dapatkan koleksi sirah2 baginda...
kalau di kampung pula,
mesti ada juga sambutan Maulid Nabi...
tapi, ana bukanlah orang yang bersemangat nak pergi...
bukan apa,
malu...yelah, dah jadi anak dara kan masa tu...
tapi, mak ayah paksa pergi...
demi maruah mereka,
ana pun pergi...
banyak berubah...
masa ana sekolah rendah dulu, majlis2 sambutan Islam di surau buat waktu malam...
kalau malam ana memang pergi...
siang???
sebenarnya, xjadi isu siang atau malam...
ana je...
sama juga,
temapt untuk mukminah di bahagian bawah,
speaker pula satu je di atas...
naif kan surau kami..
tapi, syukur, sekarang banyak pembaharuan...
dalam majlis tu
mestilah diserikan dengan tilawah al-Quran dahulu...
kemudian Selawat @ Marhaban
ceramah...
dah jadi kebiasaan mungkin...
orang bagi ceramah kat atas,
yang kat bawah bersembang...
alasannya, xdengar...
cuba2 didengar dgn baik pun,
memmag tak dengar...
kalau masa budak2,
ana lah buddak yang tak tahu duduk diam.
lagi2 bila dah jumpa geng2 kecil...hihihi...

ALLAHUAKHBAR...
semua tinggal kenangan...
untuk tahun2 seterusnya, ana sambut Maulid Nabi bukan di kampung...
moga ada lagi peluang, masa dan kesempatan untuk sambut di kampung ana...
i/ALLAH..

As-salawatun Nabi Muhammad SAW
SALAM MAULID YA NABI MUHAMMAD, KEKASIH ALLAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan