alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

Rabu, 16 Februari 2011

'FIRST THING FIRST'

Bismillahirrahmannirrahim
dgn nama ALLAH yg Maha pengasih maha penyayang

assalamualaikum

alhamdulillah
seronok rasanya membaca ruangan tulisan Pn. Fatimah Syarha di dalam majalah SOLUSI
isu ke-2.

biar ana kongsikan bersama pembaca sekalian
tentang penulisannya yang bertajuk "first thing first"

sekadar penilaian yang ana buat terhadap pembacaan ana sendirilah
sangat tertarik dengan isunya

tentang seseorang gadis/jejaka yang masih belum berpunya.
ana???
remaja tidak pernah lari dari isu dan fenomena ini.kan
ya...kerana ia merupakan fitrah sebagai insani yang sarat dengan kasih sayang anugerah ALLAH
ALLAH yang menganugerahkan perasaan tersebut, justeru,
wajarlah kita sebagai insani memilikinya dan mempraktikkannya...

arghhh...
tapi ada segelintir yang masih belum berpunya...
gusarkah antum sekalian?

bagi ana
tidak ada apa yang perlu digusarkan kerana ana yakin dengan perancangan ALLAH
kita juga merancang untuk begitu-begitu, begini-begini
tapi rancangan ALLAH yang begitu-beginilah terbaik untuk kita.

dalam ceramah-ceramah di kolej ana juga
demi untuk menarik minat pendengar dan pelajar,
tajuk seperti inilah yang selalu diutarakan...
jelas...
penuh dewan forum...(jarang2 sekali)
nampak sangat, remaja, pelajar universiti yang banyak terdedah emosinya tentang kasih sayang dan dunia percintaan..

iyakah???
menurut Pn. Fatimah Syarha
"jgn risau jika masih belum berpunya kerana ALLAH mungkin ingin bagi ketenangan dulu buat kalian untuk terus melangkah menggapai cita-cita. usah pening kepala. DIA menguji anda sedikit masa lagi."

secara jujur, ana juga tidak risau
kerana ana ada (target)sasaran yang ingin dicapai. jadi ana tidak pernah kisah tentang dunia percintaan ini..
tapi, kadang2
muncul juga dibenak fikiran ni
apakah perasaan orang@ pasangan yang bercinta?
runsingkah...atau pening kepala?? apa yang mereka lakukan??
hurmmm sehinggalah ana ada membaca sebuah entri di blog lain yang menyebut tentang 'kahwin gantung'
menarik...
tapi, bagi ana
selagi belum bersedia, segalanya tidak mungkin berlaku
dan ianya hanya akan berlaku jika ALLAH memberikan ketersediaan itu untuk ana
kan senang jawapan ana ini...

apa ya sebenarnya...
bagi ana,
capailah cita-cita sebelum mencapai cinta
dan capailah cinta yang diredhai ALLAH..
setakat bercinta, bersms, bergayut, berchating, berapa2 lagilah...
mungkin untuk seronok2...
tapi, bagi ana, sekali ana suka pada seseorang, inshaALLAH selamanya...
tapi, untuk benar2 ana suka sama suka belum ada.
bak kata orang tu S.S...
ana akan cuba menjauhkan diri daripadanya...
ana hanya mencari Redha ALLAH dalam segala perkara...(diharap pembaca juga begitu)
dan TERKINI ana sebenarnya sedang cuba melawan nafsu yang sembilan ini...
semoga ALLAH memberikan kekuatan menghadapi segalanya walau, jika hati terpaut pd seseorang, dan ana mengharap 'dia' akan memahami matlamat berkasih ana di dalam islam. insahallah.
jurang, jarak dan kejauhan itu bagi ana adalah yang terbaik, walau hati dan jiwa akan rasa sedikit sakit. inshaALLAH.kemanisan ada dalam setiap kesabaran yang ALLAH kurniakan ini.
dan ana ingin dapatkan fisrt thing first terlebih dahulu....
tapi, jika 'diikat' terlebih dahulu, ana akan pastikan juga keempat4 perkara itu ana laksanakan, inshaALLAH...ana hanya merancang~kalian juga~dan perancang serta pelaksana terbaik hanyalah ALLAH HU RABBI.
dan jika kasih sayang, cinta ini benar terzahir, maka ia adalah perasaan dan anugerah dari ALLAH untuk ana yang tidak terhingga, juga buat 'dia' kerana dipertemukan dengan aturan ALLAH yang maha sempurna... :)


fisrt thing first ana...apakah ia??
1-konvokesyen
2-kerjaya
3-keluarga ana sendiri
4-kahwin(inshaALLAH)

hanya satu niat yang tidak pernah hilang dari hati ana ialah
berkahwin untuk mendapat Redha ALLAH dan memenuhi sunnah Nabi Muhammad kerana ana adalah umat baginda yang menyayangi sunnah-sunnahnya.

isu kahwin nampaknya sekarang ini~~~
sebelum terlalu meleret
rasanya setakat ini sahaja entri ana

pengajaran kepada semua;

jangan rasa risau tentang perkara ini
sesungguhnya berpeganglah pada janji ALLAH
bahawa setiap makhluk diciptakan berpasangan
dan yakinlah kalian akan bertemu dengan pasangan kalian di bawah Redha, rahmat dan kasih sayang ALLAH.
alangkah manisnya~~~~

jadi yang terbaik untuk mendapatkan yang terbaik
kerana yang terbaik hanya untuk yang terbaik.
itulah janji ALLAH...

mari ana kongsikan satu doa

YA ALLAH,
KAU JADIKANLAH KECINTAANKU INI PADA HATI ORANG YANG BERIMAN KEPADAMU
DAN AKU JUGA AKAN DICINTAI OLEH ORANG BERIMAN KEPADAMU.
AMINNNN

wallahu'alam

wassalamualaikum wbt

Tiada ulasan:

Catat Ulasan